Untuk menuju ke situ kami melalui kota-kota utama di Ohio dan Pennsylvania. Perjalanan memakan masa kira-kira 4 jam. Ketika ini musim panas. Tetapi apabila ia hampir ke sempadan Kanada, suhunya menurun.
Shima ambil Master Degree in International Affairs di Ohio University. Suaminya Nik menemaninya semasa belajar. (Nik kata, "Jadi house husband" ..kik..kik..kik..). Mereka sudah ada tiga orang anak, semuanya lelaki. Jadi apabila isterinya ke kuliah, dia jaga anak-anaknya itu dan mengemas rumah. Nik memang pandai menghias rumah.
Marina ke Amerika menemani suaminya Taufik yang mengambil Master Degree in Political Science di Ohio University. Taufik pandai memasak dan mengemas rumah. Macam-macam masakan dia boleh masak. Tetapi apabila Taufik ke kuliah, Marina tak payah masak atau kemas rumah he he he, yang buat kerja-kerja rumah tu ialah Taufik.
Saya mengambil Master Degree in Film di Ohio University. Saya mengenali Mr Hubby ketika belajar di sana dan berkahwin di sana dan kemudiannya mendapat anak. Mr Hubby ambil Bachelor Degree in Engineering. Mr Hubby paling tak suka kalau gambarnya diambil, dia akan tarik muka masam dan merungut. Mr Hubby suka memandu dan memasak.
Jadi setiap perempuan dalam geng ini ada hero masing-masing. Jadi ketiga-tiga hero inilah yang memandu sepanjang kembara main redah kami di Amerika Utara ini. Yang perempuan jaga anak dan jadi co-pilot. Tetapi disebabkan ketiga-tiga hero kami pandai memasak, dia oranglah chefnya manakala yang heroinenya jadi pengkritik makanan he he he...
Peta Kembara Main Redah kami di Amerika Utara |
Geng Kembara Main Redah
Saya dan rakan-rakan di Taman Botani Niagara. Yang tangkap gambar Mr Hubby. Mr Hubby tak suka gambarnya diambil, jadi memang susah nak tengok dia dalam gambar. |
1. Shima, Nik & Sons (macam nama syarikat he he he)
Shima ambil Master Degree in International Affairs di Ohio University. Suaminya Nik menemaninya semasa belajar. (Nik kata, "Jadi house husband" ..kik..kik..kik..). Mereka sudah ada tiga orang anak, semuanya lelaki. Jadi apabila isterinya ke kuliah, dia jaga anak-anaknya itu dan mengemas rumah. Nik memang pandai menghias rumah.
2. Marina & Taufik
Marina ke Amerika menemani suaminya Taufik yang mengambil Master Degree in Political Science di Ohio University. Taufik pandai memasak dan mengemas rumah. Macam-macam masakan dia boleh masak. Tetapi apabila Taufik ke kuliah, Marina tak payah masak atau kemas rumah he he he, yang buat kerja-kerja rumah tu ialah Taufik.
3. Saya, Mr Hubby & Son
Saya mengambil Master Degree in Film di Ohio University. Saya mengenali Mr Hubby ketika belajar di sana dan berkahwin di sana dan kemudiannya mendapat anak. Mr Hubby ambil Bachelor Degree in Engineering. Mr Hubby paling tak suka kalau gambarnya diambil, dia akan tarik muka masam dan merungut. Mr Hubby suka memandu dan memasak.
Jadi setiap perempuan dalam geng ini ada hero masing-masing. Jadi ketiga-tiga hero inilah yang memandu sepanjang kembara main redah kami di Amerika Utara ini. Yang perempuan jaga anak dan jadi co-pilot. Tetapi disebabkan ketiga-tiga hero kami pandai memasak, dia oranglah chefnya manakala yang heroinenya jadi pengkritik makanan he he he...
Saya (berdiri) di hadapan pagar kampus Ohio University, Athens, Ohio pada musim sejuk 1990. Nampak vintage tak gambar saya ini? |
10 Kejutan Yang Ditemui
Istimewanya mengembara cara main redah ini ialah kita tidak perlu tergesa-gesa, boleh rileks-rileks, jalan ikut suka, masuk lorong-lorong yang pelancong selalu tak pergi... Dan sudah tentu kejutan demi kejutan kami temui sepanjang pengembaraan cara main redah ini.
Kejutan #1: Air Terjun Niagara di New York, Amerika Syarikat Yang Tinggi dan Menakjubkan
Ketika kami sampai di Tasik Besar Ontario, yang bersempadan dengan negeri New York hari sudah tengahari dan cuaca amat panas ketika itu. Kami menuju ke Air Terjun Niagara di bahagian Amerika Syarikat.
Inilah kejutan kami yang pertama. Air Terjun Niagara adalah air terjun yang tertinggi di Amerika Utara. Ketinggiaanya amat menakjubkan. Allahu Akbar! Hebatnya ciptaan Allah. Kagum.
Sebelum ini saya pelajari tentang Tasik-tasik Besar Amerika Utara di dalam kelas Geografi di sekolah. Saya teringat cikgu Geografi saya, Mr Wong. Dia beri saya formula cara untuk ingat nama tasik-tasik besar itu — "See How Micheal Eat Orange." Sampai ke hari ini saya ingat ... he he he... — Tasik Superior, Tasik Huron, Tasik Michigan, Tasik Erie dan Tasik Ontario. Tasik-tasik ini memisahkan sempadan di antara Amerika Syarikat dan Kanada. Ia mempunyai fungsi penting sebagai jalan keluar masuk kapal-kapal, sumber elektrik hidro, pelancongan dan ekonomi kedua-dua buah negara itu.
Saya tidak menyangka bahawa saya telah dapat melihat tasik besar yang dahulunya saya hafal untuk menduduki peperiksaan SPM. Tasik ini amatlah besar, bagaikan laut yang terbentang luas.
Kejutan #2: Air Terjun Niagara di Ontario, Kanada yang Lebih Hebat dan Lebih Menakjubkan
Setelah puas melihat dan mengagumi Air Terjun Niagara di New York kamipun menyeberangi Tasik Besar Ontario untuk menuju sempadan Kanada pula.
Passport saya dicop ketika memasuki Kanada kali ke-2, melalui Air Terjun Niagara pada tahun 1992 |
Passport saya dicop ketika memasuki Kanada kali pertama, melalui Air Terjun Niagara pada tahun 1990 |
Kami melalui imigresen dan dibenarkan masuk dengan begitu mudah. Kamipun menuju ke tebing Tasik Besar Ontario di bahagian Kanada pula. Sekali lagi saya terpukau dengan kehebatan Allah SWT. Allahhu Akbar! Subhanallah! Ternyata Air Terjun Niagara yang di sebelah Ontario, Kanada lebih hebat, lebih menakjubkan dan lebih tinggi berbanding dengan yang di New York tadi. Oleh kerana tingginya air terjunnya maka tempias dari air terjun ini membasahi pakaian kami. Oleh itu ramai yang memakai baju hujan dan payung untuk mengelakkan daripada basah.
Saya pasti terpegun dan memuji kebesaran Allah setiap kali saya melihat air terjun Niagara ini. Kali pertama saya melihat Air Terjun Niagara adalah pada musim sejuk 1990 dan kali kedua pada musim panas 1992. Jadi, gambar di bawah ini ada yang pada musim sejuk dan ada yang musim panas.
Tinggi dan tajamnya air terjun Niagara di Kanada. Di musim sejuk, sekiranya suhu terlalu rendah, ia boleh beku. |
Antara air terjun dan jeram yang terdapat di Air Terjun Niagara |
Saya gembira dapat berada di Air Terjun Niagara yang tinggi ini. |
Lagi saya posing di Air Terjun Niagara di Kanada. Di belakang/seberang saya ialah New York, Amerika |
Di seberang sana ialah New York, Amerika Syarikat. Rainbow Bridge menyambungkan Kanada dan Amerika. |
Kami berjalan-jalan di tepi tebing sambil melihat air terjun-air terjun, jeram-jeram, batu-batu dan kapal-kapal. Tebing ini sentiasa ramai orang. Untuk melihat air terjun ini di balik curahan terjunannya, kami memasuki lorong bawah tanah yang letakknya di bawah air terjun. Nama tempat itu ialah Table Rock House. Kami diberi baju hujan untuk dipakai supaya kami tidak basah. Memasuki bawah Air Terjun Niagara adalah satu pengalaman yang amat istimewa.
Saya dan kawan-kawan memasuki terowong menuju ke bawah terjunan Air Terjun Niagara yang bernama Table Rock House. Tapi gambar ini diambil ketika saya datang buat pertama kali pada tahun 1990 |
Di bawah Air Terjun Niagara -Table Rock House Lookout menyediakan tempat paling strategik untuk melihat pemandangan Air Terjun Niagara yang mengagumkan |
Terdapat kapal yang beroperasi di Tasik Besar Ontario dan mendekati Air Terjun Niagara. Kapal yang terkenal itu bernama "Maid of the Mist."
Sekiranya hendak menaiki kapal di Tasik Besar Ontario itu, kita perlu membayar tiketnya dan pada pandangan kami ketika itu, yang mengembara secara ciput, ia agak mahal. Kami hanya melihat sahaja kapal itu belayar. Bagi kami berada di Air Terjun Niagara itu sahaja sudah seribu rahmat.
Tetapi mulai tahun 2014, Maid of the Mist tidak lagi beroperasi dari Kanada tetapi hanya beroperasi di bahagian New York, Amerika Syarikat.
Orang sentiasa ramai di Air Terjun Niagara |
Kejutan #3: Anak Sulong Saya Memulakan Langkah Pertama dan Berjalan
Taman Niagara |
Kami kemudiannya berjalan-jalan di taman Niagara. Anak sulong saya ketika itu berusia 11 bulan. Dia belum boleh berjalan lagi. Tak sabar saya menunggu dia berjalan. Tetapi satu kejutan telah berlaku di Niagara...
Satu sejarah dalam hidup saya yang tidak saya lupakan ialah ketika berada di taman Niagara itu, anak sulong saya tiba-tiba berjalan. Yang mula-mula perasan ialah Taufik. Lalu Taufik menjerit-jerit kegembiraan. Kawan-kawan saya yang lain pun menjerit kegembiraan apabila melihat anak saya berjalan. Sambil itu mereka mengira langkah-langkahnya. Saya meraba-raba kamera analog saya dan menangkap saat bersejarah itu. Tapi gambar itu tidaklah berapa cantik sangat, sebab tetiba je...tak sempat nak fokus dan set aperture...
Itulah langkahnya yang pertama. Itu adalah saat yang mengembirakan saya, suami dan kawan-kawan saya.
Tatih...tatih..tatih...1,2, 3...tatih... |
"Say No To Disposable Diaper" (Katakan Tidak pada Lampin Pakai-Buang)
Walaupun mengembara, saya tidak mengenakan lampin pakai-buang untuk anak saya tetapi memakaikan lampin kain. Balik kepada cara tradisional. Saya menyalin lampinnya setiap sejam sekali dan berhenti di hentian rehat. Ini lebih baik daripada memakai lampin pakai-buang seperti Pampers atau Huggies.
Lampin kain sesuai untuk kulit bayi dan tidak mudah terkena ruam dan melecet. Tambahan pula lampin kain lebih baik untuk pemeliharaan alam sekitar. Manakala lampin pakai-buang tidak lupus kerana ia dibuat daripada plastik.
Ketika itu di Amerika Syarikat, kempen lampin kain rancak diadakan oleh pelbagai persatuan demi menjaga alam sekitar. Antara perkhidmatan yang diadakan untuk menggalakkan ibubapa menggunakan lampin kain untuk bayi mereka ialah dengan menyediakan khidmat membasuh lampin kain secara percuma bagi mereka yang menyertai kempen itu dan pihak sukarelawan mengambil dan menghantar ke rumah-rumah peserta dengan percuma. Best, kan? Ok..cukup dah untuk kempen, "Say No to Disposable Diaper."
Cenderamata
Kami kemudiannya pergi ke kedai cenderamata dan membeli satu dua souvenir yang saya simpan sehingga hari ini. Saya dan Mr Hubby suka beli mug, lukisan dan poskad tempat kami redah itu.
Shima & Nik suka kumpul camca yang bertulis nama tempat yang kami redah itu. Kalau sudah banyak mereka letakkan dalam bingkai kaca.
Marina & Taufik pula suka kumpul...alamak lupa pulak mereka suka kumpul apa....rasanya mereka tidak begitu spesifik...ikut yang berkenan di hati saja.
Shima & Nik suka kumpul camca yang bertulis nama tempat yang kami redah itu. Kalau sudah banyak mereka letakkan dalam bingkai kaca.
Marina & Taufik pula suka kumpul...alamak lupa pulak mereka suka kumpul apa....rasanya mereka tidak begitu spesifik...ikut yang berkenan di hati saja.
Mug yang saya beli di Niagara Falls Kanada sebagai kenang-kenangan. Sehingga hari ini ia masih saya guna. |
Cuaca di Ontario
Sebenarnya cuaca di Ontario, Kanada amatlah sejuk walaupun pada musim panas. Ini disebabkan ia terletak berdekatan dengan kutub utara. Purata suhu musim sejuk ialah -15°C dan boleh menjunam di bawah -40°C. Ketika musim sejuk dan suhu rendah, Tasik Ontario boleh menjadi beku dan salji melekat pada dahan-dahan pokok membentuk seperti stalaktit/stalagmit kristal dan menghasilkan pemandangan yang cantik.
Sila klik di sini sekiranya ingin melihat gambar Tasik Ontario dan Air Terjun Niagara beku.
Ontario juga kadang-kadang mengalami frost quake (gempa fros). Apabila cuaca terlampau sejuk, ia mengakibatkan air di bawah tanah menjadi beku. Apabila ais di bawah tanah mengembang ia membuatkan batu dan tanah merekah dan mengakbiatkan gegaran.
Ontario ketika musim sejuk. Ini poskad yang saya beli di Ontario. |
Ontario semasa musim panas |
Kejutan # 4: Menginap di Motel dengan Diskaun 70%
Setelah hari malam dan sejuk kamipun mencari motel untuk merehatkan diri. Untuk jimat kami cari motel yang murah-murah je, cari pula tengah-tengah malam. Kami tawar serendah-rendahnya. Kalau tuan punya motel tak mahu harga yang kami tawarkan, kami pura-pura merajuk dan nak belah. Jadi tuan punya motelpun rasa rugi kalau kami tak tidur di situ, dia pun setuju, dapatlah kami harga diskaun sehingga 70 peratus...Tuan punya motelpun jenis yang tak kisah sangat, berapa orangpun boleh sumbat dalam satu bilik, best, kan?
Kejutan #5: Casaloma, Castle Lama Yang Diselubungi Misteri
Kejutan yang seterusnya ialah kami menemui sebuah castle lama yang amat besar dan cantik di Toronto. Ia bersenibina Gothic Revival. Nama castle itu ialah Casaloma. Casaloma adalah castle yang dimiliki oleh seorang ahli kewangan/perniagaan. Tetapi kemudiannya bangkrup dan hartanya dilelong. Ia kini menjadi hakmilik kota Toronto dan dijadikan tempat lawatan. Di sekeliling castle ini dihiasi dengan taman dan di belakangnya terdapat kandang kuda. Kami tidak masuk ke dalam castle itu, cuma melihat bahagian luar sahaja.
Halaman depan Casaloma |
Castle lama yang besar gedang ni biasanya berhantu, kan? |
Kejutan #6: Menemui Kebun Buah Peach dan Pear di Toronto
Oleh kerana kami mengembara cara main redah je, banyaklah kejutan
kami jumpa di tempat itu. Antaranya kami jumpa kebun buah peach dan
kebun buah pear. Oleh kerana kami ni tak pernah tengok pokok buah-buahan
orang putih ini, kamipun tersangatlah perak bin jakun. Pegang sana
pegang sini, posing sana posing sini....
Kamipun petik buah-buahan itu dan makan kenyang-kenyang sehingga kembung dan sengkak perut.
Petik buah peach dan pear di pokok |
Kejutan #7: Melihat Bangunan Tertinggi Di Dunia/Kanada - CN Tower, Toronto
Poskad Toronto yang saya beli di Toronto, Kanada |
Kami kemudian meredah masuk ke kotaraya Toronto yang sibuk. Bangunannya tinggi-tinggi. Yang paling tinggi ialah CN Tower yang jelas kelihatan dari jauh ketika kami memandu.
CN Tower adalah bangunan paling tinggi di dunia pada ketika itu. Ia mempunyai ketinggian 553 m dan telah siap dibina pada tahun 1976. Ia terletak di kotaraya Toronto yang sibuk.
Sekiranya menaiki menara itu kita boleh melihat pemandangan kotaraya Toronto dan juga Air Terjun Niagara. Tapi macam biasa, kami tak naik ke menara ini sebab bayarannya mestilah mahal, kan. Jadi, cuma lihat dari bawah sahaja.
Kejutan # 8: Menemui Thousand Islands, Seribu Pulau Indah di Tasik Besar Ontario
Kami berehat di pinggir Tasik Besar Ontario di Thousand Islands |
Hari berikutnya kami menemui satu lagi kejutan iaitu Thousand Islands. Thousand Islands adalah pulau-pulau yang terdapat di Tasik Besar Ontario. Di Tasik Besar ini kita boleh menaiki kapal menyusuri Tasik Ontario dan melihat vila-vila dan mahligai di pinggir tasik. Tapi kami ni pengembara ciput, jadi kami taklah naik kapal itu, dapat sampai ke situpun dah seribu rahmat.
Poskad Thousand Islands yang saya beli di Thousand Islands. Gambar dalam poskad ini adalah bangunan yang terdapat di salah sebuah pulau di Thousand Islands. |
Kejutan # 9: Merayau-rayau di Pasar Tani dan Pekan di Kingston
Kemudian kami ke Kingston.
Kejutan lain ialah kami terjumpa pasar tani dan berlegar-legar melihat orang membeli dan menjual di pasar itu. Nik yang kaki hiasan dalaman pasti cari barang-barang lama dan lukisan terpakai yang cantik. Kalau ada dia rembat. Tapi nampaknya kami tak jumpa, cuma yang ada bunga-bunga segar, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kejutan lain ialah kami terjumpa pasar tani dan berlegar-legar melihat orang membeli dan menjual di pasar itu. Nik yang kaki hiasan dalaman pasti cari barang-barang lama dan lukisan terpakai yang cantik. Kalau ada dia rembat. Tapi nampaknya kami tak jumpa, cuma yang ada bunga-bunga segar, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Yang seronoknya pergi ke tempat begini kita tidak rasa seperti pelancong — "not touristy"
Kingston, Ontario |
Kejutan # 10 : Terusan Rideau dan Kota Ikonik Ottawa
Masih di Ontario.
Di hari yang entah ke berapa, kami sampai di kotaraya Ottawa pula. Ottawa ialah ibu negeri Kanada.
Di hari yang entah ke berapa, kami sampai di kotaraya Ottawa pula. Ottawa ialah ibu negeri Kanada.
Bangunan Parliment di Parliment Hill |
Yang menariknya di sini kami dapat melihat bangunan Parlimen dan pentadbiran. Amat unik dan memukau padangan kami.
Cuaca pada ketika itu sejuk walaupun musim panas. Suasana sentiasa kelihatan redup, awannya kelabu dan sentiasa muram. Jadi gambar-gambar yang kami ambil di Otttawa ini kelihatan gelap, redup dan dingin.
Pemandangan Terusan Rideau dan Bangunan Parlimen di Ottawa |
Kami juga dapat meredah terusan Rideau Canal. Panjangnya terusan ini ialah 202 km. Ia melalui Sungai Ottawa dan mempunyai 45 kunci. Terusan ini dibuka dan ditutup pada waktu-waktu tertentu untuk membenarkan kapal-kapal masuk. Ia dibina bertingkat-tingkat dan paras airnya juga dikawal. Air terusan ini mengalir ke Sungai St Lawrence di Kingston dan Tasik Ontario. Saya tahu faktanya tentang terusan ini ketika belajar Georgafi semasa di sekolah menengah dahulu.
Saya dan anak di Rideau Canal, Ottawa |
Gembiranya saya apabila saya dapat berada di terusan itu yang dahulunya hanya saya bayangkan di minda sahaja demi menduduki peperiksaan SPM.
Pada mulanya terusan ini digunakan untuk pertahanan daripada serangan Amerika. Terusan bersejarah ini telah digunakan sejak 1832. Pada ketika kami main redah itu ia belum lagi diiktirafkan oleh UNESCO sebagai Warisan Dunia. Tetapi ia mula diiktirafkan pada 2007.
Parliament Hill dari Sungai Ottawa |
Pada musim sejuk terusan ini menjadi beku dan digunakan sebagai tempat meluncur ais.
Saya rasa cukup buat seketika cerita Mengembara Cara Main Redah di Amerika Utara. Kalau ada kelapangan dan permintaan daripada pembaca, saya akan sambung lagi. InsyaAllah.