Senja berlabuh menandakan tirai malampun perlu dilabuhkan. Ruang beradu yang selesa, luas dan nyaman membuai saya dengan mimpi indah.
|
Inilah hotel/bilik yang kami duduki |
Hotel yang kami duduki sepanjang percutian kami di Danau Toba ialah Hotel Niagara. Hotel ini dibina bercirikan Rumah Adat orang Batak. Sungguh cantik dan selesa. Ia mempunyai tiga tingkat. Anak-anak bujang saya tinggal di tingkat bawah dan saya di tingkat atas. Di halaman bawah ada taman dan padang.
|
Ruang yang selesa di dalam bilik Hotel Niagara |
Hotel Niagara menyediakan ruang bilik yang luas dan selesa. Penghawa dingin tidak perlu dipasang kerana udara di sini sudah cukup nyaman.
|
Kami menginap di hotel ini yang bentuknya seperti rumah adat |
|
Suasana pagi di Hotel Niagara |
Inilah keadaan persekitaran hotel yang kami duduki pada waktu pagi. Sungguh nyaman dan indah. Kita boleh pilih untuk berjogging, bermain tenis atau berenang. Bilik karaoke juga ada. Wi-fi juga ada, tetapi hanya di kawasan lobi.
|
Persekitaran Hotel Niagara |
Ketika kami di sini, pesta Danau Toba sedang berlangsung. Jadi banyak agenda menarik disediakan seperti seminar budaya, opera Batak, tarian Tortor, perarakan, permainan air dan pertandingan menulis essei. Pada hari itu hotel ini didatangi menteri dan pembantu-pembantunya untuk merasmikan pesta Danau Toba. Jadi kami dapat melihat ulos iaitu kain tradisional Batak ditenun oleh penduduk tempatan.
|
Keindahan alam semulajadi di Hotel Niagara |
|
Inilah pemandangan Danau Toba pada waktu senja. Gambar ini saya rakam dari balkoni Hotel Niagara |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.