B
agaimanakah sekiranya anda backpack di Beijing dan hendak berjalan ke merata-rata tempat? Sudah tentu pengangkutan awam menjadi pilihan.
Pengangkutan awam yang paling utama untuk digunakan ialah keretapi. Bacalah panduan menaiki keretapi di Beijing dalam 3 siri yang lepas dengan mengklik di sini: 1, 2, 3.
Selain daripada itu bas, teksi, basikal dan beng beng juga adalah pengangkutan awam yang penting di Beijing.
Bas awam banyak terdapat di bandaraya Beijing. Ia beroperasi dari 5:30 hingga 23:00. Ada juga yang tamat pada 18:00.
Harga tiket dikenakan mengikut jarak. Bayaran minimum ialah 2 yuan untuk 10 km pertama dan 1 yuan dikenakan bagi 5 km berikutnya. Untuk menaiki bas di bandaraya anda boleh menggunakan kad pintar Pengangkutan Awam Beijing dan menikmati 50% diskaun. Kalau anda ke pinggir bandar, anda boleh mendapat diskaun 30%. Kad pintar ini juga boleh digunakan untuk menaiki keretapi bawah tanah. Apabila menaiki bas, imbaslah kad pintar itu pada mesin pengimbas yang terdapat berdekatan pintu masuk bas. Sekiranya anda tidak memiliki kad itu, anda boleh membayar secara tunai kepada kondaktor bas yang sentiasa ada di dalam bas.
Pengumuan dalam bahasa China dan tulisan nama tempat singgahan/destinasi dipaparkan pada skrin di hadapan pemandu. Bahasa Inggeris juga digunakan selepas bahasa China.
Selain itu bas mini juga terdapat dengan banyak. Sebuah bas mini boleh membawa 13 orang penumpang. Bas mini beroperasi di kawasan perumahan, kampus universiti dan stesen keretapi. Tambangnya 2 yuan bagi jarak 2-4 km.
Teksi terdapat banyak di jalan-jalan raya di Beijing, namun kadang kala adalah sukar untuk mendapatkan teksi kerana ramai pemandu teksi di Beijing tidak mahu berhenti apabila melihat orang asing menahan mereka. Ini disebabkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan kebanyakan orang asing tidak tahu berbahasa China.
Untuk itu anda perlu menulis destinasi anda di dalam tulisan China dan berikan kepada pemandu teksi. Cara kedua ialah meminta kawan-kawan anda yang fasih berbahasa China untuk menelefon pemandu dan memberitahunya destinasi anda.
Tambang teksi ialah 13 yuan untuk setiap 3 km pertama dan tambahan 2.30 yuan untuk 3 km berikutnya.

Bas
Bas terdapat dengan banyak di stesen di Beijing |

Bas mini mengangkut penumpang dalam jarak berdekatan iaitu dari stesen keretapi bawah tanah ke kawasan perumahan |
Selain itu bas mini juga terdapat dengan banyak. Sebuah bas mini boleh membawa 13 orang penumpang. Bas mini beroperasi di kawasan perumahan, kampus universiti dan stesen keretapi. Tambangnya 2 yuan bagi jarak 2-4 km.
Teksi
Teksi di Beijing kadang-kadang enggan berhenti apabila melihat orang asing menahannya |
Teksi terdapat banyak di jalan-jalan raya di Beijing, namun kadang kala adalah sukar untuk mendapatkan teksi kerana ramai pemandu teksi di Beijing tidak mahu berhenti apabila melihat orang asing menahan mereka. Ini disebabkan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan kebanyakan orang asing tidak tahu berbahasa China.
Untuk itu anda perlu menulis destinasi anda di dalam tulisan China dan berikan kepada pemandu teksi. Cara kedua ialah meminta kawan-kawan anda yang fasih berbahasa China untuk menelefon pemandu dan memberitahunya destinasi anda.
Tambang teksi ialah 13 yuan untuk setiap 3 km pertama dan tambahan 2.30 yuan untuk 3 km berikutnya.
Basikal
Satu cara lain untuk menggunakan pengangkutan awam ialah dengan berbasikal.
Penduduk Beijing gemar berbasikal dan boleh dikatakan setiap orang memiliki basikal. Kedai menjual dan memperbaiki basikal ada di mana-mana. Kedai-kedai sewa basikal juga mudah ditemui di kawasan-kawasan tumpuan ramai.
Di Beijing terdapat program Beijing Bike Sharing yang mana kita boleh menyewa basikal dengan hanya menggunakan kad pintar yang dioperasi secara sendiri oleh pengguna (automated self service). Basikalnya cantik dan diletakkan di stesen docking tertentu seperti di kebanyakan setesen keretapi utama, kawasan perniagaan dan kawasan awam utama Beijing.
Terdapat lebih kurang 60-120 stesen docking basikal di Beijing. Untuk mengetahui stesen docking ini sila lihat laman web ini: http://www.beijingbikeshare.com/
Stesen docking Beijing Bike Sharing terdapat di tepi stesen keretapi bawah tanah Chaoyangmen (Exit A) |
Di Beijing terdapat program Beijing Bike Sharing yang mana kita boleh menyewa basikal dengan hanya menggunakan kad pintar yang dioperasi secara sendiri oleh pengguna (automated self service). Basikalnya cantik dan diletakkan di stesen docking tertentu seperti di kebanyakan setesen keretapi utama, kawasan perniagaan dan kawasan awam utama Beijing.
Terdapat lebih kurang 60-120 stesen docking basikal di Beijing. Untuk mengetahui stesen docking ini sila lihat laman web ini: http://www.beijingbikeshare.com/
Mesin menyewa basikal Beijing Bike Sharing yang dioperasikan sendiri oleh pengguna |
Mesin ini digunakan untuk mengimbas kad pintar dan setelah diimbas, kuncinya boleh dibuka untuk mengeluarkan basikal |
Sebagai orang asing yang ingin menyewa basikal ini, anda perlulah
- Mempunyai kad Beijing Public Transport dengan tanda "c" di bucu kanan kad. Kad ini sama dengan kad yang digunakan untuk menaiki keretapi dan bas. Kad ini diperolehi di stesen keretapi bawah tanah atau bas.
- Membawa ID asal (pasport anda) dan permit residensi asal.
- Pergi ke pejabat Beijing Bike Share pada waktu pejabat untuk mengaktifkan kad anda. Waktu pejabat ialah pada Isnin hingga Jumaat, pukul 9.30 hingga 11.30, 13.30 hingga 16.00 .
- Membayar wang pendahuluan sebanyak 400 yuan.
- 1 jam pertama menggunakan basikal ini adalah percuma, untuk masa selebihnya anda dikenakan caj 1 yuan sejam, dengan maksimum 10 yuan sehari. Sekiranya basikal tidak dipulangkan dalam masa 3 hari 20 yuan akan ditolak setiap hari dari wang pendahuluan.
- Pastikan terdapat baki lebih daripada 30 yuan pada kad.
Beng Beng
Beng beng muat untuk 2 orang penumpang |
Beng Beng ialah motosikal yang diubah suai menjadi pengkangkutan yang membawa penumpang. Ia mempunyai tempat duduk yang biasanya muat untuk dua orang dan bertutup dengan plastik tebal serta keras atau zink dan disambungkan kepada motorsikal itu.
Beng Beng digunakan untuk membawa penumpang dalam jarak yang dekat kira-kira 2-5 km. Ia beroperasi dengan banyak di kawasan tumpuan ramai di antara stesen keretapi/bas dengan kawasan perumahan. Tambang menaiki Beng Beng perlulah dirunding terlebih dahulu dengan pemandunya. Untuk jarak dekat sekitar 2-5 km tambangnya ialah 4.00-6.00 yuan
Risiko menaiki Beng beng ialah ia tidak seimbang dan boleh rebah |
Untuk pengetahuan anda saya tidak lagi tinggal di Beijing, jadi sekiranya ada perubahan maklumat harap maklumkan kepada saya.
CT sekali saja naik bus masa ke China.. itu pun kawan yang lead..
BalasPadamsebab memang tak kaji pasal bus. cari yang senang access dgn train..
Menaiki train lebih mudah berbanding bas. Lagipun keretapi lebih laju dan tiada masalah kesesakan lalu-lintas.
PadamPengangkutan di China nampak efisyen walaupun umatnya ramai macam semut... respek. Tambang subwaynya pun sangat murah...
BalasPadamMemang untung naik subway tambangnya murah, perkhidmatannya efisyen dan tepat.
PadamNaik bas masa pergi dengan agen..bial pergi sendiri... naik train je kemana2... :)
BalasPadamYa, pergi sendiri lebih puas...dapat naik train dan bergaul dengan orang tempatan.
Padamkak, nanti sya nak pi beijing saya nak korek abes2 info kat blog akak ni....hehehehe!
BalasPadamKorek jangan tak korek...kalau pergi tak korek blog saya...memang nak kena piap ni he he he
PadamBeng-beng tu kalau anak-anak saya naik mahu terbalik tu...hehehehe
BalasPadamHa..ha..ha...mungkin mereka terlalu 'excited' :D
Padamsangat teruja jumpa blog ini...byk info yang berguna..terima kasih sharing!
BalasPadamTeruskan mengikuti blog saya dan sokong saya dengan mendaftar sebagai ahli blog saya ini :)
Padammenyesal baru jumpa blog ni setelah lama di beijing. Mmg mati kutu jika main redah je.
BalasPadamTeruskan membaca blog ni.
PadamTempat-tempat menarik di Kota Beijing dihubungkan dengan sistem subway, lebih mudah menaiki subway jika travel secara backpack. Terdapat papantanda dalam bahasa inggeris yang mudah dibaca. Pengalaman menaiki keretapi di Beijing juga mudah dan menyeronokan. Saya pernah berkunjung ke Greatwall Badaling dengan menaiki keretapi dari stesen keretapi Beijing North Railway Station. Dari Hotel penginapan saya menaiki Subway Line 2 dan turun di Xizhimen Subway Station 西直门, keluar guna Exit A dan berjalan ikut arahan papantanda dan sampai ke stesen keretapi Beijing North Railway Station. Ticket bagi S2 Trains dijual di ticket counter terletak di ground level of main building of Beijing North Railway Station.
BalasPadamSemasa perjalanan kami enjoy pemandangan Guan Valley Scenic Area dan juga Juyongguan Great Wall, laluan railway Beijing-Zhangjiakou tersebut sudah berusia hundred-years-old. Akhirnya tiba di Stesen Keretapi Badaling. Keluar dari stesen keretapi jalan kaki ke stesen Cablecar yang terletak berhampiran. Untuk sampai ke menara tinjau Greatwall (watch tower) kami menaiki Cablecar. Kenangan melancung ke Beijing sangat menarik dan sukar untuk dilupakan.
Semasa mencari restaurant halal di Qianmen Street teringat yg Prof ada mention makan di restauran huizu bernama Yue Sheng Zhai Restaurant 月盛斋 (terletak sebelah Starbuck), terimakasih Prof kerana ini jadi panduan kami. Tapi sbb masa sampai kedai ini tak buka, jadi kami makan di restaurant Yi Tiao Long yg terletak berhampiran. Yi Tiao Long juga merupakan restaurant halal.
http://beijing4days.blogspot.my/2014/12/four-days-in-beijing_28.html?m=1
.
Menariknya perjalanan Bob. Sangat adventurous. Bob dah berjaya tawan Greatwall :) Tahniah! Saya setuju dengan Bob, lebih mudah naik subway di Beijing. Kenangan di Beijing memang sukar dilupakan, terutama bagi mereka yang backpack/pergi sendiri.
PadamDi Qianmen apa yang Bob makan? Sate kambing? Mee tarik?
Maaf Prof, ambil masa sikit nak reply. Semasa di Qianmen Street kami sempat dinner di Restaurant Yi Tiao Long (壹条龍飯庄). Kami makan nasi (jenis beras pendek) dengan beef soup dan Sengkuang Goreng (炒沙葛丝 Chǎo shā gé sī). Sebab tak boleh jauh dari makan nasi.
PadamSaya banyak makan mee tarik semasa di Harbin di Restaurant Xīběi Dìyījiā Lāmiànguǎn 西北第一家拉面馆 terletak di Jiaotong Street berhampiran Harbin Walker Coffee Hotel tempat kami menginap. Winter yg terlalu sejuk semua makanan jadi sedap.
Di Harbin kami bertemu Mubarak seorang pemilik restaurant di hadapan Masjid Daowai yg mahu sangat kami jumpa Imam Masjid Xiang Fang. Akhirnya kami sampai ke Masjid Xiang Fang Harbin yang mana barulah kami tahu Imam tersebut yang bernama Ismail, boleh bertutur bahasa Melayu kerana pernah lama belajar di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin. Hingga kini kami masih berhubung guna Wechat.
Melancong di Guangzhou pula masa musim panas tekak dah tak boleh telan Mee tarik lagi. Di Guangzhou terlalu banyak pilihan makanan. Setiap hari breakfast di Restaurant Uighur terletak di hadapan Masjid Huaisheng. Tentunya Prof sudah sampai di Masjid Huaisheng yg sudah berusia ribuan tahun yg juga masjid paling tua di seluruh China. Ada tak blog yg cerita kembara Prof di Guangzhou?
Sengkuang Goreng juga menjadi kegemaran saya kerana ia rangup tetapi lembut. Mee tarik juga kegemaran saya, boleh dikatakan setiap hari saya makan mee tarik selama saya tinggal di China.
PadamBertuahnya Bob dapat ke Harbin yang sejuk gedi tu, dapat pula ke Masjid Daowai dan berkawan dengan Imam masjid Xiang Fang. Semasa saya ke Masjid Daowai tu, tak ada orang di masjid jadi tak dapat berjumpa dengan sesiapa kecuali ke kedai menjual kek halal yang letaknya di hadapan masjid dan dapat kek percuma dari taukenya.
Saya belum lagi ke Guangzhou, walaupun lama di China. Semasa di Xian, saya melawat sebuah masjid purba di China, masjid ini adalah antara yang tertua di China. Nampaknya saya kena ke Guangzhou pula untuk melawat masjid paling tua di China. Terima kasih diatas info Bob tentang ini.
Jika Prof gemar makan buah lychee, pokok buah lychee merupakan native - berasal dari wilayah Guangdong and Fujian di China.
BalasPadamPada pendapat saya masa terbaik untuk melawat Guangzhou adalah semasa musim buah lychee iaitu bulan May dan Jun. Pada waktu ini buah2 lychee boleh didapati merata-rata dan akan membanjiri gerai2 buah dan supermarket sekitar Guangzhou.
Buah2 lychee ini dibekalkan oleh peladang2 dari lychee farms yg terletak di pekan Gaozhou 高州市 berada kedudukan timur Kota Guangzhou. Pekan Gaozhou juga menjadi destinasi agro-tourism.
Pelbagai cara untuk sampai ke pekan Gaozhou tapi paling menarik adalah dengan menaiki keretapi T8345 dari Stesen Utama Guangzhou jam 07:38 pagi dan sebentar kemudian akan sampai di Gaozhou jam 10:25. Harga tiket keretapi seorang/sehala sekitar 70 yuan.
Sepanjang laluan keretapi yg menghubungkan Guangzhou dan Gaozhou, train passengers dihidangkan dgn pemandangan yg indah. Sepanjang perjalanan dihiasi kebun2 buah lychee yg amat luas, pokok yg menghijau dan buah2 lychee warna merah yg bergayutan.
http://www.newsgd.com/specials/ladyxian/news/content/2016-06/27/content_150213724.htm
.
Saya suka makan laici lebih-lebih lagi yang segar dari ladang. Terliur pulak saya bila Bob ceritakan pasal buah ni :P Bulan Mei-Jun adalah penghujung musim bunga di China, tentu cuacanya sesuai dengan orang Malaysia. Pemandangan indah ladang laici yang dilihat dari dalam keretapi yang bergerak tentu membuatkan ramai yang belum melihatnya rasa cemburu :)
Padam