Bersebelahan dengan Nara ada sebuah lagi pekan kecil yang menarik untuk diterokai. Nama pekan itu ialah Naramachi.
Eh, nama tempat ini ada kena mengena dengan nama penulis blog ni ~ Naramachi & Naramas. Apakah ada chemistry di antara kedua-duanya? Apakah maksud Naramachi?
Naramas + Naramachi = Naramakcik atau Makcik Naramas...he he he.. Gurau je.
Sebenarnya Naramachi bermaksud Nara Old Town. Naramachi ialah ibu negara Jepun yang pertama. Ia telah wujud pada abad ke-17.
Berjalan Kaki ke Naramachi, Menemui Rusa dan Kuil Tua
Jadi pagi itu selepas sarapan masak sendiri di dapur rumah tradisional Jepun Guesthouse Nara Backpackers, kamipun berjalan kaki ke Naramachi. Kami tak mahu naik basikal lagi sebab tanahnya berbukit-bukit, tak larat mengayuh.
Dalam perjalanan menuju ke Naramachi kami melalui Nara Park. Sudah tentu
kami lihat banyak rusa. Cuaca pada hari itu pula amat baik. Tidak panas
macam semalam. Redup sahaja. Jadi bolehlah kami jalan kaki lebih jauh.
|
Aleh...seronokle tuuu..dapat masuk blog.... |
|
Jom mengumpat...! |
|
Kofukuji Temple adalah antara kuil tertua di Jepun. Ia menjadi mercu tanda Nara. |
Kemudian kami terlihat sebuah
kuil tua di hadapan kami, betul-betul tepi jalan. Namanya Kofukuji Temple. Di Naramachi terdapat terlalu banyak
temple. Di mana-mana sahaja kami pergi pasti ada
temple. Disebabkan kami ini tak suka
temple-menemple ni, maka kami ikut sahaja kaki kami nak ke mana. Kalau ternampak
temple kami hanya lihat di luar sahaja.
|
Rusa-rusa di hadapan Kofukuji Temple. Rusa dipercayai oleh penganut Shinto sebagai utusan dewa. |
Di hadapan Kofukuji Temple itu kami lihat ada beberapa ekor rusa dan
beberapa orang mengambil gambar dengan rusa itu.
|
Uneme-Jinja Shrine letaknya di seberang jalan Kofukuji Temple |
Kami terus berjalan
kaki dan di seberang jalan kami lihat ada sebuah tokong ~ Uneme-Jinja Shrine.
Kemudiannya kami menuruni bukit dan ternampak Kolam Sarusawa-ike dan taman.
|
Kofukuji Temple dari bawah bukit di Naramachi |
|
Kolam Sarusawa-ike ini letaknya di bawah bukit menghadap Kofukuji Temple. Di dalamnya ada kura-kura dan ikan kap. |
Pekan Tua Naramachi
Apabila kami melepasi Kolam Sarusawa-ike tadi kami sudah masuk ke Naramachi. Berada di Naramachi seperti kembali ke masa lalu. Di hadapan kami ada deretan kedai. Kedai-kedai dan rumah-rumahnya amat klasik. Ia telah dibina pada abad ke-17 iaitu sejak zaman Edo dan Meiji. Jalan di pekan tua Naramachi ini sempit, hanya muat untuk sebuah kereta.
|
Pekan di Naramachi yang sunyi dan lorongnya kecil. Pekan Naramachi sudah berusia ratusan tahun. Ia telah wujud sejak abad ke-17 |
|
Ramai berbasikal di Naramachi |
|
Ada juga yang memandu kereta. Bahagian depan kedainya sempit. Tak ada kaki lima. |
|
Kedai barang-barang keperluan dapur. Lebih kurang macam kat kampung saya je ni. |
|
Batu peringatan Gango-ji. Gonga-ji adalah kuil yang telah dianggap bersejarah dan mendapat pengiktirafan UNESCO |
Disamping kedai-kedai tua terdapat juga kuil tua ~ Gonga-ji ~ dan monumen bersejarah di Naramachi yang mendapat pengiktirafan UNESCO. Kami tidak masuk ke dalam kuil itu, cuma lalu di luar sahaja.
Mencari Kediaman Tua di Naramachi
Tidak berjauhan dengan deretan kedai tua tadi, terdapat kawasan perumahan. Ada juga rumah-rumah tua yang dibuat daripada kayu, tanah liat dan bertingkap
shoji. Kediaman pedagang yang dipanggil
machiya terdapat di sini dan masih dipelihara.
|
Rumah lama Jepun yang dibuat daripada kayu. Jaringan kayu atau koshi, membuatkan penghuninya dapat melihat jalan. |
|
Tembok dan pagar yang mengepung kediaman di Naramachi |
Kami kemudiannya berjalan kaki untuk
melihat contoh rumah
machiya yang terkenal. Menurut peta yang kami lihat pemilik rumah
machiya itu bernama Imanishi. Kami pun bergurau kerana namanya
Imanishi,
mungkin orangnya beriman?
|
Peta ini terletak di tepi-tepi jalan di Naramachi untuk dirujuk, jadi kami tidak bimbang berjalan di sini kerana pasti kami tak sesat. |
|
Papan tanda di simpang di Naramachi. Ada banyak kuil di sini |
Kami mencari kediaman
Imanishi itu berpandukan papantanda yang dapat di lihat di tepi-tepi jalan. Tetapi kami masih tidak menemui kediaman
Imanishi itu. Yang kami jumpa ialah kedai
Harushika
Sake (minuman keras dibuat daripada beras).
|
Kedai lama yang menjual sake iaitu minuman keras yang dibuat daripada beras. Sake terkenal di Nara. Nara ialah tempat sake mula-mula dibuat. |
|
Bunga-bunga musim panas di tanam di kawasan rumah di Naramachi |
Kami tidak putus asa, terus mencari kediaman
Imanishi, dengan membaca peta, memasuki lorong-lorong dan belakang rumah penduduk di situ. Kediaman
Imanishi masih belum kami temui. Yang kami jumpa kali ini ialah Kozenji Temple.
|
Telaga di Kozenji Temple |
Berdasarkan peta dan papantanda, kami sudah ke tempat yang betul. Iaitu kedai
Harushika
Sake tadi. Kami sudah menemui kediaman
Imanishi tetapi kediaman itu sudah bertukar menjadi
kedai sake. Jadi kami pun bergurau lagi, "Apa dah jadi dengan Imannya?"
Apabila saya pulang dan membaca di internet, saya dapati bahawa Harushika Sake itu ialah Kediaman
Imanishi. Jadi betullah tekaan kami tadi.
Menurut sumber internet itu Harushika
Sake ditemui pada 1884 dan letaknya di kuaters Naramachi. Harushika
bermaksud "Spring Deer". Menurut sejarahnya Nara ialah tempat sake mula-mula dibuat. Falsafah produksi Harushika Sake ialah “Polish the rice, polish
the water, polish the technique and polish the mind.” Wah, sampai
begitu sekali!
Kolam Sagi-ike, Rumah dan Kedai di Selatan/Timur Naramachi
Kami juga berjalan-jalan di bahagian selatan dan timur Naramachi sambil melihat kolam, taman, kedai-kedai, rumah-rumah dan sistem letak kereta mereka.
Suasana di sini amat tenang, sunyi, tak ramai orang dan very layback kata orang kampung saya.
|
Kolam Sagi-ike ini tutup pada hari Isnin. Oleh kerana hari itu hari Isnin kami hanya melihat kolam ini dari luar pagar. |
|
Jambatan di Kolam Sagi-ike (Daijoin Garden) yang saya ambil dari celah-celah pagar. Jadi jangan datang ke sini hari Isnin ya. |
|
Kenderaan di atas jalan raya di Naramachi |
Rumah-rumah dan kedai-kedai di bahagian selatan dan timur Naramachi bercampur di antara rumah lama dan rumah modern. Rumah modernnya berbentuk bungalow dan apartment yang dipanggil danchi. Kami mendapati bahawa di setiap kawasan perumahan terdapat kuil/tokong dan tempat letak kereta yang luas yang dikongsi bersama-sama. Kereta tidak diletakkan di garaj rumah kerana halaman rumah mereka terlalu sempit. Kereta penduduk di sini diletakkan di kawasan letak kereta khas yang bersebelahan dengan deretan rumah.
|
Kereta diletakkan mengiring di ruangan sempit hadapan rumah |
|
Kedai payung di Naramachi. Lihat migawari-zaru berwarna merah digantungkan di pintu. |
Apabila dahaga kami singgah membeli minuman di
vending machine
yang terdapat banyak di tepi-tepi jalan. Kami duduk berehat sambil
minum air itu di bangku yang disediakan oleh kedai-kedai di luar kedai.
|
Mesin minuman begini ada banyak terdapat di tepi jalan di Naramachi. Jadi kalau kami dahaga, kami berhenti minum dan mencuba macam-macam jenis minuman. |
|
Mesin jual rokok pun ada |
|
Kedai menyewa kimono di Naramachi. |
|
Kedai menyewa kimono di Naramachi ini menyediakan tempat duduk di luar kedai untuk kita berehat |
Dari pagi hingga petang kami berjalan kaki di Naramachi. Kami main redah je untuk melihat kediaman dan kehidupan penduduk Naramachi. Kaki kamipun dah lenguh.
Terdapat banyak juga muzium dan galeri di situ tetapi kami tidak pergi sebab kami lebih gemar melihat muzium hidup iaitu suasana di persekitaran yang sebenar berbanding dengan pameran artifak dan replika yang sering terdapat di muzium.
Ada lagi kisah menarik kami di sini, tetapi akan saya ceritakan dalam entri akan datang
...bersambung ...baca entri akan datang di sini
Tak ada org Islam ke di kawasan ni?
BalasPadamKedai makanan halal?
Maaf banyak bertanya...namun urutan entri kali ni menarik & tersusun mcm jalan cerita Oshin...itu kelebihan blog ni.
Puan Nasa,
PadamTak ada orang Islam di sini. Apa lagi makanan halal. Itu sebab kami masak sendiri. Di setiap sudut pekan ini pasti ada kuil dan tokong. Sake berasal dari sini. Jadi Islam mungkin tak sampai di sini lagi.
Puan Nasa,
PadamTak apa bertanya. Saya akan cuba menjawabnya.
Saya menghadapi masalah nak susun entri ini sebenarnya, sebab banyak sangat gambar. Alhamdulillah ada orang yang suka.
tu dia akak dah pandai melawak sekarang ye. ^__^, rusa2 tu ade bintik2 kat badan dia. dulu time saya pegi takde lak nampak rusa berbintik putih kat badan dia tu.
BalasPadamSesekali nak juga melawak John. Entri ini agak dry, jadi melawak sikit mungkin boleh hilangkan dry tu.
PadamMungkin masa John pergi dulu musimnya sejuk, jadi rusa tu pakai coat kot.
Lupa....macam mana tentang key chain @ FM?...mungkin ada key chain rusa bintik putih...hi..hi..
BalasPadamSudah tentu key chain dan FM ada gambar rusa bintik tu. Rusa ada di dinding, di tiang, di badan bas dan di mana-mana di Nara ni.
PadamWalaupun bandar lama, nampak terjaga sangat tempatnya.
BalasPadamKyo wa takusan arukimashita ne.
Orang Jepun memang pandai dalam bab memelihara dan memulihara tempat lama dan bersejarah. Kalau sesebuah bangunan itu terbakar dan musnah, mereka bina semua dan ada yang dibuat replika.
PadamHai, watashi wa takusan arukimashita. Yoi tenki datta node watashi ga aruite. Kore wa atte imasuka?
kagum sangat dengan disiplin rakyat jepun.Walaupun vending machine ada merata rata tepat rakyat jepun tidak pula menjahanamkan mesin tersebut.Kalau kat Malaysia letak vending machine macam tu saje 2 hari semuanya dah hilang.
BalasPadamBetul sangat tu Cik Cerita. Saya suka dengan keprihatinan Cik Cerita.
PadamKalau di Malaysia, bukan sahaja diletakkan di tepi jalan, letak di kawasan masjidpun, habis punah ~ dirompak, ditumbangkan, dipecahkan, dilarikan. Di mana salahnya kita?
Wahh prof..tempat yang nampak mententeramkan..suka tengok gambar rusa mengumpat tu..haha. Sure penduduk area yang prof jalan2 tu hidup dalam keadaan harmoni dan tenteram..dah lah keadaan bersih jer. Dulu2 saya kje kilang ada la org jepun dtg..dorang macam respect org sungguh..berdiripun xberapa tegak sebab dok bongkok badan kut..haha. So far prof kat sana org jepun ni berbahasa tak??
BalasPadamTempat ini tenang, selamat, bersih dan tersusun. Pertama kali sampai ke Jepun, terus tengok suasana kehidupan begini, terus jatuh cinta. Orang Jepun memang macam tu, mereka tunduk hormat pada orang semasa bekerja, misalnya apabila kita menaiki bas atau keretapi mereka. Saya tak tahu cakap Jepun, tapi dari pemerhatian saya mereka berbudi bahasa kepada pelanggan atau penumpang keretapi/bas. Semasa jalan-jalan di Nara, orang Jepun menegur kami dengan memberi ucapan "Koniciwa" walaupun tak kenal.
PadamSngt aman damai la naramachi ni nmpknya... blh naik basikal...deer kt sini still ade antlers mereka ya. ..
BalasPadamYa, aman damai Naramachi ni. Orang pun tak ramai di jalan. Kalau ada mereka naik basikal kebanyakannya. Rusa tu ada yang bertanduk. Apabila tiba masanya tanduk mereka akan dipotong. Ada acara khas untuk potong dan disaksikan orang ramai.
PadamBestnya prof boleh explore area nara ni, biasa klau sebut nara hanya akan fokus ke nara park shj tetapi ada view yg lebih cantik dari itu naramachi dan naramas mcm 2 adik beradik kemvar pulak
BalasPadamHuhuhu dulu waktu bergambar d depan tofukuji temple tu mmg x ada rusan bintik dan cantik tu
Selain Nara, Naramachi juga satu tarikan di sana. Naramachi adalah ibu negeri Jepun yang pertama, jadi banyak tinggalan sejarah seperti UNESCO Heritage site, kedai lama, rumah lama dan kuil lama.
PadamNaramachi & Naramas, kembar tak seiras he he he...
Masa Jari Manis bergambar di KofujiTemple tu, cuacanya sejuk agaknya, rusa tu pakai coat, itu pasal tak nampak bintik-bintiknya :)
kemas rapi and tersusun aja ceruk mana pun Nara ni.. orang jepun ni memang berdisiplin sungguh.
BalasPadamtergoda tengok tempat ni tapi belum ada kekuatan nak travel ke jepun. :D katanya semua mahal-mahal.. hihi..
Orang Jepun sangat berdisiplin dan kemas. Susah nak tengok sampah merata-rata. Puntung rokokpun tak pernah saya jumpa di tepi-tepi jalan.
PadamMakanan mahal di sini. Jadi kalau CT nak ke Jepun bawa makanan dari Malaysia, lebih menjimatkan.
itulah bila kita pergi tempat orang..rasa sedih teringatkn kampong sendiri...dari segi kebersihan..disiplinnya jauh berbeza walaupun mereka bukan islam
BalasPadamOrang Jepun di sini sudah mengamalkan banyak ajaran Islam walaupun mereka bukan Islam. Sedangkan kita yang Islam, tak mempedulikannya.
Padamas salam
BalasPadamtengok rusa tu, teringat macam di Deerland Kuala Gandah
tapi rusa jepun ni lagi cun :)
Waalaikumusalam Tihara,
PadamDeerland Kuala Ganda spesis lain, saya rasa. Rusa Jepun ni cun mungkin sebab ia bebas dan manja dengan orang walaupun tak kenal.
"Lain padang lain belalang"
Cantik..klasik..ahhh..semuanya nampak so awesome!
BalasPadamZie kena ke sinilah nampaknya.
PadamBest juga ke naramachi... Jarang orang pi sana.. Saya pun akan muntah lawat banyak temple sangat.
BalasPadamBest juga Naramachi ni sebab ia pekan tua yang kecil dan tenang....memang banyak sangat temple di sana, setiap sudut pekannya pasti ada temple, berdekat-dekatan pula tu.....memang boleh muntah :D
Padam