Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 15 Mei 2013

Percutian Percuma di Surabaya (6): Taman Safari Terbesar di Asia

B iasanya orang mengaitkan binatang di Taman Safari dengan kanak-kanak. Tetapi tidak bagi saya dan keluarga saya. Kami sangat sukakan binatang walaupun kami bukan kanak-kanak lagi. Kami dibawa Mas Rozi dan kawannya terus ke Taman Safari Indonesia II setelah melihat Gunung Bromo dan sarapan dengan Rawon.

 

Pemandangan Sawah Padi Yang Indah di Pasuruan


Taman Safari Indonesia II ini letaknya di Kampong Prigen, Pasuruan, Jawa Timur. Ia terletak di antara lebuh raya Surabaya dan Malang. Taman Safari itu di tengah hutan belantara Gunung Arjuna.  Dalam perjalanan menuju ke Taman Safari itu kami melalui kampung-kampung dan kawasan sawah padi yang terbentang luas. Saya sempat merakamkan gambar petani-petani sedang membajak dan menanam padi dari dalam kereta. Oleh kerana Taman Safari itu di Gunung Arjuna, kami melalui jalan yang semakin menaik dan tinggi.










Ke Taman Safari Indonesia II


Di pintu masuk Taman Safari ini kami disapa oleh penjaga pintu taman itu dengan ramah mesra. Setelah Mas Rozi membayar tiketnya, kami diberi risalah dan peta kedudukan binatang-binatang di dalam taman itu. Risalah yang diberikan tertulis bahawa Taman Safari Indonesia II ini adalah taman safari yang terbesar dan terbaik di Asia. Luasnya 350 hektar. Penjaga pintu itu juga menjual lobak merah untuk diberi makan kepada binatang-binatang itu. Tetapi Mas Rozi sudah menyediakan kacang tanah berjenama Kelinci (arnab) untuk kami beri makan kepada binatang-binatang itu.  


Yang paling menyeronokkan ialah kami memandu kereta ke dalam zoo ini. Tak perlu jalan kaki. Inilah pertama kali saya memasuki zoo dengan kereta sekali. Tidak seperti di Taman Rimba Savannah di Australia yang pernah saya kunjungi dulu, kami perlu menaiki bas yang disediakan. Sila klik di sini untuk mengimbas kembali.

Dalam keadaan cuaca ketika itu yang amat panas, duduk di dalam kereta dan memasang penghawa dingin adalah pilihan terbaik. Sambil Mas Rozi membaca peta, kawannya memandu. 











Istimewanya Taman Safari  ini ialah binatang di dalam taman ini bebas mencari makan dan meragut rumput di kawasan Safari yang luas. Harimau, singa, rusa, beruang Himalaya, gajah, kuda belang, badak sumbu, bison, kerbau, orang utan dan zirafah lepas bebas. Kita yang berkunjung ke situ pula boleh mendekati binatang-binatang itu dari dalam kereta dan memberi mereka makan.

Kami ketawa gembira melihat gelagat binatang-binatang itu mengejar-ngejar kenderaan kami. Ada juga yang jinak menjengukkan kepala mereka melalui tingkap kereta dan meminta makanan daripada kami. Seronok! Tidak sangka di sini kami menemui sebuah Taman Safari yang menggembirakan kami. 








Kami sangat kagum melihat tiga ekor singa sedang duduk di atas jeep di dalam taman itu. Kami cepat-cepat menaikkan cermin tingkap kereta kerana takutkan singa itu menerkam ke arah kami. Tetapi singa-singa itu hanya duduk rileks sahaja di situ.

Kami tidak menjelajah habis Taman Safari itu kerana keletihan dan kurang tidur. Up close & personal dengan rusa, zebra dan singa benar-benar membuatkan kunjungan ke sini amat berbaloi.





Makan Tengahari di Rumah Makan Ikan Bakar Cianjur


Setelah puas up close and personal dengan binatang-binatang, kamipun makan tengahari di Rumah Makan Ikan Bakar Cianjur, di Pandaan, Lebuhraya Surabaya-Malang. Kawasan rumah makan ini luas dan letaknya di dalam taman hijau. Kami pergi ke belakang restoren itu dan melihat tamannya. Kami menapak di atas batu-batu leper yang disusun kemas dalam taman yang hijau itu. Di taman itu terdapat kolam yang penuh dengan teratai, pagola, taman permainan kanak-kanak dan musola. Kami mandi dan solat dahulu di situ sebelum makan di restoren.

Ketika masuk ke restoren ini Yan dan anak buahnya kira-kira lima orang sudah berada di situ menanti kami. Makanan sudah siap terhidang. Makanan yang dihidangkan amat menyelerakan: masakan tradisional Jawa Timur, ala masakan kampung. Ada petai, jering, sambal terasi, bakso, rawon, pecal, tumis kangkong (kangkong goreng belacan), ikan goreng kering, ikan bakar, ayam kampung goreng, tahu goreng, mie, lalapan, Ikan Nila Pesmol dan keropok. Enak! 

Tasik teratai ini terdapat di dalam taman di belakang Rumah Makan Ikan Bakar Cianjur

Saya lupa nama masakan ini


Ayam kampung goreng

Ikan goreng kering, tumis  kangkong, tumis kailan dan lalapan menjadi sajian tengahari kami


Bagi anda yang ingin mencuba masakan tradisional Jawa Timur ini, silalah ke:

Ikan Bakar Cianjur
Pandaan, Pasuruan, Jawa Timur
JJl. Raya Surabaya-Malang Km 48
Tel: +62 343 634 360

Selepas makan tengahari kami ke desa pergunungan Trawas untuk mengikuti Yan dan anak-anak buahnya mengendalikan bengkel motivasi. Desa pergunungan Trawas ini dingin! Jangan lupa bersama saya lari ke desa pergunungan di Trawas yang indah, sejuk dan nyaman.

 ...bersambung


22 ulasan:

  1. I will read and share yr experience.. plan nak ke Lombok or maybe Surabaya or Pachitan.. masih mencari2 tempat yg sesuai for family..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Azian,
      Di Surabaya dan Lombok banyak tempat yang menarik untuk seisi keluarga. Makan-makan dan membeli-belah juga menarik. Saya akan kongsikan nanti di lain entri :)

      Padam
    2. Yan, kalau ke HCM City pun best bawa keluarga. Dapatlah bertukar negara taklah ke Indon je...

      Padam
    3. Ke mana-mana kalau bersama keluarga mesti best.

      Padam
  2. Saya pun pernah sampai ke Safari ini. Masa sampai di kaunter tiket di pintu masuk, supir suruh senyap sebab nak dapat tiket orang tempatan. Kalau pelancong luar cajnya berganda.

    Pemandangan di sepanjang jalan menuju ke Safari masa tu memang cantik, sebab padi dah mula tumbuh...

    Walaupun lokasinya kat kaki gunung, tapi jalannya agak lurus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Tiket masuk saya tak tahu berapa harganya sebab semuanya orang belanja :) Tetapi orang lokal yang kita kenali memang banyak membantu kita di Indonesia, tanpa mereka kita biasanya jadi mangsa sembelih.

      Saya suka melihat pemandangan sawah padi yang luas dan nyaman itu. Cantik, kan?

      Ya, jalannya lurus. Walaupun menuju ke Safari itu melalui jalan-jalan yang meninggi saya tidak rasa pening.

      Padam
  3. Saya nak bawak Aqilah datang sini! mesti dia suka huhuhu (saya pun suka!)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aqilah mesti suka. Di sini juga ada Baby Zoo, Water World, Aquatic Land dan rides yang sesuai untuk kanak-kanak :)

      Padam
  4. Akak, comeyy giler gambar rusa tu..err rusa ke??tak kisahlah, kan?hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang jenguk-jenguk ke dalam tingkap kereta tu rusalah...comel kan?

      Padam
  5. Masa saya ke surabaya hari tu memang ada lalu depan pintu masuk ke safari ni, tapi x sempat singgah sebab masa tu dah nak malam. Best nya kan safari ni. Seronok tengok singa2 tu bersantai atas kereta.

    Ikan bakar tu nampak sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok singa santai atas kereta tu paling saya suka :)

      Ikan tu goreng kering, tapi saya tak berapa suka sebab ia digoreng kering sampai keras. Saya suka makan ikan yang lembut.

      Padam
  6. Salam Prof..waa untungnya semua gratis buk..kalau yang kna bayar.. mahalnya kalau internasional..banyak masjid lama di sana kan..danjuga ukiran kayu yang cantik cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segalanya GRATIS buk! Nggak perlu mikirin. Kalau internasional mahal banget! Untung orang lokal yang ngurusin! Sesungguhnya orang Surabya seharusnya berbangga dengan kekayaan pariwisatanya dan arsitektural yang ada di sana. :)

      Padam
  7. Menariknya zoo yg prof pegi tu..smua haiwan2 tu terlepas cmgitu si singa harimau semua tak makan ke binatang2 lain? best la gambar2 prof snap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa inilah zoo yang paling best sekali yang pernah saya pergi. Haiwan tu semua terlepas, kita yang datang terkurung dalam kereta. Singa tu agaknya dah diberi daging/makanan 'sepecial' jadi perutnya sentiasa kenyang, kot?

      Padam
  8. assalamualaikum akak!!! ada kat rumah ke tak ni? hehehe. sihat ke? saya ingatkan safari ni kat bndr surabaya sendiri. aritu lalu ade sebuah kebun haiwan gak kat tgh2 bandar tu. taktau lak akan kewujudan zoo safari mcm dlm entry akak nih. menarikk! gunung arjuna tu ade kami nmpk time nak balik semula ke surabaya.

    hutan safari dia mcm dlm cerita org putih! boleh keluar dari kereta x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Henry Fox,
      Ada. Akak ada di rumah, tapi terlalu sibuk sekarang ni dengan macam-macam event dan tugas hakiki di hujung-hujung semester universiti. Jadi agak slow sikit untuk update blog. Akak berjalan juga ke blog Henry, baca, tapi kadang-kadang tak tinggalkan komen.

      Kalau tak disebabkan student saya orang Surabaya, saya mungkin tak tahu tentang zoo safari ni. Tetapi melalui pengalaman saya, zoo ini amat menarik sebab betul-betul dekat dgn binatang tu. Ya, macam cerita orang putih dalam dokumentari National Geography. Ada tempat kita boleh keluar kereta. Tapi kalau di tempat yang ada singa tu, kalau keluar tentu kena NGAP!

      Padam
  9. Bagus kan Indonesia,,,itu baru di surabaya ,belom lagi YG laen nya..mash banyak lagi keindahan alam Indonesia YG mash bisa di lihat...
    Saya pun sebagai anak Indonesia,bangga..sebab di dalam negara Indonesia,,belom tentu negara laen mempunyai nya.....
    Harus berbangga menjadi anak ndonesia....
    Salam ,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tatang Kurniawan,
      Ya, sudah pasti Indonesia Bagus! Beautiful Indonesia. Sungguh banyak sekali keindahan Indonesia yang belum habis saya terokai. Indonesia terlalu luas. Pulaunya banyak dan suku bangsanya yang unik dan pelbagai juga pasti mempunyai seribu satu macam cerita. Saya ingin menjelajah banyak lagi wisata Indonesia di masa-masa akan datang. Seharusnya anak Indonesia berbangga dengan negaranya yang unik dan indah itu. Saya juga turut bangga pernah berada di buminya yang indah dan permai. Salam kembali.

      Padam
  10. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
    Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    BalasPadam
  11. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Joom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps sahaja.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.