Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 27 Ogos 2013

Backpack Ke Madinah & Mekah (Bhg 1): Ke Madinah Melalui Thailand dan Qatar

S aya teringin sekali menjejakkan kaki ke Mekah. Tetapi panggilan untuk mengerjakan ibadat haji belum lagi diterima. Giliran saya selepas mendaftar pada tahun 2006 mengambil masa sepuluh tahun lagi.

Pada tahun 2009 perasaan untuk ke tanah suci begitu membuak-buak. Saya ke Tabung Haji Pulau Pinang meminta mereka mencalonkan nama saya. Tetapi saya diberitahu bahawa saya perlu menunggu 5 tahun selepas mendaftar untuk membuat rayuan. Banyak lagi alasan-alasan yang diberikan yang membuatkan saya tidak dapat pergi. Kesemua alasan yang diberikan menggambarkan untuk ke Mekah ianya terlalu sukar. Antara faktor lain ialah usia dan mahram.

Setiap kali melihat jemaah di tanah suci di kaca tv saya rasa amat terharu. Setiap hari saya berdoa, solat taubat dan solat hajat supaya dijemput Allah.

Entah mengapa pada hari itu saya rasa ingin menghubungi kawan saya Liza yang sudah 10 tahun tidak saya hubungi. Ingat tak pada Liza? Saya pernah ceritakan pengambaraan saya dengan Liza ke Jinan China. (Kalau ingin imbas kembali kisah itu sila klik di sini).

Ketika saya menghubungi Liza melalui telefon, Liza memberitahu saya yang dia sedang berada di hadapan Kaabah mengerjakan Haji. Menurutnya dia baru sahaja mendaftar haji sebulan yang lalu. Dan dia pergi tanpa mahram. Mahramnya ialah jemaah wanita yang lain. Saya amat terkejut.  Selama ini saya mendapat maklumat yang tidak tepat. Saya meminta Liza mendoakan saya di hadapan Kaabah supaya Allah menjemput saya pula. Saya terlalu ingin ke sana. Perasaan itu tidak dapat dibendung lagi. Kata Liza, "Pekerjaan yang baik dipermudahkan Allah." Saya percaya dan yakin dengan kata-kata Liza itu.

Liza berada di hadapan Kaabah ketika musim haji 2009.

Sekembalinya dari mengerjakan Haji, Liza memaklumkan saya bahawa dia amat gembira berada di Mekah dan ingin mengulangi ke sana setiap tahun. Diapun merancang untuk mengerjakan umrah bersama keluarganya. Akhirnya saya mengikut Liza sahaja ke Mekah mengerjakan umrah iaitu pada Jun 2010. Pada mulanya saya bercadang membawa anak-anak sekali melakukan umrah. Tetapi disebabkan oleh mereka menghadapi peperiksaan penting di sekolah dan universiti, maka hasrat untuk membawa mereka tidak kesampaian.

Kami pergi tidak melalui ejen pelancongan atau pakej umrah. Kami backpack! Bagaimanakah caranya?


Mendapatkan Visa Umrah


Ada dua cara untuk ke Mekah dengan cara backpack ini. Sama ada menggunakan visa perniagaan atau visa umrah. Liza dan suaminya mempunyai visa perniagaan, jadi tidaklah susah untuk masuk ke Mekah dan Madinah menggunakan visa itu dan mereka boleh memasukkan nama saya sekali dalam permohonan itu. 

Tapi akhirnya kami memilih menggunakan visa umrah. Kami isi borang dan memohon sendiri di kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Liza menjadi mahram saya. Visa kami berempatpun diluluskan dalam masa beberapa hari.


Penang-Haadyai-Bangkok-Qatar-Jeddah


Ketika musim umrah itu kesemua kapalterbang dari Pulau Pinang dan KLIA ke Jeddah tiada yang kosong. Jadi kami mengambil keputusan untuk melalui Thailand. Lagipun Thailand dengan Pulau Pinang tidaklah jauh.

Kami memandu kereta sendiri ke Hadyaai dan meninggalkan kereta kami untuk dijaga oleh seorang lelaki Thailand iaitu kenalan suami Liza di sana. Kami ke lapangan terbang Haadyai untuk ke Bangkok pula. Semasa di lapangan terbang Haadyai kami sempat membeli-belah buah tangan untuk diberikan kepada kenalan yang menyambut kami nanti di Bangkok, Jeddah, Madinah dan Mekah.

Kemudian kami menaiki Air Asia ke Bangkok. Di Bangkok kami menginap di sebuah rumah kawan suami Liza sebelum terbang ke Qatar dengan Qatar Airways. Kami transit di Qatar 4 jam. Dari Qatar barulah kami ke Jeddah. Semasa di Qatar kami bertemu dengan ramai jemaah dari negara lain yang sudah siap berpakaian ihram. Sepanjang perjalanan dan menunggu di lapangan terbang Qatar mereka tidak berhenti-henti bertalbiah. Sungguh amat terharu mendengarnya.

Kalau dilihatkan perjalanan (route) kami ini amatlah jauh. Banyak singgah singgah dan transit di empat buah negara. Namun kami amat menyenanginya dan tidak pula terasa penat. Sepanjang jalan ini kami menemui pelbagai kenalan dan dapat menjalin hubungan yang erat. Hubungan ini amat bermakna kerana ia tidak boleh dijual beli.

Zahari (berjubah putih) anak angkat Liza menyambut kami di lapangan terbang Jeddah


Zahari, anak angkat Liza adalah seorang siswa Universiti Madinah. Beliau menyambut kami di Jeddah dan melakukan urusan imigresen. Zahari mengambil jurusan bahasa Arab di Universiti Madinah dan fasih berbahasa Arab samada Arab formal atau Arab Hami (bahasa pasar). Dengan kefasihan beliau berbahasa Arab Hami membuatkan urusan di imgresen menjadi mudah kerana orang Arab akan secara spontan menyukai orang bukan Arab yang fasih menguasai bahasa pasar mereka.


Memandu Dari Jeddah ke Madinah


Pemandangan dalam perjalanan ke Madinah


Kami menaiki kereta milik Syekh Toriq iaitu seorang ahli perniagaan, kenalan Liza yang berasal dari Jeddah. Zahari yang pandu kereta itu menuju ke Madinah. Dalam perjalanan menuju ke Madinah kami melalui kawasan yang gersang dan sesekali hanya ada beberapa buah rumah di tepi jalan.

Kami singgah makan cara tradisional Arab. Kami makan nasi mande di sebuah restoren. Itulah pertama kali saya makan nasi mande. Nasi dihidang di dalam dulang dengan lauk-pauk di dalamnya. Ia dimakan beramai-ramai dan berkongsi makan satu dulang.

Penulis makan nasi mande beramai-ramai yang dihidangkan di atas dulang


Apabila terasa ingin buang air saya pergi terus ke tandas yang letaknya agak jauh ke belakang. Apabila keluar tandas saya dapati Zahari menunggu saya di luar. "Ini bukan Malaysia, Auntie. Di sini lain. Orang perempuan tak keluar seorang diri. Bahaya," kata Zahari yang sudah tiga tahun tinggal di Madinah. Mendengarkan pesanan Zahari itu saya menjadi risau dan tidak lagi berani ke tandas tanpa ditemani sesiapa.


Madinah Al-Munawarah


Madinah al-Munawarah bermaksud Kota Bercahaya.

Bacalah doa ketika masuk kota Madinah


Memandu ke Madinah memakan masa kira-kira 6 jam. Apabila kami sampai di Madinah, saya dapat melihat bangunan yang tinggi-tinggi. Hati saya amat berdebar-debar apabila sampai ke kota suci ini. Liza dan saya membaca doa masuk ke Kota Madinah. Inilah kota suci yang disayangi Nabi Muhammad SAW. Daripada Siti Aishah r.a. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ya Allah kurniakanlah kepada kami cinta kepada Madinah seperti mana cinta kami kepada Mekah atau lebih daripada itu."

Madinah disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai tempat kekuatan keimanan di akhir zaman nanti berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.; sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

"Sesunggunya keimanan itu akan kembali ke Madinah sepertimana kembalinya ular ke sarangnya."

Kereta kami melalui jalan di celah-celah kota. Kelihatan menara Masjid al-Nabawi dari celah-celah bangunan. Ia kelihatan dari semua arah kerana kedudukannya di tengah-tengah kota. Saya sangat gembira menyaksikan menara itu dari kejauhan dan tak sabar-sabar untuk melihatnya dari dekat.

Zahari memandu lebih hampir dengan menara itu lalu kami mencari tempat letak kereta tetapi ia penuh sesak lalu Zahari meletakkan kereta di tepi jalan sahaja.


Masjid al-Nabawi dari pintu hotel

Sepuluh ribu  orang  sahabat disemadikan di Perkuburan Baqi termasuklah  isteri-isteri, putera dan puteri Rasulullah SAW


Zahari membawa kami ke hotel. Hotel kami amat dekat dengan Masjid al-Nabawi. Boleh nampak dengan jelas menara Masjid al-Nabawi dari pintu hotel. Hotel ini juga betul-betul di hadapan tanah perkuburan sahabat-sahabat dan keluarga Rasulullah SAW yang dikenali dengan Perkuburan al-Baqi.

Hotel ini amat luas dan selesa. Maaf saya lupa nama hotel ini.


Hotel itu kami sewa 500 rial (lebih kurang RM500) sehari. Biliknya luas dan mempunyai dua buah katil (double bed), televisyen, meja dan bilik mandi yang selesa. Dalam bilik mandi terdapat tab mandi, sinki dan dua buah mangkuk tandas. Saya amat berpuas hati dengan hotel itu. Oleh kerana saya seorang sahaja di dalam bilik itu, ia amat amat selesa bagi saya. Ketika inilah saya rasa agak terkilan kerana anak-anak saya tidak dapat turut serta. Kalau tidak tentu merekalah yang tidur di katil sebuah lagi yang kosong itu.

Kedai  di Madinah yang menjual pelbagai keperluan 

Tawar-menawar di bazaar 


Sebelum ke masjid kami turun dari bilik hotel untuk membeli barang-barang keperluan seperti selipar, sejadah, jubah dan kopiah di kedai yang terdapat di bawah dan sebelah hotel kami. Setelah itu kamipun ke Masjid Nabawi untuk solat jemaah. Terlalu ramai orang di dalam Masjid Nabawi.


Masjid Al-Nabawi



Halaman Masjid Nabawi yang sentiasa dipenuhi manusia


Di pintu masuk Masjid al-Nabawi ada polis wanita berpurdah yang mengawal serta memeriksa semua beg yang dibawa masuk oleh setiap wanita. Mereka juga meraba-raba badan setiap wanita yang masuk. Saya telah diberitahu Liza bahawa telefon bimbit yang berkamera tidak boleh dibawa masuk, lalu saya menyorokkan telefon bimbit saya di dalam poket rahsia di dalam baju saya.  Mujur ia tidak ditemui oleh polis wanita itu walaupun badan saya diraba.

Saya dan Liza masuk ke dalam ruang solat wanita. Saya sangat gembira kerana dapat solat di Masjid Nabawi iaitu masjid yang dibina oleh Nabi Muhammmad SAW ketika berhijrah dari Mekah. Tapak pemilihan masjid ini telah ditentukan oleh unta yang membawa Nabi SAW dari Quba'.

Selepas solat subuh

Kami berjalan kaki pulang ke bilik hotel untuk berehat. Sebelum masuk waktu subuh kedengaran azan untuk solat tahajud jelas dari hotel saya. Saya perhatikan di jendela dan kelihatan ramai orang berbondong-bondong menuju ke masjid. Terasa amat kagum dengan cara mereka beribadah. Kami pun keluar ke masjid turut solat tahajud dan subuh.

Masjid Nabawi terlalu indah binaannya dan amat luas. Masjid ini sentiasa dikunjungi ramai. Ini ialah masjid yang kedua penting selepas Masjidil Haram.

Ziarah ke Masjid al-Nabawi adalah sunat. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Tidak harus kamu bersusah payah musafir kecuali kepada tiga masjid. Masjid aku ini, Masjid al-Haram dan Masjid Al-Aqsa." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kelebihan menunaikan solat di Masjid Nabawi dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sanadnya yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Solat di Masjid aku ini lebih baik daripada seribu solat di tempat-tempat lain kecuali di Masjid al-Haram" 

Peniaga mula berniaga selepas solat subuh

Peniaga mengambil kesempatan berniaga di halaman Masjdil Nabawi


Kemodenan senibina Masjid al-Nabawi amat mengagumkan. Lampu-lampunya menyerikan lagi keindahan masjid suci ini. Ia kelihatan amat bersih dan tenang. Jemaah yang ramai melimpah sehingga ke halaman masjd untuk bersolat dan beribadat. Payung-payung yang mengembang dan menguncup secara automatik di halaman masjid menarik hati sesiapa sahaja.


Payung-payung automatik di halaman Masjid al-Nabawi yang menguncup pada waktu pagi

Pintu masuk Masjid al-Nabawi

Payung di hadapan Masjid al-Nabawi pada jarak dekat

Payung-payung di  halaman Masjid al-Nabawi mengembang secara automatik apabila matahari muncul di waktu pagi




Raudah Al-Syarif  (Taman Syurga)


Ruang solat wanita di dalam Masjidil Nabawi


Raudah al-Syarif ialah sebuah tempat di dalam Masjd al-Nabawi. Ia terletak di antara rumah Rasulullah SAW dan mimbar baginda. Daripada Abdullah ibn Zaid al-Mazani r.a  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Yang di antara rumahku dan mimbarku ialah Raudah iaitu antara taman-taman syurga." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Raudah al-Syarif adalah tempat yang disukai dan menjadi kebiasaan Rasulullah SAW duduk melakukan ibadat kepada Allah.

Semasa di Madinah setiap hari saya ke Raudah. Mula-mula ditunjuki oleh Liza caranya kerana Liza sudah mempunyai pengalaman sebelum ini. Oleh kerana kami pergi pada waktu siang selepas solat zohor orang terlalu ramai dan perlu berlari apabila pintu di dalam masjid untuk ke Raudah dibuka. Kami menunggu bersama-sama dengan kumpulan wanita dari Turki dan kemudian dibawa masuk ke dalam ruangan satu lagi berdepan dengan pintu Raudah.

Pengalaman ke Raudah pertama kami amat sukar dilupakan. Amat susah untuk mendapatkan ruang di atas permaidani hijau kerana orang penuh sesak. Permaidani hijau inilah penanda kawasan Raudah. Ia tidaklah luas. Ruang yang kecil itu perlu menampung orang yang beratus-ratus sekali masuk. Kami solat sunat dua rakaat. Sebaik-baik sahaja kami duduk tahiyat akhir polis yang menjaga kawasan itu cepat-cepat suruh kami keluar. "Hajah keluar. Sudah Hajah. Keluar," kata polis Arab itu dalam bahasa Melayu. Kamipun melangkah keluar sambil menadah tangan berdoa. Berdoa sambil berjalan keluar. Walaupun begitu saya amat gembira kerana dapat menjejakkan kaki di Raudah iaitu salah satu daripada taman-taman syurga. 

Setelah pengalaman pertama itu saya berulang kali ke Raudah selepas solat fardu terutamanya selepas isyak dan sudah mula mahir cara-cara untuk ke sana supaya tidak berebut-rebut dengan jemaah lain. Saya dapati pada waktu lewat malam lebih sesuai untuk ke Raudah. Saya tidak perlu bergelut dengan ramai orang. Saya juga dapat solat di ruangan yang lebih luas dan lebih lama berbanding dengan waktu siang.

Sejak itu setiap kali saya ke sini pada tahun-tahun berikutnya saya hanya pergi selepas 11.00 malam


Makam Rasulullah SAW



Di bawah kubah hijau terdapat makam Rasulullah SAW dan kubah putih ialah makam Saidina Abu Bakar r.a.  Manakala makam Saidina Umar r.a. di sebelahnya.


Mengunjungi makam Rasulullah SAW adalah kemestian yang saya lakukan. Makam baginda terletak di kawasan Masjid Nabawi. Ia dapat dilihat melalui luar kerana ia telah dipagar.  Ketika pertama kali saya mengunjungi makam Rasulullah SAW dan memberikan salam kepada baginda saya dapati ramai orang menekapkan tangan dan badan mereka pada dinding pagar makam itu. Tetapi lama kelamaan mereka disuruh pergi oleh seorang lelaki yang berjubah dan berserban putih. Dia adalah pengawal di situ. Saya juga disuruh pergi dan tidak boleh berdiri lama di situ. Dia hanya memberi masa kepada saya sepuluh minit sahaja.

Tetapi pada kujungan saya pada Jun 2013 yang lalu saya hanya diberi masa 3 minit sahaja untuk memberi salam kepada baginda. Dia menyuruh saya memberi salam sambil berjalan meninggalkan makam baginda SAW.

Saya berpendapat bahawa mereka mengenakan peraturan ini untuk mengelakkan berlakunya perbuatan khurafat atau bidaah.

Saya memastikan yang saya mengunjungi makam Rasulullah SAW. Mengunjungi makam Rasulullah SAW adalah sama seperti mengunjungi baginda semasa baginda masih hidup.

Dari Ibnu Umar, telah bersabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa menziarahiku setelah aku meninggal, maka seakan-akan dia menziarahiku semasa aku masih hidup." (Hadis riwayat al-Baihaqi, Daruqutni dan Tabrani)


Makan-makan dan Membeli-belah


Makan makanan Arab

Oleh kerana kami pergi secara backpack maka kamipun mencari makan di gerai-gerai makan yang berdekatan dengan Masjid Nabawi. Kami cuba memakan makanan orang Arab seperti roti, gulai kambing, nasi dan sayur. Cara makanpun cara orang Arab.

Oleh kerana Zahari adalah pelajar Universiti Madinah, maka saya dapat juga berkenalan dengan kawan-kawan Zahari yang merupakan pelajar-pelajar Universiti Madinah yang berasal dari Malaysia. Kadang-kadang kami dibawa oleh pelajar-pelajar Unviersiti Madinah ini makan di restoren-restoren yang terdapat di kota Madinah. Kami juga sempat melihat Universiti Madinah.

Kedai-kedai yang terdapat di kota Madinah



Membeli-belah di kota Madinah al-Munawarah amat menyeronokkan. Kita boleh mendapatkan jubah yang cantik, minyak wangi, sejadah, tudung dan macam-macam lagi dengan harga yang murah.


Bertamu Ke Rumah Penduduk Madinah


Kami juga ke rumah penduduk Madinah dan dapatlah melihat kehidupan mereka dengan lebih dekat. Ini disebabkan Zahari fasih berbahsa Arab Hami, ini membuatkan orang Arab Madinah menyukainya,  maka dengan mudah dia mempunyai ramai kenalan penduduk tempatan. Kami diajak oleh sebuah keluarga Madinah ke rumah mereka melalui Zahari.

Penulis (berbaju serba putih) menjadi tetamu di sebuah rumah penduduk asal Madinah. Dua orang gadis Madinah bertudung hitam ini melayan kami dengan baik walaupun hanya tahu berbahasa Arab sahaja.


Ketika ke rumah seorang penduduk Madinah yang bersebelahan dengan Bukit Uhud, kami dapati bahawa ruang tamu lelaki dan wanita diasingkan. Semasa di rumah mereka saya dan Liza tidak dapat melihat kaum lelakinya. Kami hanya masuk ke ruang tamu wanita dan berbual-bual dengan wanita sahaja. Saya mendapati bahawa mereka semua tidak tahu bahasa lain selain daripada Arab. Saya pula tidak tahu bahasa Arab ketika itu. Jadi komunikasi kami amatlah sukar. Semasa itulah saya merasa amat rugi tidak tahu bahasa Arab. Sejak itu saya mula mempelajari bahasa Arab Hami sehingga boleh berkomunikasi dengan orang Arab.

Hidangan yang disediakan oleh penduduk Madinah ketika itu ialah jus mangga yang amat pekat. Rasanya amat sedap dan dingin. Oleh kerana cuaca terlalu panas di luar, orang tempatan tidak keluar rumah. Rumah mereka juga ditutup tingkapnya untuk mengelakkan bahang panas masuk ke dalam rumah.

Mengunjungi makam Rasululllah SAW, beribadat di Masjid Nabawi, menziarahi perkuburan Baqi', membeli-belah, makan-makan dan mengunjungi rumah penduduk Madinah, adalah pengalaman yang amat menarik bagi saya.

Ikutlah kisah backpack saya ke Madinah dan Mekah dalam entri akan datang. Ada banyak lagi kisah menarik saya di sana.

...bersambung


40 ulasan:

  1. Ahlan wa sahlan... Selamat Hari Raya MZB...

    Menarik pengalaman NA pergi umrah secara persendirian. Bagusnya di setiap perhentian ada saja kenalan.

    Ingin sangat mengulang ke sana... untuk haji giliran pun lambat lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Apa khabar? Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

      Sambutan kenalan di setiap perhentian memudahkan perjalanan kami.

      Sekarang quota untuk haji dikurangkan 20%. Harap bersabar dan terus berdoa semoga dijemput Allah.

      Padam
  2. Salam, seronoknya dan rindu dengan Madinah al-munawwarah. Sekarang masih boleh apply visa sendiri ke? Kalau tak silap saya, kedutaan hanya layan application through agent.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum
      Syukur kerana anda pernah dijemput Allah ke tanah suci.

      Untuk memohon visa sendiri mesti guna nama ejen yang berdaftar.

      Padam
    2. ubuntu_linux,
      Maklumat tambahan...ejen itu pula mestilah ejen yang sangat mempercayai kita dan membenarkan kita menggunakan nama ejennya semasa permohonan. Pemilik ejen begini biasanya adalah kawan baik kita, adik-beradik kita atau jiran terdekat kita. Ini disebabkan ejen itu harus menanggung risiko yang tinggi sekiranya kita tidak amanah dalam menggunakan namanya.

      Padam
  3. Salam. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Wah bestnya dapat ke sana dgn cara backpacking... Menarik betul.. Tapi kesimpulannya kalo nak ke sana secara backpack mesti kena ada kenalan di sana yg boleh tlg uruskan kemasukan kita ke sana + kenal agen yg willing utk uruskan visa kita kan...Visa ke sana pula makin ketat sekarang...So sedikit menyukarkan la nak dpt kan visa tu, lagi wanita single takde mahram ni mmg susah sikit....Btw, tak sabar nak tunggu cerita seterusnya di Mekah pulak... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam DJ,
      Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

      Kalau ke Mekah dan Madinah cara backpack ini perlu ada kenalan di sana yang uruskan tempahan tempat penginapan dan bawa kita ke sana sini. Visa kita uruskan sendiri cuma ejen itu benarkan kita guna nama ejennya masa isi borang. Maknanya ejen milik adik beradik kita/kawan baik/yang percaya pada kita saja yang boleh bagi kebenaran ini.

      Padam
  4. Balasan
    1. Nanadhoi,
      Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah.

      Padam
  5. Salam Prof..

    Syukur sebab perjalanan prof smooth. Saya suka baca entry prof ni..teruskan!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zila,
      Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah. Ramai juga yang membantu semasa di sana.

      Terima kasih Zila kerana suka entri ni.

      Padam
  6. Assalaimulaikum Prof.
    Terimakasih untuk kesudian Prof memaparkan kisah perjalanan Prof untuk melakukan ibadah umrah cara backpack ini. Cara back packer ataupun umrah persendirian ataupun apa cara pun yg tidak melalui pakej umrah anjuran TA sangat-sangat di cari org untuk di contuhi. Saya percaya bahawa umrah yg prof telah lakukan memerlukan tahap ilmu dan pengetahuan yg tinggi berkaitan umrah. Bila membaca tulisan prof ini, memang ilmu umrah yg prof ada tersangat tinggi. Bukan memuji, tapi ikhlas dari hati saya. Lagipun tiada untungnya klu saya memuji. Bila pelawat ke blog prof boleh bayangkan hanya dengan membaca travelognya saja seperti carpet hijau lambang Raudah, Baqi, dan juga masa sesuai nak ziarah Raudah. Dari nota prof yg telah di baca, rupanya prof sudah dapat menguasi bahasa arab, tersangat cepat 2010 ke 2013.
    Sesuai dgn cara pergi backpack, tentulah perolehan yg di perolehi adalah tersangat banysk jika di banding dgn setengah jamaah pengikut kpd pakej.
    Walaupun saya saya sudah dapat bayangkan apa yg saya tulis dan byk lagi yg baik-baik dari prof, tapi saya juga ada pertanyaan:
    1. Saya jangka perbelanjaan prof bagi keseluruhan umrah backpack yg telah di lakukan itu bukanlah rendah dari mana2 pakej TA yg rendah, mungkin juga melebihi harga pakej sederhana, dalilnya prof boleh sewa hotel dgn kadar SAR500 di Madinah dan juga bayarn flight masa pergi. Soalannya, adakah benar perbelanjaan prof lebih tinggi dari harga pakej termurah.? Maaf soalan kurang Q.
    2. Perkara mahram semasa mohon visa, saya jangkakan jemaah wanita melebihi 45T tidak perlu mahram. Saya tak pasti sebab prof sangkutkan Lisa sebagai mahram.
    3. Prof telah berkemanpuan untuk membantu saudara, rakan karib, atau org yng prof percaya untuk tunai umrah cara backpack, saya maksudkan pengurusan saja belanja dia org kena keluarlah. saya cadangkan prof buat itusebagai membuka ladang untuk di tuaian di masa depan.
    Pada masa sekarang, penerbangan AA menawarkan harga tiket KUL/JED/KUL RM1729 pergi/balik. Tentu ramai yg masih gagah bertenaga nak ikut jika ada yang mampu aturkan visa dan ground di sana.
    Maaf sekali lagi.
    4. Saya bercadang nak dapatkan kenalan di kalangan pelajar di Universiti Islam Madinah warga Malaysia seperti/dan termasuk anak angkat Liza. Juga pelajar dari UI Mekah utk di tugaskan sebagai Mutawif.

    Maaf jika ada yg kurang senang.
    Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam J,
      Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan mengikuti travelog umrah saya secara backpack. Sebenarnya semasa saya mengerjakan umrah buat pertama kali iaitu 2010, secara backpack pula, pengetahuan saya tentang ibadat umrah terlalu cetek, tetapi disebabkan kecetekan ilmu itulah membuatkan saya menimba ilmu itu dengan lebih mendalam lagi selepas balik dari umrah pertama sehingga akhirnya saya dijemput Allah untuk mengerjakan haji pada tahun yang sama, selang beberapa bulan selepas itu. Pengetahuan yang cetek tentang bahasa Arab pula membuatkan saya berusaha untuk mempelajari bahasa Arab dengan membeli buku dan belajar bertutur bahasa Arab Hami dengan pekerja hotel dan peniaga di Mekah ketika mengerjakan haji. Alhamdulillah Allah memberi saya kemudahan untuk belajar bahasa, walaupun sebenarnya bahasa Arab Hami saya amat lemah.

      1. Perbelanjaan saya ke Mekah dan Madinah itu beranggaran RM6,000.00. Saya rasa ia lebih murah daripada pakej sederhana TA tetapi lebih mahal sedikit daripada pakej terendah TA. Ini disebabkan semasa di Mekah, saya menginap di aparment Syeikh Toriq secara percuma sedangkan dia mengenakan RM1,000 sehari ketika musim haji. Di Madinah pula saya menyewa hotel RM500 sehari, dengan bilik yang luas dengan 2 buah katil, dengan dua buah toilet bowl sedangkan saya menginap sendirian. Jadi amat amat selesa bagi saya. Sekiranya menggunakan pakej TA kita perlu berkongsi bilik dengan 3-4 orang. (Sila lihat gambar hotel itu di atas). Kami terpaksa menginap hotel yang mahal itu kerana itulah pilihan yang ada ketika itu. Hotel lain dah fully booked. Lagipun itulah kadar yang biasa di Madinah.
      2. Memang benar, jemaah wanita yang melebihi 45 tahun dan pertama kali ke sana tidak perlu mahram.Tetapi Kedutaan Arab Saudi boleh ubah peraturan itu sekiranya mereka mahu, jadi semasa permohonan dibuat, Kedutaan Arab Saudi telah meletakkan nama Liza sebagai mahram saya dan ditulis nama mahram itu di dalam visa. Jadi, mereka bebas melakukan apa sahaja kepada kita, walaupun kabar-kabar menyatakan dibenarkan tanpa mahram bagai wanita melebihi 45, tetapi mengapa mereka masih meletakkan nama Lisa sebagai mahram saya? Ketika saya mengerjakan haji juga demikian, walaupun saya pergi tanpa mahram, di dalam visa saya dicop nama mahram saya oleh Kedutaan Arab Saudi, sedangkan saya tidak kenalpun mahram saya itu. (Ketika mengerjakan haji saya menggunakan pakej TA). Pada kali ketiga saya ke Mekah (2013), saya wajib ada mahram, jadi anak lelaki saya adalah mahram saya. Peraturan ini dikenakan kerana mereka mahu mengurangkan jumlah jemaah umrah ke tanah suci disebabkan ketika itu Masjidil Haram & kawasan Tawaf sedang di renovasi. Jadi kesimpulannya, peraturan untuk mendapatkan visa umrah atau haji boleh berubah-ubah dari masa ke semasa mengikut kehendak Kerajaan Arab Saudi.
      3. Membawa orang ke Tanah Suci adalah pekerjaan yang mulia, tetapi saya mempunyai kerjaya di universiti, jadi peluang untuk melakukan perkara mulia itu buat masa ini tidak dapat dilaksanakan kerana komitment kerja. Alhamdulillah Liza pun sudah berhenti kerja dan sekarang ini menjadi mutawif. Saya harap saya dapat mengikut jejaknya.
      4. Zahari dan pelajar-pelajar Universiti Madinah yang saya kenali itu semuanya sudah tamat pengajian mereka dan sudah kembali ke tanahair. Saya tidak lagi ada kontak pelajar Universiti Madinah. Saya harap J dapat mencari mereka melalui internet, kerana pelajar-pelajar Unviersiti Madinah kebanyakannya adalah mutawif. Inilah sumber pendapatan sampingan mereka semasa mereka belajar di sana. (Pendapatan mereka ini amat lumayan, tentu mereka tak mahu lepaskan peluang ini).

      Padam
  7. salam
    Mulai hari ini Airasia tawarkan pergi balik kl-Jedah dgn RM1069 bagi bulan Dec 2014 hingga hujung april 2015. Rebutlah peluang umrah back packer sendiri dan anda akan lebih merasai nikmatnya seperti yang di ceritakan oleh tuan blog ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Abdullah Ahmad,
      Terima kasih di atas maklumat tersebut. Tentulah ramai yang berpeluang ke tanah suci dengan tambang yang murah itu. Cuma mereka perlu membuat ground work sendiri seperti permohonan visa, mencari tempat penginapan atau kenderaan di sana nanti.

      Padam
    2. Salam semula.
      Tiket yg saya maksudkan AA offer harga rendah itu telah tiada lagi, maafkan saya. Tiket murah tidak sampai 24 jam untuk semua tarikh dari 1 dec 2014 hingga 30 apr 2015. Saya tak pasti samaada:
      1 Adakah semua tiket murah telah habis di tempah dalam masa kurang 24 jam bagi tempoh 5 bln atauu
      2. Adakah AA tarikh balik dan letakan harga sbelumnya.

      hanya AA yng dapat berikan jawapan.

      Padam
    3. Salam Abdullah Ahmad,
      Tiket murah memang ditunggu-tunggu, mungkin kehabisan di minit pertama ia dibuka. Mungkin juga tiket murah itu sikit sangat, 1-2 kerusi je kot... :)

      Padam
    4. Assalaimulaikunm.

      Mohon laluan daripada Prof.

      Tawaran Tiket Penerbangan Murah bagi sektor KUL- JED telah di buat oleh NAS AIR sehingga 17 mac 2014 bagi penerbangan terus yang akan di mulakan mulai 1 april 2014. Tawaran ini untuk tempoh penerbangan dari 1 apr 2014 hingga 31 mei 2014 dengan tambang KUL-JED pada harga SAR1000 dan JED-KUL pada harga SAR999. Kekerapan tawaran pada harga ini adalah 3 kali seminggu.
      Harga ini agak sesuai bagi mereka yang bercadang menunaikan umrah secara persendirian seperti yang prof bincangkan dalam entri ini.
      Selain dari harga di atas, NAS AIR yang sudah lama beroperasi juga ada menawarkan tiket pada harga lain dan flightnya terbang secara transit.

      Tawaran dari NAS Air ini juga melibatkan sektor Jakartar-Jeddah dan sebaliknya pada kadar tambang yang sama.

      Bagi mendapatkan maklumat tentang tiket NASAIR ini sila layari: http://book.flynas.com/Select.aspx

      Terima kasih

      Padam
    5. Waalaikumusalam,
      Menariknya tawaran ini! Tentu ramai yang boleh pergi ke Jeddah, Mekah, Madinah dengan harga tiket macam ni. :)
      Terima kasih atas makluman ini.

      Padam
  8. Salam prof,
    Tiba2 saya terbaca cerita umrah DIY prof.. saya cuma taip jer kat google sbnrnya.. suka btl saya baca cerita ni sbb saya pon mmg nk tahu cara2 ke umrah x pakai TA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Farikica,
      Boleh cuba cara DIY ini, tak susah mana pun.

      Padam
  9. Assalamu'alaikum prof,
    Ibu mertua sy bercadang untuk menziarahi anak saudara beliau di Jeddah sekaligus untuk membuat umrah pd bulan puasa ni. Semua TA yg sy call, xboleh nk buat visa shj, kena pakai pakej. Sy rs nk try DIY, cuma x pasti nk mula mcm mane. Adakah sy perlu ke saudi embassy utk bertanya & dptkn info. Mungkin prof ade tips utk dikongsikan. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Nazri. Sekarang susah nak dapat visa walaupun guna agent, sebab banyak yg ditolak..lebih-lebih lagi DIY atau walk in ke embassy...Ini disebabkan Mekah sekarang sedang renovation, jadi tempat tawaf sempit..Memang perlu guna pakej yang disediakan oleh Travel Agent untuk mendapatkan visa dan kena pergi bersama mereka. Oleh kerana ibu mertua Nazri ada anak saudara di Jeddah mohonlah visa Ziarah. Tapi ia lebih mahal, terhad dan jarang dibuka utk orang awam. Visa ziarah ini boleh guna utk melancong atau bisnes. Dengan visa tu rasanya boleh masuk Mekah/Madinah.

      Padam
    2. Terima kasih byk prof atas info & pandangan yg diberikan. Moga prof sukses dunia & akhirat. Amin

      Padam
    3. Terima kasih Nazri di atas doa itu. Aamin ya Rabulalamin.

      Semoga ibu mertua Nazri dijemput Allah ke Mekah bulan Ramadhan ini dan perjalanannya dipermudahkan Allah. Aamiin.

      Padam
    4. Sudah dapat TA yg uruskan visa atau belum? Kalau belum dah dekat dgn puasa.

      Di bawah adalah senarai TA berdaftar dgn Kementerian Hajj KSA
      Approved Umrah Travel Agents : Malaysia
      Company Phone No.
      AL-NILE TOUR & TRAVEL SDN BHD +6047334024
      ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD 60392831588
      ASH-HAR TRAVEL & TOURS SDN BHD 60392007050
      BATUTA TRAVEL & TOURS SDN BHD 60340421205
      BESTSTAR TRAVEL CENTRE SDN BHD 60388889554
      CANTUMAS TRAVEL & TOURS SDN BHD 60342516588
      CITRA TRAVEL & TOURS SDN BHD 6097449179
      DE MAWARDAH TRAVEL & TOURS SDN BHD 60326943046
      FALCON TRAVEL & TOURS SDN BHD 60392831080
      FB TRAVELS SDN BHD 60341433655
      FESTIVE TRAVELS SDN BHD 6022721999
      GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN BHD 60342564133
      KAA TRAVEL & TOURS SDN BHD 60321480604
      KSB TRAVEL & TOURS SDN BHD 60392817878
      MUHAMMADIYAH TRAVEL & TOURS SDN BHD 6067995308
      RAKYAT TRAVEL SDN BHD 60327131664
      RAYHAR TRAVELS SDN BHD 6098592942
      SILA TOUR & TRAVEL SDN BHD 60340440991
      SYARIKAT PERLANCUNGAN YASKIN SDN BHD 6097443136
      TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD 60326812020
      TIRAM TRAVEL SDN BHD 6072244533
      TRIWAYS OMEGA TRAVEL & TOURS SDN BHD 60323002933
      UMRAHAJ TRAVEL & SERVICES SDN BHD 60340224444
      UNI-TRAVEL SDN BHD 60342707177
      WAN TRAVEL SDN BHD 6082414003
      WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN BHD 60361874595
      ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN BHD 60355491549

      Yang di bawah sekali boleh cuba call bagi pengurusan visa persendirian:disini, dah ada bukti

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

    UMRAH PERSENDIRIAN
    Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan

    Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
    Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
    Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
    Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.

    Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
    1. beragama Islam
    2. berumur 18 tahun ke atas dan
    3. berminat menyertai

    di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
    Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
    Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  12. Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

    UMRAH PERSENDIRIAN
    Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan

    Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
    Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
    Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
    Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.

    Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
    1. beragama Islam
    2. berumur 18 tahun ke atas dan
    3. berminat menyertai

    di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
    Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
    Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  13. Saya mencari teman backpacker perempuan yang telah berpengalaman mengerjakan umrah persendirian.. Hubungi saya 0168702434

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah mengerjakan umrah secara persendirian pada tahun 2010. Pengalaman yang manis.

      Padam
  14. Assalamualaikum, kak ada apa2 update ker tentang umrah backpacker or umrah persendirian ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam...maafkan saya tak dapat update umrah cara begini lg...

      Padam
  15. Assalammualaikum.saya dan suami ingin menunaikan haji tahun ini.tapi sudah 4 kali (4 thn) kami buat rayuan tapi tak dapat.kami daftar tahun 2011.

    Persoalannya, ada ke cara lain selain pakej tht utk menunaikan hasrat kami suami isteri menunaikan rukun ke 5 ni? Kerana pakej ths terlalu mahal sehingga 40k..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,
      Ada banyak syarikat pelancongan yang menyediakan khidmat pakej haji dan umrah. Bayarannya di antara RM20,000 hingga RM100,000. Pilihlah agen yang dipercayai di tempat puan dan pilihlah pakej yang bersesuaian dengan kemampuan puan.
      Semasa saya mengerjakan haji pada thn 2010, saya menggunakan khidmat swasta dan bayarannya RM19,000++, tinggal di hotel yang dekat dengan Kaabah dan masjid Nabawi. 50 hari saya berada di Mekah dan Madinah ketika itu.

      Padam
  16. Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah hasil rujukan di blog ini saya dan group saya berjaya melakukan UMRAH DIY tahun ini. Terima kasih kepada admin.
    UMRAH BACKPACKERS

    Saya ada jumpa channel telegram UMRAH DIY. Banyak info dan panduan berguna disitu. Bagi mereka berminat boleh sertai channel di link dibawah.

    < Telegram : Channel Nota Umrah Backpackers >

    https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
    https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw
    https://telegram.me/joinchat/AvahSkFQmdunfTIBY39Zdw

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam wbt Raisya Az Zahra.
      Alhamdulillah Raisya dah berjaya melakukan Umrah dan DIY pula. Terima kasih kerana merujuk blog saya.
      Boleh tak kongsikan cara-cara Raisya mendapatkan visa umrah itu dan perjalanan ke sana? Ini disebabkan cara Riasya mungkin berbeza dengan cara saya kerana masa berlalu, mungkin peraturan juga berubah.

      Padam
  17. Assalamualaikum wbt. Minta izin tuan rumah

    Kepada yang berminat untuk belajar selok belok Umrah DIY, boleh sertai komuniti dibawah

    Dapatkan E-Book percuma Umrah DIY di link berikut :

    https://www.scribd.com/document/339786722/eBook-Umrah-DIY-by-Ibnu-Arabi#

    Sertai Komuniti Umrah DIY untuk bimbingan secara percuma

    Channel Nota :
    telegram.me/notaumrahdiy

    Group perbincangan :
    telegram.me/komunitiumrahdiy

    Website : www.umrahdiy.com.my

    visa umrah : 0173008021

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.