Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Sabtu, 1 Februari 2014

Malaysia Social Media Week 2014: Undilah Blog Ini Untuk Best Travel Blog

 
M alaysia Social Media Week 2014 (MSMW) akan berlangsung. Engage. Educate. Entertain. Itulah temanya. Banyak acara diatur untuk menjayakan MSMW2014 ini. Antaranya: seminar, forum, bengkel dan pertandingan blog pelbagai kategori.

http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=15

24-28 Februari 2014 adalah tarikh yang anda harus tandakan dalam kalender anda. Acara ini bertempat di The Royale Chulan Kuala Lumpur. Jadi hadiri MSMW2014 dengan mendaftar di sini.

http://www.socialmediaweek.com.my/programmes/awards/category.php?id=15



Best Travel Blog Award


Berita gembira!
:)


Blog saya ini dicalonkan untuk kategori Best Travel Blog dalam MSMW2014 ini. Tetapi persaingan nampaknya amat sengit. Bolehkah blog saya ini menang?

Blog ini boleh menang sekiranya anda mengundi saya. Ini disebabkan juri awam (iaitu anda) memainkan peranan penting — 80% dinilai oleh anda. Selebihnya dinilai oleh juri profesional yang telah ditetapkan oleh MSMW2014.

Jadi sekiranya anda rasa yang blog saya ini patut menang, maka tolonglah undi saya.
Tanpa undian anda, apalah makna blog ini, kan?

Undian bermula pada 1 Februari 2014 dan berakhir pada 10 Februari 2014


Untuk mengundi anda perlulah KLIK DI SINI dan ikuti arahannya.


Kenapa Anda Perlu Pilih Blog Saya Sebagai Best Travel Blog?

 

 Sebabnya:


1. Blog saya ini memenuhi semua syarat-syarat yang dikehendaki oleh MSMW2014 iaitu blog ini mestilah aktif. Jadi blog saya aktif, kan?

Blog saya ini sentiasa dikemaskini sekurang-kurangnya sekali seminggu dan ia konsisten sejak ditubuhkan dua tahun lalu, tak berehat dalam jangka masa lama, kan? Lihat sahaja pada bulan Januari 2014, 7 entri telah diposkan. Ini bermakna 2 entri dalam seminggu :)

2. Blog ini memenuhi tema MSMW2014 iaitu Engage. Educate. Entertain. Tak gitu ke?

a) Engage:

Blog ini membuatkan pembaca terlibat sama dan mahu mengikuti cerita kembara seterusnya. Ini terbukti melalui penyertaan pembaca, respons di ruangan komen, peningkatan statistik pembacaan, peningkatan "Like" dalam facebook saya, undangan menulis tentang kembara dalam media, utus-mengutus emel kepada saya, peningkatan pembaca yang bertemu saya sama ada di alam siber atau di alam nyata, pemberian hadiah, gambar-gambar dan sumbangan artikel kembara dari pembaca blog ini.


b) Educate:

Blog saya ini ada banyak elemen pendidikan dan penyebaran ilmu. Setiap entri saya seringkali menyelitkan ilmu, maklumat, sudut pandangan dan pemikiran. Antara pendidikan/ilmu yang boleh diperolehi melaluinya termasuklah geografi, iklim, budaya, adat, agama, iktibar, tradisi, pemakanan, senibina, kemajuan, teknologi, pengangkutan, taraf kehidupan, kesenian, alam sekitar, sejarah, komunikasi, kemanusiaan, ekonomi, politik, sosial, perjuangan... malahan macam-macam, kan?

c) Entertain:

Blog ini juga menghiburkan: bahasanya santai, humor diselitkan sekiranya perlu dan gambarfoto yang diletakkan adalah cantik dari sudut seni fotografi. Kisah pengembaraan blog ini juga menggambarkan apresiasi, kekaguman, keinsafan, keberanian, ketabahan dan keterujaan.

3. Rekabentuk dan susunatur blog ini menarik, tak? Kandungannya sesuai, tak? Tentu jawapannya YA, kan?
Jadi, apa ditunggu lagi. Cepat! Pilihlah blog saya, ya. [-O<
Undilah saya sekarang — KLIK DI SINI.


16 ulasan:

  1. Balasan
    1. Muhammad Khairuddin Lim,
      Terima kasih diatas sokongan dan doa :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Aamiin. Terima kasih Ren kerana mendoakan saya

      Padam
  3. Good luck yer....block ni memang layak menang...banyak cerita pengembaraan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faizal Fredley,
      Terima kasih dengan sokongan itu. Tetapi blog Faizal lebih hebat, dah pernah jadi juara, peminat pun beribu-ribu :)

      Padam
  4. Terpaksa mendaftar juga sebab nak undi blog ini... beres...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih banyak-banyak Mie kerana berusaha gigih mengundi blog ini :))

      Padam
  5. Good Luck!

    Saya silent reader selama ini..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jea,
      Terima kasih kerana mendoakan saya.

      Selalu-selalulah bersuara di sini, Jea :)

      Padam
  6. Gigih daftar utk undi blog ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Maz tak gigih daftar, siapalah yang sudi undi blog ni, kan. Terima kasih banyak-banyak Maz :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...