Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 1 Mei 2013

Percutian Percuma di Surabaya (2): Pantasnya Menggulung Kretek Sampoerna

P agi Jumaat di Surabaya cerah dan indah. Kami diajak oleh Rudy dan Rozi ke Rumah Sampoerna. Rudy dan Rozi adalah 'cucu murid' saya (anak murid kepada anak murid saya) yang berasal dari Surabaya dan Madura. Kami pergi menaiki kereta yang dipandu Rudy. 

Bas yang terdapat di kawasan Rumah Sampoerna

Rumah Sampoerna ialah tempat kita menyaksikan kegigihan sebuah keluarga China di Surabaya yang mengusahakan perusahaan rokok kretek. Pada mulanya saya tidak tahu apa istimewanya Rumah rokok kretek Sampoerna ini sebab saya bukan hisap rokok, saya juga bukan suka kretek, malahan menghidu bau asap rokokpun saya sudah pening. Tapi apabila orang ajak jadi saya ikut sajalah.

Saya sudah kenal rokok kretek Sampoerna ini sejak kecil. Ini disebabkan iklan rokok ini sering ke udara di radio dan tv Malaysia pada masa itu. Rokok kretek ini juga mudah didapati di kedai-kedai di Malaysia.

Rumah Sampoerna yang letaknya di Taman Sampoerna 6, Surabaya

Inilah Rudy dan Rozi 'cucu murid' saya

Apabila saya masuk ke dalam Rumah Sampoerna ini, bukan asap rokok yang saya hidu. Tetapi bau harum cengkih semerbak di ruangan dalam rumah itu. Di ruang hadapan rumah itu saya dapat melihat gerai-gerai yang penuh dengan rempah ratus dan tembakau.

Gerai rempah ratus dan tembakau

Ruangan dalam Rumah Sampoerna yang terdapat alat membuat kretek

Di Rumah Sampoerna itu kami dapat melihat sejarah perusahaan rokok kretek Sampoerna yang telah terkenal di merata dunia. Antara barang-barang yang dipamerkan ialah gerai menjual kretek, basikal yang digunakan untuk menjual kretek, kotak-kotak rokok kretek Sampoerna, kotak-kotak mancis, mesin percetakan serta gambar-gambar keluarga Sampeorna.

Keistimewaan melawat Rumah Sampoerna ini ialah kita dapat melihat sejauhmana seorang kanak-kanak yang dahulunya yatim piatu lagi miskin - hanya dengan menjual kuih di dalam keretapi - kemudiannya menjadi kaya raya kerana mengusahakan rokok kretek. Menurut cerita yang tertulis di Rumah ini kanak-kanak yang berusia 5 tahun ini berhijrah dari Fujian China bersama ibu dan bapanya ke Asia Tenggara pada sekitar 1900an. Ketika sampai di Malaya, ibunya meninggal dunia dan kakaknya diberikan kepada seorang keluarga di Singapura. Kemudian bapanya ke Indonesia bersamanya dan memulakan penghidupan baru yang susah, tetapi tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Dia lalu tinggal bersama keluarga angkat. Ketika berusia 11 tahun beliau sudah mula bekerja.

Pada tahun 1913, beliau memulakan pembuatan kretek dengan tangan di rumah. Masa berlalu. Perusahaan kreteknya berkembang dan akhirnya berjaya menembusi pasaran dunia. Perusahaan ini kini tersenarai di Bursa Saham Indonesia.

Basikal yang digunakan untuk menjual kretek

Peta menunjukkan keluasan pengedaran rokok kretek Sampoerna

Keluarga Sampoerna





Di tingkat atas Rumah Sampoerna itu terdapat tempat jualan cenderamata dan bilik pekerja kilang melakukan kerja. Kebanyakan pekerjanya adalah wanita. Kami kagum melihat cara mereka menggulung tembakau menjadi batang-batang rokok, menyusun batang-batang rokok dan membungkus rokok. Kesemuanya dilakukan dengan menggunakan tangan. Amatlah mengasyikkan melihat mereka bekerja itu. Ini disebabkan gerak-geri mereka persis sebuah robot atau mesin. Mereka melakukan kerja-kerja itu dengan pantas tanpa belengah-lengah. Malahan lebih pantas daripada mesin tanpa melakukan kesilapan. Seorang pekerja dapat menghasilkan sebanyak 350 batang rokok dalam masa sejam. Kadang-kadang kasihanpun ada saya melihat mereka. Ini disebabkan mereka bekerja seperti robot/mesin. Inilah keistimewaan rokok Sampoerna kerana ia mengekalkan ciri-ciri tradisional walaupun dunia semakin canggih.

Dari bahagian atas ini, kami dapat merenung ke bawah iaitu dewan luas untuk pekerja-pekerja kilang melakukan kerja. Kira-kira 500 orang pekerja bekerja pada satu masa. Walaupun begitu, kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Oleh kerana itu saya telah mengambil gambar di bawah ini dari sumber yang saya perolehi dari Pakcik Google.

Pekerja menggulung kretek. Gambar ini diambil http://members.virtualtourist.com/m/p/m/1760bf/



Setelah melawat Rumah Sampoerna, kami ke Masjid Muhammad Cheng Ho 1 kerana ketika itu sudah masuk waktu solat Jumaat iaitu pada pukul 11.30 pagi.  Untuk mengetahui kisah percutian percuma saya di Surabaya ini selanjutnya, nantikan kemunculannya akan datang.

...bersambung


9 ulasan:

  1. Kalau tak silap saya ada satu jenama rokok kretek di Indonesia bernama wismilak yang di ambil dari perkataan 'wish me luck'... kreatif kan..

    Kalau sejam 350 batang, maknanya seminit lebih kurang 5 ke 6 batang... memang macam robot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai mengira rupanya Mie ni :). Mengikut kiraan Mie ini memang patutlah mereka ni robot.

      Wismilak ni selalu saya nampak iklannya di tepi-tepi jalan di Pulau Jawa ni...kreatif :)

      Padam
  2. wow...baru terfikir nak mengira kadar untuk seminit, memang cepatlah...boleh putus urat tangan tu kalau buat kerja laju-laju macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat cepat tangan mereka. Bukan setakat tangan saja yang cekap dengan kepala-kepala sekali bergerak macam robot. Mulalah saya terbayangkan barangkali mereka berjalan pun begitu. Potong bawang di rumah pun begitu. Terbawa-bawa.

      Padam
  3. Wahh..ramainya pekerja..maksudnya beribu2 lah 1 hari mereka kena buat rokok tu..fuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ramai pekerja di kilang ini dan beribu-ribu rokok yang perlu dibuat...tapi semuanya dibuat dengan tangan.

      Padam
  4. Salam Prof.... pekabo yong
    miker x singgah melawat lapindo mud (lumpur Sidoarjo) ke masa di surabaya....

    nie teman share skit tp blog teman kelam je je Prof...
    http://hjfawi.blogspot.com/2013/03/surabaya.html



    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Tuan Hj Fawi,
      Teman baik-baik je. Mike?

      Idak le teman tahu pasei lumpur tu...Lempor teman tau le...

      Kume dah tengok dah blog mike...komen pun udah.

      Padam

  5. Alhamdulillah.... ok gak. Tq Prof. sudi bertandang

    hahha...Lempor.. :) jauh benor tu.... masa teman pi kilang/muzium Semporna tu..PH plak... so kilang x der org ... tgk video klip je la....

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.