Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 15 April 2015

Penghargaan Buat Pembaca Blog Nota Kembara: Naramas Aman

S udah tiga tahun saya berblogging. Daripada blog yang sunyi sepi kerana sedikit pengunjung kini menjadi ceria disebabkan ramai pembaca.  Kini pembacaan blog ini telah melebihi sejuta dan secara puratanya pengunjung blog ini mencecah 3,000 orang sehari.


Sumber Inspirasi dan Rujukan


Ada pembaca yang menulis kepada saya dan menganggap blog ini memberi inspirasi dan dijadikan panduan kembara mereka.

Pembaca blog ini iaitu Siti menghargai perkongsian saya tentang Beijing di blog ini







Meor Safawi seorang pembaca blog saya berpuas hati dengan info yang saya catatkan tentang Beijing. Beliau telah mencetak entri tentangnya dan menggunakannya sepanjang perjalanannya di Beijing.


Pembaca juga ingin tahu cara-cara menaiki kenderaan awam ke Xian

Abuzone mengikuti jejak langkah saya mengembara solo ke Beijing dan Xian. Beliau sering menghubungi saya dan menjadikan blog saya sebagai panduan.



Panduan Buat Yang Menjalani Kehidupan Baru di Luar Negara


Melalui blog ini ramai juga yang mendapat manafaat melalui pengalaman saya selama saya tinggal di luar negara seperti di Australia, Amerika Syarikat dan China. Berikut adalah beberapa contoh emel yang dihantar kepada saya bertanyakan macam-macam perkara dalam menjalani kehidupan baru di luar negara:

Tidak kurang juga yang menjadikan blog saya sebagai panduan untuk mengembara, bekerja, belajar dan tinggal di Melbourne, Australia.

Ada juga yang hendak berhijrah ke Melbourne dan bertanya saya



Mohd Nizam sering mengubungi saya dan bertanya tentang banyak perkara termasuk pengangkutan awam sebelum mula bertugas di China


Pembaca yang ingin tahu cara-cara ke Cyprus juga tidak melepaskan peluang untuk bertanya

Gambar Pengganti Diri dan Tanda Terima Kasih


Yang menyeronokkan saya ialah apabila mereka menghantar gambar kepada saya hasil dari kembara mereka.

Pembaca blog yang mengirim gambar kepada saya setelah mengikuti pengembaraan saya di Beijing


Lagi pembaca yang mendapat manfaat dari blog saya


Mengambil Hasil Tulisan Saya Ke Dalam Media


Ada juga pihak media yang meminta saya menulis untuk media mereka dan ada juga yang memohon kebenaran untuk mengambil hasil tulisan saya di blog ini ke dalam media mereka.


Permintaan pihak universiti untuk memuat naik catatan saya ke dalam web mereka.


Malu Kerana Dikunjungi Blogger Popular


Hasil dari menulis blog ini saya telah mendapat ramai kenalan. Mula-mulanya melalui alam siber, kini telah bersua muka. Ada yang datang berjumpa saya di Pulau Pinang. Saya mula-mulanya amat malu, apabila blogger popular ini menyatakan hasrat ingin berjumpa saya, tapi untuk tidak menghampakan permintaan mereka, saya tunaikan juga.

Berikut adalah blogger yang telah datang berjumpa saya di Pulau Pinang dan menjalin persahabatan:

John ~ blogger Kaki Berangan: Jom Travel!
Ren ~ blogger Janggeltrekker's Life
Na ~ blogger Chawanna
Icam ~ blogger Pengembara Tumpangan
MasMZ ~ blogger Kaki Jalan
Halimaton Ibrahim ~ blogger Moh Kembara
Yong ~ Aku Seorang Pengembara

Sarapan bersama blogger popular John, Ren, Na, Icam dan MazMZ di Transfer Road, Penang
Tasbih permata dan batuan Turki ini dihadiahkan oleh Haslimaton Ibrahim blogger Moh Kembara semasa kunjungannya bersama blogger Aku Seorang Pengembara ke Pulau Pinang


Hadiah yang Tiada Ternilai




Ramai juga rakan-rakan blogger yang memberi saya hadiah. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada blogger-blogger ini.

Ini hadiah yang saya terima dari Zila ~ blogger Travel and Food
Fridge magnet, penyepit dan sudu dari Korea ini dihadiah oleh Mie ~ blogger jalan-jalan
Fridge magnet dari Melbourne ini dihadiahkan oleh Cik Nun - blogger Penumpang Bumi

Hadiah Tanpa Dijangka 


Dalam menulis blog ini saya tidak meminta sebarang ganjaran atau populariti. Saya menulis dari kaca mata saya sendiri terhadap sesebuah tempat dan berharap akan memudahkan mereka yang mengembara ke sana. Ini disebabkan saya sering menghadapi masalah mencari tempat makanan halal, penginapan dan banyak perkara semasa mengembara. Jadi saya tidak mahu orang lain juga mengalami kesukaran seperti saya. 

Antara hadiah yang saya terima dan mengejutkan saya ialah dari Madura Indonesia. Ia diposkan kepada saya oleh Restoren Ole Olang, yang letaknya di Madura Indonesia kerana mereka berbesar hati di atas penulisan saya tentang restoren mereka itu. Lihat entrinya DI SINI. Pada hal saya tidak minta sebarang ganjaran pun!

Kain batik Madura dan t-shirt ini dihadiahkan kepada saya oleh Restoren Ole Olang, Madura, Indonesia dan dihantar melalui pos.
Buku kembara ini dihadiahkan oleh seorang pembaca blog ini

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya kerana respons mereka membuatkan saya bersemangat untuk terus menulis.

28 ulasan:

  1. Salam Kak NA

    Terima kasih juga sebab ada gambar saya dalam ni hik hik. Terima kasih juga sebab berkongsi cerita dengan kami semu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ren.

      Sama-sama Ren. Kenangan kita mula-mula jumpa, sarapan dan bergambar sama di Penang tak akan saya lupakan.

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih Khairuddin kerana menyokong saya.

      Padam
  3. Assalam Prof...lama sudah JM x singgah sini...yes...jika penulisan menjadi rujukan ia satu perkara yg sama memuaskan hati...teruskan berkongsi.....x rugi sebenarnya tulis blog kerana dapat ramai kenalan :-)

    Tahniah prof...pengunjung 3,000 sehari....kalau JM maybe sebulan baru dapat jumlah tu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Jari Manis. Saya juga tidak menyangka boleh mencapai sejauh ini setelah 3 tahun berblogging.

      Padam
  4. Fuh! Tahniah di atas segala kejayaan & pencapaian, Dr.! Bagi yg biasa baca blog ini memang akan tahu ia menarik & banyak maklumat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih RAW. Terima kasih kerana selalu membaca blog saya dan meninggalkan komen :). Pengalaman RAW di luar negara terutama sekali di Arab Saudi mengagumkan saya.

      Padam
  5. Assalamualaikum akak NA! aisehh terharunya ada nama kat dalam entry ni. terima kasih jugak sbb sudi jumpa kami kat penang. kalau ade rezeki boleh la jumpa lagi. bawak pusing penang naaaa.... ;)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam John. Kalau datang ke Penang lagi jangan lupa contact saya. InsyaAllah boleh kita pusing-pusing Penang dan makan-makan.

      John dah balik Malaysia ke?

      Padam
  6. Nampaknya posting pasal Negara China amat popular sekali...

    Terima kasih ada link blog saya di sini... mudah-mudahan bertambahlah hit harian...sekarang ni sendu saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang posting China paling meletup dan mendapat banyak pertanyaan/permintaan dari pembaca. Mungkin kurang blogger yang menulis tentang China. Posting Australia pun popular juga.

      Terima kasih Mie kerana sentiasa setia membaca blog saya dan setia meninggalkan ulasan pada setiap entri saya.

      Tapi saya lihat setiap entri Mie dalam "jalan-jalan" sentiasa dihujani dengan komen dari pembaca. Kalah saya.

      Mudah-mudah bertambah-tambah hit harian untuk blog "jalan-jalan."

      Padam
    2. hihi PLM pun famous juga.. sama2 otai dalam dunia jalan2 ni..

      Padam
    3. Betul tu Siti. PLM lagi famous :)

      Padam
  7. asalam Prof..memang patut diberikan penghargaan..bnayak info yang boleh di share...keep on writing ...syabas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nekcik.
      Sepatutnya penghargaan ini buat pembaca blog ini seperti Nekcik sebab tanpa pembaca siapalah saya. :)

      Padam
  8. Blog puan mmg boleh jadi panduan terutama nak ke bndr2 di China....keep writing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah hendaknya...semoga pembaca mendapat faedah darinya.

      Padam
  9. Salam Prof..

    Saya tak terkejut bila tahu pengunjung blog prof mencecah 3k sehari sebab blog prof memang penuh dengan isi serta ayat-ayat senang dipaham dan sedap dibaca. Kadang2 cara penulisan sayapun nak terikut-ikut cara prof menulis (perasan skit.hehehe). Dah banyak kali nak jumpa prof bila saya balik penang..bila balik jer..mak saya conquer saya....hehehehe. Teruskan menulis prof !!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa salahnya kalau terikut-ikut cara saya menulis...Otai Style he.. he.. he..

      Bila kita nak makan-makan di Penang bersama-sama? Bawalah mak sekali.

      Padam
  10. Seronok kan bila berjumpa kenalan di alam maya yang mempunyai minat yang sama dan sudi pulak berkongsi pengalaman di alam blog ni. Teruskan perkongsian itu dengan pembaca. Tahniah Prof.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab sudi datang ke Penang hari itu dan makan-makan bersama.

      Bila kita nak nyongket bersama di obersi? :D

      Padam
  11. Acik Prof.. sayu lak bace tatau nape ehehe.. when kita mampu jadi inspirasi to someone..
    rasa satu achievement kan.. tahniah tahniah..
    teruskan berjalan2 hehhe.. boleh CT datang sini baca2 cerita Acik Prof =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa amat berbaloi menulis apabila ada yang menghargainya dan menggunakannya sebaik-baiknya.
      Terima kasih CT...janganlah serik datang ke blog ni :)

      Padam
  12. saya suka cara Prof menulis pengalaman berkenala ke seantero dunia. tulisannya mudah dipahami. enak dibaca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mas. Mudah difahami dan enak dibaca oleh orang Malaysia, Singapura dan Indonesia itulah yang diharapkan.

      Padam
  13. Memang terbaik....bersama blogger terbaik pulak tu....menjadi inspirasi...semoga terus berkongsi cerita untuk tatapan dan rujukan...terima kasih...

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.