Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 20 Jun 2017

Umrah 2017 (Bhg. 2) | Review Pakej Umrah TH Travel & Services


eringkali kita mendengar penipuan yang dilakukan oleh agensi pelancongan walaupun untuk mengerjakan ibadat di tanah suci. Kalau anda bimbang tentang pakej mana yang patut diambil ketika hendak mengerjakan umrah, gunalah pakej TH Travel and Services Sdn Bhd.

Kali ini saya pergi menunaikan umrah pada 15 Mei - 25 Mei 2017. Walaupun sebelum ini saya sudah 3 kali ke tanah suci, inilah pertama kali saya menggunakan perkhidmatan TH Travel dan inilah pertama kali saya pergi bersama dengan suami saya.

Nota: Sebelum ini saya ke tanah suci tanpa suami saya dengan menggunakan 3 cara yang kesemuanya berjalan baik dan lancar iaitu:
1)  Backpack (cara sendiri, tanpa khidmat mana-mana pakej), 
2)  Pakej Haji SMAS Travel Sdn Bhd; dan 
3)  Pakej Umrah Wilayah Utara Travel Sdn Bhd (kerjasama dengan Poto Travel dan Skymatt Travel).
Untuk mengikuti kembara saya itu sila baca entri-entri saya yang lalu yang saya senaraikan di bawah  ini:



Mengapa TH Travel?



Yakin dengan Perkhidmatan yang Baik




TH Travel adalah Ahli Kumpulan Syarikat-syarikat Tabung Haji yang telah diperbadankan sejak tahun 1972 dan ia menawarkan pakej-pakej umrah yang memenuhi kemampuan dan keperluan pelanggan. 

Saya menggunakan khdimat TH Travel atas cadangan suami saya. Suami saya sudah 4 kali menggunakan perkhidmatan TH Travel ke tanah suci dan yakin dengan perkhidmatan baik mereka. Pengalaman buruk suami saya menggunakan khidmat pakej sebuah agensi **** telah membuatkan dia serik dan hanya yakin pada perkhidmatan TH Travel

Oleh kerana kami memilih pakej Fairuz, sebilik dua orang, bayarannya ialah RM6,990 untuk seorang.  Untuk menempah tempat, kami bayar wang tempahan/pendahuluan sebanyak RM500 seorang dan selebihnya diberikan sebulan sebelum tarikh berangkat. 

Urusan untuk mendapatkan visa dilakukan oleh TH Travel dengan hanya menyerahkan pasport dan 2 keping gambar di kaunter TH Travel. Urusan mendapatkan suntikan dibuat sendiri oleh jemaah di klinik masing-masing.

Disebabkan saya tinggal di utara Semenanjung, pejabat urusannya di Butterworth, Pulau Pinang. Semasa saya menyerahkan pasport itu, saya terus diberikan hadiah : 2 beg bertroli, 2 beg pakaian besar, 2 beg silang, 1 telekung, 1 kain ihram serta 3 buah buku panduan mengerjakan umrah untuk saya dan 2 buku panduan untuk suami saya. Perkhidmatan di pejabat urusan ini juga amat mesra.


Kaunter TH Travel di KLIA

Tempat berkumpul sebelum berangkat ialah di kaunter TH Travel, Tingkat 5 KLIA. Di sini kami diberi pasport, boarding pass dan taklimat keberangkatan.


Hotel Selesa di  Madinah dan Mekah



Bilik berdua yang lengkap dengan kemudahan dapur di Hotel Movenpick, Madinah

Pintu 15 Masjid Nabawi ini tidak berjauhan dengan Hotel Movenpick

Bilik berdua di Hotel Ramada, Mekah

Pintu masuk Hotel Ramada yang tidak putus-putus dengan jemaah dari pelbagai negara


Hotel yang diberikan di Madinah adalah selesa iaitu di Hotel Movenpick yang letaknya sepelaung sahaja dari pagar no 15 di Masjdil Nabawi. Di Mekah pula kami diberi Hotel Ramada yang letaknya 700 meter dari Masjidil Haram.


Makanan Sedap di Madinah dan Mekah


Salad buah-buahan antara menu pilihan di dewan makan Hotel Movenpick

Buah-buahan segar yang belum dikupas sentiasa ada di ruang makan

Gulai daging yang dimakan bersama nasi di Hotel Movenpick

Kek yang cantik dan sedap sebagai pencuci mulut di Hotel Movenpick

Roti juga menjadi pilihan di Hotel Movenpick

Dewan makan yang luas di Hotel Movenpick, Madinah

Lobi Hotel Ramada, Mekah yang luas


Ruang makan di Hotel Ramada, Mekah yang selesa


Salah satu pilihan makanan di Hotel Ramada, Mekah


Dengan tukang masak dari Malaysia dan Arab kami dapat makan masakan Malaysia dan Arab yang sedap-sedap. Makanan sedap adalah perkhidmatan yang paling istimewa yang diberikan oleh perkhidmatan TH Travel.


Perkhidmatan Berpengalaman Mutawwif 


Mutawwif membimbing jemaah sepanjang umrah dan ziarah

Mutawwifah memberi taklimat sebelum membawa jemaah wanita ke Raudah

Perkhidmatan mutawwif dan mutawwifah yang bertugas memimpin jemaah ketika beribadat dan ziarah disediakan. Namun untuk jemaah wanita mutawwifah hanya disediakan untuk membawa mereka ke  Raudah sahaja.  Kedua-dua mutawwif ini adalah orang yang berasal dari Indonesia. Ustaz kunjungan dari Malaysia juga disediakan untuk memantau aktiviti ibadah dan pergerakan/perjalanan jemaah.


Ziarah Yang Bermanfaat di Madinah dan Mekah




Bukit Uhud membuktikan perjuangan mempertahankan Islam

Salah sebuah masjid yang diziarahi di Madinah

Pasar kurma di Madinah yang dipenuhi dengan pelanggan


Tempat-tempat ziarah di Madinah ialah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud dan pasar kurma.



Kaabah

Selain daripada beribadat di Masjidil Haram dan tawaf mengelilingi Kabaah, jemaah dibawa oleh TH Travel menziarahi tempat-tempat sejarah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Adam a.s seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Mina, Arafah dan perkuburan Maala.



Perkhidmatan ke Miqat-miqat untuk Niat Ihram Disediakan



Niat umrah dan ihram di Bir Ali


Miqat-miqat yang dibawa untuk berniat umrah dan ihram ialah di Bir Ali (Zulhulaifah), Jaaranah dan Hudaibiyah yang mana miqat-miqat ini juga mempunyai sejarah yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w.



Perjalanan Menaiki Bas yang Selesa 



Bas yang luas dan selesa yang disediakan sepanjang perjalanan di Madinah dan Mekah

Gunung batu banyak dilihat sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah

Bandar dan bangunan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah

Kedai-kedai yang terdapat di tempah persinggahan

Jemaah berhenti minum dan makan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah


Walaupun jemaah kami hanya 16 orang sahaja, kami diberikan bas dengan muatan 40 orang penumpang yang selesa dan berhawa dingin. Minuman dan makanan ringan iaitu roti diberikan kepada setiap jemaah di atas bas. Mutawwif juga sentiasa berada bersama kami sepanjang perjalanan di tanah suci.

Dalam perjalanan, bas berhenti beberapa kali untuk jemaah turun minum-minum, makan-makan, solat,  membuang air dan membeli-belah.

Ketika pulang kami ditemani dengan dua orang ustaz sehinggalah ke KLIA dan setiap 16 orang jemaah itu diberikan sebotol air zam-zam - 5 liter

Setelah saya menggunakan perkhidmatan TH Travel, ternyata perkhidmatannya tidak perlu diragukan.

 

...bersambung

19 ulasan:

  1. Beruntung professor dapat pergi banyak kali. Insyaallah saya pun nak pergi juga. Kalau dapat nak tunaikan yang wajib dulu.Doakan saya ye dapat jejak kaki ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah.
      Semoga Rahimah dijemput Allah ke sana.

      Padam
  2. Terima kasih sebab saya suka travel

    BalasPadam
  3. Macam best ikut TH Travel ni... hotel pun macam berbintang punya... berbaloi dengan harganya. Saya pun pelik macam mana pakej sesetengah syarikat tu terlalu murah... tapi akhirnya macam-macam masalah timbul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang harga pakej TH Travel berpatutan dan berbaloi dengan hotel yang tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram serta makanan yang sedap.

      Kalau pakej yang bawah dari RM4,000 tu biasanya hotelnya jauh dari Masjidil Haram, makan tak sedap dan ala kadar saja, ziarah tak ada, jumlah hari berada di tanah suci pun kurang dan mutawwif pun tak ada.

      Padam
  4. Good review. Thank you akak sebab share info ni

    BalasPadam
  5. mak pernah sekali pergi dengan tabung haji and ada egen2 lain dia cuba.. tapi tabung haji menjadi pojaan hati dia hehe..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum,saya juga akan menunaikan umrah bersama th travel insya Allah November ini.cuma saya ingin bertanya,akak stay di hotel ramada di mekah kan.kami jugak akan stay di sana nanti insya Allah.jauh tak kak hotel tu dari masjidil haram?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Wanie. Ya, semasa di Mekah baru-baru ini saya duduk di Ramada. Jaraknya 700 meter, boleh tahan jauhnya...lebih kurang 20 minit berjalan kaki. Kalau Wanie pergi bulan November, cuaca di Mekah tidaklah panas, jadi berjalan kaki dalam cuaca begini tidaklah terasa jauhnya.

      Padam
  7. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Sebaiknya bulan berapa sesuai untuk mengerjakan umrah dengan mengambil kira faktor cuaca dan sebagainya. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam
      Kalau tak suka panas pergilah pada musim sejuk iaitu pada bulan Disember- Januari. Tapi ramai jemaah buat umrah pada bulan Ramadhan tanpa mengira cuaca panas/sejuk kerana hendak mendapat ganjaran yang lebih. Cuma harga sewa hotel meningkat. Bulan Rabiulawal dan Shabaan juga ramai orang kerjakan umrah. Selain itu, selepas musim haji seperti Muharam dan Safar pun sesuai kerana kurang sesak.

      Padam
  8. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah TH Travel ada menyediakan khidmat Doktor sepanjang Ziarah?

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum,nak tanya agak2 berapa kos perbelanjaan kalau tidak termasuk pakej? Mcm kos vaksin, persediaan pakaian, belanja di Mekah dan Madinah... saya baru nk merancang tapi tak tahu lagi berapa kos yg mencukupi untuk ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Kos suntikan vaksin dalam anggaran RM100-130, pakaian ihram sehelai dalam RM 65-110, berbelanja di Mekah dan Madinah terpulang kepada Anaj nak belanja banyak atau tidak. RM600-1,000 sudah mencukupi untuk membeli-belah di Mekah dan Madinah kerana barang-barang di sana tidak mahal.

      Padam
  10. Alhamdulillah....tahniah tuan kerana telah diberi kesempatan menunaikan umrah. Doakan kami juga turut dapat mengerjakan umrah

    http://www.jalinanumrah.com

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.