C
ita-cita untuk memijak bumi Nippon telah lama tertanam. Pernah dahulu saya ke Jepun. Tapi kejap je..cuma memijak lantai Lapangan Terbang Narita sahaja. Ketika itu saya dalam penerbangan pulang ke tanahair dari Los Angeles setelah habis study di Amerika.
MAS berhenti di Narita kerana perlu membersihkan kabin dan menukar kru dalam penerbangan yang jauh itu. Saya hanya sempat berjalan-jalan di Lapangan Terbang Narita selama 2 jam, tetapi tidak dapat keluar memijak tanahnya. Saya rasakan bagaikan seekor burung yang terkurung di dalam sangkar emas. Sudah berada di Jepun tetapi tidak berpeluang memijak buminya. Sedih! :(
Backpacker Ciput macam saya ni mana nak cekau duit. Matawang Jepun tinggi. Lagipun kena dapatkan visa. Kena ke K.L pulak. Lecehlah sikit.
Filem-filem Akira Kurosawa, Yasujiro Ozu dan Kenji Mizoguchi telah saya tonton berkali-kali. Drama Oshin dan lakonan Takuya Kimura menambat hati saya. Anime Doremon, Shinchan dan Naruto sampai jelak menontonnya. Sejarah dan Geografi Jepun pun saya dah ambil masa sekolah dulu. Sushi dan Tempura pun telah saya pelajari cara membuatnya. Macam mana ni? Minat pada Jepun bukan main tinggi! Tetapi bumi Jepun pun belum lagi dipijak. **Nangis** :(
Aduhai...bilalah peluang ke Jepun akan muncul?
Aduhai...bilalah peluang ke Jepun akan muncul?
Membaca blog rakan-rakan blogger ~ Janggeltrekker's Life, Kaki Berangan, Chawanna, Wanderlust DJ, Jari Manis, Orga, Mie ~ yang pernah ke Nippon membuat keinginan saya meluap-luap. Anak bongsu sayapun pernah tinggal sekejap dengan keluarga angkatnya di Naganao Jepun ketika berusia 12 tahun. Pengalaman yang diceritakannya pada saya membuat keinginan saya berapi-api.
Apabila Visa ke Jepun dimansuhkan kepada rakyat Malaysia mulai tahun lepas, ia adalah berita gembira buat saya! Matawang Jepun juga telah jatuh. Ringgit Malaysia pula semakin kukuh. Kadar pertukaran matawang dari yen ke ringgit ketika ini ialah 100 yen = RM 3.24. Peluang ke Jepun kini terbuka luas.
Apabila Visa ke Jepun dimansuhkan kepada rakyat Malaysia mulai tahun lepas, ia adalah berita gembira buat saya! Matawang Jepun juga telah jatuh. Ringgit Malaysia pula semakin kukuh. Kadar pertukaran matawang dari yen ke ringgit ketika ini ialah 100 yen = RM 3.24. Peluang ke Jepun kini terbuka luas.
Backpack Main Redah di Jepun
Syukur! Pada cuti awal Jun baru-baru ini saya telah berada di Jepun! Tidak lagi seperti seekor burung di dalam sangkar. Kini burung sudah boleh terbang bebas :)
Saya tak kisah sangat negeri mana dahulu yang saya tuju. Yang penting bagi saya ialah ianya JEPUN! Saya juga tak terlalu spesifik untuk melawat ke mana dan apa? Boleh dikatakan backpack saya di Jepun pertama kali ini adalah main redah-redah je.
Burung malang itu kini sudah dapat terbang. Saya selfie di stesen keretapi di Kyoto Jepun |
Saya tak kisah sangat negeri mana dahulu yang saya tuju. Yang penting bagi saya ialah ianya JEPUN! Saya juga tak terlalu spesifik untuk melawat ke mana dan apa? Boleh dikatakan backpack saya di Jepun pertama kali ini adalah main redah-redah je.
Saya langsung tak risau backpack cara redah di Jepun ni. Sebab Jepun negara maju. Sistematik. Walaupun saya tak tahu cakap Jepun, pengalaman saya tinggal di Beijing telah mengajar saya erti survival di negara yang majoriti rakyatnya tidak berbahasa Inggeris. Dari situ saya memahami yang "ayam dengan itik" boleh berkomunikasi secara interpersonal dan saling faham memahami!
Lagipun saya ada body guard yang sentiasa menemani saya sepanjang backpack main redah di Jepun ini, iaitu anak sulung saya! Jadi kami berdua saja. Ahli keluarga yang lain tak dapat turut serta kerana komited dengan tanggungjawab masing-masing.
Lagipun saya ada body guard yang sentiasa menemani saya sepanjang backpack main redah di Jepun ini, iaitu anak sulung saya! Jadi kami berdua saja. Ahli keluarga yang lain tak dapat turut serta kerana komited dengan tanggungjawab masing-masing.
Paparan skrin pada belakang kerusi di dalam MH52 |
Setelah MH1165 dari Penang sampai di KLIA, saya dan anak saya pun menaiki MH52 ke Kansai, Osaka.
Arah penerbangan MH52 ke Kansai Osaka |
Siapa yang tidak tahu kisah MH370 yang hilang dan menggemparkan dunia 3 bulan lalu? Kami melalui Laut China Selatan, sama dengan laluan penerbangan MH370 dulu. Tentu perasaan bimbang sedikit menghantui saya.
"Pasangkan tali pinggang keledar dan tegakkan tempat duduk anda."
Subhanallazi saqorolana haaza wamakunna lahumukrinin nawainna ila rabbina lamun qolibuun.
Mengapa naik MAS?
Saya naik MAS kerana ketika itu tiket MAS lebih murah daripada Air Asia. Tambang pergi balik Penang => KL => Osaka adalah RM1,500 termasuk airport tax, 2 kali makan, 30 kg luggage, tempat duduk ekonomi yang luas dan perkhidmatan yang baik.
(Tentu ada orang yang dapat tambang lagi murah daripada ni, kan? Tetapi tiket yang murah-murah lagi dah habis. Tinggal yang ini paling murah.)
Dalam MH52 ke Kansai, Osaka |
Lapangan Terbang Kansai, Osaka, Jepun
Saya dimaklumkan bahawa Kansai International Airport adalah lapangan terbang yang letaknya di atas sebuah pulau buatan di Teluk Osaka.
Kami sampai di Kansai Osaka pada 7.12 pagi. Ohayao Kansai !
Cuaca ketika saya mendarat di Kansai ialah 18ºC. Cuaca akan bertambah panas sehingga 34ºC pada tengahari kerana ketika itu Musim Panas baru bermula (hujung Musim Bunga). Perbezaan masa di antara Kansai dan Malaysia ialah sejam sahaja, iaitu kita lambat sejam.
MH53 mendarat di Kapal Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka, Jepun setelah 7 jam di udara. |
Tren ke terminal bagasi dan imigresen ini kosong kerana kami yang corot sekali. Sampai-sampai je pergi tandas. |
Sebelum memasuki kawasan Imgiresen kami terlihat iklan ini |
Lepas pergi ke tandas, kami terus ke Imigresen. Setelah inspektor imigresen memeriksa paspot saya, saya pun memperolehi permit memasuki Jepun 3 bulan. Ia dipanggil Landing Permission. Gembiranya saya ketika itu bagaikan menerima sebuah anugerah! Rasa nak lompat! Tapi biul ke makcik ni? Agak-agaklah, kan?
Setelah mengambil bagasi berisi makanan, saya mengisytiharkan makanan yang saya bawa dengan mengisi Borang Pendaratan. Antara barangan larangan ialah daging, beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. Oleh kerana makanan halal susah dicari di Jepun saya pun bawa bekalan makanan dan periuk belanga dari Malaysia.
Beras sebanyak 6 cawan, 3 tin ikan tuna/sadin, 1 tin sambal ikan bilis, 1 tin sambal udang dan 1 tin kari ayam saya isytiharkan pada pihak Imigresen. Makanan segera lain tidak perlu saya laporkan kerana ia dibenarkan. Pegawai di situ suruh saya ke meja Kuarantin di sebelahnya.
Pegawai Kuarantin pun dengan sopan memeriksa makanan yang saya isyitharkan dan bertanyakan tentang tarikh luputnya. Lalu memberi saya sehelai surat bebas dari bayaran cukai. Prosedurnya amat mudah dan saya dibenarkan masuk tanpa ragu-ragu. Seronoknya saya dengan layanan mereka. Mudahnya masuk Jepun. Mudah macam ABC!
Beras sebanyak 6 cawan, 3 tin ikan tuna/sadin, 1 tin sambal ikan bilis, 1 tin sambal udang dan 1 tin kari ayam saya isytiharkan pada pihak Imigresen. Makanan segera lain tidak perlu saya laporkan kerana ia dibenarkan. Pegawai di situ suruh saya ke meja Kuarantin di sebelahnya.
Pegawai Kuarantin pun dengan sopan memeriksa makanan yang saya isyitharkan dan bertanyakan tentang tarikh luputnya. Lalu memberi saya sehelai surat bebas dari bayaran cukai. Prosedurnya amat mudah dan saya dibenarkan masuk tanpa ragu-ragu. Seronoknya saya dengan layanan mereka. Mudahnya masuk Jepun. Mudah macam ABC!
Dari Kansai ke Nara
Saya dan anak sayapun keluar dari Imigresen. Kami merancang untuk menaiki bas ke Nara. Ketika itu datang seorang lelaki berpakaian kemas lalu menunjukkan ID beliau yang bertulis POLICE. Dia meminta paspot kami dan berbual dengan kami dengan ramah. Sambil itu dia menulis nama saya dalam buku kecilnya.
Ketika menulis itu saya terus bertanyakan kepadanya di mana saya boleh menaiki keretapi atau bas. Dia lalu menunjukkan kami arah untuk mendapatkan keretapi. Kami kemudian meminta cadangan beliau, samada kami patut naik keretapi atau naik bas.
Ada dua cara untuk ke Nara dari Kansai:
a) Naik keretapi JR Airport Express ke stesen Tennoji di Osaka. (Perjalanan 35 minit). Kemudian tukar kepada keretapi JR Yamatoji Rapid Service dan turun di stesen keretapi Kintetsu Nara. (Perjalanan 35 minit).
b) Naik keretapi Nankai Rapid ke Osaka Namba. (Perjalanan 37 minit). Kemudian ambil keretapi Kintetsu Rapid Express ke Kintetsu Nara. (Perjalanan 40 minit).
Kamipun bercadang untuk menaiki bas. Tak payah transfer dan angkat beg. Terus direct ke Nara. Polis itu lalu menunjukkan kami tempat mengambil bas dan membawa kami ke situ. Kami perlu membeli tiket melalui mesin. Kami sangat mengagumi sikap Polis yang peramah dan cakna itu.
Tetapi ada blogger yang tak suka dengan layanan polis Kansai Airport ini. Tak tahu kenapa. Pada saya ok je. Mungkin sebab saya orang Kuala Kangsar kot? Ha ha ha..Bunyi macam sama je Kuala Kangsar = Kansai... he he he...ada chemistry #%^&@!+* :p
Ketika menulis itu saya terus bertanyakan kepadanya di mana saya boleh menaiki keretapi atau bas. Dia lalu menunjukkan kami arah untuk mendapatkan keretapi. Kami kemudian meminta cadangan beliau, samada kami patut naik keretapi atau naik bas.
Ada dua cara untuk ke Nara dari Kansai:
Cara 1: Naik Keretapi JR atau Nankai
a) Naik keretapi JR Airport Express ke stesen Tennoji di Osaka. (Perjalanan 35 minit). Kemudian tukar kepada keretapi JR Yamatoji Rapid Service dan turun di stesen keretapi Kintetsu Nara. (Perjalanan 35 minit).
Kansai Airport ==> Tennoji (35 min) ==> Kintetsu Nara (35 min)
atau
b) Naik keretapi Nankai Rapid ke Osaka Namba. (Perjalanan 37 minit). Kemudian ambil keretapi Kintetsu Rapid Express ke Kintetsu Nara. (Perjalanan 40 minit).
Kansai Airport ==> Osaka Namba (37 min) ==>Kintetsu Nara (40 min)
Cara 2: Naik limousine bus terus ke Kintetsu Nara (90 minit perjalanan)
Kansai Airport ==> Kintetsu Nara (90 min)
Untuk panduan anda yang hendak ke Nara, di sini saya lakarkan pilihan kenderaan awam untuk ke Nara dari Kansai Osaka |
Kamipun bercadang untuk menaiki bas. Tak payah transfer dan angkat beg. Terus direct ke Nara. Polis itu lalu menunjukkan kami tempat mengambil bas dan membawa kami ke situ. Kami perlu membeli tiket melalui mesin. Kami sangat mengagumi sikap Polis yang peramah dan cakna itu.
Tetapi ada blogger yang tak suka dengan layanan polis Kansai Airport ini. Tak tahu kenapa. Pada saya ok je. Mungkin sebab saya orang Kuala Kangsar kot? Ha ha ha..Bunyi macam sama je Kuala Kangsar = Kansai... he he he...ada chemistry #%^&@!+* :p
Alamak! Semua tulis Jepun je ni...??? Confuse...tongkat dagu kejap |
Apabila melihat mesin tiket yang bertulis Jepun itu, tetiba fikiran jadi buntu? Macam mana nak baca ni? Macam mana nak guna mesin ni? Bingung. #%^&@!+* Garu kepala sekejap.
Tetapi ada pegawai tiket di situ datang membantu |
Hah dah dapat tiket! Tengok tambangnya 2,050 yen (RM65) seorang dari Kansai ke Kintetsu Nara |
Kamipun menaiki bas limousine setelah mendapat dua keping tiket yang setiap satu berharga 2,050 yen. Ketika itu kami diberikan tiket untuk baggage claim. Beg kami yang besar berisi makanan diletakkan dalam bahagian bawah bas. Beg ini akan diberikan kepada kami setelah tiket tuntutan bagasi ditunjukkan kepada pemandu. Hmm, canggih, kan gitu?
Kami disambut dengan tunduk hormat oleh pemandu bas dengan ucapan "Koniciwa" lalu mengambil tiket kami dan mempersilakan kami duduk. Kami duduk di depan sekali. Tak ramai penumpang. Cuma 6 orang termasuk kami.
Jambatan yang menghubungkan Kansai di pulau buatan dengan tanah besar Osaka |
a
Basnya amat bersih dan pemandunya memandu dengan amat berhemah. Kagumnya kami dengan sikap pemandu itu. Di hadapan bas terdapat skrin lebar yang memaparkan destinasi yang bakal kami tuju. Kami akan sampai 90 minit lagi.
Bas itu pun menuju ke stesen Kintetsu Nara. Kami duduk dengan tidak mengedipkan matapun kerana tidak mahu terlepas daripada melihat pemandangan Osaka. Osaka amat teratur. Tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang.
Selamatkah perjalanan kami ke Nara? Adakah kami sesat? Ikuti sambungan Backpacker Ciput Main Redah di Jepun.
...bersambung
...baca entri akan datang di sini
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (2): Naramas ke Nara Naik Limousine
...bersambung
...baca entri akan datang di sini
[] Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (2): Naramas ke Nara Naik Limousine
Bagusnya prof lakar guide nak ke nara tu..jelas untuk memahami :)
BalasPadamTak sabar nak baca yang seterusnya :)
Zila,
PadamNak cuba sesuatu yang jarang saya buat supaya orang mudah memahaminya.
InsyaAllah sambungannya akan diceritakan tak lama lagi.
Yeayyy citer jepun prof dah kluar. Oermulaan cerita yg menarik dan x sabar membaca next entry
BalasPadamDetail prof bagi direction utk ke nara, Jm suka :-)
Hari tu d airport kami pun di tanya oleh polis airport tu, borak2 biasa dan just answer their question bcoz dia perlu jln kan tugas
Ahahaha lawak lah prof ni siap bwk peyuk belanga! Ye kah kat sana kan susah nk dpt mknan Halal
Ya, JM, cerita Jepun dah keluar. Mungkin berepisod-episod panjangnya, sebab banyak yang nak diceritakan. Ya, polis di airport tu cuma menjalankan tugas, tak ada yang menganggu pun. Periuk belanga he he...untuk menggambarkan betapa prihatinnya pasal makanan halal.
Padamsalam sis..
BalasPadamwah bestnya sudah sampai jepun,, dalm redah2 pun he..he..samppai
ya tak kisahlah jejak ke negeri mana dulu janji sampai,..
bgus yg tips pasai procedure nak bawa msuk barang makanan ke jepun..
nak lpas kastan..pedapat saya baik kita terus terang apa yg kita bawa mcm sis tulis
kat borang tu..snang x susahkan diri kmudian pulak,, jujur lg senang
dari nak sorok2 he..he.. :P
Salam Sobri,
PadamBest Jepun. Dalam redah-redah tu pun sampai juga he he he sebab kita tak terikat dengan mana-mana jadual, ikut suka kita je :) Mana-mana pergi dulu pun tak kisah sangat sebab yang penting dapat pijak Jepun dan dapat 'sample' sikit kehidupan mereka.
Ya, betul tu Bro, terus terang lebih baik daripada kena cekup dan bayar denda.
Wah dah keluar dah cerita Jepun ni...hehehe comel jer gambar burung dalam sangkar tu....akhirnya burung dapat juga terbang ke Osaka ye...hehehe
BalasPadamKalo saya yang naik flight MAS dan lalu di kawasan MH370 hilang tu, mesti saya pun cuak dan nervous...jadi trauma bila pikirkan apa yang terjadi pada diorang tu...huhuhu moga-moga cepat terungai misteri ini...
DJ,
PadamComel macam tu? He he he..tapi kesian kat burung tu, kan? Dapat terbang juga akhirnya ke Osaka :)
Trauma juga sebab kisah kehilangan MH370 tu sampai sekarang tak tahu jawapannya?
Omedeto gozaimasu...
BalasPadamWah sampai juga ke negara Nippon setelah lama menanti... naik MAS pulak tu. Saya pun teringin nak mengulang ke sana tapi bukan waktu terdekat ini... Ditunggu cerita seterusnya...
Mie,
PadamArigato gozaimasu!
Akhirnya..sampai juga ke Nippon walaupun dah tua-tua...bukan macam 'orang tuuu' muda-muda dah tinggal di Nippon, dah pandai nihongo o hanashimasu...
MIe, di Jepun, tempat apa yang patut kita pergi? Negeri mana yang best?
Masa zaman Jepun dolu-dolu, saya tinggal di Yokohama. Sempat saya pergi ke Nikko National Park di Saitama, Hakone dan juga mendaki Fuji san...
PadamNihongo tu masih ingat lagi sikit-sikit. Rasanya kalau simple communication tu boleh lagilah...
Kat Nippon ni, semua tempat nampak menarik... saya pun tak tahu secara spesifik mana negeri yang best sekali...
Bertuahnya Mie tinggal di Yokohama. Tentu cantik Nikko National Park dan Fuji San tu. Saya cuma tengok Fuji san dalam iklan dan calendar je..
PadamItu dah kira bagus tu boleh nihingo.
Semua tempat menarik di Jepun...hmm kalam macam tu kena pergi semua negeri ni.
Agaknya perasaan kawan saya masa kami ke sana baru2 ni sama dengan akak. Dia excited sangat masa sampai sebab katanye dari dulu memang dia dah lama tanam niat nak jejak ke sana. Layan semua drama, manga etc. Alhamdulillah tertunai impian. No longer a bird in a gold cage. Kitorang pergi haritu pun selepas kejadian MH370 juga, cuak memang cuak tapi kami tawakal. Selamat pergi & kembali syukur. Waiting for more updates about Japan...hihi.
BalasPadamBibie,
PadamAlhamdulillah tertunai impian. Selama layan manga, filem Jepun ni, bila ke Jepun baru-baru ni, tengok keretapi ingat filem Jepun, tengok style pakaian orang Jepun teringat manga he he he...
Tahniah Bibie sebab dah berjaya sampai Jepun dan selamat pergi & kembali.
Wowwww...intro macam cerpen bertajuk "Burung dalam sangkar emas".
BalasPadamCerita berpandu yg saya tunggu dah tiba...
Tragedi MAS masih menghantui sesiapa yg menaikinya...sebab ditanya oleh kawan2..."..tak bimbang ke...".
Hari ni genap 100 hari.
Cerpen ke lagu "Burung dalam sangkar emas"? he he he
PadamSedih, kan kalau selama-lamanya duduk dalam sangkar emas.
Oh, dah 100 hari tragedi kehilangan MH370 ya..tentulah kita bimbang, tetapi kita berdoalah pada Allah.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, kan?
Terima kasih Puan Nasa kerana sabar menunggu entri Jepun ni.
alhamdulillah sampai jugak ke Jepun :D seronoknyaaa..
BalasPadamrezeki saya tak sampai lagi..
baca entry traveller sajalah dulu.. hihi..
Alhamdulillah sampai jugak. Tapi sekejap je, banyak lagi tempat tak pergi.
PadamSuatu hari nanti giliran CT pula ke Jepun, insyaAllah.
salam
BalasPadammintak izin, nak link kanblog saudari di blog pohcik :)
Salam sukaxplo,
PadamBoleh, silakan.
wah....boleh dijadikan rujukan bila ke Jepun nanti.
BalasPadamBoleh..boleh..silakan rujuk blog ini kalau nak ke Jepun. Sila share juga :)
PadamWah... Menarik ni. Memang berhajat ingin ke Osaka nanti. Boleh dijadikan rujukan ni :)
BalasPadamYa ke nak ke Osaka? Eloklah tu. Nanti rujuklah blog ini sebagai panduan.
Padamwah...cerita jepun prof dah bermula... blh baca for reference ni...jadi rasa makin x sabar nak ke sana...;) kalu bawa brahim's rendang kena declare jugk la prof ya... di samping beras (wajib tu, coz si bujang saya mmg x mkn sticky2 rice ni)
BalasPadamDah keluar cerita Jepun he he he...boleh refer, don't worry...
PadamBrahim's rendang tu ada daging di dalam paketnya kan? Saya rasa eloklah declare sebab itu lebih baik daripada kena denda. Yang penting tengok expiration date pada paketnya. Beras pula bawa yang baru.
Menarik ni boleh menjadi sumber rujukan utk trip saya nanti.. Terima kasih..
BalasPadamBoleh Hasrul Hisham. Silalah rujuk dan "share" supaya mudah perjalanan nanti.
PadamWah, bestnyer... banyak info yang saya dapat... insyaAllah saya akan ke jepun bulan september nanti...
BalasPadamSaffuan,
PadamSaya harap Saffuan mendapat faedah dari entri ini. Wah seronoknya ke Jepun pada bulan September! Dah masuk Musim Luruh. Tentu pemandangan di sana lebih cantik!
nak tanya sikit, makanan macam dalam pek brahim tu boleh bawak tak? daging/ayam/serunding?
PadamMakanan seperti daging/ayam/serunding yang ditinkan dan dibungkuskan oleh kilang boleh dibawa tetapi perlu 'declare'. (Contoh jenama Brahim, Adabi, Yeos, Ayam Brand, Knorr, Agromas, dll). Yang penting ada 'expiration date' yang belum tamat tempoh. Untuk menunjukkan bahawa makanan itu masih baru diproses dan tidak membawa virus.
Padammacam tu, saya risau la jugak, bawak banyak bekalan makanan untuk 6 orang... lebih kurang 36 kotak semuanya jenama brahim, 4 paket serunding daging... risau takut tak lepas je....
PadamKalau begitu setiap orang isi satu borang dan masing-masing 'declare". Jadi masing-masing "declare" 6 kotak jenama Brahim dan sekotak serunding. Untuk pengetahuan Agromas ada buat serunding.
PadamSaya planning solo trip ke osaka n kyoto bln 11 ni..huhu, bnyk refer kat blog akak..wish me luck :)
BalasPadamFaiza,
PadamBeraninya awak. :) Silalah Faiza refer blog ini.
Semoga Faiza selamat dalam perjalanan dan dapat menimba ilmu yang banyak.
Padamtengah mengumpul maklumat nak ke jepun...masa Prof pi panas ye..kali ini winter ..
BalasPadamMasa saya pi minggu-minggu pertama musim panas, jadi cuacanya nyaman sekali.
PadamMenunggu entri prof selanjutnya..sibuk agaknya.
BalasPadamMohon maaf kepada Muhammad Khairuddin Lim kerana membuat sdra menanti-nanti entri saya selanjutnya. Memang betul saya terlalu sibuk pada hujung tahun ini dengan tugas hakiki di univerisiti dan juga utk universiti lain. Insyaallah saya akan sambung cerita selanjutnya.
Padamterbaek la...salam kenal kak..dah lama jd anonymous..br skrg gedik nk komen..bleh jd panduan nak ke osaka nanti;p
BalasPadamSalam Sai...terima kasih kerana sudah lama membaca blog ini dan sudi memberikan komen di sini. :)
Padam