A las perut dengan seketul Lumpia tentulah tak cukup. Waktu makan tengahari sudah tiba. Perut meronta-ronta minta disumbat. "Kita makan di Pulau Madura," cadang Mas Rozi 'cucu murid' saya yang berasal dari Madura.
Pulau Madura letaknya di seberang Selat Madura. Mas Rudy pandu kereta. Kami melalui Jambatan
Suramadu yang panjangnya 5.4 km. Jambatan Suramadu ialah jambatan yang terpanjang di Indonesia. Ia telah siap dibina pada tahun 2009.
Semasa lalu di Jambatan Suramadu ini, saya rasa macam menyeberangi Jambatan Pulau Pinang pula. Rudy memberhentikan keretanya supaya kami boleh 'foto-foto' di situ. Tidak seperti di Pulau Pinang, kereta tidak dibenarkan berhenti.
"Selain daripada jalan darat, kita boleh naik bot ke Pulau Madura, tetapi perlu menunggu giliran di jeti," jelas Rudy
|
Jambatan Suramadu menghubungkan Pulau Jawa dengan Pulau Madura |
|
Laluan motosikal di Jambatan Suramadu |
Makan Tengahari di Restoren Ole Olang di Pulau Madura
Restoren yang kami pergi atas cadangan Rozi dan Rudy ialah Ole Olang. Apakah istimewanya masakan di sini?
|
Perhatikan tarikan Rumah Makan Ole Olang : "Tidak Enak, Tidak Usah Bayar". |
|
Lesehan tepi sawah |
|
Pemandangan indah, tenang dan damai ~ sawah padi ini bersebelahan tempat makan |
Restoren ini menyajikan masakan tradisional Pulau Madura dan ia terletak
berhampiran dengan sawah padi. Kami boleh memilih untuk duduk di atas
lesehan atau di kerusi biasa. Oleh kerana ketika itu hujan dan tempias
telah membasahi tempat duduk lesehan maka kami memilih kerusi biasa.
Rozi dan Rudy mencadangkan kami makan nasi goreng dan nasi khas Madura iaitu Nasi Ayam Songkem Goreng Kremes.
Sambil menunggu makanan yang dipesan, kami menikmati pemandangan sawah padi yang mendamaikan jiwa kami sehingga tidak terasa yang kami ini menunggu makanan.
Setelah makanan dihidang kamipun makan dengan berselera.
Air minuman yang istimewa di sini ialah air Es Timun Poco Poco dan Es Ole Olang. Es Timun Poco Poco dibuat daripada air perahan lemon dan hirisan timun. Es Ole Olang pula daripada air perahan limau nipis, madu dan susu.
|
Dewan makan yang berupa lesehan |
|
Nasi Goreng |
|
Nasi Ayam Songkem Goreng Kremes: nasi, daun selasih, kerabu mangga dan sambal pencit |
|
Keledek dan pisang rebus |
Untuk yang berminat ini alamatnya:
Restoran Ole Olang
Jl. Raya Ketengan KM 3 Bangkalan Madura
031-3091844
Membeli-belah di Bangkalan, Madura
Rudy kemudiannya memandu kereta menuju ke Bangkalan.
|
Pelbagai pakaian batik dan cenderamata terdapat di sini
|
|
|
Pelbagai keropok dan peyek ada di sini |
Kami pergi membeli keropok dan ikan kering yang murah di Bangkalan. Terdapat macam-macam jenis keropok terdapat di sini. Ada keropok udang, ikan, sotong, ikan bilis dan belinjo. Kami hanya membeli sedikit kerana akan mengembara jauh lagi iaitu ke Bromo, Trawas, Bandung dan Jogja. Kami bercadang untuk memborong keropok ini sebelum pulang. Selain daripada keropok terdapat juga pakaian batik dan cenderamata seperti rantai kunci, kipas, pensil dan lain-lain lagi. Tetapi magnet peti sejuk yang menjadi kegemaran saya tidak dijual di sini.
Selain itu kami juga pergi ke sebuah rumah yang membuat batik Madura dengan tulisan/lukisan
tangan. Batik tulisan/lukisan tangan Madura amat halus dan penuh seni.
Ia mempunyai motif tersendiri dan mengabadikan motif alam semulajadi
dari laut kerana penduduknya tinggal di atas pulau.
Tapi
malangnya ketika kami sampai ke rumah batik Madura itu, ianya tutup.
Kami dimaklumkan oleh jirannya yang mereka terpaksa bercuti kerana ada
kematian ahli keluarga.
|
Batik lukisan tangan kesenian halus Madura |
Kamipun pergi ke rumah lain di situ. Ternyata di kawasan perumahan itu ramai yang melukis batik. Ketika kami masuk ke dalam rumah itu terdapat banyak kain batik yang bertulis tangan digantung dan dilipat di atas rak-rak. Untuk membeli batik-batik itu kita perlu duduk dan menarik keluar kain batik satu persatu. Keadaan ini memenatkan dan memerlukan kesabaran. Kami lihat penjualnya yang seorang lelaki kelihatan penat melayan pelanggan yang datang dan membuka kain batik satu persatu.
Kami hanya membeli sehelai dua sahaja kain batik Madura yang halus dan cantik itu.
Ke Masjid Syekh Moh Kholil dan Ziarah Makam Wali Allah.
|
Masjid Syekh Moh Kholil di waktu asar |
"Pulau Madura mendapat jolokan Serambi Madinah. Ini disebabkan terdapat banyak wali-wali di kawasan ini," jelas Rozi. Oleh kerana wali-wali ini sudah meninggal dunia, maka ramai orang datang menziarahi makam wali-wali ini. Antara wali yang terkenal di Madura ialah Syeikh Moh Kholil dan Sunan Ampel.
Kami kemudiannya ke Masjid Syeikh Moh Kholil di Bangkalan. Syeikh Moh Khalil dikenali sebagai seorang wali Allah yang mempunyai berbagai karamah dan kasyaf. Makamnya terletak bersebelahan masjid. Ketika di masjid itu, saya ditegur oleh seorang wanita yang peramah. Menurut beliau ramai orang dari Jakarta datang menziarahi makam ini malam semalam kerana itu malam Jumaat. Bilangan penziarah bertambah pada bulan-bulan mulia Islam. Wanita yang peramah itu lalu menunjukkan saya makam wali itu. Ternyata di situ tidak sepi dengan penziarah. Mereka duduk menghadap makam itu sambil membaca aya-ayat suci al-Quran.
|
Orang ramai menziarahi makam wali Syeikh Moh Kholil dan membaca ayat-ayat Al-Quran. Gambar ini diambil dari dalam masjid. |
Berada di masjid itu membuatkan saya kelihatan asing bagi orang di situ. Lalu ramai yang menegur saya dengan ramah. Sekilas pandang mereka sudah mengetahui saya orang Malaysia. Mereka terus bercakap menggunakan bahasa Malaysia sebaik sahaja tekaan mereka itu tepat dan memaklumkan bahawa mereka pernah bekerja di Malaysia.
|
Penjual buah salak di kawasan perkarangan Masjid Syeikh Moh Kholil |
Begitulah
kami menghabiskan hari Jumaat kami di Madura. Malam nanti
kami akan ke Gunung Bromo - satu ekskursi yang
ingin sekali saya kunjungi. Untuk mengetahui tentangnya, teruslah
bersama Naramas Aman dalam entri akan datang.
...bersambung
Nekcik sempat nyopink kat lepas jambatan tu jer sbb kesuntukn waktu...tak sampai ke pulau madura..lain kalilah!!!!
BalasPadamNekcik nyoping apa? Kalau lepas jambatan dah masuk Pulau Maduralah tu. Lain kali mungkin boleh jelajah seluruh Pulau Madura pulak.
PadamDalam soal minuman jus, orang Indonesia memang kteatif. Macam-macam bahan yang digunakan dan biasanya memang sedap sesangat.
BalasPadamDi sana pun ada keropok belinjau, sodap tu lemak-lemak pahit sikit. Tapi saya tak pernah menyukai buah salak tu...
Makan kat restoran tu buat-buatlah tak sedap, nanti dapat gratis... hehe
Mie,
BalasPadamMacam-macam jenis minuman ada di sini. Ini memberi idea kepada saya untuk mencubanya dan mereka resepi minuman baru.
Keropok belinjau yang saya beli kali ini tidak lemak-lemak pahit, tetapi manis rasanya. Baru ini saya tahu ada belinjau manis. Sodap! Buah salak ada dua jenis di sini, yang satu jenis kering dan yang satu lagi jenis berair. Saya suka yang berair. Rasanya manis. Yang kering agak kelat rasanya.
Ha ha ha buat-buat kata tak sedap makan di Ole Olang ya? Barulah Gratis! Lawaklah Mie ni.
salam kak
BalasPadamkaler merah jambatan tu dah macam jambatan ke san francisco pulak hehe
Salam Rezeki,
PadamYa ke macam jambatan San Francisco? Rezeki tentu kenal sebab dah ke situ, kan? Agaknya mereka dapat ilham dari situ :)
akak, terima kasih share info tempat makan tu..boleh try nanti...
BalasPadamDestinasi Zilla berikutnya ialah ke Madura, kan? Jadi bolehlah try makan di Ole Olang.
PadamBestnya makan di pinggir kali! Makanannya pon nampak enak2 belaka!
BalasPadamMasjid tu nampak indah dengan besi kerawang2 tu.
Makan di pinggir sawah memang BEST. Pemandangannya cantik, udaranya bersih, jadi makanpun terasa enak..lebih-lebih lagi orang yang belanja :)
PadamMasjid ni luas dan cantik. Orang sentiasa ramai. Ramai yang ziarah makam wali di situ.
Sedapnye tgk pisang dan keledek rebus tu..dpt cicah gula mengancam! hehehe
BalasPadamCicah dengan kelapa parut pun sedap :)
PadamAir poco poco diberi nama..hahaha. Makanan indon ni kalo dimasak time tu jugak baru best..kalo lauk yg byk2 tu sejuk gedi jer..nak makanpun takut
BalasPadamMacam-macam nama pelik diberi pada makanan di Indonesia ni. Tujuannya untuk melariskan dan menarik orang datang makan/minum. Makanan bila dah sejuk memang tak berselera nak makan, kan?
PadamAssalamualaikum
BalasPadamSalam kenal dari owner Ole Olang Madura
Kami selaku owner Ole Olang mengucapkan banyak terima atas kunjungan Naramas Aman dan keluarga ke rumah makan Ole Olang tempo hari.
Kamipun mengucapkan terima kasih atas postingannya di blog. Dan sebagai rasa terima dengan ini kami ingin memberi souvenir khas Ole Olang ke Naramas Aman, mohon bisa dikirim nama dan alamat ke email : abie@oleolangresto.com
Terima kasih
Salam
Abie Ole Olang
Waalaikumusalam Abie Ole Olang,
PadamTerima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kenangan di Resto Ole Olang tempoh hari tidak akan kami lupakan. Tempatnya yang menarik, orangnya yang peramah dan makanan yang enak membuatkan kami ingin kembali ke sana. Nanti akan saya kirimkan alamat saya.