S
aya dan keluarga suka mencuba makanan tempatan setiap kali mengembara. Di Banda Acheh macam-macam restoren kami kunjungi. Antaranya ialah Asam Kreung, Specific Acheh, Masakan Minang dan Mie Ramli.
|
Ayam Tangkap, gulai pelbagai jenis, sirap kodial bercampur hirisan timun dan papan tanda restoren Specific Acheh |
Sebenarnya makanan Acheh yang saya suka sebelum saya datang ke Acheh ialah asam belimbing kering yang dibuat masak tumis. Saya pernah memakan makanan tradisional ini setiap kali saya berkunjung ke rumah kawan Malaysia saya yang berketurunan Acheh. Tetapi semasa saya ke Acheh baru-baru ini saya tidak jumpa masakan kegemaran saya itu di restoren. Barangkali susah untuk mendapatkan belimbing itu atau barangkali hanya dimasak pada hari-hari tertentu.
|
Sirap kordial bercampur hirisan tembikai, papan tanda restoren Minang, lauk-pauk serta gulai dan sambal |
Semasa di Banda Acheh baru-baru ini kami makan Ayam Tangkap. Ayam Tangkap ialah ayam goreng yang dicampurkan dengan daun-daun serta
rempah-ratus tempatan. Rasanya rangup dan sedap. Inilah yang saya dan
keluarga suka.
|
Menikmati jus Alpokat, Murtabak Manis, Naga Sari dan Mie Ramli |
Selain daripada restoren kami juga tidak ketinggalan mencari kuih-muih di gerai-gerai tepi jalan. Antara yang kami suka ialah Murtabak Manis. Murtabak Manis ini sebenarnya Apam Balik. Ia mempunyai pelbagai perasa. Ada cokolat, keju, mentega dan macam-macam lagi.
Untuk membelinya, kita kena beli dalam saiz yang besar. Ia tidak dijual kecil-kecil seperti di Malaysia. Murtabak Manis yang sudah siap dimasak dipotong-potong dan dibungkus dalam kotak kek. Sangat kemas.
|
Cendol yang kami minum di gerai tepi jalan di luar Pasar Atjeh |
Apabila membeli-belah di Banda Acheh tentulah dahaga. Jadi saya dan keluarga saya sudah mencuba cendol, kopi Acheh dan jus Alpokat. Ia mudah didapati di warung tepi jalan dan di kedai kopi. Kalau hendak tahu rasanya, cubalah sendiri.
Membeli-belah
|
Pasar Atjeh, pusat membeli-belah utama |
Membeli-belah di Pasat Atjeh sangat seronok sebab harga barang-barangnya amat murah. Barang-barang yang dijual pelbagai jenis seperti telekung, beg, kasut, busana muslimah dan muslim, alas meja bersulam, makanan dan lain-lain lagi. Cenderamata juga boleh didapati di beberapa kedai. Peniaga di sini amatlah peramah dan bersopan santun. Mereka memanggil saya "bonda" dan panggilan ini membuat saya sangat gembira. Inilah pertama kali saya dipanggil "bonda". Rasa sangat dihormati.
|
Barang-barang yang boleh diperolehi di Pasar Atjeh dan sekelilingnya |
Kebanyakan peniaga di sini suka berbual-bual dengan kami. Ada yang menyatakan mereka pernah bekerja di Malaysia. Ada yang bekerja melebihi sepuluh tahun dan hasil daripada pekerjaan di Malaysia mereka membuka perniagaan di Banda Acheh. Apabila bercakap dengan kami mereka menggunakan dialek Malaysia dan ada yang menggunakan loghat Penang. Orang Acheh seringkali berulang alik ke Penang Malaysia untuk mendapatan rawatan perubatan. Menurut mereka, perkhidmatan perubatan di Penang adalah baik dan memuaskan hati mereka.
Di Penang ada ramai komuniti Acheh. Penempatannya telah tumbuh sudah sekian lama dan antara tempatnya ialah Pantai Acheh (tempat melihat anak bulan), Lebuh Acheh dan Masjid Acheh.
Bapa P. Ramlee, seniman kita, juga berasal dari Acheh iaitu di Lhokseumawe dan berkahwin dengan ibunya iaitu orang Penang dan kemudiannya menetap di Penang. Rumah kelahiran P. Ramlee masih ada di Penang untuk kita saksikan.
|
Barang-barang yang kami beli untuk dibawa pulang |
|
Makanan dan minuman yang kami beli untuk dibawa pulang. |
|
Pendek kata, kembara saya, keluarga dan kawan saya di Banda Acheh amat bermakna buat kami. Banyak ilmu dan iktibar yang kami perolehi di sini. Dengan ini Nota Kembara Naramas Aman untuk siri Acheh ingin melabuhkan tirai. Semoga bertemu lagi dalam entri akan datang.
Kembara Naramas Aman seterusnya ialah ke Pulau Jawa pula. Amat menarik! Saya mengembara bersama keluarga saya ke Surabaya, Bandung, Jogjakarta, Bali dan Lombok. Kembara ke Pulau Jawa ini amat istimewa kerana ianya PERCUMA. Bagaimana saya dapat percuma? Akan saya ceritakan nanti. Jadi tunggu kemunculannya!
Untungnya kembara ke wilayah Islam ni, kita boleh merasa semua makanan tanpa ragu. Tapi wilayah lain di Indonesia kena berhati-hati...
BalasPadamLebih bagus lagi kalau dapat jalan-jalan secara percuma...
Salam Mie,
PadamTerima kasih kerana Mie rajin meninggalkan ulasan di sini.
Memang mudah kalau kita ke wilayah Islam, mudah untuk mendapatkan makanan halal. Tetapi wilayah yang majoritinya bukan Islam, perlulah berhati-hati, misalnya di Bali. Nanti akan saya ceritakan dengan lebih lanjut dalam entri Bali pula.
Jalan-jalan dengan percuma, memang bagus, semuanya atas kehendakNya :)
setuju tu akak, kalau datang tempat yang majoriti muslim, nak makan apa, buka mulut jer, hehe...tapi dari apa yang akap cakap, macam semua sedap-sedap je, just nama menu yang rasa janggal sikit...
BalasPadamOrga,
PadamBanyak yang sedap-sedap, tetapi ada juga yang tak berapa kena dengan tekak saya. Nama menu tu memang janggal, sebab itu bahasa Acheh. Eungkot tu ertinya ikan.
Wah prof, seronok makan2 kan... Makanannay lebih kurang makanan kat sini jugak eh tp nama aja lain2.. Shopping pon mesti murah2..
BalasPadamP/s: sedap betol nmpk cendol tu...;)
Farikica,
PadamMakanan di sini lebih kurang makanan kita juga cuma nama saja berbeza :). Cendolpun lebih kurang macam cendol kita. Shopping memang seronok, murah-murah belaka.
salam..masa ciku g sana ..makanan kat sana sedap sampai teringat ingat kat sini..ayam tangkap tu ngan ketam kulit lembut masak lada hitam..sedap banget..best ..teringat bila tgk gambo gambo belian barangan di pasar atjeh tu..beg pintu acheh tu..mak borong byk hr tu..ciku just beli bj muslimah utk anak je ngan brooch..hihi
BalasPadamSalam Ciku,
PadamSeronok kan dapat merasa masakan Acheh. Hanya dengan ke Acheh saja kita dapat nikmat itu. Borong barang-barang di Pasar Atjeh pun seronok sebab murah-murah belaka. Saya borong alas meja bersulam he he he.
salam Yong
BalasPadamBest nye bab jalan2 cari makan ni....
Salam Yong ASP,
PadamBest sebab halal dan murah :)
Assalamualaikum wr.
BalasPadamKami 9 orang baru balik dari B.Aceh dan info Nota Kembara memang membantu.Terima kasih.
Untuk 7-12 Dis sekali lagi Nota Kembara jadi rujukan untuk kami ke Phnom Penh dan Ho Chi Minh.
Waalaikumusalam Puan Nasa.
PadamHarap semua perjalanan Puan Nasa dipermudahkan Allah dan puan dapat banyak ilmu daripadanya.
walaupun first time prgi aceh tapi hmmm not bad lah. yg paling sy xleh lupe..masa order roti canai.kalo nkmkn dgn kari ...ha kena beli..lucu jgkla. pas tu burger dia ..mak ai daging nye nipis cam A4 paper..satu yg i perasan..org aceh ni suka manis..bukansikit tp cam lori gula silaplanding kat depankedai diorg..hehehe..sapa yg ada kencing manih ...sure kena potong balik kl...hahahah (gurau je).. tapi i da suka sgt dgn aceh ni. cool jer..tenang &org2nye baik2..dan bersopan
BalasPadamOh mereka suka manis macam orang Kelantan ke?
PadamBetul, orang Acheh sangat berbudi bahasa. Pekedai-pekedai panggil saya "bonda." Rasa nak gugur jantung ni dengan panggilan yang hormat itu.
aceh ..... coollll....ku ingin kembali padamu...
BalasPadamNampak gayanya kembarakemboja kena cari 'teman' Acheh ni :)
PadamKERETA SEWA BANDA ACEH & SABANG
BalasPadamSalam... Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Aceh, Sabang,Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat shopping, melancong dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang.
Utk booking
Call. +6281263979828
Call. +6281263979828
whatsapp. +6281263979828