Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Khamis, 23 Mei 2019

Umrah 2019 (Bhg.1) | Pengalaman Naik Kapalterbang Sewa Khas ke Madinah


L  ama sudah rasanya blog tempat saya bercerita ini sepi. Ini disebabkan masa banyak saya curahkan untuk kerja. Jadi nota-nota kembara saya banyak yang saya ketepikan.

Namun dalam kesibukan kerja itu saya dihadiahkan oleh Allah untuk mengerjakan umrah lagi.  Kali ini saya dapat pergi sekeluarga.  Suami, anak-anak dan adik-beradik saya turut serta. Bagi saya ini adalah jemputan Allah yang sangat istimewa.

Sejak November lalu saya buat persediaan berangkat ke tanah suci. Walaupun ini bukan kali pertama saya ke sana, namun persediaan rapi tetap menjadi keutamaan bagi saya. Terutama sekali ia melibatkan ibadah  yang memerlukan mental dan fizikal.

Oleh kerana usia yang semakin petang, saya perlukan stamina supaya boleh melakukan tawaf dengan saie. Untuk itu saya dan suami mengayuh basikal setiap hari. 12 km setiap kali mengayuh. Selain itu saya menyemak amal ibadat anak-anak. Walaupun mereka sudah sangat dewasa, saya pastikan yang umrah anak-anak saya itu nanti betul.

Kali ini, sekali lagi saya menggunakan khidmat Tabung Haji (TH) Travel. Lihat entri saya dua tahun lalu dengan TH Travel DI SINI.

Kali ini saya berpeluang menaiki kapalterbang yang disewa khas oleh Tabung Haji Travel. Penerbangannnya terus ke Madinah. Kapalterbang sewa khas ini memuatkan 500 orang jemaah umrah yang terdiri daripada orang Malaysia.

"Kadang-kadang kami bawa orang Indonesia. Hampir setiap hari kami terbang," kata pramugara MAS apabila saya meminta penjelasannya

Kapalterbang sewa khas ini disewakan dengan MAS. Nampaknya pramugari dan pramugara untuk penerbangan sewa khas ini adalah mereka yang sudah senior.  Barangkali umur mereka 40an. Pramugarinya nampak manis dan sopan apabila semuanya memakai tudung.


Penumpang dalam kapalterbang sewa khas ini semuanya hendak mengerjakan umrah

Sangat berlainan rasanya apabila menaiki kapalterbang kali ini, penuh dengan ibadah dan ingatan pada Allah. Doa dibacakan apabila kapalterbang berlepas. Apabila masuk waktu solat, azan dilaungkan oleh muazzin. Diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Kunjungan.  Cara begini mengingatkan saya kembali pada penerbangan haji saya pada tahun 2010. Baca entri tentang Haji yang saya lakukan DI SINI.

Makan tengahari

Menu pilihan kedua


Apakah yang menarik untuk diceritakan kepada pembaca blog saya ini? Pasti setiap perjalanan itu ada kelainannya walaupun destinasi itu sudah dikunjungi berkali-kali sebelum ini.

Saya dan keluarga ke tanah suci pada Musim Sejuk iaitu pada akhir Januari sehingga Februari 2019. Sudah tentu cuaca sejuk menjadi cabaran kami. Saudara-mara yang baru pulang dari sana juga menyatakan bahawa cuaca di sana sangat sejuk dan berangin. Maka, pakaian musim sejuk seperti jaket tebal, stokin tebal, sarong tangan dan kasut bertutup mesti disediakan. Kesejukan di Madinah pernah saya rasai sebelum ini iaitu pada ziarah saya pada tahun 2010. Anda boleh membaca pengalaman saya itu DI SINI.

Perjalanan dari KL ke Madinah

Walaupun sudah buat persediaan rapi, entah macam mana, saya tertinggalkan winter jacket saya di rumah. Aduhai!!! Jadi, saya bercadang untuk membelinya di Madinah nanti.

Tapi apabila kami mendarat di Madinah, kami dapati cuacanya tidak lagi terlalu sejuk. Syukur. Cuacanya sangat nyaman. Jadi tak perlu memakai pakaian musim sejuk.

Lapangan terbang Madinah


Hotel Saja Al Madinah


Kami diberi hotel Saja Al Madinah yang letaknya di belakang Hotel Movenpick yang kami inapi pada umrah 2017. Hotel ini juga berdekatan dengan Masjd Nabawi dan masuknya ikut pintu 15.


Hotel Saja Al Madinah yang kami inapi. Katil yang ada 3 tetapi yang menginap berdua.

Bilik air Hotel Saja Al Madinah

Apakah yang kami lakukan setelah mendapat bilik hotel yang selesa ini? Berehat? Tidur? Membeli-belah? Ke Masjid?
Ikutilah kembara saya dalam entri akan datang.

...bersambung

Baca sambungannya:
Umrah 2019 (Bhg. 2) | Ziarah Madinah Musim Sejuk

10 ulasan:

  1. Selamat berpuasa buat NA sekeluarga. Wah best kan dapat naik Airbus A380 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa pada Mie & keluarga.Selamat menyambut Aidil Fitri tak lama lagi.

      Memang best naik Airbus tu sebab rasa macam naik haji pula.

      Padam
  2. assalamualaikum NA...selamat menjalani ibadah puasa di bumi yg mulia..ye blog masing dah bnyk bersawang namun ikatan ukhwah masih terdimpul rapi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam NekCik. Selamat beribadat di bulan Ramadhan ini kepada NekCik dan orang Setapak Jaya, semoga tahun ini lebih memberi makna.
      Terima kasih NekCik kerana sudi menjenguk saya di sini.

      Padam
  3. dah lama tak dengar cerita dari NA. seronok tgk org dapat peluang ke Mekah. INSYALLAH peluang kami tiba satu hari nanti jika diizinkan ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Niat yang baik akan dipenuhi dan dipermudahkan Allah.

      Padam
  4. Hajj & Umrah Gateway. Appointed & Approves by the Saudi Ministry Of Hajj & Umrah. Silver Umrah Packages 2019 Most Trusted Name In USA. Quality Service & Reliable Staff. Inexpensive Packages. Umrah Packages 2019

    BalasPadam
  5. Moga direzekikan ke sana satu hari nnati.

    BalasPadam
  6. InsyaAllah lepas ni sya pula ke sana.

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.