B
iasanya orang mengaitkan binatang di Taman Safari dengan kanak-kanak. Tetapi tidak bagi saya dan keluarga saya. Kami sangat sukakan binatang walaupun kami bukan kanak-kanak lagi. Kami dibawa Mas Rozi dan kawannya terus ke Taman Safari Indonesia II setelah melihat Gunung Bromo dan sarapan dengan Rawon.
Taman Safari Indonesia II ini letaknya di Kampong Prigen, Pasuruan, Jawa Timur. Ia terletak di antara lebuh raya Surabaya dan Malang. Taman Safari itu di tengah hutan belantara Gunung Arjuna. Dalam perjalanan menuju ke Taman Safari itu kami melalui kampung-kampung dan kawasan sawah padi yang terbentang luas. Saya sempat merakamkan gambar petani-petani sedang membajak dan menanam padi dari dalam kereta. Oleh kerana Taman Safari itu di Gunung Arjuna, kami melalui jalan yang semakin menaik dan tinggi.
Pemandangan Sawah Padi Yang Indah di Pasuruan
Taman Safari Indonesia II ini letaknya di Kampong Prigen, Pasuruan, Jawa Timur. Ia terletak di antara lebuh raya Surabaya dan Malang. Taman Safari itu di tengah hutan belantara Gunung Arjuna. Dalam perjalanan menuju ke Taman Safari itu kami melalui kampung-kampung dan kawasan sawah padi yang terbentang luas. Saya sempat merakamkan gambar petani-petani sedang membajak dan menanam padi dari dalam kereta. Oleh kerana Taman Safari itu di Gunung Arjuna, kami melalui jalan yang semakin menaik dan tinggi.
Ke Taman Safari Indonesia II
Yang
paling menyeronokkan ialah kami memandu kereta ke dalam zoo ini. Tak perlu
jalan kaki. Inilah pertama kali saya memasuki zoo dengan kereta sekali. Tidak seperti di Taman Rimba Savannah di Australia yang pernah saya kunjungi dulu, kami perlu menaiki bas yang disediakan. Sila klik di sini untuk mengimbas kembali.
Dalam keadaan cuaca ketika itu yang amat panas, duduk di dalam kereta dan memasang penghawa dingin adalah pilihan terbaik. Sambil Mas Rozi membaca peta, kawannya memandu.
Istimewanya Taman Safari ini ialah binatang di dalam taman ini bebas
mencari makan dan meragut rumput di kawasan Safari yang luas. Harimau,
singa, rusa, beruang Himalaya, gajah, kuda belang, badak sumbu, bison, kerbau, orang utan dan zirafah lepas bebas. Kita yang
berkunjung ke situ pula boleh mendekati binatang-binatang itu dari dalam
kereta dan memberi mereka makan.
Kami ketawa gembira melihat gelagat
binatang-binatang itu mengejar-ngejar kenderaan kami. Ada juga yang
jinak menjengukkan kepala mereka melalui tingkap kereta dan meminta
makanan daripada kami. Seronok! Tidak sangka di sini kami menemui sebuah
Taman Safari yang menggembirakan kami.
Kami sangat kagum melihat tiga ekor singa sedang duduk di atas jeep di dalam taman itu. Kami cepat-cepat menaikkan cermin tingkap kereta kerana takutkan singa itu menerkam ke arah kami. Tetapi singa-singa itu hanya duduk rileks sahaja di situ.
Kami tidak menjelajah habis Taman Safari itu kerana keletihan dan kurang tidur. Up close & personal dengan rusa, zebra dan singa benar-benar membuatkan kunjungan ke sini amat berbaloi.
Makan Tengahari di Rumah Makan Ikan Bakar Cianjur
Setelah puas up close and personal dengan binatang-binatang, kamipun makan tengahari di Rumah Makan Ikan Bakar Cianjur, di Pandaan, Lebuhraya Surabaya-Malang. Kawasan rumah makan ini luas dan letaknya di dalam taman hijau. Kami pergi ke belakang restoren itu dan melihat tamannya. Kami menapak di atas batu-batu leper yang disusun kemas dalam taman yang hijau itu. Di taman itu terdapat kolam yang penuh dengan teratai, pagola, taman permainan kanak-kanak dan musola. Kami mandi dan solat dahulu di situ sebelum makan di restoren.
Ketika masuk ke restoren ini Yan dan anak buahnya kira-kira lima orang sudah berada di situ menanti kami. Makanan sudah siap terhidang. Makanan yang dihidangkan amat menyelerakan: masakan tradisional Jawa Timur, ala masakan kampung. Ada petai, jering, sambal terasi, bakso, rawon, pecal, tumis kangkong (kangkong goreng belacan), ikan goreng kering, ikan bakar, ayam kampung goreng, tahu goreng, mie, lalapan, Ikan Nila Pesmol dan keropok. Enak!
Tasik teratai ini terdapat di dalam taman di belakang Rumah Makan Ikan Bakar Cianjur |
Saya lupa nama masakan ini |
Ayam kampung goreng |
Ikan goreng kering, tumis kangkong, tumis kailan dan lalapan menjadi sajian tengahari kami |
Bagi anda yang ingin mencuba masakan tradisional Jawa Timur ini, silalah ke:
Ikan Bakar Cianjur
Pandaan, Pasuruan, Jawa Timur
JJl. Raya Surabaya-Malang Km 48
Tel: +62 343 634 360
Selepas
makan tengahari kami ke desa pergunungan Trawas untuk mengikuti
Yan dan anak-anak buahnya mengendalikan bengkel motivasi. Desa pergunungan Trawas ini dingin! Jangan lupa bersama saya lari ke desa pergunungan di Trawas yang indah, sejuk dan nyaman.
...bersambung