"Jom kita travel. Kali ini kita main redah je. Tempat tidurpun main dan je."
Wah..bunyi macam kerja gila ni, kan? Semua main redah je. Semua main dan je. Bajet pun ciput. Beraninya.
Anda pernah tak buat kerja gila macam ni? Pernah? Di mana? Cer cerita....
Sebenarnya saya pernah buat kerja gila ni. He.. he..he... Kenapa? Tak percaya ek?
Saya pernah buat kerja gila ini di Amerika dan Kanada. Saya guna jalan darat. Jarak perjalanannya amat jauh iaitu 2,798.2km dan memakan masa 3 minggu.
Di sini saya ingin ceritakan cara saya mengembara main redah, memandu dan berbajet ciput di Kanada dan Amerika Syarikat. Cerita kembara saya ini sudah lama —1992—tapi saya rasa ia masih relevan sehingga ke hari ini, sesuai untuk sesiapa yang nak cuba-cuba buat kerja gila macam saya ini. Lagipun ramai pembaca blog saya ini minta saya ceritakan kisah kembara saya zaman dulu-dulu.
Untuk memandu di jalanraya Amerika Syarikat dan Kanada, perlu ada lesen memandu yang diambil ujiannnya di Amerika Syarikat. Jadi 3 orang daripada kami memiliki lesen memandu itu. Memandu di Amerika Syarikat dan Kanada berbeza dengan di Malaysia kerana kami perlu memandu dari kanan jalan.
Sistem jalanraya di Amerika Syarikat amatlah bagus dan teratur, amatlah mudah memandu di sana. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, kita perlu melihat nombor jalan. Bukannya melihat nama tempat seperti yang kita sering buat di Malaysia. Misalnya Highway 80 North kalau menuju ke utara manakala Highway 80 South untuk ke selatan. Sistem jalanraya dan papan tanda di Amerika Syarikat amat mudah difahami dan tersusun. Peta pula jelas, mudah difahami dan amat dipercayai. Biasanya kita tidak akan sesat atau keliru menuju destinasi walaupun tempat itu letaknya di celah-celah kota yang bersimpang-siur.
Mengembara Cara Main Redah di Amerika Syarikat dan Kanada
Saya pernah buat kerja gila ini di Amerika dan Kanada. Saya guna jalan darat. Jarak perjalanannya amat jauh iaitu 2,798.2km dan memakan masa 3 minggu.
Di sini saya ingin ceritakan cara saya mengembara main redah, memandu dan berbajet ciput di Kanada dan Amerika Syarikat. Cerita kembara saya ini sudah lama —1992—tapi saya rasa ia masih relevan sehingga ke hari ini, sesuai untuk sesiapa yang nak cuba-cuba buat kerja gila macam saya ini. Lagipun ramai pembaca blog saya ini minta saya ceritakan kisah kembara saya zaman dulu-dulu.
Perjalanan kembara saya di Amerika dan Kanada. Nota: Bilangan hari bermalam adalah anggaran sahaja, sebab saya dah lupa berapa hari saya bermalam di sesuatu tempat. |
Rangka Perjalanan Darat
Saya bukan redah seorang diri, tapi dengan Mr Hubby, anak dan kawan-kawan.
Plate kereta Ohio |
Kami mulakan perjalanan dari Barat Tengah (Midwest) Amerika — iaitu dari Ohio. (Sila rujuk peta perjalanan saya di atas). Selepas itu ke bahagian utara Amerika — melalui Pennsylvania dan New York. Kemudian
merentas sempadan Amerika-Kanada — melalui Niagara Falls di Tasik Besar Ontario. Selepas itu ke Ontario di Kanada — melalui kota Toronto, Kingston, Thousand Islands dan Ottawa. Selepas itu ke Quebec di Kanada — melalui Montreal dan Quebec City. Kemudian masuk kembali ke Amerika. Turun
balik ikut timurlaut Amerika — melalui Maine, New Hampshire, Massachusetts, Rhode Island, Connecticut, New York, New Jersey, Maryland, Washington D.C, Virginia, West Virginia dan balik semula ke Barat Tengah Amerika — Ohio.
Fridge magnet Air Terjun Niagara, Ontario, Kanada |
Lukisan sketch Chateau de Frontenac dan Sungai St Lawrence ini saya beli di Quebec City, Kanada |
Perancangan Yang Minimum
Yang saya maksudkan main redah itu disebabkan perancangannya amat minimum — tanpa mengetahui tempat yang hendak dilawati dan
tanpa mengetahui tempat menginap. Sampai ke destinasi, barulah kami
cari maklumat. Misalnya, sesampai sahaja
di Ontario, kami terus mencari Pusat Informasi yang terdapat di kota utamanya. Di sini kami tanyakan pegawai di situ,
dapatkan risalah dan peta dari mereka. Dari maklumat inilah kami memilih
tempat yang kami suka. Selepas itu kami pun melawat ke tempat tu.
Mendapatkan maklumat tempat-tempat menarik di Pusat Infromasi Pelawat |
Sewa Kenderaan
Untuk
perjalanan 2,798.2km, selama 3 minggu itu, kami menyewa dua buah kenderaan — 1 van dan 1 kereta. Ia lebih baik kerana
ada jaminan daripada ejen sewaan. Misalnya kalau kereta rosak,
mereka perbaiki dengan segera atau gantikan dengan kereta lain. Ini disebabkan ejennya banyak terdapat di merata
tempat. Antara ejen sewa kereta yang tersohor dan dipercayai di Amerika
dan Kanada ialah AAA dan AVIS.
Lesen Memandu Amerika
Untuk memandu di jalanraya Amerika Syarikat dan Kanada, perlu ada lesen memandu yang diambil ujiannnya di Amerika Syarikat. Jadi 3 orang daripada kami memiliki lesen memandu itu. Memandu di Amerika Syarikat dan Kanada berbeza dengan di Malaysia kerana kami perlu memandu dari kanan jalan.
Papan tanda jalan dan kawasan berhenti rehat di lebuhraya Amerika |
Memandu Di Jalanraya Amerika & Kanada
Sistem jalanraya di Amerika Syarikat amatlah bagus dan teratur, amatlah mudah memandu di sana. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, kita perlu melihat nombor jalan. Bukannya melihat nama tempat seperti yang kita sering buat di Malaysia. Misalnya Highway 80 North kalau menuju ke utara manakala Highway 80 South untuk ke selatan. Sistem jalanraya dan papan tanda di Amerika Syarikat amat mudah difahami dan tersusun. Peta pula jelas, mudah difahami dan amat dipercayai. Biasanya kita tidak akan sesat atau keliru menuju destinasi walaupun tempat itu letaknya di celah-celah kota yang bersimpang-siur.
Hentian Rehat
Rest Stop atau hentian rehat banyak terdapat di sepanjang lebuhraya. Apabila penat kami berhenti rehat. Tandas yang dipanggil rest room amat bersih, kering dan wangi. Di dalam rest room ini disediakan bilik mandi, bilik salin lampin bayi, bilik menyusu bayi, bilik berehat dengan kerusi sofa yang empuk, meja makan, bangku, tempat babeku, mesin pengeluaran wang, kedai makan dan minuman dan macam-macam lagi kemudahan. Di kebanyakan tandasnya menyediakan vending machine yang mempunyai shampoo, sabun, losyen, tisu, tampon, pisau cukur dan cologne.
Di hentian rehat ini kami makan nasi dan lauk yang dimasak di rumah atau di motel dengan memanaskannya menggunakan rice cooker. Bekalan elektrik dan plug disediakan di hentian rehat itu. Untuk perjalanan ini kami menyediakan makanan halal dengan mengisinya di dalam peti sejuk mudah alih, yang kami buat sendiri. Iaitu thermos jenama Coleman yang besar, yang diisi kiub ais untuk mengelakkan makanan rosak dan basi. Jadi kami selalulah membeli kuib ais menggantikannya apabila ia cair. Untuk lebih memudahkan kami, kami membawa pinggan mangkuk pakai-buang.
McDonald
McDonald ada di mana-mana di Amerika dan Kanada |
Apabila cuaca sejuk, mudahnya perut kami didera kelaparan. Nasi yang dibekalkan sudah kehabisan. Kerana sukarnya mencari makanan halal di sana ketika itu, kami memaksakan diri ke McDonald. McDonald terdapat di setiap penjuru di Amerika. Kerana itu saya memanggil Amerika, "The Country of McDonald".
Di McDonald hanya apple pie, fillet-o-fish dan french fries sahaja yang dapat mendarat di dalam perut kami.
Mencari Motel
Motel yang terdapat di tepi-tepi jalan di Kanada |
Oleh kerana kami ini pengembara ciput, apabila malam barulah kami mencari tempat menginap iaitu di motel. Selalunya kami mencarinya selepas jam 10 malam - 12 tengah malam. Ini disebabkan harganya lebih murah — harganya turun sehingga separuh harga.
Untuk mengetahui motel yang ada bilik kosong, kami memandu perlahan-lahan sambil memerhatikan papan tanda bertulis "Vacancy". Sekiranya ada "Vacancy", kami memasuki pejabatnya, tanya harga sewaannya untuk semalam dan menawar harganya. Kemudian cari beberapa motel lagi dan buat perbandingan harga. Selepas itu barulah kami buat keputusan untuk pilih motel yang sesuai dengan bajet kami yang ciput.
Sewaan di motel lebih murah berbanding dengan sewaan inn atau hotel. Cas yang dikenakan untuk semalam beranggaran AS$35.00 (kena darab 3 untuk dapatkan nilai setara dengan ringgit). Biliknya selesa dengan kemudahan asas seperti tv, air panas, katil, selimut dan bilik air.
Campground
Selain itu, apabila kami melalui bandar-bandar tertentu di Amerika Syarikat seperti di Boston, kami singgah di KOA Campground. Campground adalah tempat untuk menginap di khemah dan kabin kayu dengan sewa yang murah. Untuk menginap di khemah anggaran sewanya sekarang ini ialah AS$47 sehari dan kabin AS$65 sehari.
Di dalam kabin, disediakan bunk bed (katil dua tingkat) dan sebuah katil. Almari tidak disediakan. Boleh muat empat orang. Kemudahannya amat minimum, sesuai untuk kami yang berbajet ciput. Selimut dan sleeping bag dibawa sendiri. Bilik mandi disediakan di luar kabin yang dikongsikan dengan penginap yang lain. Kita boleh memasak di luar kabin kerana di situ disediakan Charcoal BBQ.
Kawasan campground terletak di luar daripada bandar, sunyi dan privasi. Biasanya ia di kelilingi oleh pokok-pokok dan belukar.
Kabin kayu yang kami inapi di KOA Campground, Boston, Amerika Syarikat |
Memasak di Motel
Pada awal pagi sebelum keluar motel, kami memasak dahulu nasi dan lauk untuk makan tengahari nanti. Memasak sendiri adalah menjimatkan dan pasti kehalalannya. Untuk memasak di dalam bilik motel bukannya mudah kerana dilarang. Tambahan pula terdapatnya smoke detector di siling bilik. Smoke detector ini pasti berbunyi sekiranya ada asap. Kalau memasak pasti ada asap. Jadi untuk mengelakkan smoke detector ini berbunyi, kami tutup smoke detector itu dengan plastik ketika memasak.
Saya (paling kiri-berbaju hijau-kuning, berseluar hitam) dan kawan-kawan saya di Fairmont Chateau Laurier Hotel, Ottawa, Kanada |
Mengapa Mengembara Cara Main Redah?
Sebabnya:
1) Masa itu saya student di universiti di Amerika Syarikat. Masa itu muda lagi, masih bersemangat. Apabila Quater Break (cuti pengajian — musim panas) yang panjang, sangat bosan, tak tahu nak buat apa, jadi lebih baik terjah tempat yang belum pernah pergi. Saya berpendapat, bila sudah habis belajar dan pulang ke Malaysia, adalah payah untuk ke sana lagi. Belanjapun tentu lebih mahal. Jadi, rebutlah peluang ini sementara masih berada di sana,2) Amerika Syarikat dan Kanada adalah negara yang maju dan selamat. Sistem jalan rayanya teratur. Walaupun mengembara dengan cara redah begitu sahaja kita tidak akan sesat. Isn't it cool?3) Masa itu teknologi belum canggih lagi. Belum ada Internet. Dulu susah nak cari maklumat — hari ini maklumat di hujung jari je. Ha...ha...see... betapa otainya saya! Jadi cara kembara main redah adalah cara terbaik pada masa itu. Hanya dengan main redah, barulah kita tahu dan kenal sesuatu tempat itu. Dan kita puas dapat meneroka tempat baru itu kerana ia tidak dipengaruhi oleh sumber lain selain pilihan kita sendiri. Cara lama dan otai saya ini bolehlah dijadikan inspirasi kepada anda yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia kembara.
Kampus Ohio University di Athens, Ohio ketika musim luruh 1990 |
Apa Perasaan Mengembara Cara Main Redah?
Kalau anda tanya saya, "Apa perasaan mengembara cara main rendah ni?" Tentu saya jawab, "Awesome! Great experience!
Kalau anda tanya saya, "Patut ke rekemen kembara cara main redah ni kepada orang lain?" Saya jawab, "Patut! Sebab ia mengajar tentang erti survival, erti mandiri dan tabah! So, Let's hit the road!" (Sambil mengangkat beg galas).
"Let's hit the road!" kata anak saya |
adiza saidi (ahmad saidi daud)
BalasPadamkali pertama saya redah keluar negara berseorangan,1975- singapura, 1976 - indonesia ,1978 - thailand,kemboja,vietnam,hong kong,macau,filipina,papua new guine dan berakhir di australia
1980 - burma, bangladesh, india pakistan,afganistan dan iraq.1982 -1984 - negara timur tengah
,afrika selatan ,mesir dan plastine...... 2000 ,< india, pakistan,china,korea, thailand,eropah .....
insya allah selepas ini saya akan rujuk ke blok prof sebelum redah.
Adiza Saidi,
PadamMemang tuan berpengalaman penuh dalam bab mengembara cara redah ni. Tabik spring kat tuan :) Saya kena banyak belajar dengan tuan, tambahan pula tempat-tempat yang tuan pergi tu banyak yang saya belum sampai lagi seperti Papua New Guinea, Bangladesh, Afghanistan, Iraq, Palestine, etc....hmm bilalah saya nak sampai ke tempat tu? Apakah pendapat tuan tentang cara redah ni? Adakah ia banyak membantu?
saya pertama kali backpacking tu main redah.. tapi sayangnya byk benda yang miss out... main redah nie bagus kalau kita ada banyak masa... tapi kadang-kadang roomate kat dorm byk membantu if kalau nak main redah-redah nih... experience better dr carik dr internet kan... nice post!
BalasPadamAbang Fadli,
PadamBiasalah tu bila main redah, mesti ada yang miss out. Tapi tak apa, kan? Yang penting kita dah redah tempat itu dengan cara sendiri, cari sendiri, tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur komersial yang diwar-war oleh ejen pelancongan. Ini lebih menyeronokkan, lebih puas, kan. :)
Ya, kawan amat membantu dalam main redah-redah ini, sebab dia boleh tolong percepatkan dan permudahkan proses mencari-cari.
Mmg saya slalu berangan roadtrip pusing amerika..tp tngk harga visa pon dh naik migrain...blm tngk tambang lg..hihihi... tp mmg kena ambik lesen lain ya di sana kalu nk drive? X da plak kwn2 cerita pasal tu... org kata canada susah nk masok, betol ker? I think x susah nk redah US coz semua signage dn org2nya conmunicate in english...
BalasPadamMemang harga visa ke USA mahal, tetapi ia valid sangat lama, sampai setahun dua. Kalau tinggal lama di USA kena ambil lesen memandu di sana. Lesennya senang lulus. Tapi untuk orang yang datang sekejap saja, dia orang guna international driver's license. Tak susah masuk Canda, sebab ia Commonwealth Country, senang untuk orang Malaysia masuk. Saya dah 3 kali keluar masuk Canda, tak ada masalah langsung. Untuk masuk USA, itu yang agak susah. Betul, di USA tak susah nak redah pasal semua guna English, tapi di Quebec, Canada, guna bahasa Peranchis.
PadamWah..info menarik..mesti anak2 dah besar. Cuba cerita perkembangan anak-anak comel prof sekarang ?
BalasPadamAnak-anak saya dah besar sekarang. Yang dalam gambar di atas, naik basikal tu, dah 20an sekarang. Sekarang dia jadi artis, selalu buat persembahan atas pentas, tv dengan Radhi OAG, Zizan Raja Lawak, Altimet, etc. Kalau cari dlm you tube pasti jumpa - Shazet Beatbox- tu anak saya.
PadamSalam, susah untuk kekal anonymous sebagai blogger ya..:) Saya baru nak mula blog travel... lagi berfaedah dari menyampaikan keluh kesah harian yg tak kan habis.. mohon link blog prof dalam blog saya, boleh?
BalasPadamThe Scabbler,
PadamSalam kembali. Jadi blogger ni, kena hati-hati, kalau boleh nak terus anonymous tetapi orang selalu tanya mengapa saya kaburkan gambar muka saya.
Ya, saya dah tengok blog baru The Scabbler. Semoga terus menulis tentang kembara dan hijrah. Silakan link blog saya dalam blog The Scabbler.
Teruja melihat Ottawa pada tahun 90-an. Masa tu saya masih di sekolah menangah. Sekarang saya sudah masuk 9 bulan menjadi tetamu di Ottawa. Insya Allah, saya merancang untuk buat road-trip sama seperti Prof kelak. Setakat ini cuma Ottawa-Ogdensburg-Syracuse-Buffalo-Niagara dan masuk ke Hamilton-Toronto ke Ottawa semula.
BalasPadamDeddy,
PadamTak sangka Deddy teruja tengok Ottawa tahun 1990-an, dah masuk zaman klasik dah ni he he he...Tentu banyak perubahan dahulu dan sekarang, cuma saya percaya tempat-tempat yang saya redah itu masih berdiri kukuh malahan bertambah cantik sekarang ini. Nanti Deddy updatelah saya tentang pembaharuan dan perubahan di sana :) Di entri berikutnya pun ada gambar Ottawa...mungkin nampak retro pada pandangan orang muda sekarang :)
Bangunan Parlimen, hotel Fairmont Chateau Laurier dan Rideau Canal masih kekal sama seperti dulu. Cuma kalau ada perubahan ketara pun saya nampak, mungkin model kereta dan pengangkutan awam yang kini lebih cekap. Prof boleh tengok gambar-gambar Ottawa terkini menerusi facebook saya www.facebook.com/deddy.faisal
Padamp/s: hari ni temperature drop -25 dan mungkin akan turun lagi. rasa tak sabar nak tunggu summer, bukan apa, dah gian sangat nak main golf di Gatineau.
Saya boleh bayangkan kemajuan pesat dari segi pengangkutan di sana. Saya dah tengok gambar-gambar Ottawa yang Deddy tangkap dalam facebook. Sangat menarik. Terasa ingin kembali ke sana.
PadamWow! Sejuknya sampai -25, aduh berapa lapis pakaian yang dipakai agaknya? Saya pernah mengalami cuaca sejuk macam ini semasa di Haerbin, China iaitu -30 C.
Salam. Nice post Puan. Sy bercadng untuk tinggal di Kanada tapi hendak pergi melawat/melancong dulu. Benarkah we as Malaysiantak perlu visa untuk melancong ke Kanada?
BalasPadamSalam Buck Syah. Terima kasih kerana membaca entri ini :) Kanada adalah negara yang cantik dan unik. Kalau melawat dan melancong amat sesuai. Sebelum buat keputusan untuk tinggal di sana lebih baik recce dulu. Untuk ke Kanada, kita orang Malaysia kena dapatkan visa dulu.
Padam