Saya ke Medan kali ini. Persiapan ke Medan telah saya rancang rapi tiga bulan yang lalu. Selalunya saya ke luar negara kerana membentangkan kertas kerja tetapi kali ini saya bercuti.
Ini ialah percutian yang paling mengujakan saya dan anak-anak saya. Kami pergi mengikuti rombongan persatuan alumni tempat saya bekerja. Peluang ini tidak saya lepasi. Saya tidak perlu melakukan tempahan tiket kapalterbang, hotel, maknanan dan pengangkutan. Semuanya telah disediakan. Cuma bayar RM1, 250.00 seorang sahaja untuk 6 hari.
Sebenarnya ini kunjungan saya kali kedua ke Medan. Pertama kali adalah kira-kira sepuluh tahun lalu. Pada masa tu saya pergi bersama kawan saya yang membawa masuk perabut Jepara dari Medan. Saya menaiki feri dari Pelabuhan Pulau Pinang hingga ke Belawan Sumatera Utara. Saya serik. Perjalanan selama 5 jam itu memabukkan saya kerana ombak yang kuat.
Ini ialah percutian yang paling mengujakan saya dan anak-anak saya. Kami pergi mengikuti rombongan persatuan alumni tempat saya bekerja. Peluang ini tidak saya lepasi. Saya tidak perlu melakukan tempahan tiket kapalterbang, hotel, maknanan dan pengangkutan. Semuanya telah disediakan. Cuma bayar RM1, 250.00 seorang sahaja untuk 6 hari.
Sebenarnya ini kunjungan saya kali kedua ke Medan. Pertama kali adalah kira-kira sepuluh tahun lalu. Pada masa tu saya pergi bersama kawan saya yang membawa masuk perabut Jepara dari Medan. Saya menaiki feri dari Pelabuhan Pulau Pinang hingga ke Belawan Sumatera Utara. Saya serik. Perjalanan selama 5 jam itu memabukkan saya kerana ombak yang kuat.
Peswar Air Asia yang kami naiki dari Penang ke Medan |
Kali ini saya pergi menaiki pesawat Air Asia dari Pulau Pinang yang memakan masa 45 minit sahaja. Medan dan Pulau Pinang memanglah dekat. Sebelum bertolak saya sudah solat musafir dan memohon Allah melindungi perjalanan rombongan kami. Saya juga sudah SMS pelajar-pelajar saya yang tinggal di Medan yang ingin sekali bertemu dengan saya.
Sesampai sahaja di lapangan terbang, bas dan Pak Rahmat, tourist guide yang peramah sudah menunggu kami. Kami sampai jam 11.10 pagi waktu Medan dan terus menuju ke Rumah Makan Famili di Jalan Sisingamangaraja di kota Medan. Lapangan terbang Polonia tidaklah jauh dari kota Medan. Kira-kira 15 minit kami pun sampai. Namun Pak Rahmat menyatakan bahawa lapangan terbang baharu sedang dibina agak berjauhan iaitu di Deli Serdang dan akan siap tahun depan.
Kesesakan dan kebisingan di kota Medan tidak jauh berbeza sepuluh tahun dulu. Pemandu kenderaan masih gemar membunyikan hon setiap masa dan tentu meningkatkan pencemaran bunyi di kota Medan. Bagi saya ini satu kebiasaan yang harus dihentikan demi menjaga alam sekitar. Pada masa saya berkunjung ke Medan dahulu banyak terdapat beca roda tiga yang dikayuh. Tapi hari ini ia tidak dikayuh lagi tetapi diganti dengan motorsikal. Tentu bertambah tahap pencemaran alam sekitarnya. Ini terbukti apabila tekak saya mula perit setelah 4 hari di sini.
Kesesakan lalu lintas di kota Medan |
Di Medan ada saja perkataan baru yang saya pelajari. Antaranya rambu-rambu lalu-lintas, ertinya peraturan jalanraya, jablai ertinya jarang dibelai, patma ertinya payah tidur malam, batak ertinya banyak taktik dan sabuk pengaman ertinya tali pinggang kaledar.
Saya juga mendapati bahawa ada persaman sebutan di sini dengan dialek Perak. Contohnya orang Perak menyebut piso bagi pisau, kedei bagi kedai. Ini mungkin terjadi kerana Perak dan Medan bukanlah jauh sangat kedudukannya. Mungkin juga pengaruh Kesultanan Melayu Deli. Apabila saya melawat Istana Maimoon di Medan, saya diberitahu bahawa Sultan Deli mempunyai hubungan darah yang rapat dengan Kesultanan Perak di Kuala Kangsar. Salah seorang permaisuri (ibu kepada salah seorang Sultan Deli) adalah Raja Khadijah dari Kuala Kangsar.
Istana Maimoon |
Istana Maimoon telah dibina pada 1888. Istana Maimoon ini adalah mercu tanda Medan, peninggalan Kesultanan Melayu Deli. Istana Maimoon ini penting bagi membuktikan bahawa penduduk asal Medan adalah orang Melayu. Pada hari ini orang Melayu tinggal di Medan, Deli Serdang dan Langkat. Tetapi hari ini kota Medan dihuni oleh suku Batak, Jawa, Minang, Melayu, Cina dan India.
Gambar (potret) wanita di atas adalah Raja Khadijah. Yang disebelah kanannya ialah Sultan Deli sekarang yang berumur 10 tahun. Baginda menjadi Sultan Deli pada usia muda kerana ayahandanya mangkat pada usia 30an. Walau bagaimanapun Sultan muda ini tidak tinggal di sini. Baginda tinggal di Bugis bersama nendanya.
Istana Maimoon ini masih dikunjungi pelancong dan ia dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik Melayu Deli dan persembahan nyanyian. Teringat saya dengan lagu Seri Langkat nyanyian Jamal Abdillah dan Amelina. Di hadapan istana terdapat gerai-gerai dan penjaja. Sama seperti sepuluh tahun dulu sentiasa ada peniaga mengekori saya, merayu supaya saya beli barang jualannya.
Kempen dan iklan di sekitar Medan |
Assalamualaikum, anda masih simpan contact Pak Rahmat?Kami ingin travel secara backpack ke Medan dan ingin mencari tourist guide yang berpatutan.
BalasPadamWaalaikumusalam Unid Kiut,
PadamSaya tak pernah simpan nombor Pak Rahmat. Masa ke Medan dulu saya goyang kaki je, semua Al-Jannah Travel yang uruskan. Kalau Ita hendak dapatkan contact Pak Rahmat sila hubungan Al_Jannah Travel di sini: https://www.facebook.com/AlJannahTravelTours/info