S
udah sebulan setengah saya berada di Beijing. Terasa sunyi melanda diri. Rindu pula pada anak-anak dan keluarga di Malaysia. Tambahan pula saya sakit dan berbaring di katil selama lima hari keseorangan. Ayah mertua saya pula meninggal dunia. Mujurlah saya telah bertemu beliau buat kali terakhir 3 hari sebelum berangkat ke Beijing. Pertemuan itu berlaku di Kota Bahru, Kelantan.
Dalam entri kali ini saya ingin berehat sekejap dari kisah Kembara Solo saya di Beijing. Nanti saya akan sambung semula, sebab saya rasa Kembara saya ke Kelantan ini tidak kurang menariknya.
Dalam entri kali ini saya ingin berehat sekejap dari kisah Kembara Solo saya di Beijing. Nanti saya akan sambung semula, sebab saya rasa Kembara saya ke Kelantan ini tidak kurang menariknya.
Saya ke Kelantan untuk bertugas dan sambil itu saya sempat bertemu dengan bapa mertua saya dan mengembara melihat negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bertolak pada pagi 1 Mei 2012 dan kembali semula ke Pulau Pinang pada 4 Mei 2012.
Selalunya saya menaiki pesawat ke Kota Bahru. Tapi kali ini saya sengaja memilih untuk melalui jalan darat bersama dengan dua orang lagi rakan sepejabat. Sengaja saya lakukan untuk menikmati keindahan tanahair tercinta. Lagipun sudah lama benar saya tidak merentas ikut jalan darat ke Kota Bahru.
Selalunya saya menaiki pesawat ke Kota Bahru. Tapi kali ini saya sengaja memilih untuk melalui jalan darat bersama dengan dua orang lagi rakan sepejabat. Sengaja saya lakukan untuk menikmati keindahan tanahair tercinta. Lagipun sudah lama benar saya tidak merentas ikut jalan darat ke Kota Bahru.
Kembaraku ke Kota Bahru merentasi 4 negeri: Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan. Jarak perjalananya adalah beranggaran 450km dan memakan masa kira-kira 5 jam. Untuk cepat sampai ke Kota Bahru kami melalui Rantau Panjang dan sempatlah kami singgah-singgah di tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Tempat Penginapan di Kota Bahru
Hotel saya menginap di Kota Bahru adalah Crown Garden, di Jalan Kebun Sultan. Ia terletak berdekatan dengan pasaraya Mydin dan Pasar Siti Khadijah. Oleh kerana semua urusan tempahan dan pemilihan hotel ini diuruskan oleh pihak majikanku, saya tidak tahu berapakah harga hotel ini semalam.
Sepetang di Kota Bahru
Saya sampai di Kota Bahru pada sebelah petang. Selepas check-in hotel dan berehat saya pun bersiar-siar di kawasan persekitaran hotel itu. Tapi saya lihat semua kedai-kedai Cina sahaja di situ. "Aku ni di China ke di Kelantan?"
Tetapi apabila saya pergi ke arah kanan, barulah saya lihat banyak kedai-kedai Melayu. Ramai juga pembeli. Pelancong Mat Salleh pun ada. Rupa-rupanya kawasan Crown Garden itu tadi kawasan Cina.
Kota Bahru kini semakin membangun berbanding dengan dua tahun lepas. Slogan "Pantai Timur Membangun Bersama Islam" dan "Kota Bahru Bandaraya Islam" sentiasa terpampang di dinding-dinding bangunan. Islam dipraktikan dengan baik di sini.
Saya mendapat khabar bahawa undang-undang untuk wanita Islam memakai hijab di Kelantan diperketatkan. Wanita Islam yang tidak berhijab di sini akan didenda. Jadi kepada kaum hawa yang tidak berhijab itu, beringat-ingtlah, kalau masuk sahaja ke sempadan Kelantan, tolonglah memakai hijab. Sebaik-baiknya pakai terus, jangan buka-buka.
Sambil bersiar-siar melihat bandar Kota Bahru saya ternampak sebuah restoren Nasi Ayam Hainan. Sayapun cuba. Sayapun tak tahu nak pilih menu yang mana satu. Saya minta pelayan restoren itu cadangkan kepada saya. Dia cadangkan saya pilih satu set Nasi Ayam Panggang. Boleh tahan sedap nasi itu.
Selepas makan Nasi Ayam Hainan saya berjalan-jalan ke Pasar Siti Khadijah. Ketika itu hari sudah terlalu petang kira-kira 6.30 petang. Pasar itu sudah hendak tutup. Jadi tidaklah ramai orang yang berkunjung. Walau bagaimanapun masih ada lagi orang berniaga. Saya membeli sedikit kuih-muih. Setiap kali ke pasar ini saya suka mencuba kuih-muih tradisional Kelantan ini. Antaranya ialah buah tanjung, jala mas, taik itik dan serabe.
Saya bercadang untuk membeli-belah di sini lagi sebelum pulang ke Pulau Pinang. Peniaga-peniaga di sini peramah, suka memujuk saya membeli dan sudi gambar mereka diambil. Lihatlah kakak di bawah ini, comel kan! Saya suka gambar kakak ni.
Sebagaimana manis kuih-muih di pasar ini sebegitulah manisnya peniaga wanitanya |
Di Hospital USM saya bertugas sebagai penemuduga. Saya menemuduga pelajar-pelajar lepasan STPM dan Diploma untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Sains Malaysia. Temuduga itu diadakan selama dua hari untuk menemuduga calon-calon dari daerah Pantai Timur: Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Oleh kerana USM adalah sebuah universiti yang cemerlang dan mendapat pengiktirafan sebagai universiti APEX maka ia mengadakan cara kemasukan yang ketat. Sesiapa yang ingin menjadi siswa USM harus melalui 3 peringkat ujian:
1. Gred CGPA sekurang-kurangnya 2.69, (tetapi untuk jurusan lain ia berbeza, untuk bidang perubatan 3.8)
2. Lulus ujian MUNSHIl; dan
3. Lulus temuduga
Calon-calon mendaftar dan menanti giliran untuk ditemuduga |
Calon-calon temuduga |
Keistimewaan yang lain, saya dapat bertemu dengan bekas pelajar-pelajar saya yang sekarang sudah memegang jawatan penting. Mereka amat gembira bertemu dengan saya dan menawarkan diri untuk membawa saya ke mana sahaja saya mahu. Jadi antaranya ialah menemui bapa mertua saya, melawat kawan sakit dan bertemu kawan-kawan lama.
Melawat rakan sepejabat yang berada di ward Hospital USM |
Malam di Kota Bahru
Malam di Kota Bahru berlainan dengan malam-malam di tempat lain. Di sini perniagaan tidak dibenarkan semasa waktu solat maghrib. Maka sebab itulah pasar malam di sini dipenuhi orang ramai semakin lewat malam. Di Pantai Barat, pasar malam biasanya akan kehabisan barangan jualan/makanan kalau membeli selepas pukul 9 malam. Tetapi tidak di sini. Ketika itulah orang ramai datang berpusu-pusu. Ini disebabkan mereka datang selepas solat Isya.Restoren Ayam Goreng ala KFC di Kota Bharu |
Pasar malam ini amatlah besar, seluas suku ekar. Beratus-ratus gerai menjual pelbagai barangan dan makanan terdapat di sini. Segala-galanya ada. Saya rasa inilah pasar malam terbesar yang pernah saya pergi. Di bawah ini adalah gambar suasana di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.
Peniaga lelaki gemar menjual durian dan c.d di Pasar Malam Wakaf Che Yeh |
Peniaga wanita gemar menjual barangan kemas dan busanan muslimah di Pasar Malam Wakaf Che Yeh |
Setelah membeli-belah, menjamu mata dan makan malam di Wakaf Che Yeh kami pulang. Ketika itu kira-kira pukul 10.00 malam. Tetapi ketika kami berjalan menuju ke tempat letak kereta, kami bertembung dengan ramai orang yang baru sampai untuk membeli-belah. Pasar malam ini tak tidur ke?.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, tiba-tiba suasana jalan sesak dan kereta bergerak terlalu perlahan. Terdapat ramai orang membanjiri suatu kawasan terbuka. Mengapakah itu berlaku? Adakah mereka hendak mendengar ceramah parti politik? Ceramah PAS atau BN? Sekarang bukankah musim pilihanraya? Sedang tertanya-tanya itu akhirnya saya dapat jawapannya. Saya lihat wajah penceramah terpampang di atas skrin di satu kawasan terbuka. Saya kenal wajah itu. Rupa-rupanya orang ramai membanjiri ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Alamak...kalau aku tahu ada ceramah Ustaz aZHAR Idrus, saya ke sini tadi.
Orang ramai membanjiri ceramah agama Ustaz Azhar Idrus |
Pasar Siti Khadijah
Hari terakhir saya di Kota Bahru saya membeli-belah di Pasar Siti Khadijah. Pasar Siti Khadijah ini adalah pasar yang wajib saya pergi setiap kali ke Kota Bahru. Yang menarik di pasar ini kebanyakan peniaganya adalah kaum wanita. Itulah sebabnya nama pasar ini diberi nama Pasar Siti Khadijah bagi menghargai sumbangan kaum wanita yang minat berniaga di sini.
Terdapat pelbagai jenis makanan dan beratus-ratus jenis kuih-muih tradisonal Kelantan dijual di sini seperti nasi tumpang, nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu, laksam, somtam, tapai, kuih taik itik, jala mas, akok, buah tanjung, serabe, belede, tepung pelita, serunding, keropok, budu, telur penyu, ayam percik dan macam-macam lagi. Yang wajib saya beli ialah keropok, keropok lekor dan serunding daging.
Selain daripada itu pasar ini juga menjual buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, rempah ratus dan pakaian batik. Pasar ini mempunyai empat tingkat.
Pasar yang majoriti peniaganya wanita |
Sayur-sayuran, jeruk dan telur penyu di bahagian bawah Pasar Siti Khadijah |
Keropok lekor di tingkat bawah dan keropok kering di tingkat satu |
Setelah puas membeli-belah di Pasar Siti Khadijah kamipun bertolak pulang ke Pulau Pinang. Kami mengggunakan jalan yang sama sebagaimana kami datang iaitu melalui Rantau Panjang. Kami harus meninggalkan Kota Bahru sebelum tengahari kerana diberitakan bahawa Perdana Menteri kita akan datang ke Kota Bahru pada tengahari itu. Jadi untuk mengelakkan kesesakan kami pergi sebelum acara itu bermula. Sewaktu kami meninggalkan Kota Bahru, kami lihat orang ramai sibuk membuat persediaan menyambut Dato Seri.
Kamipun menuju ke Rantau Panjang melalui Pasir Mas. Apakah yang ada di Rantau Panjang? Teruskan berasama saya dalam entri yang akan datang. Bersambung...