S eringkali kita mendengar penipuan yang dilakukan oleh agensi pelancongan walaupun untuk mengerjakan ibadat di tanah suci. Kalau anda bimbang tentang pakej mana yang patut diambil ketika hendak mengerjakan umrah, gunalah pakej TH Travel and Services Sdn Bhd.
Kali ini saya pergi menunaikan umrah pada 15 Mei - 25 Mei 2017. Walaupun sebelum ini saya sudah 3 kali ke tanah suci, inilah pertama kali saya menggunakan perkhidmatan TH Travel dan inilah pertama kali saya pergi bersama dengan suami saya.
Nota: Sebelum ini saya ke tanah suci tanpa suami saya dengan menggunakan 3 cara yang kesemuanya berjalan baik dan lancar iaitu:
Saya menggunakan khdimat TH Travel atas cadangan suami saya. Suami saya sudah 4 kali menggunakan perkhidmatan TH Travel ke tanah suci dan yakin dengan perkhidmatan baik mereka. Pengalaman buruk suami saya menggunakan khidmat pakej sebuah agensi **** telah membuatkan dia serik dan hanya yakin pada perkhidmatan TH Travel.
Nota: Sebelum ini saya ke tanah suci tanpa suami saya dengan menggunakan 3 cara yang kesemuanya berjalan baik dan lancar iaitu:
1) Backpack (cara sendiri, tanpa khidmat mana-mana pakej),2) Pakej Haji SMAS Travel Sdn Bhd; dan3) Pakej Umrah Wilayah Utara Travel Sdn Bhd (kerjasama dengan Poto Travel dan Skymatt Travel).
Untuk mengikuti kembara saya itu sila baca entri-entri saya yang lalu yang saya senaraikan di bawah ini:
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 1): Ke Madinah Melalui Thailand dan Qatar
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 2): Apa Ada Di Madinah?
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 3): Baitullah Oh Baitullah, Ku Sampai Jua
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 4): Orang Melayu Mekah
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 5): Beriktikaf di Masjid al-Haram
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 6): Jemputlah Aku Lagi
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 2): Apa Ada Di Madinah?
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 3): Baitullah Oh Baitullah, Ku Sampai Jua
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 4): Orang Melayu Mekah
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 5): Beriktikaf di Masjid al-Haram
Backpack ke Madinah dan Mekah (Bhg 6): Jemputlah Aku Lagi
Naik Haji (1): Wukuf di Arafah dan Mabit di Muzdalifah
Naik Haji (2): Dugaan di Mina, Berkorban dan Melontar
Naik Haji (3): Umrah, Ziarah dan Membeli-belah Pada Musim Haji di Mekah
Naik Haji (4): Ujian di Tanah Suci dan Panduan Menanganinya
Naik Haji (5): Ziarah Madinah Pada Musim Sejuk
Mekah Setelah Tiga Tahun
Naik Haji (2): Dugaan di Mina, Berkorban dan Melontar
Naik Haji (3): Umrah, Ziarah dan Membeli-belah Pada Musim Haji di Mekah
Naik Haji (4): Ujian di Tanah Suci dan Panduan Menanganinya
Naik Haji (5): Ziarah Madinah Pada Musim Sejuk
Mekah Setelah Tiga Tahun
Mengapa TH Travel?
Yakin dengan Perkhidmatan yang Baik
TH Travel adalah Ahli Kumpulan Syarikat-syarikat Tabung Haji yang telah diperbadankan sejak tahun 1972 dan ia menawarkan pakej-pakej umrah yang memenuhi kemampuan dan keperluan pelanggan.
Oleh kerana kami memilih pakej Fairuz, sebilik dua orang, bayarannya ialah RM6,990 untuk seorang. Untuk menempah tempat, kami bayar wang tempahan/pendahuluan sebanyak RM500 seorang dan selebihnya diberikan sebulan sebelum tarikh berangkat.
Urusan untuk mendapatkan visa dilakukan oleh TH Travel dengan hanya menyerahkan pasport dan 2 keping gambar di kaunter TH Travel. Urusan mendapatkan suntikan dibuat sendiri oleh jemaah di klinik masing-masing.
Disebabkan saya tinggal di utara Semenanjung, pejabat urusannya di Butterworth, Pulau Pinang. Semasa saya menyerahkan pasport itu, saya terus diberikan hadiah : 2 beg bertroli, 2 beg pakaian besar, 2 beg silang, 1 telekung, 1 kain ihram serta 3 buah buku panduan mengerjakan umrah untuk saya dan 2 buku panduan untuk suami saya. Perkhidmatan di pejabat urusan ini juga amat mesra.
Kaunter TH Travel di KLIA |
Tempat berkumpul sebelum berangkat ialah di kaunter TH Travel, Tingkat 5 KLIA. Di sini kami diberi pasport, boarding pass dan taklimat keberangkatan.
Hotel Selesa di Madinah dan Mekah
Bilik berdua yang lengkap dengan kemudahan dapur di Hotel Movenpick, Madinah |
Pintu 15 Masjid Nabawi ini tidak berjauhan dengan Hotel Movenpick |
Bilik berdua di Hotel Ramada, Mekah |
Pintu masuk Hotel Ramada yang tidak putus-putus dengan jemaah dari pelbagai negara |
Hotel yang diberikan di Madinah adalah selesa iaitu di Hotel Movenpick yang letaknya sepelaung sahaja dari pagar no 15 di Masjdil Nabawi. Di Mekah pula kami diberi Hotel Ramada yang letaknya 700 meter dari Masjidil Haram.
Makanan Sedap di Madinah dan Mekah
Salad buah-buahan antara menu pilihan di dewan makan Hotel Movenpick |
Buah-buahan segar yang belum dikupas sentiasa ada di ruang makan |
Gulai daging yang dimakan bersama nasi di Hotel Movenpick |
Kek yang cantik dan sedap sebagai pencuci mulut di Hotel Movenpick |
Roti juga menjadi pilihan di Hotel Movenpick |
Dewan makan yang luas di Hotel Movenpick, Madinah |
Lobi Hotel Ramada, Mekah yang luas |
Ruang makan di Hotel Ramada, Mekah yang selesa |
Salah satu pilihan makanan di Hotel Ramada, Mekah |
Dengan tukang masak dari Malaysia dan Arab kami dapat makan masakan Malaysia dan Arab yang sedap-sedap. Makanan sedap adalah perkhidmatan yang paling istimewa yang diberikan oleh perkhidmatan TH Travel.
Perkhidmatan Berpengalaman Mutawwif
Mutawwif membimbing jemaah sepanjang umrah dan ziarah |
Mutawwifah memberi taklimat sebelum membawa jemaah wanita ke Raudah |
Perkhidmatan mutawwif dan mutawwifah yang bertugas memimpin jemaah ketika beribadat dan ziarah disediakan. Namun untuk jemaah wanita mutawwifah hanya disediakan untuk membawa mereka ke Raudah sahaja. Kedua-dua mutawwif ini adalah orang yang berasal dari Indonesia. Ustaz kunjungan dari Malaysia juga disediakan untuk memantau aktiviti ibadah dan pergerakan/perjalanan jemaah.
Salah sebuah masjid yang diziarahi di Madinah |
Pasar kurma di Madinah yang dipenuhi dengan pelanggan |
Tempat-tempat ziarah di Madinah ialah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud dan pasar kurma.
Kaabah |
Selain daripada beribadat di Masjidil Haram dan tawaf mengelilingi Kabaah, jemaah dibawa oleh TH Travel menziarahi tempat-tempat sejarah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Adam a.s seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Mina, Arafah dan perkuburan Maala.
Perkhidmatan ke Miqat-miqat untuk Niat Ihram Disediakan
Niat umrah dan ihram di Bir Ali |
Miqat-miqat yang dibawa untuk berniat umrah dan ihram ialah di Bir Ali (Zulhulaifah), Jaaranah dan Hudaibiyah yang mana miqat-miqat ini juga mempunyai sejarah yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w.
Perjalanan Menaiki Bas yang Selesa
Gunung batu banyak dilihat sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah |
Bandar dan bangunan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah |
Kedai-kedai yang terdapat di tempah persinggahan |
Jemaah berhenti minum dan makan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah |
Walaupun jemaah kami hanya 16 orang sahaja, kami diberikan bas dengan muatan 40 orang penumpang yang selesa dan berhawa dingin. Minuman dan makanan ringan iaitu roti diberikan kepada setiap jemaah di atas bas. Mutawwif juga sentiasa berada bersama kami sepanjang perjalanan di tanah suci.
Dalam perjalanan, bas berhenti beberapa kali untuk jemaah turun minum-minum, makan-makan, solat, membuang air dan membeli-belah.
Ketika pulang kami ditemani dengan dua orang ustaz sehinggalah ke KLIA dan setiap 16 orang jemaah itu diberikan sebotol air zam-zam - 5 liter.
Setelah saya menggunakan perkhidmatan TH Travel, ternyata perkhidmatannya tidak perlu diragukan.
...bersambung