Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Sabtu, 11 Mei 2013

Percutian Percuma di Surabaya (5) : Gunung Bromo

T ak tahu bagaimana caranya mengungkapkan kata-kata indah apabila menyaksikan Gunung Bromo - gunung berapi terkenal di Jawa Timur. Gunung Bromo ingin sekali saya kunjungi. Tidak sangka saya sudah berada di Bromo.

Berada di Surabaya ini sudah pasti Bromo menjadi highlight kami. Wisata ke Bromo ini GRATIS! Nggak perlu cari mobilnya. Nggak perlu cari tor guidenya. Maksud saya kembara ke Bromo ini PERCUMA! Tidak perlu bayar apa-apa. Tidak perlu pening kepala mencari jalan. Semuanya telah diuruskan oleh anak murid saya Yan, orang Surabaya. Kami seperti VIP dilayan begitu baik oleh anak murid saya ini.

Kehadiran saya dan keluarga di Surabaya diraikan dengan makan malam di Hotel Elmi bersama pengurus Hotel Elmi, kawan baik saya Dr Wardhani yang saya kenali semasa menuntut di Monash University Australia, dan beberapa anak murid saya yang berasal dari Surabaya.

Setelah majlis makan malam yang penuh makna itu, kami check out Hotel Elmi kira-kira pada pukul 11.00 malam. Ini disebabkan kami akan tidur dalam kenderaan semasa menuju ke Gunung Bromo dan pada kesesokan paginya kami akan meneruskan kembara ke tempat-tempat lain yang telah diatur oleh Yan. Yan telah menyediakan pacuan 4 roda dan menyuruh Rozi 'anak muridnya' dan kawannya membawa kami ke Gunung Bromo.

Jalan menuju gunung itu agak gelap. Dengan ayunan 4WD dan suasana gelap-sepi itu membuatkan kami tidur seperti bayi. Tidak rehat-rehat lagi sejak seharian di Rumah Sampoerna, Masjid Cheng Hoo dan Pulau Madura siang tadi membuatkan kami terus dibuai mimpi.

Kami sampai di pertengahan Gunung Bromo kira-kira 3.00 pagi dan ingin memandu terus ke kemuncak. Tetapi kami ditahan di Tengger iaitu penempatan di kawasan gunung berapi itu. Kami diminta berhenti oleh penduduk Tengger sehingga jalan untuk naik ke Gunung itu dibuka. Kami dikehendaki menyewa jeep yang disediakan oleh penduduk Tengger di situ. "Sebelum ini kami naik terus menggunakan jeep kami sendiri," jelas Rozi.


Sampai di Tengger dan menanti jeep sampai

Kami menunggu di dalam kenderaan sehingga jalan dibuka. Ketika menunggu itu ramailah penjual Tengger mengerumuni kenderaan kami dan menyuruh kami membeli sarung tangan, jaket, topi dan muffler untuk dipakai. Cuaca amat dingin sekali ketika itu. Kami perlu memakai jaket dan sarung tangan. Ketika itu saya masih tinggal di Beijing yang sedang menghadapi musim sejuk (-7 darjah C hingga -12 darjah C), tetapi pulang sebentar ke Malaysia dan langsung ke Surabaya. Jadi saya masih boleh tahan dengan kesejukan di Bromo. Ini membuatkan peniaga-peniaga di situ hairan melihat saya. Walau bagaimanapun saya memakai inner untuk menahan kesejukan.

Saya amat kasihan melihat penjual-penjual itu menyua-nyua jaket dan sarung tangan kepada saya tanpa jemu-jemu. Saya bercadang untuk membelinya kerana kasihankan mereka. Tetapi Rozi menahan saya. "Tak perlu beli. Sudah ada," kata Rozi. Rozi lalu memberikan kami sarung tangan baru yang sudah dibeli oleh Yan. 

Setelah menunggu, jeep pun sampai dan kami menaikinya. Rozi bersepakat dengan pemandunya mengenai harga dengan menggunakan bahasa Jawa. Kamipun tukar kenderaan dan duduk di dalamnya dengan penuh keterujaan. Kegelapan malam yang dingin dan jalan yang berliku-liku itu diselir tanpa ragu-ragu oleh pemandu Tengger yang sangat cekap itu.

Kami menuju ke Penanjakan iaitu tempat yang tinggi untuk meninjau kawah gunung berapi yang masih hidup itu dan seterusnya melihat matahari terbit dari belakang kawah. Sampai di situ jam sudah 4.00 pagi. Waktu solat subuh pun masuk. Terdapat pondok terbuka untuk solat dan tempat mengambil wudhu disediakan. Kamipun menunaikan kewajipan kami kepada Allah SWT.


Jeep yang kami naiki ke Penanjakan

Jualan pagi di Penanjakan


Usai solat kami terus mendaki anak-anak tangga yang terdapat berdekatan. Bergegas. Tidak mahu terlepas menyaksikan fenomena indah matahari muncul dari bawah di belakang gunung berapi. Bau belerang gunung berapi itu menusuk ke dalam rongga hidung kami.

Nun di kejauhan. Gunung-gunung berapi kukuh berdiri. Semeru adalah gunung yang tertinggi di situ. Manakala Bromo mendepani Semeru. Di bawahnya terhampar padang pasir yang halus. Kabus tebal memeluk erat gunung-gunung itu bagaikan bayi yang enggan lepas dari dukungan ibunya. Tidak berapa lama kemudian Sang Suriapun muncul dengan perlahan-lahan dari belakang Gunung Berapi itu. Selalunya matahari muncul dari atas langit, tetapi di sini kami dapat melihat ia muncul dari bawah dan naik perlahan-lahan ke atas sedangkan kami berada di atasnya. Indahnya panorama. Umpama mimpi dalam mimpi.

Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru semasa matahari terbit.

Gunung berapi Bromo ialah gunung yang terletak di tengah dan berasap dan masih aktif. Di hadapan sekali ialah Gunung Batok

Kabus di kaki gunung berapi

Matahri terbit dari arah bawah dan belakang Gunung Berapi Bromo-Semeru

Meninjau gunung berapi dari arah Tinjau di Penanjakan


Keindahan Bromo-Semeru ketika matahari sedang naik

Keindahan Bromo-Semeru ketika matahari terbit.Gunung Batok (hadapan sekali), Gunung Bromo (kiri, tengah, mengeluarkan asap), Gunung Windodaren (kanan, tengah) dan Gunung Semeru (belakang)


Keindahan Bromo-Semeru ketika matahari sedang naik


Semakin cerah

Gunung Batok dan Gunung Windodaren yang kelihatan dari tempat Tinjau di Penanjakan setelah matahari terbit

Orang ramai di tempat tinjau di Penanjakan setelah matahari terbit



Ketika itu orang tidaklah ramai sangat dan kami dapat melihat pemandangan indah itu mengikut kesukaan kami. Kami bebas bergerak dan berfoto-foto ria di mana sahaja yang kami suka. Kebanyakan orang yang datang ke situ ialah golongan muda tempatan dan beberapa orang mat salleh. Kamipun berkenalan dengan orang tempatan dan kebetulan pula mereka sekampung dengan Rozi iaitu di Madura, lalu berfoto-fotolah dan beriang ria dengan mereka. Kami juga sempat membeli beberapa keping fridge magnet yang dijaja oleh penduduk Tengger yang mengekori kami. Rozi memberitahu kami bahawa mereka yang tinggal di Tengger itu kesemuanya beragama Hindu.

Pengunjung yang datang melihat matahari terbit di Penanjakan

Saya dan keluarga saya di Bromo

Bergambar kenang-kenangan dengan orang kampung Mas Rozi dari Madura


Setelah matahari naik dan puas 'foto-foto' ria kamipun turun. Kami dimaklumkan bahawa ada laluan untuk mendaki gunung Bromo-Semeru itu dan perlu menaiki kuda melalui padang pasir di situ. Namun laluan itu ditutup pada hari itu disebabkan oleh gelungsuran. Ketika kami ke sini iaitu pada November 2012, adalah musim tengkujuh, jadi hujah lebat telah membuatkan tanah runtuh dan membahayakan. Disamping itu Gunung Bromo ketika itu mengeluarkan gas. Gunung Bromo ini baru sahaja meletuskan lavanya iaitu setahun yang lalu. Dengan terkilan kamipun turun ke pertengahan gunung dan berhenti melihat-lihat keindahan gunung itu di bahagian bawah pula.

Pemandu jeep kami sedang menuju ke arah jeep. Mas Rozi tersenyum ketika saya mengambil gambanya dari dalam jeep.

Jeep kami di Penanjakan. Jeep biru bersedia untuk dipandu menuruni gunung

Laluan berliku Bromo-Semeru

Bunga kecubung atau bunga trompet yang terdapat dengan banyak di pinggir jalan

Gurun pasir yang terbentang luas


Gunung Bromo, Gunung Semeru, Gunung Batok dan Gunung Widodaren  yang dilihat dari Kawasan Tinjau di bahagian bawah.



Saksikanlah Video Gunung Bromo yang telah kami rakamkan.

Kami kemudiannya kembali semula ke Tengger dan menaiki kenderaan pulang ke Surabaya. Dalam perjalanan Mas Rozi belanja kami sarapan pagi dengan Rawon, masakan tradisional Jawa Timur. Itulah pertama kali saya makan Rawon. Rawon ialah sup daging yang dimakan dengan nasi. Selepas itu kami ke Safari Park pula. Safari Park ialah tempat binatang yang menarik dan berbaloi untuk kita pergi.

...bersambung



27 ulasan:

  1. Biasanya gunung berapi dikaitkan dengan bencana, tapi di sini jadi punca rezeki penduduknya. Beruntung Indonesia punya bentuk mukabumi yang pelbagai...

    Wah masih gratisan lagi semuanya, kalah orang pergi dengan pakej...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Mie, belerang gunung berapi itu mereka jual untuk dibuatkan ubat kulit.

      Semuanya gratis selama saya di Jawa Timur hinggalah ke Lombok. Ini semua kerana 'anak-anak murid' saya yang sponsor :). Mereka bawa saya jalan merata-rata.

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah mereka belanja semuanya.

      Padam
  3. Rindu sama bromo! Cantik kan kak pemandangan kat situ. Masa saya ke situ haritu ramai sangat orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rain kena pergi lagi nampaknya kalau dah rindu-rindu ni.

      Saya suka Bromo. Memang cantik tempatnya. Tengok pulak gunung berapi hidup. Cuaca pula sejuk. Memang terbaik!

      Masa saya pergi musim hujan, pasal tu orang tak ramai agaknya.

      Padam
  4. Cantiknya bromo ni kan,ramai geng blogger pergi tahun ni nampaknya,in sha Allah,nnt kami akan smp sini pulak hendaknya:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pergi pada Nov 2012, tapi baru ini blogkan kisahnya. Kebetulan ramai pula geng blogger ke sini kebelakangan ini. Nampaknya Orga kena rancang ke sini dengan orang tersayang. Amat berbaloi ke sini.

      Padam
  5. wahhh nampaknya time akak pegi ni mmg hari weekdays ke? takde ramai orang pn sy tgk! lagi syiokkk woooo.... rindu pulak saya kat bromo ni. antara pemandangan paling cantik! mcm tipu punya gambar. ala-ala lukisan gitew. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Henry Fox,
      Masa akak pergi tu pagi Sabtu. Orang tidak ramai mungkin disebabkan musim hujan. Betullah kata Henry Fox, Gunung Bromo ni macam lukisan. Cantik!

      Padam
  6. Bila lah agaknye saya nk sampai, padahal dkt je.. Tidak diragui Bromo memang cantek! Subhanallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat saja sebenarnya Surabaya & Bromo ini dari Malaysia. 3 jam naik kapal terbang, 4 jam lagi naik kereta dari Surabaya ke Bromo. Tetapi yang dekat-dekat ini selalunya kita lengah-lengahkan, termasuklah saya, baru ini sampai ke Bromo. Tapi amat berbaloi ke Bromo, tempatnya memang cantik!

      Padam
  7. Nekcik pergi beberapa bulan sebelum gunung tu meletup....ada taman rehat di kawasan itu..tapi sekarang nampak dari gambar gambar rakan rakan dah jauh berubah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke Nekcik? Nekcik boleh buat perbandingan dulu dan sekarang, kan? Untungnya Nekcik dapat lihat gunung berapi yang dahulu.

      Padam
  8. Seronok bila tengok photo2 tu, melonjak2 hati ni rasa nak mengalas backpack lagi, tapi tu lah disebabkan beberapa faktor terpaksa saya pendamkan impian buat masa ini.....rindu kepada suasana pagi ketika berada dimana2 tempat dibumi asing suatu ketika dulu....Cantik Bromo kan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayuh AndaQue, cepat-cepat angkat beg galas! Moh terjah gunung-ganang dan hutan belantara yang indah ni. AndaQue orang yang adventurous tempat-tempat begini amat sesuai dengan AndaQue. Kalau AndaQue pergi tentu ceritanya berbeza :)

      Padam
  9. Prof tak panjat gunung tu untuk tengok kat dalamnya ada apa yer? hanya tengok dari jauh ek? Cantik betul gunung tu..seolah2 timbunan pasir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak panjat sebab jalan tu ditutup pada masa kami pergi hari itu. Ada tanah/pasir runtuh, jadi tengok dari jauh je..memang cantik...tak puas melihatnya

      Padam
  10. Assalamualaikum Prof..

    Saya berminat nak pergi ke Surabaya Bromo ni...tapi tak biasa sampai diIndonesia...mohon izin boleh ke saya dapatkan ' guider ' yang jujur bila saya kesana nanti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Wan Mahani,
      Bromo satu tempat yang patut pergi di Surabaya. Tapi semasa saya ke sana saya pergi tanpa agen pelancongan. Saya disambut dan dibawa jalan-jalan oleh anak-anak murid saya dan kawan-kawan saya orang Surabya. Saya tak kenal seorangpun tourist guide di sana. Wan Mahani boleh cari tourist guide melalui pamphlet yang terdapat di lapangan terbang Surabaya atau di internet. Orang Surabaya baik-baik belaka. Bandarnya bersih dan teratur.

      Padam
    2. Terima kasih Prof diatas maklum balas...insyaalah apa yang dipesan saya turuti...kalau takda aral melintang sampailah saya kesana nanti pada Januari 2015..moga moga Prof ada trip kesana sekali lagi dapat lah kita berjumpa....

      Padam
    3. Semoga Wan Mahani selamat sampai di Surabaya/Bromo dan bertemu dengan orang baik-baik. Insyaallah kita dapat berjumpa di mana-mana.

      Padam
    4. Assalamualaikum Prof....

      Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan jutaan tahniah buat Prof kerana blog kembara Prof terpampang muncul di Harian Metro pada bulan Jun 2014 yang lepas...teramatlah gembira hati saya bila mengetahuinya...TAHNIAH !..TAHNIAH..! TAHNIAH..!

      Wasalam

      Padam
    5. Waalaikumusalam Wan Mahani,
      Terima kasih he he he :)

      Padam
  11. trimakasih infonya....
    sangat menarik dan bermanfaat....
    mantap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membacanya :)

      Padam
  12. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com

    Wassalam

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...