S usah benar nak dapat tiket ke Xinjiang, sebuah wilayah autonomi Uyughur di negara China. Telah beberapa kali saya cuba untuk mendapatkan tiket keretapi untuk ke sana walaupun dibantu oleh teman-teman saya orang Uyughur dari Xinjiang, namun tidak berhasil. Tiket untuk ke Xinjiang sentiasa kehabisan kerana orang ramai ke sana dan keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan.
Kami bertolak awal pagi dari rumah saya di Chaoyang, Beijing ke lapangan terbang Peking lalu menaiki pesawat China Southern pada pukul 9 pagi. Namun ada sesuatu yang pelik dan dungu berlaku semasa kami check in. Nama kami tertulis Mrs dan Mr di hadapan boarding pass kami. Oleh kerana adanya tambahan itu maka pegawai di situ menyatakan bahawa nama kami tidak sama dengan nama di pasport. Puas kami menjelaskan maksud Mrs dan Mister.
Adanya gelaran Mrs dan Mr di hadapan nama penumpang ini berlaku ketika agen pelancongan mengisi borang maklumat penumpang. Dalam borang itu ada soalan bertanyakan: Are you Mr or Mrs? Apabila kita memberi jawapannya dan dicetak, maka gelaran itu tercatat di hadapan nama sebenar penumpang.
"Mrs for woman, Mr for man!" jelas kami berkali-kali.
Tetapi mereka tak mahu terima. Kami diminta membuat penukaran nama dan penukaran itu mesti dilakukan melalui pegawai atasan di situ. Alamak. Lecehnya.
Kamipun bersedia untuk berjumpa pegawai atasan itu. Tapi, pegawai itu tak sampai lagi. Kami perlu menunggu pegawai atasan itu sampai. Gelisah juga kami dibuatnya, takut-takut dia tak luluskan. Masa pun suntuk. Kapal terbang tak lama lagi akan berangkat.
Setelah menunggu, akhirnya pegawai itu sampai. Barulah pegawai itu menandatangani dan mencop boarding pas kami itu bagi membenarkan kami menggunakan gelaran itu.
Takkah Dungu bin Bahalul namanya? Common sense, kan tu? Kalau begitu lain kali jangan buat soalan macam tu pada borang maklumat penumpang. Dah tu menyusahkan kita. Tak mesra pelanggan langsung China Southern ni!
Berbalik pula kepada perjalanan kami ke Kashgar. Perjalanan ke Kashgar mesti melalui Urumqi (disebut U-ru-mu-chi) dan kami perlu tukar kapalterbang lain ke Kashgar.
Sesampainya kami di Urumqi, kami terpaksa melalui keselamatan dan imigresen. Di sini pasport kami disemak oleh seorang pegawai lelaki. Salwa beratur dahulu. Saya lihat Salwa disuruh oleh pegawai itu untuk menyelak tudungnya di bahagian dahi supaya wajahnya dapat dilihat jelas. Salwa menarik tudungnya kuat-kuat ke belakang kepala supaya pegawai itu dapat melihat dahinya. Pegawai itu berkali-kali menyuruh Salwa menarik tudungnya ke belakang. Lagi dan lagi dan lagi. Setelah tiba giliran saya, saya pun diperlakukan begitu. Cis!
Hari kami sampai itu adalah hari Raya Korban (Aidil Adha) dan ia jatuh pada hari Jumaat. Di Kashgar ada sebuah masjid purba terbesar di Xinjiang, malahan terbesar di China. Masjid Id Khah namanya. Kami sudah tahu yang kami akan terlepas solat sunat Aidil Adha di Masjid Id Khah. Namun kami amat berharap dapat solat Jumaat di Masjid Id Khah.
Arafat pernah memberitahu saya yang wanita tidak dibenarkan solat di mana-mana masjid di Xinjiang. Saya macam tidak percaya kata-kata Arafat itu. Kalaulah benar, kami cuma boleh menemani Azizi sahaja solat di situ. Anda pula macam mana? Percaya tak yang wanita tak dibenarkan solat di masjid di Xinjiang?
Perjalanan kami diteruskan dari Urumqi ke Kashgar dengan menaiki pesawat China Southern.
Hati kami masih 'bengkak' dengan peristiwa birokrasi di imigresen Urumqi tadi. Tetapi kami meneruskan perjalanan dengan harapan peristiwa hitam itu tidak berulang lagi di Kashgar.
Kami sudah pun berada di dalam perut kapalterbang. Perjalanan sepatutnya memakan masa satu jam. Namun pesawat itu tidak bergerak-gerak meninggalkan lapangan terbang Urumqi. Setelah lebih dua jam berada di dalam perut kapal terbang, barulah pesawat itu berlepas. Sebabnya tidaklah kami ketahui.
Dalam penerbangan kami dihidangkan dengan makanan halal.
Dalam perjalanan ke Kahsgar sekali lagi kami dapat melihat pemandangan yang begitu indah. Sekali lagi kami dapat melihat gunung-ganang yang diliputi salji putih. Kami dapat lihat ada tasik-tasik yang berwarna kehijau-hijauan. Kadang-kadang kami melalui padang pasir yang tandus. Sesekali ada oasis di padang pasir itu. Indah. Kami juga dapat lihat jalan-jalan Sutera yang berliku-liku.
Namun gunung-ganang diselaputi salji putih kelihatan lebih ketara dan memukau.
Apakah gunung yang kami lihat ini? Tidakkah pernah saya belajar tentang gunung ini dalam kelas Geografi?
"Itulah Gunung-gunung Tuhan." kata Arafat melalui SMS apabila saya tanya dia.
"Gunung-gunung Tuhan?" tanya saya lagi kerana tak pernah dengar nama itu.
"The Mountains of Allah", kata Arafat lagi.
"MasyaAllah!"
Barangkali Gunung-gunung Tuhan inilah gunung-gunung yang memisahkan China dengan Kazakstan, Kyrgizstan dan Tajikstan. Kemudiannya saya mendapat tahu bahawa gunung-ganang ini juga dikenali dengan Heavenly Mountains yang juga dipanggil "Gunung-gunung Tuhan" oleh penduduk tempatan.
Di Kashgar kami disambut oleh Adil seorang pemuda beretnik Uyughur. Dia berusia 25 tahun dan memiliki rupa paras yang kacak dan bermata biru-perang. Dia seorang siswa di Maktab Perguruan di Kashgar dalam jurusan bahasa Inggeris dan akan menjadi guru Inggeris apabila tamat pengajian. Adil mengambil upah membawa kami sekitar Kashgar bagi menampung pengajiannya di maktab perguruan kerana beliau anak yatim. Bapanya meninggal dunia sejak kecil dan ibunya bekerja sebagai petani untuk menampung dia dan adik-adiknya.
Kami dibawa ke hotel Yambu oleh Adil. Hotel ini terletak di pusat bandar. Tulisan-tulisan di papantanda dan di kedai-kedai adalah tulisan Arab (dalam bahasa Uyughur). Berada di Kashgar seolah-olah berada di sebuah negara Timur Tengah dan bukannya di China. Orang-orang Uyughur juga berwajah orang Turki! Ini disebabkan orang Turki berasal dari sini. Dahulunya Xinjiang ialah Turki Timur tetapi telah jatuh ke tangan China.
Ketika kami ke Kashgar, telah masuk musim luruh dan daun-daun kelihatan menguning. Kami berada di China tetapi keihatan seperti di Timur Tengah. Suasana ini amat unik, kontras dan luarbiasa!
Setelah check-in hotel kamipun dibawa Adil makan malam di sebuah restoren. Oleh kerana hari ini hari raya korban, maka kedai-kedai banyak yang tutup. Kami diberitahu Adil bahawa Raya Korban adalah raya yang istimewa dan umat Islam di Kashgar menyambutnya dengan meriah berbanding dengan hari raya Aidil Fitri. Kebanyakan orang Islam di sini mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga dan tidak berniaga selama 3-4 hari.
Makan malam yang disaji adalah makanan tradisi China yang terdiri dari ayam masak kicap, ayam masak campur lobak merah, tomato segar ditumis dengan telur, sup telur, kacang panjang masak dengan lobak merah, daging masak dengan daun bawang dan tumis kacang tanah. Semuanya halal dan dimakan dengan nasi putih. Amat menyelerakan.
Selepas makan malam kami pulang ke hotel dan Adil pulang ke asramanya. Pada malam itu kami bersiar-siar menikmati udara dingin dan segar pada musim luruh di Kashgar. Kami lihat kedai-kedai Islam dengan tulisan Arab. Sungguh luar biasa. Kami rasa amat gembira melihat orang Islam Kashgar yang masih teguh memegang agama Islam walaupun mereka tidak bebas beragama. Sesungguhnya mereka inilah yang mendapat ganjaran besar di sisi Allah nanti!
Semasa bersiar-siar itu kami sempat ke pasar malam yang ada di situ. Sempat juga kami merembat sebuah beg tangan yang harganya MURAH sangat. Kami juga sempat membeli buah anggur yang sedang bermusim di Kashgar. Kashgar terkenal dengan anggurnya. Buah anggurnya hijau jernih. Segar! Apabila dikunyah amat rangup dan manis! Sedap sangat sangat!
Malam itu kami tidur pada malam yang begitu panjang tetapi terbangun beberapa kali kerana menyangkakan subuh sudah berlalu. Tetapi tidak. Waktu subuhnya lewat sekali. Itulah pertama kali saya solat subuh pada pukul 8.00 pagi.
Ada lagi kisah menarik kami di Kashgar. Akan diceritakan dalam entri akan datang. Jangan lupa ikuti kisah menarik kami ini ya!
Xinjiang letaknya di Baratdaya China dan kedudukannya jauh dari laut. Ia bersempadan dengan Mongolia, Kazakstan, Kyrgizstan dan Tajikstan. Xinjiang memiliki sejarah Jalan-jalan Sutera utama yang menghubungkan China dengan Asia Tengah serta Eropah. Lihat peta Xinjiang DI SINI. Xinjiang adalah tempat yang unik di China. Mengapa ia unik? Anda akan tahu jawapannya apabila membaca Nota Kembara saya ke Jalan Sutera ini yang saya bahagikan kepada 3 Bahagian.
Hasrat saya untuk menjejakkan kaki ke Xinjiang saya khabarkan kepada sahabat saya Salwa yang berada di Penang. Saya umpan Salwa dengan keunikan Kashgar dan Urumqi. Salwapun terpancing untuk ke sana bersama saya. Melalui usaha Salwa beliau berjaya mendapatkan tiket ke Xinjiang tetapi melalui perkhidmatan udara. Tiket itu ditempah dari Malaysia. Walau bagaimanapun kami cuma dapat ke Xinjiang selama 3 hari sahaja. Ini disebabkan oleh tiket kapalterbang sudah kehabisan pada tarikh yang lain. Jadi di sini saya dapat mengetahui bahawa tiket untuk ke Xinjiang lebih mudah diperolehi kalau di tempah dari Malaysia. Bukan ditempah dari dalam negara China.

Salwa dan suaminya Azizi terbang dari Penang sehari sebelum hari raya Korban tahun ini. Mereka bertemu dengan saya di Beijing dan menginap di rumah saya di Chaoyang. Ketika ini musim luruh dan cuacanya sejuk di Beijing.
(Untuk pengetahuan anda, Salwa dan Azizi saya kenali di tanah suci Mekah semasa kami sama-sama mengerjakan haji dua tahun yang lalu. Sejak pertemuan di tempat suci itu melahirkan bibit-bibit persahabatan yang suci sesuci embun pagi).

Dari Beijing ke Kashgar Menggunakan Penerbangan China Southern
Kami bertolak awal pagi dari rumah saya di Chaoyang, Beijing ke lapangan terbang Peking lalu menaiki pesawat China Southern pada pukul 9 pagi. Namun ada sesuatu yang pelik dan dungu berlaku semasa kami check in. Nama kami tertulis Mrs dan Mr di hadapan boarding pass kami. Oleh kerana adanya tambahan itu maka pegawai di situ menyatakan bahawa nama kami tidak sama dengan nama di pasport. Puas kami menjelaskan maksud Mrs dan Mister.
Adanya gelaran Mrs dan Mr di hadapan nama penumpang ini berlaku ketika agen pelancongan mengisi borang maklumat penumpang. Dalam borang itu ada soalan bertanyakan: Are you Mr or Mrs? Apabila kita memberi jawapannya dan dicetak, maka gelaran itu tercatat di hadapan nama sebenar penumpang.
"Mrs for woman, Mr for man!" jelas kami berkali-kali.
Tetapi mereka tak mahu terima. Kami diminta membuat penukaran nama dan penukaran itu mesti dilakukan melalui pegawai atasan di situ. Alamak. Lecehnya.
Kamipun bersedia untuk berjumpa pegawai atasan itu. Tapi, pegawai itu tak sampai lagi. Kami perlu menunggu pegawai atasan itu sampai. Gelisah juga kami dibuatnya, takut-takut dia tak luluskan. Masa pun suntuk. Kapal terbang tak lama lagi akan berangkat.
Setelah menunggu, akhirnya pegawai itu sampai. Barulah pegawai itu menandatangani dan mencop boarding pas kami itu bagi membenarkan kami menggunakan gelaran itu.
Takkah Dungu bin Bahalul namanya? Common sense, kan tu? Kalau begitu lain kali jangan buat soalan macam tu pada borang maklumat penumpang. Dah tu menyusahkan kita. Tak mesra pelanggan langsung China Southern ni!
Berbalik pula kepada perjalanan kami ke Kashgar. Perjalanan ke Kashgar mesti melalui Urumqi (disebut U-ru-mu-chi) dan kami perlu tukar kapalterbang lain ke Kashgar.
Urumqi ialah ibukota Xinjiang. Perjalanan ke Urumqi memakan masa 3.5 jam. Rata-rata penumpang kapalterbang terdiri dari orang Han (orang China bukan Islam) dan orang Xinjiang (orang China Islam). Hanya kami bertiga sahaja orang luar.
Dalam kapalterbang kami dihidangkan dengan makanan halal. Terdapat tulisan 'qingzhen' (halal) pada kotak makanan. Ternyata semua penumpang memakan makanan halal kerana semua kotak makanan mereka juga adalah sama dengan kotak makanan kami.
Xinjiang adalah wilayah autonomi Uyughur dan kesemua orang Uyughur adalah Islam. Selain dari etnik Uyughur terdapat juga etnik-etnik lain yang beragama Islam di Xinjiang. Mereka terdiri daripada Kazak, Urbeks, Kyrgiz, Tajik, dll. Terdapat 75 peratus orang Islam di Xinjiang dan yang selebihnya adalah orang Han. Mereka bercakap menggunakan bahasa Uyughur. Tetapi mula mempelajari bahasa China ketika menjejakkan kaki di bangku sekolah. Orang Han (China) menyebut Urumqi sebagai Wulumuchi manakala Kashgar sebagai Kashi.

Ketika menaiki kapalterbang menuju ke Urumqi, kami dapat melihat pemandangan alam yang amat menakjubkan. Kami dapat melihat gunung-ganang yang tinggi mencecah awan. Ia berada betul-betul di bawah kami. Kemuncaknya mencacak dan keras. Ia dilitupi salji putih yang gebu. Salji itu mendakap kemuncak itu bagaikan bayi yang tidak mahu lepas dari pelukan ibunya. Subhanallah! Indahnya. Luasnya! Tingginya gunung itu. Semuanya dapat kami lihat dari tingkap kapalterbang. Barangkali inilah gunung-ganang yang memisahkan China dengan Mongolia. Terkesima amat amat kami melihat keindahan yang tidak pernah kami lihat ini! Tidak puas-puas mata kami melirik ke arah jendela kapalterbang takut-takut ia akan lenyap dari pandangan mata.
"Gunung apakah ini?" Saya tanyakan soalan ini melalui SMS pada sahabat Uyughur saya yang bernama Arafat.
"Nama gunung itu ialah gunung Tianshan," jawab Arafat.
Ingatkah anda pada Arafat? Arafat adalah wanita Islam pertama yang saya kenali di China. Dia beretnik Uyughur dan berasal dari sebuah tempat di Xinjiang bernama Qumul (atau disebut Hami oleh orang Han). Anda boleh mengimbas kembali Arafat dan melihat gambarnya di dalam entri yang lepas dengan mengklik DI SINI.
Gambar gunung yang penulis ambil dari tingkap kapal terbang ketika menuju ke Urumqi. Kelihatan salji meliputi kemuncak gunung |
Lagi gambar gunung yang penulis ambil dari tingkap kapal terbang ke Urumqi. Terkesima kami melihat keajaiban ciptaan Allah ini. |
"Gunung apakah ini?" Saya tanyakan soalan ini melalui SMS pada sahabat Uyughur saya yang bernama Arafat.
"Nama gunung itu ialah gunung Tianshan," jawab Arafat.
Ingatkah anda pada Arafat? Arafat adalah wanita Islam pertama yang saya kenali di China. Dia beretnik Uyughur dan berasal dari sebuah tempat di Xinjiang bernama Qumul (atau disebut Hami oleh orang Han). Anda boleh mengimbas kembali Arafat dan melihat gambarnya di dalam entri yang lepas dengan mengklik DI SINI.
Ingatkah anda bahawa Arafat adalah siswi peringkat Master di Communication University of China di Beijing tempat saya bertugas itu? Sekarang Arafat mengambil cuti (menangguhkan pengajian) selama satu semester dan berada di Qumul. Semasa mengambil cuti universiti beliau bekerja di Universiti Xinjiang, tetapi kemudiannya terpaksa berhenti kerana beliau memakai hijab. Undang-undang di Xinjiang melarang wanita bekerja memakai hijab.
Sekarang Arafat sedang mencari kerja lain yang membenarkan dia memakai hijab, tetapi ternyata amat susah mendapatkannya. Undang-undang di Xinjiang adalah berbeza dengan wilayah autonomi lain di China. Tidak seperti undang-undang di Mongolia Dalam (Inner Mongolia). Saya pernah ceritakan tentang Nadiya, gadis di Hohhot, Mongolia Dalam tempoh hari yang bertudung dan mengajar di sebuah sekolah Islam. Sila klik DI SINI untuk mengetahui tentang Nadiya di entri yang lepas. Namun peraturan di Xinjiang amat jauh berbeza.
"Sekolah Islam tidak pernah wujud di Xinjiang. Ia adalah haram di Xinjiang!" Kata Arafat dengan kesal ketika kami makan bersama-sama di kantin halal di kampus Communication University of China, Beijing suatu ketika dulu.
Berbual-bual dengan Arafat membuatkan saya mengetahui keluhan dan kepayahan orang Islam di Xinjiang.
Sebelum ini saya pernah ingin mengikut Arafat pulang ke kampung halamannya di Qumul, Xinjiang dengan menaiki keretapi. Tetapi disebabkan sukar mendapatkan tiket keretapi saya tak dapat ikut.

Semasa saya, Salwa dan Azizi berada di Urumqi dan Kashgar, Arafat mengundang kami ke rumahnya di Qumul. Namun Qumul terlalu jauh dari Urumqi dan Kashgar. Maka itu kami tidak sempat ke rumahnya dan menemuinya.
Transit di Urumqi sebelum ke Kashgar |
"Alamak Habislah Aku"
Sesampainya kami di Urumqi, kami terpaksa melalui keselamatan dan imigresen. Di sini pasport kami disemak oleh seorang pegawai lelaki. Salwa beratur dahulu. Saya lihat Salwa disuruh oleh pegawai itu untuk menyelak tudungnya di bahagian dahi supaya wajahnya dapat dilihat jelas. Salwa menarik tudungnya kuat-kuat ke belakang kepala supaya pegawai itu dapat melihat dahinya. Pegawai itu berkali-kali menyuruh Salwa menarik tudungnya ke belakang. Lagi dan lagi dan lagi. Setelah tiba giliran saya, saya pun diperlakukan begitu. Cis!
Kemudian kami masuk ke bahagian mesin pengimbas barang-barang dan pemeriksaan badan. Setelah meletakkan beg ke dalam mesin pengimbas, saya lihat pegawai di situ menyuruh Salwa melucutkan tudung dan serkupnya. Salwapun dengan terpaksa melucutkan tudung kepalanya sehingga rambutnya terdedah. Lalu tudung dan serkupnya disuruh masukkan ke dalam mesin pengimbas! Cis! Sampai begitu sekali!
Setelah itu Salwa melalui pintu keselamatan dan kemudian dia disuruh berdiri di atas sebuah platform kecil, mendepangkan kedua-dua belah tanganya dan keseluruhan badannya diimbas dan diraba oleh seorang pegawai wanita. Saya kasihan melihat Salwa diperlakukan begitu. Salwa sudah mengerjakan haji dan setiap tahun mengerjakan umrah. Tentu sekali Hajah ini merasa malu dan terhina.
Tiba giliran saya, saya pun diperlakukan begitu. Dasyat sungguh! Saya rasa dicabuli! Rasa ditelanjangi! "Alamak habislah aku!" Ini tempat terbuka. Orang lelaki dan penumpang lain pun ada dan tentu mereka nampak aurat saya. Teruknya kami diperlekehkan! Hak asasi kaum wanita Islam dicabuli! Dinodai! Saya rasa amat amat terhina! Sungguh BIA***! SUNGGUH KURANG ****! Peraturan dan birokrasi yang paling buruk yang pernah saya alami! Tetapi saya tidak tahu di mana harus saya mengadu. Selama ini sayau hanya mendengar keluhan dari sahabt saya Arafat. Tetapi kini saya alaminya sendiri. Barulah saya mengerti kini.
"Itulah yang diperlakukan oleh mereka selama ini. Lebih menyedihkan ramai pula pegawai itu yang Islam, bermuka-muka dan menjadi tali barut!" keluh Arafat melalui telefon apabila saya membebel tentang birokrasi yang tidak ber****dun ini.
Hasrat yang Tidak Kesampaian
Hari kami sampai itu adalah hari Raya Korban (Aidil Adha) dan ia jatuh pada hari Jumaat. Di Kashgar ada sebuah masjid purba terbesar di Xinjiang, malahan terbesar di China. Masjid Id Khah namanya. Kami sudah tahu yang kami akan terlepas solat sunat Aidil Adha di Masjid Id Khah. Namun kami amat berharap dapat solat Jumaat di Masjid Id Khah.
Arafat pernah memberitahu saya yang wanita tidak dibenarkan solat di mana-mana masjid di Xinjiang. Saya macam tidak percaya kata-kata Arafat itu. Kalaulah benar, kami cuma boleh menemani Azizi sahaja solat di situ. Anda pula macam mana? Percaya tak yang wanita tak dibenarkan solat di masjid di Xinjiang?
Perjalanan kami diteruskan dari Urumqi ke Kashgar dengan menaiki pesawat China Southern.
Hati kami masih 'bengkak' dengan peristiwa birokrasi di imigresen Urumqi tadi. Tetapi kami meneruskan perjalanan dengan harapan peristiwa hitam itu tidak berulang lagi di Kashgar.
Kami sudah pun berada di dalam perut kapalterbang. Perjalanan sepatutnya memakan masa satu jam. Namun pesawat itu tidak bergerak-gerak meninggalkan lapangan terbang Urumqi. Setelah lebih dua jam berada di dalam perut kapal terbang, barulah pesawat itu berlepas. Sebabnya tidaklah kami ketahui.
Dalam penerbangan kami dihidangkan dengan makanan halal.
Dalam perjalanan ke Kahsgar sekali lagi kami dapat melihat pemandangan yang begitu indah. Sekali lagi kami dapat melihat gunung-ganang yang diliputi salji putih. Kami dapat lihat ada tasik-tasik yang berwarna kehijau-hijauan. Kadang-kadang kami melalui padang pasir yang tandus. Sesekali ada oasis di padang pasir itu. Indah. Kami juga dapat lihat jalan-jalan Sutera yang berliku-liku.
Namun gunung-ganang diselaputi salji putih kelihatan lebih ketara dan memukau.
Apakah gunung yang kami lihat ini? Tidakkah pernah saya belajar tentang gunung ini dalam kelas Geografi?
"Itulah Gunung-gunung Tuhan." kata Arafat melalui SMS apabila saya tanya dia.
"Gunung-gunung Tuhan?" tanya saya lagi kerana tak pernah dengar nama itu.
"The Mountains of Allah", kata Arafat lagi.
"MasyaAllah!"
Barangkali Gunung-gunung Tuhan inilah gunung-gunung yang memisahkan China dengan Kazakstan, Kyrgizstan dan Tajikstan. Kemudiannya saya mendapat tahu bahawa gunung-ganang ini juga dikenali dengan Heavenly Mountains yang juga dipanggil "Gunung-gunung Tuhan" oleh penduduk tempatan.
Gunung-gunug Tuhan atau Heavenly Mountains. Gunung-gunung Tuhan yang diliputi salji. Gambar ini diambil penulis dari tingkap kapal terbang |
Oasis dan gurun di kawasan pergunungan Heavenly Mountains |
Kami masih mengharapakan yang kami dapat solat Jumaat di Masjid Id Khah apabila sampai di Kashgar nanti. Namun hasrat kami itu tidak kesampaian. Kami sampai di Kashgar sudah agak petang kira-kira pukul 5.30 petang.
Pesawat China Southern mendarat di Kashgar. Kelihatan Gunung-gunung Tuhan di latarbelakang |
Waktu di Xinjiang tidak sama dengan waktu di Beijing. Di sini jamnya lewat sejam dan waktu malamnya lebih panjang. Waktu maghribnya pada pukul 8 malam. Manakala waktu solat subuh agak lambat iaitu pada pukul 7.49 pagi. Cuaca di sini tidaklah sesejuk cuaca di Beijing.
Malam Pertama di Kashgar dan Kisah Siswa Islam Tidak Dibenarkan Solat
Di Kashgar kami disambut oleh Adil seorang pemuda beretnik Uyughur. Dia berusia 25 tahun dan memiliki rupa paras yang kacak dan bermata biru-perang. Dia seorang siswa di Maktab Perguruan di Kashgar dalam jurusan bahasa Inggeris dan akan menjadi guru Inggeris apabila tamat pengajian. Adil mengambil upah membawa kami sekitar Kashgar bagi menampung pengajiannya di maktab perguruan kerana beliau anak yatim. Bapanya meninggal dunia sejak kecil dan ibunya bekerja sebagai petani untuk menampung dia dan adik-adiknya.
Adil beragama Islam. Hari itu adalah hari raya Korban dan sepatutnya dia merayakannya bersama keluarganya, tetapi terpaksa membawa kami jalan-jalan. Apabila ditanya waktu-waktu solat di Kashgar, Adil secara terus terang menyatakan bahawa dia tidak tahu. Dia cuma tahu waktu solat subuh sahaja. Ini disebabkan dia tinggal di asrama dan dilarang untuk solat. Sekiranya orang mengetahui dia solat, maka keistimewaan dan haknya sebagai siswa akan lucut dan menimbulkan pelbagai masalah lain. Adil cuma dapat solat subuh secara sembunyi-sembunyi. Di sini sekali lagi saya dapat saksikan pengakuan sebenar bagaimana orang Islam dicabuli haknya.
Menginap di Persekitaran yang Luarbiasa dan Kontras
Kami dibawa ke hotel Yambu oleh Adil. Hotel ini terletak di pusat bandar. Tulisan-tulisan di papantanda dan di kedai-kedai adalah tulisan Arab (dalam bahasa Uyughur). Berada di Kashgar seolah-olah berada di sebuah negara Timur Tengah dan bukannya di China. Orang-orang Uyughur juga berwajah orang Turki! Ini disebabkan orang Turki berasal dari sini. Dahulunya Xinjiang ialah Turki Timur tetapi telah jatuh ke tangan China.
Ketika kami ke Kashgar, telah masuk musim luruh dan daun-daun kelihatan menguning. Kami berada di China tetapi keihatan seperti di Timur Tengah. Suasana ini amat unik, kontras dan luarbiasa!
Adil membantu kami check-in di Hotel Yambu |
Makan Malam di Kashgar
Setelah check-in hotel kamipun dibawa Adil makan malam di sebuah restoren. Oleh kerana hari ini hari raya korban, maka kedai-kedai banyak yang tutup. Kami diberitahu Adil bahawa Raya Korban adalah raya yang istimewa dan umat Islam di Kashgar menyambutnya dengan meriah berbanding dengan hari raya Aidil Fitri. Kebanyakan orang Islam di sini mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga dan tidak berniaga selama 3-4 hari.
Makan malam yang disaji adalah makanan tradisi China yang terdiri dari ayam masak kicap, ayam masak campur lobak merah, tomato segar ditumis dengan telur, sup telur, kacang panjang masak dengan lobak merah, daging masak dengan daun bawang dan tumis kacang tanah. Semuanya halal dan dimakan dengan nasi putih. Amat menyelerakan.
Makanan yang dihidang amatlah menyelerakan dan kami tidak mahu melepaskan nikmat itu. |
Makan Angin di Kota Kashgar Pada Waktu Malam di Musim Luruh
Salwa asyik memerhati wanita Uyughur yang amat bergaya ketika menyapu sampah di jalan |
Selepas makan malam kami pulang ke hotel dan Adil pulang ke asramanya. Pada malam itu kami bersiar-siar menikmati udara dingin dan segar pada musim luruh di Kashgar. Kami lihat kedai-kedai Islam dengan tulisan Arab. Sungguh luar biasa. Kami rasa amat gembira melihat orang Islam Kashgar yang masih teguh memegang agama Islam walaupun mereka tidak bebas beragama. Sesungguhnya mereka inilah yang mendapat ganjaran besar di sisi Allah nanti!
Pasar malam di kota Kashgar |
Semasa bersiar-siar itu kami sempat ke pasar malam yang ada di situ. Sempat juga kami merembat sebuah beg tangan yang harganya MURAH sangat. Kami juga sempat membeli buah anggur yang sedang bermusim di Kashgar. Kashgar terkenal dengan anggurnya. Buah anggurnya hijau jernih. Segar! Apabila dikunyah amat rangup dan manis! Sedap sangat sangat!
Orang Islam Uyughur berniaga buah-buahan di Kashgar. Ketika ini musim buah anggur di Kashgar. Anggurnya segar dan sedap |
Malam itu kami tidur pada malam yang begitu panjang tetapi terbangun beberapa kali kerana menyangkakan subuh sudah berlalu. Tetapi tidak. Waktu subuhnya lewat sekali. Itulah pertama kali saya solat subuh pada pukul 8.00 pagi.
Ada lagi kisah menarik kami di Kashgar. Akan diceritakan dalam entri akan datang. Jangan lupa ikuti kisah menarik kami ini ya!
bersambung...
Baca sambungannya KEMBARA JALAN SUTERA (BHG 2) DI SINI
Baca kembara sebelumnya Jinan: Naik Bullet Train dan Berniaga di China DI SINI
Baca sambungannya KEMBARA JALAN SUTERA (BHG 2) DI SINI
Baca kembara sebelumnya Jinan: Naik Bullet Train dan Berniaga di China DI SINI
Assalamualaikum Yong,
BalasPadamGambar2 gunung sangat cantik. Tapi amat sedih dan marah sbb layanan kpd org2 Islam. Sabarnya diorang. Akak suka tengok gambar makanan, apa rasanya...
Waalaikumusalam Yong Mohkembara,
PadamApa khabar Turki dan Kampung Deredebi?
Gunung-gunung tu memang cantik sangat. Kalau tengok dengan mata sendiri, di tempat sebenar, memang terpukau. MasyaAllah!
Layanan dema terhadap orang Islam memang menyedihkan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kesabaran dan kesusahan yang mereka hadapi untuk mempertahankan Islam di sini memang patut dipuji. Apabila kita berada di sini kita rasa insaf dan bersyukur yang kita di Malaysia tidak menghadapi masalah begitu. Tetapi ramai daripada kita, tidak mengambil peluang dari kebebasan beragama ini. Kita ambil sambil lewa saja.
Sama-samalah kita berdoa semoga orang Islam di Xinjiang tetap teguh imannya dan janganlah hati mereka dibolak-balikkan.
Makanan di sini fuhh MARVELOUS!!!
Salam Yong
BalasPadamLaluan sutera di timur......
Wow...pengembaraan yang betul2 mencabar ni. suke suke, sgt suke....
Dahsyat sungguh layanan imigresen deme terhdap perempuan yang berhijab. Memang bodoh bin dungu sungguh...sorry bahasa kasar sebab geram sesgt bacanye....
Dahsyat sungguh jugak layanan deme pada orang Islam kat sana, tertindas di negara sendiri.
Salam Yong ASP,
PadamLaluan sutera timur memang mencabar, memang lain daripada yang lain.
Memang geram, benci, marah semua ada apabila kita di'paria'kan. Tapi teman tak dapat nak luahkan habis-habisan di sini, paseinya awak (maksudnya teman) masih ada di tempat dema ni. Awak tak andak le menyusahkan diri awak sendiri.
Hairan juga di kawasan autonomi majoriti Muslim spt Xinjiang, Islam masih dikekang, tidak seperti di Mongolia Dalam. Ada kenalan saya dari Xinjiang yang belajar di sini menulis Urumqi sebagai Wulumuqi... agak kelakar bunyinya...
BalasPadamSorotan yang semakin menarik...
Mie,
PadamSaya pun hairan undang-undang dan peraturan di setiap provinsi berbeza. Walaupun majoritinya Islam, Islam tetap di bawah telunjuk yang berkuasa dan yang berkuasa itu adalah .... Di mana-mana saja di dunia ini Islam dilabelkan sebagai terrorist. Sama saja seperti di Palestin, di Amerika.
Dunia ini adalah penjara buat orang Islam.
Urumqi disebut Wulumuqi oleh orang Han kerana mereka tak reti sebut. Kelakar, kan? Sama juga mereka tak reti sebut Uyughur. Kawan Uyughur saya beritahu.
Terima kasih Mie kerana sudi ikut kembara saya.
Subhanallah cantik sungguh gunung kat gambar tu, tersusun indah. Indah sungguh ciptaan Allah.
BalasPadamYaAllah sampai macam tu skali Islam diperlekehkan di negara orang kan. Undang-undang manusia yang tah apa2 tanpa memperdulikan hak asasi manusia. Padanlah, negara mereka sebegitu.
Apa-apa pun perjalanan kan NA memang mencabar dan menarik! Teringin pulak nak singgah situ kalau dikurniakan rezeki.
:)
Janggel/Rain,
PadamCantik! Memang Kak nA pun terkesima. Tak sangka pulak tu dapat tengok gunung macam tu. Rasa macam terbang dekat sangat dengan gunung tu. Ini bermakna gunung ini tinggi, sampai boleh nampak jelas dari atas kapalterbang.
Islamiphobia ni ada di mana-mana. Jadi kita orang Islam kenalah bersatu padu. Janganlah berpecah belah.
Janggel lelaki jadi Kak nA rasa tak ada masalah ke sini.
Salam prof..
BalasPadamSaya tahu pasal jalan sutera..yeahh!! hehe..manager saya ada cter2 pasal tmpt tu..dia ckp jln tu lah digunakan oleh para perdagang dulu..kalo xsalah saya cina supply sutera dan negara2 timur tengah ke apa ntah supply rempah2..jalan tulah digunakan untuk perhubungan. Dan yang di highlight oleh manager sy..tempat tu cantek amattt.
Simpatinya saya dengan nasib prof dan akak salwa..hal tudung tu kalo kita membantahpun boleh bawa masalah kat kita..kang jadi lain pulak.
Salam Zila,
PadamSaya yakin Zila tahu tentang Jalan Sutera ini. Ya, betul jalan sutera ini digunakan untuk perdagangan dari timur jauh ke timur tengah dan negara-negara lain. Agama Islam juga disebarkan ke China melalui Jalan-jalan Sutera ini. Antaranya sahabat Nabi Muhammad (s.a.w) telah datang ke sini menggunakan jalan sutera untuk menyebarkan Islam. Itulah sebabnya orang Islam ramai di sini.
Tempat ini memang cantik. Tapi saya tak berpeluang pergi ke kebanyakan tempat-tempat cantik itu.
Hal tudung tu, kalau kita bantah akan menyusahkan kita. Terkontang-kanting kita di sana nanti.
Yes..pasal Agama Islam tu pun manager saya ada ckp..malu time tu sy kat dia sebab dia cina tapi tahu smua tu dan dia pelik saya tak tau.
PadamZila,
PadamTak perlu malu kalau kita tidak tahu pasal Islam di situ. Saya pun tak tahu juga sebelum ini. Tapi dah pergi baru tahu. Ini disebabkan pelancong Islam susah untuk masuk ke situ, agaknya. Pelancong yang ramai datang ke situpun orang bukan Islam. Orang Islam jarang ke situ. Travel agent di Malaysia pun rasanya tak buat pakej ke tempat ini. Mungkin mereka tahu tentang birokrasi yang membuatkan orang Islam marah. Kalau orang Islam marah, mana travel agent boleh untung?
wah bertuah kak yong dapat mengalami pengalaman sebegini, walaupun terdapt inseiden yang memalukan, tetapi sungguh bermakna dalam perjalanan seorang pengembara.....
BalasPadamKayrol,
Padam“Hanya orang yang mengembara saja yang tahu di jalan mana ada lubang, lopak dan duri”, kan?
Cepatnya naik kapal terbang, beruntung dapat melihat pemandangan indah gunung ganang dari udara. Kalau naik keretapi berpuluh2 jam berhari2 lah, walau bagaimana pun walau apa cara sekali pun kita mengembara kesesuatu tempat pasti ada daya tarikan tersendiri. Naik kapal terbang, bas atau train semuanya menjanjikan keseronokan tersendiri.
BalasPadamKashgar, Naramaas ada try minum jus buah delima yang banyak dijual di pinggir jalan? Waktu saya sampaai disana saya kerap membeli minum jus delima yang merah pekat macam darah, tapi manis bila diteguk. Murah sekitar RM 2.00 duit Msia ketika itu.
Hanya 3 hari memang tak cukup, tapi insyaallah lain kali boleh pi lagi sekali lah ya.....
Salam AndaQue,
PadamTerlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih kerana menginggalkan ulasan di sini. Terubatlah rindu pada komen-komen AndaQue ini.
Ya, naik kapalterbang cepat sikit sampainya. Itulah cara termudah saya ke sana sebab tiket keretapi susah sikit nak dapatnya. Merana saya menunggunya.
Setiap kembara mempunyai kelainan yang tersendiri. Lain orang lain ragamnya, lain ceritanya. Walaupun cuma tiga hari tapi dapat juga akhirnya saya menjejakkan kaki ke bumi Xinjiang yang saya idam-idamkan. Jadilah untuk sample, dapat tengok sikitpun dah seronok, jangan tak merasa langsung. Kalau diikutkan hati memang nak kembara lama di sana, tapi keadaan tidak mengizinkan pada masa itu.
Jus delima? Macam sarbat tu ke? Ada kami nak beli dekat pekan lama. Tetapi yang jualnya orang Han. Bila ditanya halal ke tidak. Dia kata halal. Jadi kamipun orderlah. Dah order dan orang tu dah bancuh tiba-tiba ada orang Uyughur lalu dan beritahu kami yang minuman itu ada arak, tak boleh minum. Kami pun cancel order tu. Tetapi orang Han tu paksa kami beli. Kami tak mahu lalu kami terus lari dari situ. Dia menjerit-jerit panggil kami. Tapi kami terus lari he he he.
Sarbat tu apa hahaha...Jus Delima (buah delima yang biji2 kecil dalamnya tu), biasanya orang Uyughur yang memerah buah ini dipinggir jalan...macam orang perah tebu di Msia ni hehehe...
PadamAndaQue,
PadamTak jumpa pulak kami jus delima yang diperah tepi jalan yang macam AndaQue cakap tu. Yang kami jumpa tu sarbat (air sirap merah) yang dibancuh tepi jalan. Masa kami pergi tu ramai orang tak berniaga, mereka cuti raya korban. Jadi rasanya penjual jus delima semua cuti agaknya.
kenapalah buat sampai camni, bukan hidup zaman batu lagi..tapi syukur jugak takda kejadian tak diingini berlaku, kalau tak buat macam depa suruh, nanti dituduh menghalang pihak berkuasa pulak, berkemungkinan kena tangkap. memang terpaksa seperti yang disuruh jer...walaupun ada kejadian yang buruk, tapi permandangan mountains of heaven tu betul-betul cantik, kagum tengok...
BalasPadamSalam Orga,
PadamBegitulah bila berada di tempat orang. Kita kena akur dengan telunjuk mereka. Apa yang disuruh kita kena buat. Dah tempat depa. Depa berkuasa. Dengan muka cengih depa tu, tengok pun gerun.
Heavenly Mountains tu memang betul betul cantik. Dengan tasiknya, gunung-gunung, padang pasir, lorong berliku-liku...
Assalamualaikum...sy tertarik baca entry ni sbb sy merancang ke sana. sy pernah terbaca di blog lain pglmn dia ke sini tapi tidak pulak diceritakan lgsung psl masalah di imigresen Urumqi dsbnya. jadi berdasarkan pengalaman prof sy sendiri rasa sedih dan tak sangka. sy pelik sbb wilayah yg dikatakan ramai penganut agama Islam tapi kenapa begitu jahil. sedangkan bila sy ke negara yg Islam bknlah penduduk majoriti, mereka begitu terbuka menerima sesiapa saja ke sana. tiada larangan berpakaian apatah lagi mengerjakan solat. jadi sy amat2 terkejut dgn pglmn prof. sy akan take note benda ni dan tengah memikirkan mampukah sy biarkan diri sy diperlakukan sebegitu sbb pastinya sy akan rasa maruah spt dipijak2 ke tanah...
BalasPadamteruskan berkongsi..sy teruja nak tau kisah selanjutnya. btw gmbr gng2 dari ketinggian kapal terbang tu mmg cantik..subhanallah...ia mengingatkan sy pada new zealand pada musim sejuk :D
Waalaikumusalam Fatt,
PadamMungkin yang pernah pergi ke sana itu tidak melalui imigresen di lapangan terbang Urumqi. Barangkali mereka melalui keretapi dan tidak melalui pemeriksaan serapi menaiki kapalterbang. Saya juga tidak menyangka ini berlaku pada saya, saya pun tidak pernah mendengar tentang ini sebelumnya. Tetapi apabila berlaku pada diri sendiri dan juga pada wanita Islam lain, nampak pula di hadapan mata, barulah terkejut beruk saya dibuatnya. Memang pelik undang-undang di sini, tidak sama dengan tempat lain. Di sini lebih ketat undang-undangnya. Inilah keluhan yang diceritakan semua orang Uyughur apabila saya berbual dengan mereka. Ini kisah benar. Apabila Islam telah dilabelkan sebagai terrorist, maka mereka sentiasa phobia dgn orang Islam. Lebih ramai orang Islam di tempat itu lebih phobia mereka dan lebih ketat pula peraturannya. Inilah hakikat sebenarnya. 4 bulan (Jun 2012) sebelum saya ke Xinjiang telah berlaku cubaan rampasan kapalterbang di sana. Cuba Fatt baca laporan BBC ini http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-china-18641341
Ramai orang China menasihati saya jangan pergi ke sana. Tapi saya yang degil. Jadi saya rasa ekoran insiden rampasan itu peraturan ketat dilakukan di sini. Sebab itu juga susah sekarang hendak dapat tiket keretapi.
Saya harap semasa Fatt mengembara ke sini peraturan ini berubah. Berdoalah semoga ia dipermudahkan.
Ya, gunung-gunung di sini memang cantik. Ya, ada iras-iras New Zealand. Tapi di sini lagi luas. Ia adalah sebahagian daripada Gunung Himalaya, kalau tidak silap saya.
terima kasih prof di atas link yg diberikan. ketara di situ mereka melabelkan islam sbg terrorist. soalan yg sama diajukan pd sy oleh seorang pelajar di Chengdu waktu sy bagitau dia sy seorg muslim.
Padambila kita travel kdg2 kita akan berjumpa dgn ramai org yg kebanyakannya islamphobic. tapi setelah melihat sendiri cara kita bercakap dan kelakuan kita...tanggapan mereka berubah. nampaknya media barat dah banyak memutarbelitkan cerita sampai jadi begitu sensasi. jadi kitalah sbg duta2 kecil islam ke negara yg pengaruh islamnya kecil, kita harus membetulkan pemikiran mereka. semoga kita semua dilindungi...insya Allah
Fatt,
PadamYa, Fatt sayapun dah baca cerita Fatt di Chengdu tu. "Am I look terrorist to you?" Itu saja jawapan yang boleh kita beri kalau orang melabelkan Islam begitu. Media barat memang sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan Islam. Ya, kita juga boleh menyampaikan syiar Islam dan berdakwah melalui kelakuan dan penampilan kita.
salam,
BalasPadamseronoknya dapat baca kisah Xinjiang di sini :)
berdasarkan pengalaman saya di Urumqi airport, ya mereka suruh bukak tudung, tapi kebetulan saya pakai anak tudung warna hitam macam warna rambut dan lepas saya bukak tudung (masih memakai anak tudung), saya buat selamba teruskan berjalan, dan mereka tak cakap apa2 suruh tunggalkan anak tudung.. mungkin tak sedar. so selamatlah (sikit)..
di Idkah masjid saya sempat solat dalam masjid sekali, itupun di kawasan pelancong masuk dan bukan masa solat jemaah. MAsa solat jemaah, saya cuma sempat solat 2 kali itupun cuma bersama 2-3 org wanita lain, di penjuru belakang taman beralaskan tikar buruk (memang tak disediakan ruang utk wanita).
tak tahu kenapa, Kashgar adalah tempat yg sangat istimewa sepanjang trip jami jgk, maybe sebab penduduk yg ramah dan makanan yg sedap :D
cepat2 sambung cerita ye..!
Salam Ilyani,
PadamSaya dah baca blog Ilyani dan saya seronok melihat gambar-gambar yang Ilyani ambil. Bertuah. Bertuah. Bertuah Ilyani dapat tengok Karakul Lake.
Bertuah juga Ilyani di imigresen Urumqi, anak tudung tak disuruh bukak. Kami tidak. Disuruh-suruhnya kami buka satu persatu walaupun pada mulanya kami enggan juga.
Sekali lagi bertuah Ilyani dapat solat di Masjid Idkah. Kami datang waktu pagi (dhuha). Jadi pengawal itu suruh kami melawat saja.
Ya, nanti saya sambung cerita selanjutnya.
maaf mencelah.
BalasPadamya saya pernah baca jugak di blog ilyani pengalaman dia di urumqi. masa tu prof belum lagi ke sini jadi sy anggap benda itu tak pernah berlaku dan bila prof cerita pglmn itu barulah sy tertanya2 apakah ilyani jgk mengalami masalah yg sama. terima kasih ilyani kerana telah menjelaskan apa yg sblm ini sy fikirkan. sy hrp masalah ini tak ada kalau naik keretapi.
wassalam
Ilyani,
PadamTerima kasih kerana menjelaskan ini semua. Ini bermakna bukan saya saja yang kena.
Fatt,
Menurut kawan Uyughur saya -Arafat- kalau naik keretapi mereka tak suruh buka tudung :) Jadi bolehlah naik keretapi. Cuma naik keretapi tu lama baru sampai kalau dari Beijing.
salam kak...
BalasPadambaru plan nak pergi route ni tahun depan tapi terbantut lepas dengar cerita penindasan orang Islam di sana. Lepas baca blog akak, lagi berat pulak nak pergi ke sana. Tapi, isshhh trip ni memang best...sekarang perasaan bercampur baur...nak pergi tapi bimbang, tak pergi nanti menyesal *krik krik.
Salam Nana.
PadamItulah hakikat sebenar yang berlaku pada saya di Xinjiang. Apabila saya semak dengan orang lain yang pernah ke sana melalui kapalterbang mereka pun mempunyai pengelaman kena buka tudung di lapangan terbang di sana. Tetapi kalau naik keretapi kata Arafat, mereka tak check macam tu.
Mungkin pengalaman Nana berbeza dengan saya. Mungkin pengalaman Nana lebih manis. Boleh cuba pergi dan bersedia dengan segala kemungkinan. Nanti ceritakan pada saya.
Assalamualaikum bu Nana, ibu saya mohon ke ibu balas email saya. Terimakasih bu sebelumnya.
BalasPadamWaalaikumusalam...saya telah membalas emel Riska.
PadamAssalamualaikum buk naramas. Saya eka, dari Padang -- Indonesia. Insya Allah, akhir desember hendak bepergian ke Xinjiang dari Xian via kereta api.
BalasPadamBoleh saya tahu, berdasarkan pengalaman ibuk, tempat apa yang menarik dari Xinjiang untuk di kunjungi? Dan, hal apa yang harus diperhatikan selama berada di sana agar perjalanan kami menyenangkan. Terima kasih :)
Saya cuma sempat ke Kashgar dan Urumqi. Di sini saya hanya ke kotanya sahaja kerana waktu yang terlalu singkat di sini. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati tetapi tiada kesempatan. Terdapat 3 entri tentang kedua-dua kota ini telah saya blogkan. Jemputlah membacanya. Kesemua tempat-tempat ini patut Eka lawati.
PadamAssalammualaikum saya pun penah ke Urumqi dan saya dgn kakak pun disuruh buka tudung..saya bru balik 27 may 2016
BalasPadamWaalaikumusalam Halimatun.Sungguh sedih mendengarkan Halimatun dan kakak pun mendapat layanan yang sama macam yg saya alami.
Padam