Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 9 April 2015

Liburan di Jakarta (8): Sarapan di Rumah Antik

Hari terakhir kami di Jakarta, kami menyempatkan diri bertamu ke rumah antik milik Idat adik kepada Yan. Rumah bertingkat-tingkat Idat kelihatan gah dari luar pagar. Kami masuk ke ruang dalam pagar. Kerusi kayu antik di patio menyambut kedatangan setiap orang daripada kami. Bunyi gemercik air kolah di taman kecil mengundang ketenangan sanubari.

Lalu muncullah Idat, tuan rumah yang sentiasa tersenyum. Dan ternyata tuan rumahnya amat cakna kerana sedulang ayam goreng garing paling enak di kawasan itu sudah siap terhidang. Adiknya Nia turut diundang dan tersenyum gembira bertemu kami. Baru inilah kami bertemu dengan Nia yang selama ini menaja perjalanan kami dan menyediakan supir selama kami di Jakarta.

Dapat saya simpulkan bahawa keluarga Yan yang berketurunan Sunda itu sanggup berhabisan kerana menyambut kedatangan kami walaupun sebelum ini tak pernah bersua muka. Mampukah kita berbuat demikian juga?

Idat, Nia dan Yan, tiga beradik yang cakna
Ayam goreng bersama tempe, tahu, ulam-ulaman dan sambal dijamu untuk sarapan pagi

Kami duduk di atas kerusi antik di hadapan meja antik dan menyantap nasi merah bersama ayam goreng garing, tempe goreng, tahu goreng, ulam-ulaman, sambal dan kicap. Makanan itu terasa bertambah enak kerana kemesraan dan kecaknaan tuan rumahnya.

Meskipun cenderung sederhana, tanaman hias yang dikombinasi dengan perabut kayu menghadirkan nuansa damai dan tenang bagi penghuninya.





Selepas makan kami dibawa melawat rumah antik milik Idat yang nyata dibuat khas dari barang-barang lama yang dikumpul dan dicari Idat sedikit demi sedikit. Ternyata Idat amat meminati kesenian Indonesia dan sanggup mencari ke merata-rata tempat untuk mendapatkan barangan antik yang bermutu. Pilihan aksesori dan hiasan dalamannya menterjemahkan peribadi diri tuan rumah ini.

Kesan antik dan eksotik makin terasa di rumah ini dengan lampu gantung dan piano lama mengisi ruang berhampiran pintu utama
Kesan pencahayaan lampu artifisal dan cahaya semulajadi menjadikan ruang rehat kecil ini tampak romantik
Pilihan warna lembut pada dinding meredakan warna kelam lantai kayu. Cahaya matahari yang masuk melalui celah-celah jendela melalui intensiti yang cukup memberi keserian pada tangga ke tingkat atas.
Lantai bilik airnya disusun rapi dengan batu-batu sungai dan diserikan dengan motif rama-rama tropika menambah asyik tatkala berada di sini
Sinki batu dan kepala paip air berbentuk labi-labi menyerlahkan ketelitian tuan rumah dalam pemilihan aksesori kamar mandi
Ilham alam semulajadi menjadi taruhan pada pintu bilik
Sudah terlalu lama rasanya tidak tidur menggunakan kelambu.
Motif bunga kuning dan daun hijau pada rangka katil ini dipengaruhi oleh nostalgia masa lalu
Jubin bermotifkan bunga berwarna hijau dan merah dikumpulkan sedikit demi sedikit dan dilepa untuk lantai kamar
Bingkai gambar aktiviti harian penduduk tempatan menjadi penyeri dinding berdekatan tangga ke tingkat atas
Ukiran sangkar burung menjadi taruhan tuan rumah bagi membangkitkan seri kediaman 
Kayu berukir hasil tangan tukang ukir yang mahir dipasang pada gerbang ruang solat
Setiap sudut rumah dimanafaatkan dengan efektif
Idat, Nia dan Yan sangat senang dengan kehadiran kami
Tidak lengkap kehadiran kami kalau tidak diabadikan bersama
Ole-ole dari Jakarta seperti kicap Bango, kopi dan saus pedas diberikan sebelum kami pulang. Hanya ucapan terima kasih mampu diberikan kepada tuan rumah


Transit di KLIA

Setelah sarapan di rumah Idat kami bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia. Kemesraan telah terjalin di antara kelaurga Yan dan keluarga saya. Hari ini Yan menitiskan airmata kerana terasa berat melepaskan kami pergi.

Walau bagaimanapun, Yan sudah semakin sembuh dan kesihatannya lebih baik dari hari pertama kami di Jakarta. Kini kesemua jari-jari Yan sudah boleh bergerak dan ini menggembirakan semua orang.

Kami sampai di KLIA dengan pesawat MAS pada pukul 11 malam. Oleh kerana transit terlalu lama untuk ke Pulau Pinang, kamipun berjanji dengan kawan-kawan untuk bertemu di KLIA. Setelah bertemu kami dibawa kawan-kawan pula makan-makan di Kuala Lumpur.

Kawan sekolah yang menyambut saya di KLIA dan membawa saya makan-makan di KL

Keesokan paginya kamipun pulang ke Pulau Pinang. Ketika itu kami mendapat khabar bahawa kapalterbang Air Asia hilang dalam perjalanan ke Surabaya. Syukurlah kami selamat dan dapatlah saya menulis di ruangan ini dan berkongsi pengalaman dengan anda.

12 ulasan:

  1. Nampaknya banyak acara JJCM di sana...

    Dah macam baca majalah Anjung Seri bila baca posting kali ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. He..he..he..entah-entah dia orang tu anak murid saya :D

      Padam
  2. Balasan
    1. Mereka orang yang berseni dan amat menghargai kesenian tempatan.

      Padam
  3. Masya Allah ... Tabarakallah ... cantiknya umah antik tuh ...

    Prof saya ada dua soalan ...

    1) Cakna nih maksudnya rajin ker prihatin?

    2) Saya noticed, semua gambar Prof dan suami, Prof akan blurkan ... kenapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakna menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud ambil peduli, ambil berat.

      Sejak dari mula blog ini dilancarkan, wajah saya dan suami saya dikaburkan. Kerana bagi saya yang penting ialah kisah kembara saya dan bukannya wajah saya. Selain saya ini seorang yang pemalu, saya juga ingin menjaga privasi dan mengelakkan berlakunya fitnah. Tetapi kalau ada pembaca blog ini yang hendak jumpa saya, boleh datang ke Penang dan kita boleh atur pertemuan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kebanyakan "follower' blog ini. :)

      Terima kasih di atas semua pertanyaan dan respons.

      Padam
  4. Terima kasih Professor di atas penjelesan ke atas pertanyaan saya. Harap pertanyaan saya tidak menyinggung perasaan Professor.

    Insya Allah, andainya ada rezeki, pasti kita akan bertemu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Ghazali. Pertanyaan Ghazali tidak menyinggung perasaan saya.

      Moga-moga kita dapat berjumpa suatu hari nanti. Kalau datang ke Penang, hubungilah saya melalui emel atau fb.

      Padam
  5. mesti students Acik Prof dari golongan yang senang kan.. tengok dari lifestyle pun boleh agak. but they deserve it.. pandai2 n bekerjaya semuanya..

    itulaaaa ye ayam gorengnya.. rasanya kena cheat diet la this weekends. i need to eat rice hihi.. memang jjcm sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, mereka golongan orang yang senang dan berjawatan tinggi. Tetapi walaupun begitu mereka sangat berbudi dan berhati mulia.

      Ya, itulah ayam gorengnya...mereka suka goreng garing-garing. Memang banyak acara makan je kali ni :D

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.