Saya backpack lagi. Kali ini di bahagian paling utara China iaitu Haerbin (Harbin) yang terkenal dengan panggilan “Kota Ais” @ Ice City. Ini disebabkan Haerbin terlalu sejuk dan suhu di sana lebih sejuk dari Beijing.
Pada entri yang lalu saya ada menceritakan tentang betapa sejuk dan deritanya saya tinggal di Beijing dalam musim sejuk yang melampau. Di Beijing suhu mencecah sehingga -17°C dan saya kata saya tidak tahan dengan kesejukannya, namun di Haerbin suhunya LAGI SEJUK. Nak tahu berapa? Suhu di Haerbin ialah -30°C. Hah bagaimana? Tak percaya?
-30°C bukan mustahil. Pada
mulanya saya tidak yakin, apakah saya boleh bertahan dalam suasana suhu dingin
yang melampau ini?
Di China
orang membuat gurauan tentang Herbin disebabkan kesejukkannya:
“Di Haerbin hingus kita akan keluar meleleh dari lubang hidung dan terus membeku menjadi ais batu serta merta di atas kumis/bibir.”
Kelakar bunyinya, kan? Tetapi kelakar begini menakutkan. Jadi, buat apalah saya ke sana sedangkan kesejukan di Beijing yang -17°C pun saya sudah menderita?
Di Haerbin
ada keindahan. Kotanya cantik pada musim sejuk dan salji sentiasa ada di sana.
Pertunjukan kemahiran mengukir skulptur dan arca atau binaan daripada ais batu
telah lama menambat hati saya untuk melihat kesenian itu. Ini membuatkan saya
bersemangat untuk pergi.
Saya backpack
dengan seorang kawan. Yanie nama kawan saya ini. Saya kenal Yanie melalui blog
ini. Yanie selalu mengikuti blog saya ini dan sering berhubung dengan saya melalui
emel dan facebook saya. Setelah berhubungan, barulah kami mendapat tahu yang kami sama-sama tinggal di Beijing. Yanie seorang siswi pasca-siswazah di
Universiti Perhutanan (Forestry University) di Beijing. Kami bercadang untuk ke
Haerbin bersama-sama. Lama kelamaan kamipun bertemu. Pertemuan diadakan di Universiti
Komunikasi China, Chaoyang, Beijing iaitu tempat saya bertugas.
|
Setelah berbincang, kamipun membuat keputusan untuk pergi tulat: 3 hari lagi. Kamipun terus ke pejabat jualan tiket yang berdekatan dengan Universiti Komunikasi China. Kami dapat tiket pergi-balik. Alangkah gembiranya kami kerana berjaya
mendapatkan tiket itu kerana kami risau tiket itu kehabisan. Kami akan menaiki keretapi berkelajuan tinggi (high-speed train) dan
perjalanan akan memakan masa 8 jam.
Harga tiketnya ialah 306.50 yuan (RM 153. 25) untuk satu hala.
Setelah
memperolehi tiket pergi-balik, kamipun membuat tempahan hotel. Yanie yang
lakukan tempahan hotel ini melalui agoda.com. Saya setuju sahaja dengan pilihan
hotel yang dilakukan oleh Yanie. Kami juga membuat penyelidikan tentang Haerbin
melalui internet dan buku Lonely Planet.
Selain daripada itu kami juga bertanya kawan-kawan China tentang Haerbin. Salah seorang pelajar China yang saya kenali di sini pula orang Haerbin, jadi banyak jugalah yang saya tanya padanya terutama sekali nama-nama tempat untuk dilawati, memintanya menuliskan dalam tulisan China dan juga cara-cara menaiki keretapi. Yanie juga tidak kurang membuat penyelidikan dan bertanya kawan-kawannya yang pernah ke sana. Jadi kami sudah buat persediaan yang cukup. “Two heads are better than one, isn’t it?"
Selain daripada itu kami juga bertanya kawan-kawan China tentang Haerbin. Salah seorang pelajar China yang saya kenali di sini pula orang Haerbin, jadi banyak jugalah yang saya tanya padanya terutama sekali nama-nama tempat untuk dilawati, memintanya menuliskan dalam tulisan China dan juga cara-cara menaiki keretapi. Yanie juga tidak kurang membuat penyelidikan dan bertanya kawan-kawannya yang pernah ke sana. Jadi kami sudah buat persediaan yang cukup. “Two heads are better than one, isn’t it?"
Menaiki Keretapi Berkelajuan Tinggi (High-Speed Train) dari Beijing Zhan (Stesen Keretapi
Beijing) ke Haerbin Xi (Haerbin Barat)
Awal-awal lagi kami sudah berada di stesen keretapi
Beijing Zhan atau dalam
bahasa Melayunya Stesen Keretapi Beijing. Ia terletak di laluan 2. Subuh-subuh sapei lagi kami sudah keluar dan
ambil teksi. Pada pukul 5.30 pagi kami sudah terpacak di stesen itu kerana kami
tidak mahu ketinggalan. Oleh kerana waktu solat subuh masuk pada pukul 6.00 pagi, kamipun solat di stesen itu.
Di stesen
Beijing, orang ramai. Kami duduk menunggu. Setelah dipanggil kami pun masuk ke
dalam perut keretapi. Tepat pukul 7.00 pagi Keretapi Berkelajuan Tinggi itupun bergerak meninggalkan Beijing. Kami menaiki kelas 2. Ia amat selesa. Di
kelas 2 ini setiap baris mempunyai 3 kerusi. Kalau kelas 1, ada 2 buah kerusi
sebaris. Keadaan di dalam keretapi sangat bersih. Sentiasa ada pencuci yang
mencuci lantai. Tandas juga bersih!
Gerabak Kelas Kedua Keretapi Berkelajuan Tinggi yang saya naiki ke Haerbin |
Pada mulanya Keretapi Berkelajuan Tinggi
ini bergerak dalam kelajuan 35km/jam, kemudian bertambah ke 90km/jam dan
akhirnya bertambah kepada 193km/jam. Suhu di dalam dan di luar keretapi juga
dipaparkan pada skrin. Suhu di luar semakin lama semakin menurun daripada -4°C sehinggalah ke -20°C. Oleh kerana suhu di dalam keretapi boleh dikawal, maka ia ditetapkan pada 24°C.
Saya duduk di kerusi 6A tepi tingkap |
Perjalanan
yang panjang ini saya habisi dengan melihat pemandangan di luar jendela
keretapi. Amat indah. Salji meliputi permukaan bumi. Saya dapat melihat salji putih itu menyelimuti kampung-kampung, ladang-ladang, kilang-kilang dan bumbung-bumbung rumah. Mula-mula salji itu kelihatan nipis tetapi lama kelamaan ia semakin tebal. Semakin jauh perjalanan kami semakin tebal salji itu menyelimuti bumi utara China ini. Ini menunjukkan bahawa perjalanan kami semakin ke utara. Dan sudah pasti suhunya semakin dingin. Sungai-sungai pula beku. Ketika itu saya amat terharu dengan keindahan
mukabumi utara China ini. Subhanallah. Saya rasa amat bertuah dapat menyaksikan
keindahan yang tidak pernah saya temui ini.
Di dalam
keretapi, sentiasa ada pekerja keretapi yang menolak troli yang mengandungi
minuman dan kudapan untuk dibeli. Pemeriksa tiket juga datang hanya sekali
memeriksa tiket. Keretapi ini berhenti di beberapa setesen.
Yanie dapat tempat
yang jauh sedikit daripada saya. Penumpang di sebelah saya adalah seorang
lelaki yang sudah berumur, usianya sekitar 60an, namun yang mencelikkan mata
saya dia mempunyai gadget yang
canggih. Dia kemudiannya membuka laptopnya dan membuat design dalam bangunan. Barangkali dia seorang akitek atau pereka dalaman (interior designer). Tetapi dia
tidak tahu bahasa Inggeris. Jadi kuranglah komunikasi saya dengannya.
Sepanjang
perjalanan itu juga saya tidak henti-henti menyapu losyen ke tangan saya
yang kering dek cuaca musim sejuk yang kering itu sehingga aktikek itu hairan dengan gelagat saya lalu bercakap-cakap tentang
saya sambil menunjuk-nunjuk losyen saya itu pada kawannya. Perbuatan saya itu
membuatkan mereka bertanya dalam bahasa China yang saya ini
orang mana. Apabila saya memberitahu saya orang Malaysia barulah mereka berkata,
“Ooo patutlah.”
|
Di dalam
keretapi juga disediakan air panas. Jadi apabila waktu tengahari dan saya
lapar, sayapun merendam mee segera halal yang telah diberikan kepada saya oleh
seorang kawan China. Apabila waktu solat tiba, saya pun mengambil wudu di dalam
bilik air yang kecil (seperti bilik tandas dalam kapalterbang MAS) tetapi
bersih lalu solat jamak di dalam gerabak. Selain daripada itu saya tidur lena
di kerusi.
Penumpang yang duduk berdekatan penulis |
Sampai di Kota Ais Haerbin
Keretapi Berkelajuan Tinggi ini sampai tepat pada waktu yang dijangkakan iaitu pada pukul 3.00 petang dan tidak ada kelewatan. Ini membuatkan saya kagum. Kami amat gembira kerana telah sampai ke destinasi. Apalagi acara wajib-tangkap-gambar pun diadakan bagi melambangkan kegembiraan dan kejakunan kami.
Setelah itu kami
terus beratur di tempat mengambil teksi. Orang terlalu ramai dan teksi pula
tidak banyak. Kami perlu menunggu kira-kira 30 minit sehingga teksi berikutnya
sampai.
Beratur menunggu teksi |
Yanie yang tahu sedikit cakap Chinapun menunjukkan alamat hotel kami itu kepada pemandu teksi itu.
Pemandu teksi itu tidak tahu tempatnya dan diapun bertanya-tanya orang di sana.
Kemudian kamipun naik teksi itu ke hotel. Kemudian Yanie menelefon hotel dan
minta pegawai di hotel itu menjelaskan kedudukan hotel yang akan kami inapi
itu.
Suasana dingin dan kabus semasa kami sampai di Haerbin |
Tidak lama kemudian kamipun sampai. Hotel yang kami inapi itu bernama Green Tea Hotel. Kami bayar 175 yuan (RM 87.50) semalam untuk satu bilik. Hotel itu dilengkapi dengan 2 buah katil bujang, pemanas (heater), PC dan internet, televisyen (flat screen), cerek elektrik, selipar, sinki dan bilik mandi berkaca.
Semasa check-in kami tanyakan tentang restoren halal di situ. Pada mulanya kami amat risau
kerana menurut kawan-kawan China saya, restoren halal susah untuk dicari di
Haerbin berbanding dengan di Beijing. Kami juga telah membekalkan makanan
sendiri seperti nasi impit, serunding, mee segera dan roti untuk bekalan kami sebagai persediaan.
Tetapi Alhamdulillah orang-orang di hotel itu memberitahu kami yang restoren
halal letaknya di lorong sebelah
kiri hotel itu sahaja.
2 katil bujang yang selesa. Pemanas (heater) berfungsi dengan baik |
Sinki dan bilik mandi berkaca Hotel Green Tea. |
Restoren Halal dan Cuba-cuba Jalan di Kota Ais Haerbin
Setelah
check-in dan menyimpan barang-barang di dalam bilik, kamipun keluar makan malam
di restoren halal itu. Peniaga restoren itu adalah sebuah keluarga, mereka
sangat peramah dengan kami dan gembira menerima kami di situ.
|
Anak-anak pemilik restoren halal ini membantunya memotong dan menghiris sayur-sayuran |
Khalimah toyyibah di dalam restoren halal di Haerbin |
Nasi goreng telur sebagai makan malam kami yang pertama di Haerbin |
Nasi yang ringkas hanya berlaukkan telur cukup mengenyangkan kami.
Semasa berjalan-jalan menuju ke restoren halal ini tadi, keadaan jalan amat licin kerana salji sudah beku dan menjadi ais. Kasut boot yang saya beli di Beijing nampaknya tidak sesuai dipakai di Haerbin.
Semasa berjalan-jalan menuju ke restoren halal ini tadi, keadaan jalan amat licin kerana salji sudah beku dan menjadi ais. Kasut boot yang saya beli di Beijing nampaknya tidak sesuai dipakai di Haerbin.
Setelah makan, kami ke kedai kasut dan melihat-lihat kasut
boot yang sesuai untuk dipakai. Pekedai di situ peramah-peramah belaka. Mereka
gembira melihat kami. Mereka menyelak kaki seluar kami dan melihatkan yang kami
masih memakai kurang lapisan seluar thermal. Mereka menasihati kami supaya
memakai lebih banyak lapisan thermal sambil menyelakkan seluar thermal mereka dan menunjukkan yang
mereka sendiri memakai 3 lapisan.
Sayapun
membeli sepasang kasut boot yang mempunyai tapak menggerutu dan mencengkam
kuat serta di dalamnya ada bulu biri-biri yang boleh menahan kaki saya daripada
kesejukan. Kasut boot itu berharga 280 yuan (RM140). Setelah memakainya, saya
rasa ia selesa dan saya boleh berjalan tanpa risau tergelincir di atas salji dan ais di
jalanan.
Suhu malam itu sangat dingin: -30°C. Kami
kemudiannya cuba-cuba berjalan berdekatan dengan hotel kami. Kamipun pergi melihat
skulptur ais yang diukir dan dipamerkan di tepi-tepi jalan dan taman. Amat
indah kerana ia adalah bongkah-bongkah ais batu yang telah diukir dengan usaha yang tekun, berbentuk lutsinar dan diterangi dengan lampu berwarna-warni.
Skulptur ais yang diukir menjadi pasu dan gerbang |
Pasu dan gerbang ais ini dipamerkan sepanjang musim sejuk di Haerbin |
Pasu dan gerbang ais ini semakin indah apabila disinari lampu |
Skulptur ais yang diukir berbentuk bangunan, pintu gerbang dan pasu dipamerkan di tepi jalan di Haerbin |
Setelah
berjalan-jalan di waktu dingin di Herbin pada malam hari pertama kami di sana, kami sudah dapat mengagak tahap ketahanan badan kami pada suhu -30°C. Daripada situ kami dapat membuat persediaan untuk keesokan harinya. Esok
kami akan melawat Sun Island dan Ice and Snow World, iaitu tempat tumpuan ramai dan yang ingin
sekali kami pergi.
Jadi ikuti
Naramas Aman backpack ke Haerbin dan saksikan kejutan yang kami alami selama
berada di Kota Ais yang suhunya sejuk melampau iaitu -30°C. Tahankah kami
pada kesejukan tahap melampau itu? Nantikan kemunculan backpack kami ini yang
pasti memancing minat anda untuk turut mengikuti jejak langkah kami.
...bersambung
Baca sambungannya "Backpack ke Kota Ais Haerbin" (2) DI SINI
Baca kembara sebelumnya KEMBARA JALAN SUTERA ( BHG 1) DI SINI
Baca kisah sebelumnya KEMBARA JALAN SUTERA (BHG 2) DI SINI
Salam Yong Prof
BalasPadamBeku Yong, beku lagi...
Macam suker jer nak membekukan lagi badan tu yer ? Dah kata dah...suker menyusah dan menyekser diri sendiri...
Ngape tak bagitau keme Yong pegi sini ni? ni nak marah ni...tempat yang jenuh masuk mimpi bertahun2...dan sampai sekarang tak sampai2 lagi...kalau idok boleh keme terbang jap ngekor kome....hehe...
Salam Yong ASP,
PadamBeku, frozen, saja je nak menyusahkan diri he he he ...Ate nak merasa :)
Alamak sori le Yong ASP, manalah teman tahu mikepun nak ngikut..Kalau tau boleh le pegi sekali, apa salahnya. The more the merrier.
Prof NA, bila baca je entri bergelora rasa hati nk ke sana tp entah bila boleh sampai dan risau akan mslah komunikasi. Waduh x sabar nk baca next entri :-)
BalasPadamJarimanis,
PadamKomunikasi memang masalah utama sesiapa saja ke China ni. Sayapun begitu. Saya ni penakut dan perisau juga orangnya. Tapi bila dah cuba dan lalui, rupa-rupanya tak susah mana :) Allah permudahkan urusan kita. Ada saja pertolongan yang diberikan.
InsyaAllah Jarimanis boleh sampai ke sana nanti.
Harbin berada dlm wishlist saya, harapnye nanti dpt la sampai ke sana, baca entry ni pun dh buat sya teruja!
BalasPadamChawanna Na,
PadamTahun depan Chawanna Na buatlah perancangan ke China. Menarik! Saya doakan Chawanna Na, hubby dan anak dapat pergi bersama :)
Wah NA sudah menjadi pengembara tegar ni. Rasanya tak ramai yang sanggup berjalan2 dalam suhu yg ekstrim macam tu...
BalasPadamMie,
PadamMula-mula tu kami risau dan tak berapa yakin berjalan dalam suhu ekstrim ni. Tetapi kami buat ikut kemampuan kami. Mental dan fizikal pun kena bersedia. Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya.
Bestnya dapat sampai Harbin..beruntung ya dapat dok di beijing dan menambahkan jejak di bumi china..
BalasPadamNorh,
PadamAlhamdulillah saya dapat sampai Harbin. Semuanya sudah ditentukan Allah. Yanie juga banyak membantu saya. Kalau saya seorang, mungkin tak pergi kot.
bestnya.. saya kan kak.. dah book pun hotel di herbin, kebetulan masa saya nak pegi tu time cuti krismas, byk tiket sold out (saya agak la sbb saya gi kat railway station, org kat kaunter ckp tunjuk isyarat tiket dah takde) saya agak je la.habis dah saya tak phm bhs cina kan.so, kitornag pun pulang dgn hati yg hampa
BalasPadameKa,
PadamDah booking hotel? Tapi tak dapat pergi?
Ya, Harbin memang jadi tumpuan ramai semasa Snow Festival ni, jadi tiket mudah kehabisan. eKa boleh cuba lagi di tahun hadapan. Pada pandangan saya, dapatkan tiket dulu, baru booking hotel, sebab hotel banyak.
Penulis selalu blurkan gambarnya...huhuuuu
BalasPadamKak Mahh,
PadamPenulis pemalu orangnya :) Tapi bab berjalan penulis tak malu he he he.
Suhu -30? alangkah sejuknya. sedangkan suhu sejuk dalam panggung wayang pon saya dah tak tahan..huhuhu.
BalasPadamPerjalanan lapan jam naik train? hmmm lama juga ye, sebab lokasi herbin ni kat utara kan. Saya belum pernah sampai ke China, dan China sangat besar dan terlalu banyak tempat yang boleh dilawati, cuma saya masih belum ada tempat2 tertentu yang saya kepingin nak pergi melainkan tengok tembok besar china. InsyaAllah kalau berkesempatan , teringin nak explore china juga.
Gambar saya tak dapat nak tgok kat office ni , hmm tak tau kenapa dia tak keluar pulak. Takpe nanti saya repeat tgok gambar di rumah.
Apa pun, saya kagum dengan ketabahan akak NA dan kawan berjalan dalam cuaca sejuk.
Janggel/Rain,
PadamMemang sejuk -30 tu. Sebab Haerbin di utara China, dekat dengan Russia. Tapi boleh atasi kesejukan itu kalau tahu caranya. Mental dan fizikal juga perlu kuat. Nampaknya kita kena cuba dulu baru tahu kita tahan ke tak tahan.
Perjalanan 8 jam tu lama juga. Nasib baik keretapi bersih dan pemandangan cantik, kalau tidak, meranalah saya.
Alamak Janggel tak dapat tengok gambar balik? :( Ini mungkin disebabkan saya upload gambar di China. Disebabkan China sekat blogspot dan kebanyakan laman web, maka saya rasa ini menyebabkan gambar kadang-kadang keluar kadang-kadang tidak. Tapi tak apa nanti kalau saya balik Malaysia bulan depan, saya upload semula di sana, supaya Janggel dapat tengok. InsyaAllah.
Janggel tengoklah blog saya tentang China untuk buat keputusan yang mana satu nak pergi. Saya sendiripun sempat kembara di bahagian utara China sahaja, tak sampai lagi ke bahagian selatan. Semoga Janggel dapat mengembara ke China pula :)
Salam Prof..
BalasPadamSejuk giler sampai suhu -20...-30..fuhhh!!! Dengan suhu yang camgitu tahan ke duduk luar lama2??
Salam Zila,
PadamMemang sejuk gila. Duduk kat luar sejam dua tu bolehlah, lepas tu kena lari masuk bangunan.
Best giler! Kalau pergi selepas bulan Jan, i mean..bulan Feb ke, Skulptur ais tu still ada lagi ke?
BalasPadamniL,
PadamMemang best giler! Festival ini bermula pada minggu kedua Januari dan berakhir pada hujung Februari.
Salam Prof NA,
BalasPadamExcited baca pengembaraan prof ke Haarbin. Memang pernah berangan ke sana tp x ada perancangan lagi dlm masa terdekat ni.. nak tanya sikit, kalau nk ke sana sendiri, boleh ke saya survive kalau x ada langsong basic chinese lang.? hotel yg NA duduk tu mengingatkan saya hotel yg saya pernah duduk kat shenzhen dulu.. sama ja rupa furniturenya....:)kalau p time summer, menarik ke? ke dah x seseronok winter time?
Salam Farikica,
PadamSaya pun tak ada basic bahasa China, tapi saya pergi juga, dengan harapan tidak sesat, selamat, ada orang menolong dan dipermudahkan segala urusan. Untuk tempat-tempat, dapatkan ia dalam tulisan China. Ini ditunjukkan pada pemandu teksi atau sesiapa sahaja kalau hendak mudah sampai.
Hotel Green Tea ada banyak di tempat-tempat lain di China. Franchise kot. Jadi saya rasa yang di Shenzhen tu pun salah satu daripadanya.
Kalau pergi ke Haerbin pada musim panas, kita boleh berenang di sungai di Sun Island dan berkelah. Sun Island ialah resort percutian musim panas. Tapi ia juga popular pada musim sejuk kerana expo salji yang diadakan di situ.
Semoga Farikica dapat ke Harbin suatu hari nanti :)
Bace blog Prof yang banyak tempat melawat kat China buatkan saye tak tau nak pergi mane satu dulu ni..hihi
BalasPadamBestnye dapat pegi tempat yang bersalji..tapi sejuk tak tahan..-30 tu..tak dapat terbayang betapa sejuknye
Feeza Fauzi,
PadamSaya suka semua tempat yang saya pergi. Setiap tempat ada keunikan dan keistimewaan sendiri. Kalau Feeza nak pergi, Feeza pilihlah yang mana sesuai dengan jiwa Feeza. Lain orang lain citarasanya.
Cantik alam ini apabila diselaputi salji. Kalau tak tahan sejuk jangan duduk di luar lama-lama. Larilah masuk dalam bangunan kalau dah terasa sejuk. Saya buat macam tu he he he...
Haerbin... salah satu wishlist tempat yg saya ingin pergi kalau ke China... bila nak sampai tu wallahualam... huhu
BalasPadamPM,
PadamLa Tahzan (Jangan bersedih). Kalau diizinkan Allah sampailah tu :)
As-Salam,
BalasPadamMasya Allah Tabarakallah....Indahnya kejadian Allah... Tak dapat pegi jadi tatapan pun dah cukup tapi mana tahu Allah izin pegi....Terima kasih atas perkongsian.
Hj Mohamad Afifuddin Omar (SMAS 2010)
Walaikumusalam Tuan Hj Mohamad Afifuddin Omar,
PadamRakan sejemaah saya rupanya :) Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan meninggalkan ulasan.
Semakin jauh saya mengembara semakin saya sedar yang selama ini pengetahuan saya tentang keindahan ciptaan Allah masih cetek.
Semoga Tuan Haji dan keluarga dapat ke tempat ini suatu hari nanti :)
salam
BalasPadamcantik ukiran aisnya,
dekat ekspo tu lagilah byk yg pelik2 dan cantik ukiran ais tu,
satu pengalaman kembara yg sgt berharga dan tak ternilai
Salam Rezeki,
PadamTentu Rezeki juga pernah ke ekspo tu. Bila Rezeki pergi? Saya setuju dengan pendapat Rezeki iaitu banyak ukiran ais yang cantik dan berseni di situ. Pengukir-pengukir itu mesti orang yang gigih, tekun dan berseni. Bila berada di sana melihatkan ukiran ais yang hebat, suasana dingin yang ekstrim dan happening itu pasti membawa seribu kenangan berharga kepada pengunjung, kan? Pengalaman yang amat berharga dan tiada nilainya ini akan saya kongsikan nanti dalam entri akan datang. Tunggulah kemunculannya dalam beberapa hari lagi :)
What!!!! -30..mau akak beku.. i dont think i cud travel during winter.. kalau takat spring tu, boleh lahh.
BalasPadamAzian Elias,
PadamBelieve it or not, it's really true. Disebabkan suhu ekstrim begitulah maka Haerbin terkenal dengan panggilan "Ice-City". Di tepi-tepi jalan di bandar ini diletakkan ukiran ais batu dan salji yang tak cair-cair sepanjang musim sejuk :)
Ice-city, hehe macam nama I-city kat shah alam tu yg tak berapa nak sejuk. Agaknya dorang ambik nama i-city dari harbin ni kot..tapi mmg sejuk betul nih..-30 tu, kagum dgn pengembaraan prof..dah sampai banyak pelusuk negara china ni.
BalasPadamOrga,
PadamMungkin kot yang di Shah Alam itu dia orang dapat idea dari Haerbin. Tak berapa nak sejuk I-City kat Shah Alam tu ke? Saya tak pernah ke I-City Shah Alam tu, tapi saya ada tengok kat TV baru-baru ni, orang yang buat persembahan di sana pun pakai t-shirt lengan pendek je. Mungkin belanjanya tinggi untuk mengendalikan bisnes ni, kan? Untuk membuatkannya lagi sejuk, lagi tinggi belanjanya, agaknya.
Alhamdulillah, dengan rezeki dan kesihatan yang Allah berikan, saya dah sampai di kebanyakan bahagian utara China :)
Assalamualaikum NA.
BalasPadamSangat menarik ni.. boleh la sy ajak mak abah sy p sane. beijing dgn seoul sy dah sampai.. Haerbin je belum lagi. Teringin sungguh!
Waalaikumusalam iqLiL,
PadamBolehlah ajak mak abah pergi ke Haerbin musim sejuk tahun depan. Menarik untuk melihat suasana dan tempat baru. Banyak yang iqLil boleh pelajari di sini.
saya akan ke beijing berseorangan bulan april nie. nak tanya macam mana nak booking speed train dari beijing ke shanghai?
BalasPadamSalam Mohd Asrol,
PadamTiket keretapi (hi-speed train) untuk ke Shanghai dari Beijing boleh dibeli di stsesen Beijing Selatan (Beijing South Station). Amat mudah membeli tiket di situ kerana sentiasa ada penjual menjual tiket di kaunter dan kita boleh melihatnya melalui skrin komputer kerana walaupun komputer itu berada di belakang kaunter ia dihalakan sedikit kepada pembeli yang berdiri di luar tingkap kaunter. Walau bagaimanapun kebanyakan penjual tiket tidak tahu bahasa Inggeris. Untuk itu anda hendaklah menulis destinasi dan tarikh pemergian dan waktu bertolak dalam tulisan China untuk ditunjukkan kepada penjual tiket. Tiket dijual 7 hari sebelum tarikh bertolak. Pasport dikehendaki ketika membeli tiket itu.
Untuk ke stesen Beijing Selatan ini Asrol boleh menaiki shuttle bas yang disediakan di Peking Airport atau menaiki teksi. Pemandu teksi juga kebanyakannya tidak tahu bahasa Inggeris. Jadi sila tuliskan nama stesen itu dalam tulisan China. Atau boleh juga naik keretapi Ekspress dari Peking Airport kemudian perlu tukar kepada keretapi bawah tanah.
Satu lagi cara untuk menempah tiket ialah dengan menghubungi agen yang terdapat di laman web ini: http://www.travelchinaguide.com/china-trains/
namun begitu charge perkhidmatan yang dikenakan oleh agen ini agak tinggi untuk sekeping tiket. Kalau membeli sendiri di stesen Beijing Selatan tiada charge tambahan dikenakan.
Satu lagi cara membeli tiket ialah dapatkan di pejabat tiket (ticket office) yang terdapat di kawasan-kawasan perniagaan, kampus universiti, kawasan tumpuan ramai dan kawasan kedutaan. Charge perkhidmatan dikenakan tetapi tidaklah mahal (kalau tak silap saya 10yuan).
Salam. saya akan ke beijing pa 28 nov ini..boleh bg pndapat dan nasihat untuk persediaan nk ke sana.termasuklah barang yg perlu dibawa dan tk perlu di bawa...lg 1..barang musim sujuk, kt mana lebih murah. malaysia atau beijing..terima kasih.
BalasPadamSalam kembali Muhammad Salihuddin,
PadamJawapan kepada soalan-soalan saudara sudah saya jelaskan di dalam entri "Derita Musim Sejuk di Beijing." Sila baca entri ini termasuk ulasan/jawapan yang saya berikan kepada soalan pengunjung blog ini:
http://nota-kembara.blogspot.com/2013/01/derita-musim-sejuk-di-beijing.html
Imigresen di Beijing tidak begitu ketat dalam peraturannya. Tetapi kadang-kadang bergantung kepada pegawai yang bertugas ketika itu.
Lebih baik beli barang/pakaian musim sejuk di Beijing kerna ia lebih sesuai dengan cuacanya dan lebih murah berbanding di Malaysia.
Prof.,
BalasPadamsaya ingin tahu biasanya bila snow turun di Beijing. Anak-anak saya teringin nak merasa snow. Pada awal Januari 2011 saya bawa anak-anak ke Tianjin tapi tiada snow turun walaupun suhu -7 C kerana tiada awan. Kalau perlu, saya akan bawa anak-anak ke Harbin. Terima kasih.
Dalila,
PadamAgak sukar untuk mengagak bila salji turun di Beijing. Ia juga bergantung kepada suhu dan tiupan angin. Walaupun suhu turun sehingga -12 C, tidak semestinya salji turun. Biasanya ramalan cuaca agak tepat apabila dilihat dalam masa seminggu. Pada bulan Januari dan Februari salji kerap turun, kadang-kadang dalam seminggu sekali ia turun, ada juga dua minggu sekali. Semuanya ditentukan Allah.
Kalau ke Harebin pada bulan Januari-March, salji sentiasa ada, 24 jam. Sebab Haerbin negeri ais dan letaknya di utara. Cuma suhunya terlampau sejuk, mungkin sesetengah orang tidak tahan.
Kalau nak ke Harebin, pastikan memakai pakaian yang sesuai untuk cuaca sejuk melampau.
salah satu tempat idaaaman untuk CT pergi.. i looooove snow !!! huuurm.. seronoknya...
BalasPadamBoleh cuba ke sini Jan-Februari nanti. Boleh rasakan kesejukan melampau dan tengok ais bertukar menjadi bangunan indah.
PadamNak pergi jugakkk..hihi.
BalasPadamBila? Bulan Januari dan Februari ini amat sesuai, ada pesta seni ukir ais :)
PadamAssalamualaikum Prof, boleh saya tahu nama hotel yg prof diami? Dekat dgn restaurant Halal? Kalau masih ingat lg lah... :)
BalasPadamWaalaikumusalam Lady Mira, nama hotel tu ada tertulis dalam entri ini. Dan dekat sangat dengan restoren halal.
Padam