Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 3 Mei 2013

Percutian Percuma di Surabaya (3): Jumaat di Masjid Cheng Hoo 1

J am sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Tetapi di Surabaya sudah masuk waktu zohor dan orang sudah mula berkumpul di Masjid Cheng Hoo. Ini ialah masjid yang didirikan atas nama seorang Laksamana China tersohor yang telah datang ke Asia Tenggara merentas Laluan Sutera pada masa Dinasti Ming. Sejarahnya tercatat pada papan di dinding pejabat masjid ini.

Laksamana Cheng Hoo (Zheng He) adalah perintis pelayaran (navigasi) terawal di dunia malahan lebih awal daripada Magellan, Vasco da Gama dan Colombus. Beliau adalah seorang Muslim yang membawa perutusan damai di antara China dan negara-negara lain seperti Afrika dan Asia. Surabaya adalah salah sebuah pelabuhan yang dikunjungi oleh beliau.


Saya serta keluarga dibawa Rudy dan Rozi iaitu 'cucu murid' saya ke Masjid Cheng Hoo. Saya namakan ia Masjid Cheng Hoo 1 kerana terdapat dua buah Masjid Cheng Hoo yang kami kunjungi di Surabaya. Masjid Cheng Hoo 1 yang kami kunjungi ini lebih dahulu dibina. Manakala Masjid Cheng Hoo 2 dibina lebih kemudian daripadanya. Untuk Masjid Cheng Hoo 2 akan saya ceritakan dalam entri lain.


Papantanda ke Masjid Cheng Hoo


Replika tongkang Laksamana Cheng Hoo



Kami dijemput masuk ke kawasan masjid dan mengambil wudhu. Ketika menuju ke tempat mengambil wudhu itu kami sempat melihat bangunan masjid yang unik itu. Kami tertarik dengan senibina masjid ini yang mirip masjid yang sering kami lihat semasa mengembara di China. Namun begitu kami masih dapat membezakan keaslian senibina di China berbanding dengan di sini.  Sudah tentu keaslian senibina masjid di China lebih terserlah dan indah kerana pakar kesenian ini bermula di sana.

Terdapat sebuah replika tongkang Laksamana Cheng Hoo semasa ekspedisinya di Surabaya yang diletakkan bersebelahan dengan masjid.



Di dalam Masjid Cheng Hoo sebelum solat Jumaat.

Senibina China  pada Masjid Cheng Hoo yang mirip dengan masjid di Beijing


Ukiran dan hiasan pada tiang, siling dan atap adalah mirip senibina China

Bumbung dari dalam masjid





Menara masjid Cheng Hoo dari luar


Ruangan solat Jumaat untuk wanita disediakan. Keluarga saya yang perempuan masuk ke bahagian solat wanita yang terdapat berdekatan dengan pejabat masjid itu. Manakala yang lelaki ke ruangan solat yang lebih luas. Oleh kerana ramai orang, maka atap dan tiang didirikan di luar masjid untuk membolehkan orang ramai solat.

Azan, khutbah disampaikan dan solat Jumaat pun dilaksanakan. Caranya sama seperti di Malaysia.


Lepak-lepak selepas solat Jumaat. Gambar kanan (bawah) ialah Rozi yang sedang berbual-bual dengan Rudy


Setelah selesai solat kami ke belakang masjid untuk mengisi perut. Terdapat ramai orang berniaga di situ. Kamipun mencuba makan Lumpia iaitu sejenis gorengan yang hampir sama dengan popiah goreng. 



Lumpia dijual di belakang Masjid Cheng Hoo

Cafe di belakang masjid






Sesudah itu kamipun bergerak meninggalkan masjid ini dan menuju ke Pulau Madura.

Jadi ikutilah Naramas Aman mengembara ke Pulau Madura pula. Apakah yang ada di sana? Semuanya akan diceritkan nanti dalam entri akan datang.


...bersambung



18 ulasan:

  1. salam Prof..masjid inilah dlm jadual utk lawatan nekcik yang tak sempat dikunjungi...dan pulau madura pun takat sampai kat tol di jer!!
    Tunggu prof cover pulau madura tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nekcik.
      InsyaAllah suatu hari nanti Nekcik boleh solat di masjid ini dan dapat ke Madura. Pasal kembara di Pulau Madura akan menyusul dalam beberapa hari lagi.

      Padam
  2. Semuanya gratis termasuk pemandu pelancong.... hehe

    Pernah ke Surabaya waktu zaman belum memblog dulu, tapi tak tau kewujudan masjid Cheng Hoo tu.

    Popia tu agak mahal, kat tempat kita kalau RM2 boleh dapat lima, kat sana mungkin dapat tiga je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Gratis! Semuanya gratis: makan, pemandu pelancong (cucu murid saya yg bawa kami jalan-jalan), hotel, pengangkutan, dll..he he he..saya nak bayar, mereka tak mahu.

      Saya tak pasti bila masjid ini dibina. Mungkin masa Mie ke Surabaya masjid tu belum dibina lagi agaknya.

      Ya betul di Penang pun 5 biji popia RM2. Tapi saya rasa lumpia besar sikit dari popia kita. Lumpia ni Rudy yang belanja, tengok dalam gambar, dia yg hulurkan duit.

      Padam
    2. lumpia tu cmner prof? sedap ke. Bestnya prof semuanya ditanggung..hehe

      Padam
    3. Lumpia tu popia. Sedap juga. Alhamdulillah semua ditanggung oleh anak-anak murid saya di sana.

      Padam
  3. Salam Prof,

    Saya berkesempatan jugak singgah di Masjid Cheng Ho ni masa saya ke Surabaya Nov lalu. Masjid yg sama cuma masa tue agak beruntung sebab dapat tengok majlis pernikahan seorang Chinese Muslim bersama seorang Melayu Indonesia. Cara pernikahan mereka menarik perhatian saya sbb kadang2 Jurunikah akan cakap dalam bahasa cina.

    Pak supir saya ada bagitau yg ada Masjid Cheng Ho yang lain juga di Surabaya. Tapi tak berkesempatan nak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zara AB,
      Terima kasih kerana meninggalkan ulasan di blog ini.

      Saya menganggap Zara bertuah kerana dapat menyaksikan majlis pernikahan itu. Tentu ia satu kenangan dan ilmu yang berharga.

      Saya juga ke masjid ini pada November 2012, tetapi tidak pula berjumpa dengan Zara. Mungkin berlainan hari.

      Ya, ada sebuah lagi Masjid Cheng Hoo di Surabaya. Nanti akan saya blogkan tentang masjid ini.

      Saya juga telah mengunjungi blog Zara - menarik!

      Padam
  4. saya pun pernah sampai dan bersolat di masjid Cheng Ho. tapi tak pasti yg pertama atau yg kedua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nieda ramly,
      Kalau sama macam masjid dalam entri ini itu Masjid Cheng Hoo yang pertama. Sebab masjid yang satu lagi kelihatan agak baru.

      Padam
  5. Oh kiranya Masjid Muhamad Cheng Ho yang saya pegi haritu adakah masjid no 2 la ye. Yang ni macam kecik sikit kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masjid Muhamad Cheng Ho yang lagi satu tu kira no 2 lah. Setakat ini saja yang saya tahu. Ya, yang ni kecik sikit, jadi bumbung dan tiang dipasang di luar untuk memuatkan jemaah solat Jumaat.

      Padam
  6. Saya juga backpacking dgn seorg pd hujung nov 2012 tp masa terhad krn kami dari semarang ke demak,kudus,jogja dgn bas. Dari jogja ke solo dgn tren, then naik bas ke ponorogo ziarah pondok moden, dari situ ke madiun. Dari madiun naik tren ke surabaya. Nak gi madura tak sempat krna hnya 1 mlm shj. Kami hnya ke Ampel shj. Dari Surabaya naik flight ke bandung ziarah prsantren agym dn seterusnya balik kl. Trip 9 hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mdnasiridris,
      Menariknya cara mdnasiridris backpack. Saya belum pernah sampai ke Semarang, Demak, Kudus, Ampel, Solo, Ponorogo dan Madiun. Tentu Mdnasiridris telah jumpa banyak tinggalan sejarah, masjid, pesantren dan makam para wali.
      Dalam banyak-banyak tempat yang mdnasir pergi itu, yang manakah yang paling menarik? Mengapa?

      Padam
  7. Di palembang juga ada masjid cheng ho, letaknya di area perkampungan china muslim. Bukan kg tp rumah2 mereka besar. Saya dah ziarah thn lps

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mdnasiridris,
      Palembang pun saya belum sampai lagi. Adakah masjid Cheng Ho di Palembang berbeza dengan yang ada di Surabaya?

      Padam
  8. saat ini saya dan 2 lg rakan berda di lombok. jadual sngt padat.
    kami sampai di surabaya jam 9 mlm 16.1, terus ke Ampel dan tidur di masjid Ampel. orang sangat ramai, lelaki perempuan ziarah kubur sunan Ampel. masalahnya mereka zikir bersama dgn nyaring dan ini menyalahi hukum. esuknya lepas solat subuh kami ke tanjung bumi,madura dgn menyewa mobil utk ziarah kawan lama yang 13 tahun tidak ketemu. perjalanan ke sana hampir 3 jam. lepas solat jumaat kami pulang ke surabaya dan pusing2 hingga tiba waktu maghrib solat di Ampel. lepas isya kami menyewa di homestay yh berdekatan dgn bayaran 10 ribu rupiah. jam 1 ke bandara kerana kami akan ke lombok fligh jam 5.30 pagi. kami ziarah kawan .lepas zohor kami menyewa mobil untuk ke pesantrrn al aziziyah. alhamdulillah kami beramah mesra dengan tuanguru mustafa yg pernah mengajar di al masjidil haram selama 15. tahun sehingga tahun 1985 yg mana tahun tersebut saya tamat belajar di madinah. tuanguru ini berumur 85 tahun, pesantrennya besar yang menumpu kepada tahffiz al quran. seyelah itu kami ke pantai senggigi dan ziarah kubur seorang wa li yg kuburnya atas bukit setentang dgn pantai. jam 10 mlm kami tiba ke lombok praya dan menyewa hotel. hari ini 19.1 kami akan bertolak ke kl jam 12.15 tengahari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah menariknya perjalanan tuan ke Pulau Jawa dan Lombok. Jumpa pula guru-guru agama yang bagus. Pasti banyak ilmu yang ditimba di sana.

      Saya juga pernah ke Senggigi dan menziarahi kubur Wali di Batu Layar yang di atas bukit berhadapan dengan laut itu. Saya dapat lihat macam-macam gelagat manusia di perkuburan wali itu. Ada juga menyalahi agama seperti meminta sesuatu dari kubur itu. Gambar makam itu saya ada masukkan dalam blog ini di bawah tajuk "Lari Ke Lombok (2) : Pelik Di Mataku Tapi Tidak di Mata Mereka." Silalah lihat gelagat mereka dalam entri ini.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.