Setelah check in hotel, kami tak sabar-sabar hendak ke Masjid Nabawi, kamipun bersiap-siap lalu berjalan kaki ke Masjid. Yang lelaki ke bahagian lelaki. Saya bersama kakak saya solat di ruangan wanita. Pada masa itu sudah pukul 10 malam, kami solat di luar sahaja iaitu di bawah payung/khemah. Di situ terdapat karpet terbentang dengan banyak. Nampaknya pekerja-pekerja di situ sudah mula menggulung karpet, ini bermakna tempat itu akan ditutup. Tidak ramai jemaah wanita yang ada di situ kerana hari sudah malam.
Luar kawasan Masjid Nabawi pada waktu malam musim sejuk |
Kami nampak banyak cengkerik hitam di situ. Belalang juga banyak. Ada yang sudah penyek, mati terpijak. Ada yang merayap-rayap di lantai. Ada yang memanjat badan jemaah yang sedang solat di kawasan luar masjid. Tetapi tidaklah sampai menggigit mereka.
Belalang di Masjid Nabawi |
Makam Rasulullah S.A.W. dari luar |
Jemaah berjalan menuju ke makam Rasulullah S.A.W |
Pagar ke makam Rasulullah S.A.W |
Jumaat di Madinah
Istimewanya kunjungan kami kali ini jatuh pada hari Jumaat dan dapatlah kami solat Jumaat di Masjid Nabawi.
Jemaah menunggu solat Jumaat di dalam Masjid Nabawi |
Pagi itu saya membawa anak-anak saya ke perkuburan Baqi iaitu tempat persemadian keluarga dan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. Letaknya bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Perkuburan itu dipagari dengan tembok tinggi dan hanya kaum lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Oleh kerana anak-anak saya semuanya lelaki, mereka semua dapat masuk ke dalam kawasan perkuburan itu, saya dan kakak saya menunggu mereka di luar sahaja.
|
Perkuburan Baqi' tempat persemadian keluarga dan sahabat Rasulullah S.A.W |
Ke Raudah
Bezanya pada kali ini, orang terlalu ramai. Untuk ke Raudah memerlukan kesabaran kerana ruang untuk wanita adalah terhad. Menanti giliran untuk masuk ke Raudah juga lama, sekurang-kurangnya perlukan masa sejam-dua untuk menunggu. Saya masuk ke Raudah bersama dengan kumpulan jemaah wanita TH Travel yang dipimpin oleh seorang mutawiffah. Lama juga kami menunggu giliran untuk masuk ke Raudah.
Apabila tiba masanya, kami pun dibenarkan masuk ke Raudah. Kami bergilir-gilir solat sunat dua rakaat di atas permaidani hijau yang menjadi tanda kawasan Raudah. Apabila semua jemaah kami selesai solat di situ kami pun disuruh keluar. Semasa itu saya dan kakak saya berdiri dan bersandar pada sebuah tiang di Raudah sambil berdoa. Kami tidak keluar bersama-sama mereka, kami terus berada di situ. Polis wanita yang berada di situ membiarkan sahaja saya dan kakak saya di situ, malahan dia menepuk-nepuk bahu saya supaya berada di situ selama mana yang saya suka. Setelah puas beribadat di situ, barulah saya dan kakak saya keluar.
"Bak sini kamera tu," kata pegawai polis di Raudhah kepada anak saya |
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk ke Raudah sila baca entri berikut:
Umrah 2017 | Panduan ke Raudah
Membeli-belah dan Ziarah di Madinah
Oleh kerana kami datang sekeluarga, ke mana-mana kami mesti bersama-sama. Apabila pulang dari masjid kami singgah di kedai-kedai membeli-belah. Barang yang dibeli ialah jubah, shawl, baju, kurta, seluar, tasbih, sejadah, buah kurma dan cokolat. Barang-barang yang dibeli itu ada untuk diri sendiri, ada yang dihadiah kepada saudara-mara dan ada yang diberikan kepada jemaah umrah.
Anak sulung saya memberi makan kurma di luar Masjid Nabawi kepada jemaah yang lalu lalang |
Laluan ke hotel kami ada kedai ais krim, kami suka makan ais krim itu. Tak perlu tunggu makan di dalam bilik. Duduk di atas bangku yang ada di tepi jalan, kami makan ais krim itu sambil lihat jemaah lalu lalang.
Kami sekeluarga makan ais krim di atas bangku di tepi jalan Madinah |
Pada hari Sabtu, TH Travel membawa kami menaiki bas ke Masjid Quba untuk melakukan solat sunat sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ganjarannya bagi sesiapa yang memelihara wudhu dari tempat kediamannya dan mengerjakan solat sunat dua rakaat di Masjid Quba, akan mendapat pahala satu umrah.
Tapi malang bagi saya kerana wudhu saya terbatal sebaik-baik sahaja sampai di perkarangan masjid itu. Saya lalu ke bilik air dan mengambil wudhu sekali lagi lalu solat. Oleh kerana itu saya telah terlambat sehingga jemaah lain terpaksa menunggu saya.
Tapi malang bagi saya kerana wudhu saya terbatal sebaik-baik sahaja sampai di perkarangan masjid itu. Saya lalu ke bilik air dan mengambil wudhu sekali lagi lalu solat. Oleh kerana itu saya telah terlambat sehingga jemaah lain terpaksa menunggu saya.
Jemaah solat sunat di dalam Masjid Quba pada waktu pagi |
Pada keesokan harinya, suami saya membawa saya ke Masjid Quba sekali lagi. Tapi kali ini kami menaiki teksi ke situ dan meminta pemandu teksi itu menunggu kami sehingga kami selesai solat. Syukur, kali ini wudhu saya tidak terbatal sehingga selesai solat.
Selain daripada itu, kami dibawa TH Travel menziarahi Bukit Uhud, Masjid Qiblatain dan ke pasar kurma.
Baca entri saya yang lepas tentang ziarah saya di Madinah:
Baca entri saya yang lepas tentang ziarah saya di Madinah:
Hujan Lebat yang Lama
Setelah tiga hari berada di Madinah kami pun ke Mekah mengerjakan umrah. Tetapi pagi itu sebelum kami berangkat, hujan turun dengan lebatnya. Hujan turun agak lama, lebih kurang 4 jam. Kota Madinah dibanjiri hujan. Inilah pertama kali saya mengalami hujan lebat yang lama di tanah suci. Menurut peniaga-peniaga di Madinah, hujan begini sudah bertahun-tahun lamanya tidak berlaku.
Hujan lebat di Madinah |
Ku Lihat Hijau
Ku Lihat Hijau
Semua jemaah memakai pakaian ihram dan memasang niat apabila tiba di miqat Bir Ali. Bas tidak berhenti di Bir Ali, kami cuma melafaz niat ihram dan bertalbiah di atas bas sahaja. 13 pantang-larang ihram perlu dijaga ketika ini supaya tidak dikenakan dam.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah kali ini menarik kerana tidak pernah saya melihat pokok-pokok hijau dan sungai mengalir dengan banyak di sana. Kali ini tanah suci ini kelihatan hijau.
Sungai mengalir dan tumbuhan hijau kelihatan dalam perjalanan di antara Madinah dan Mekah |
Air bertakung dan tanah basah |
Berhenti Rehat di Perjalanan
Perjalanan ke Mekah memakan masa lebih kurang 6 jam. Kami dijangka akan sampai pada pukul 8.30 malam.
Bas berhenti dua kali untuk jemaah membuang air, minum dan solat. Kami duduk minum teh dan cucur bawang Arab di salah sebuah tempat rehat. Oleh kerana terdapat 13 buah bas yang dibawa oleh TH Travel, maka tempat rehat itu segera dipenuhi orang. Maka untuk ke tandas perlu beratur panjang.
Air bertakung di atas tanah di kawasan rehat |
Berhenti makan cucur.
Sebagaimana yang dijangkakan, kami sampai ke Mekah pada pukul 8.30 malam. Apakah yang berlaku di Mekah? Nantikan sambungannya dalam entri akan datang.
...bersambung
Baca sambungannya:
Umrah 2019 (Bhg. 1): Pengalaman Naik Kapalterbang Khas Ke Madinah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.