P
ada entri yang lalu saya berjanji akan menyambung kisah kembara saya di padang rumput Xilamuren, Mongolia Dalam (Inner Mongolia). Saya telahpun menceritakan tentang kami menunggang kuda, memasuki khemah orang Mongol dan merasa makanan mereka, menyaksikan perlawanan gusti Mongol dan kecekapan mereka menunggang kuda .
Kali ini saya hendak ceritakan tentang keadaan khemah ger atau yurt - khemah Mongol - yang kami inapi pada malam itu, menyaksikan matahari terbenam di ufuk Barat dan menyaksikan persembahan tradisional orang Mongol.
Kali ini saya hendak ceritakan tentang keadaan khemah ger atau yurt - khemah Mongol - yang kami inapi pada malam itu, menyaksikan matahari terbenam di ufuk Barat dan menyaksikan persembahan tradisional orang Mongol.
Kawan-kawan dan pembaca sekelian, sekiranya gambar-gambar tidak keluar pada entri ini harap maklumkan kepada saya. Maklumlah saya berada di China. Blogspot di China ini disekat (blocked). Server juga selalu down. Selama di China ini saya menggunakan proxy berbayar untuk mengakses blogspot, facebook, twitter dan semua laman web yang disekat. Jadi harap maklumkan kepada saya kalau gambar tidak keluar ya!
Kuda saya dan Syafiqa meninggalkan kuda kawan-kawan yang lain |
Berbalik pula kepada sambungan kisah kami menunggang kuda di padang rumput Xilamuren.
Selepas kami menunggang kuda, kamipun menanti untuk diberi kunci khemah. Sambil itu kami membeli kekacang segar yang baru lepas dibakar, yang dijual oleh penjaja di situ, seperti walnut, badam dan pistachios. Sangat sedap. Murah! Kami kemudiannya berjalan-jalan ke kedai cenderamata yang ada di situ. Macam-macam kraftangan orang Mongol ada dijual seperti rantai kunci, tabung menyimpan arak atau air, skarf, senjata, lukisan, topi dan tempat simpan pen. Fridge magnet tak ada.
Selepas kami menunggang kuda, kamipun menanti untuk diberi kunci khemah. Sambil itu kami membeli kekacang segar yang baru lepas dibakar, yang dijual oleh penjaja di situ, seperti walnut, badam dan pistachios. Sangat sedap. Murah! Kami kemudiannya berjalan-jalan ke kedai cenderamata yang ada di situ. Macam-macam kraftangan orang Mongol ada dijual seperti rantai kunci, tabung menyimpan arak atau air, skarf, senjata, lukisan, topi dan tempat simpan pen. Fridge magnet tak ada.
Kedai cenderamata yang terdapat di kawasan perkhemahan kami |
Tandas Awam Mongol
Seperti biasa, kami mesti hendak ke tandas. Kami memasuki tandas awam yang ada di situ. Apabila masuk sahaja, saya 'terkejut beruk'. Tandasnya TERUK sangat! Kotor! Tisu tandas tercalit najis bertaburan di atas lantai. Tuala wanita (berdarah, maaf ya terpaksa sebut) dicampakkan merata-rata. Lubang-lubang tandas tercongeh! Tidak ada bilik-bilik kecil yang berdinding. No cubicle! Kita boleh nampak orang lain tengah ehem, dia pun boleh tengok kita ehem. Kita boleh nampak dia calit sana, calit sini.
"Eeee tak bertamadun langsung! Apasal dia orang buat macam ni? Tak malu ke?" rungut hati saya.
Tapi saya sudah tak ada pilihan. Saya butakan mata dan sumbatkan hidung.
Apabila saya keluar, Syafiqa menunggu di luar. Dia pun hendak masuk.
"Macam mana? Ok ke?" tanya Syafiqa dengan muka penuh harapan yang saya akan jawab, "OK".
Tapi saya jawab, "Nightmare!"
Terus muka Syafiqa berkerut. Nak nangis. Dia nampak macam tak jadi masuk. Tapi saya beri dia semangat.
"Tak apa. Jangan tengok kiri kanan. Jangan pedulikan semua itu. Nah ambil air ini. Cebuk ni. Kita dah tak ada pilihan!"
Lalu saya suakan air dalam botol, tisu dan bekas air yang sentiasa saya bawa ke mana-mana saya pergi di China ini. Syafiqapun masuk dengan terpaksa. Saya tunggu Syafiqa di luar. Tak berapa lama kemudian Syafiqa meluru keluar, lalu muntah.
"Oh! Adakah kami akan terus guna tandas tak bertamadun ini selama kami ada di sini?"
Kami bersedih. Dan bersedih. Tidak sanggup untuk menghadapi hari-hari yang mendatang di sini dengan tandas teruk begitu.
Kami bersedih. Dan bersedih. Tidak sanggup untuk menghadapi hari-hari yang mendatang di sini dengan tandas teruk begitu.
Masuk Khemah Ger/Yurt
Tidak lama kemudian kami dapat kunci dan masuk khemah. Dalam bahasa Mongolia khemah ialah ger manakala yurt adalah nama lain bagi khemah yang disebut oleh etnik lain. Saya, Syafiqa dan Najibah masuk khemah ger itu dengan perasaan jakun. Ada 1 katil double-bed dan 1 single-bed. Najibah dan Syafiqa ambil double-bed itu. Ada sebuah tv lama, termos dan meja kecil. Dinding ger itu dibuat daripada kain kanvas jenis tebal dan tahan lasak. Tapi ada yang sudah koyak di bahagian depan. Tiang-tiangnya dibuat daripada besi. Bahagian depannya bercermin. Ada lubang udara di bahagian atas ger.
|
Lubang udara ger/yurt |
Kami bertiga terus melihat-lihat keadaan dalam ger itu. Tiba-tiba,
"Hei ada tandas! kata Najibah.
Kami tidak tahu yang khemah kami itu ada tandas. Terus Najibah tengok tandas!
Najibah melihat tandas dan bilik air khemah ger/yurt kami |
"Toilet ni ok." kata Najibah sambil senyum.
Mendengar berita gembira itu kamipun meluru ke bilik air dan tandas. Gembiranya kami dapat tadas yang ok. Walaupun tidaklah sebaik mana. Tapi jauh lebih baik daripada tandas awam tak bertamadun tadi. Lega!
Kamipun berehat-rehat di dalam khemah kami. Asrul dan Adi Putra di khemah lain. Selang sebuah khemah daripada kami.
Majlis Perkahwinan Orang Mongol
Majlis perkahwinan orang Mongol yang dihadiri Asrul dan Adi Putra secara kebetulan |
Semasa kami berehat-rehat itu, rupa-rupanya Asrul dan Adi Putra pergi melihat majlis kawin orang Mongul. Mereka tak ajak kamipun. Mungkin mereka tak jangka nak ke sana. Kebetulan lalu di situ. Tengoklah gambar majlis kahwin orang Mongol itu (di atas). Kalau kita ada ayam golek (ayam panggang), mereka ada kambing golek (kambing panggang).
Makan Malam Mongol
Makan malam Mongol, khemah yurt dan bunga-bunga di sekitar kawasan padang rumput Xilamuren |
Kami makan malam dengan hidangan Mongul. Untuk makan kami ke khemah lain yang dibuat khas seperti kantin. Tetapi makan malam kami terlalu awal iaitu sebelum matahari terbenam. Seperti hidangan tengahari kami tadi (dalam entri lepas) ianya terdiri daripada sayur-sayuran, nasi, pau tak berinti dan kacang. Sama seperti tengahari tadi, serunding dan ikan bilis goreng, yang kami bawa dari rumah juga yang kami makan. Makanan orang Mongol ini tidaklah berapa sedap. Maklumlah tekak kami ni tekak Malaya.
Padang rumput Xilamuren waktu petang
|
Sedang kami makan itu matahari pun dengan perlahan-lahan ingin masuk ke peraduan. Mula-mula Adi Putra dan Asrul keluar. Lepas tu Syafiqa. Lepas tu Najibah. Seorang lepas seorang belari keluar khemah hendak melihat keindahan matahari terbenam itu. Tinggal saya keseorangan di meja makan. Mereka tinggalkan beg mereka di situ. Saya kemas-kemaskan barang-barang mereka kalau-kalau ada yang berharga. Lalu saya keluar mencari mereka. Jadi saya sudah terlambat sedikit melihat matahari terbenam itu. Inilah hasil yang sempat saya rakamkan.
Senja di Padang Rumput Xilamuren
Bagaimana? Suka tak dengar gambar-gambar itu tadi?
Malam di Padang Rumput Xilamuren
Pada malam itu kamu berlima pergi menyaksikan persembahan tradisional orang Mongol. Ada nyanyian yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan lelaki yang diiringi dengan keyboard. Seorang wanita kemudiannya menari menggunakan mangkuk-mangkuk yang dijunjung di atas kepala. Ada juga persembahan menggesek morin khuur iaitu sejenis biola berkepala kuda dan mempunyai dua tali.
Persembahan mereka diakhiri dengan tarian bebas (ala-ala joget lambak), iaitu penonton menari beramai-ramai. Backpackers berlima tengok sahaja orang ramai terkinja-kinja di situ.
Pertunjukan bunga api dan memasang unggun api juga diadakan.
Persembahan orang Mongol |
Ger kami pada waktu malam |
Kami kemudian lepak-lepak di luar ger, berbual-bual sambil mengopek kulit kacang walnut dan badam. Sambil mengunyah kacang kami merenungnya bulan di langit. Sangat indah.
Khemah ger pada waktu malam |
Setelah kesejukan, kamipun masuk ke dalam ger masing-masing. Besok kami ada eskursi yang amat adventurous. Kami akan ke padang pasir!
Asrul dan Adi Putra melompat kegembiraan kerana sudah sampai di Padang Rumput Xilamuren |
Padang pasir! Jadi kalau nak tahu di mana dan bagaimana rupa padang pasir itu, ikutlah Naramas Aman dalam entri akan datang. Jumpa lagi.
...bersambung
Baca kembara seterusnya Backpack ke Mongolia Dalam (6): Menunggang Unta dan Berlemoskan Pasir di Gurun Kubuqi.
Baca kembara sebelumnya di bawah ini:
Backpack Ke Mongolia Dalam (1): Permulaan Kembara Yang Mengujakan