Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 13 Mac 2013

9 Hadiah Kepada Pengunjung Setia Nota Kembara Naramas Aman


A ssalamualaikum dan selamat sejahtera! Entri kali ini lain sikit. Saja nak kongsi sedikit cerita. Sudah setahun saya berblogging. Mengenang kembali semasa pertama kali pos entri di blog ini, saya berdebar-debar juga. Tertanya-tanya juga: Siapalah yang hendak baca blog ni? Maklumlah saya ni old school

Tetapi lama kelamaan blog ini mula dikenali. Daripada tiada pembaca kepada ada pembaca dan kemudiannya menjadi pembaca setia. Majoriti yang menyertai tapak blog ini adalah orang yang saya tidak kenali, tetapi setelah mereka sering membaca dan meninggalkan ulasan saya mula mengenali mereka. 

Jadi saya sangatlah berterima kasih kepada kalian yang sering membaca entri saya dan meninggalkan ulasan. Ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada yang menghantar email, menghantar gambarfoto, yang klik like di facebook, yang ikut twitter dan menghantar mesej di facebook. Respons kalian itu membuatkan saya bersemangat untuk terus menulis tentang kembara saya. Jadi bagi menghargai sokongan anda itu saya ingin memberi hadiah.



Hadiah-hadiah untuk Dimenangi


Hadiah-hadiahnya adalah berupa magnet peti sejuk dan tanda mata yang saya belikan semasa saya mengembara di Beijing, Mongolia Dalam, Haerbin dan Shanghai.

 Hadiah Pertama:


Bekas penyimpan pen (pen holder) berbentuk but orang normad Mongol ini dari Mongolia Dalam. Manakala magnet peti sejuk  (fridge magnet) berbentuk tembikar China bermotifkan bunga dan kaligrafi China ini dari Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi hakmilik anda.

Hadiah Kedua:


Magnet peti sejuk berbentuk kasut ski dengan gambar pemandangan Haerbin pada musim sejuk ini saya beli ketika Pesta Skulptur Salji dan Ais di Haerbin. Ketika itu suhu mencecah -27C. Magnet peti sejuk berbentuk tembikar China bermotifkan bunga dan kaligrafi China ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda.

 

Hadiah Ketiga:


Magnet peti sejuk berbentuk anggur dan pembuka tudung botol Rusia ini saya beli di Jalan Zhongyang Haerbin yang bersempadan dengan Rusia.  Magnet peti sejuk berbentuk tembikar China bermotifkan pemandangan alam semulajadi serta berkaligrafi China ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda.

 

Hadiah Keempat:


Rantai kunci berbentuk khemah ger ini saya beli di Mongolia Dalam ketika saya berkhemah di Padang Rumput Xilamuren, Mongolia Dalam. Magnet peti sejuk berbentuk tembikar China bermotifkan dahan/daun buluh serta berkaligrafi China ini saya beli di Beijing .Kedua-duanya bakal menjadi milik anda.

 

 Hadiah Kelima:


Magnet peti sejuk diperbuat daripada metal berbentuk pembuka tudung botol dan bergambar menara tinggi Shanghai ini saya beli di Shanghai. Magnet peti sejuk getah berbentuk tembikar China bermotifkan bunga dan tulisan China ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda.


Hadiah Keenam:


Magnet peti sejuk diperbuat daripada metal berbentuk pembuka botol dan mempunyai gambar Oriental Pearl TV Tower ini saya beli di Shanghai. Magnet peti sejuk berbentuk cheongsam bermotifkan bunga ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda.


Hadiah Ketujuh:


Daun merah semulajadi ini saya beli di Bukit Wangi Beijing ketika Pesta Daun Merah di musim luruh. Magnet peti sejuk berbentuk cheongsam bermotifkan bunga ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda

Hadiah Kelapan:


Daun merah semulajadi ini saya beli di Bukit Wangi Beijing ketika Pesta Daun Merah di musim luruh. Magnet peti sejuk berbentuk cheongsam bermotifkan bunga ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda


Hadiah Kesembilan


Daun merah semulajadi ini saya beli di Bukit Wangi Beijing ketika Pesta Daun Merah di musim luruh. Magnet peti sejuk berbentuk cheongsam bermotifkan bunga ini saya beli di Beijing. Kedua-duanya bakal menjadi milik anda

Syarat-syarat untuk Menang


Syarat-syarat untuk memenangi hadiah-hadiah ini ialah:

1. Meneka dengan tepat 3 soalan di bawah.

2. Jawapan mestilah tepat dan terpantas. Ini bermakna sesiapa yang paling awal menjawab dengan tepat atau terlebih dahulu menjawab dengan tepat adalah layak memenangi hadiah.

3. Pertandingan ini bermula dari masa soalan ini diterbitkan di dalam blog ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 March 2013 (Jumaat) pukul 12.00 malam.

4. Hadiah-hadiah akan dikirimkan melalui Pos Malaysia dan alamat anda mestilah di Malaysia.



Soalan-soalannya

Jawab 3 (TIGA) soalan berikut:

1. Berapa lamakah Naramas Aman berada di Beijing?
a. 9 bulan
b. 6 bulan
c. 3 bulan
d. 9 minggu
e. 9 hari

2. Semasa di Beijing, Naramas Aman bertugas di sebuah universiti. Apakah nama universiti tersebut?
a. Universiti Peking
b. Universiti Beijing
c. Universiti Mao Tze Dong
d. Universiti Komunikasi China
e. Universiti Bahasa Asing

3. Berdasarkan gambar di bawah ini, apakah nama tempat Naramas Aman bergambar ini? (Jawapan boleh dalam bahasa Melayu atau Inggeris)



Nama tempat ini ialah: ______________________________



Jadi apa tunggu lagi? Silalah beri jawapannya di ruangan ulasan di bawah ini. Cepat! Cepat! Siapa cepat dan tepat dia dapat!


54 ulasan:

  1. Jawapan:
    1.a)9bulan
    2.d)Universiti Komunikasi China
    3.Tembok Besar China


    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanadhoi,
      Wah orang yang pertama jawap ni...harapan untuk menang tu cerah nampaknya. Tapi kena tunggu keputusan dulu ya :)

      Padam
    2. kebetulan ternampak update baru hihhi.
      suka baca blog ni,buat rasa cam nak travel alone,
      tapi soon lah kot once dah kerja and ada duit sendiri.hahhha :D

      Padam
    3. Rezeki nanadhoi agaknya ni.

      Ye ke rasa nak travel sesorang?

      Padam
    4. Aah, sbb travel sengsorang boleh berhenti rehat and continue bila2 yang kita nak, pastu boleh feeling2 and layan keindahan alam. Kalau ada partner pon kena pilih yg skepala baru dapat enjoy time travel.:)

      Padam
  2. a- 9 bulan
    b-universiti komunikasi china beijing
    c-tembok besar cina

    BalasPadam
    Balasan
    1. Deqna,
      Wah orang kedua jawap ni...ada harapan menang ni, tapi tunggu dulu keputusannya lepas tarikh tutup :)

      Padam
    2. hiksss...saye silent readers je kak...tapi mmg tetiap ari la saye bace blog akk...smpi khatam pon... :)

      Padam
    3. Deqna baca sampai khatam, tiap-tiap hari? Hmmm kagum saya :)

      Padam
    4. rase nye hampir khatam..kembara ke xian ngn kota ais haerbin tu mmg plg saye suke sgt...

      Padam
    5. teringin rase nye nk kembara mcm akak..tp insyALLAH suatu ari nnt kot... :)

      Padam
    6. @deqna,
      Oh suka cerita kembara ke Xian dan Haerbin :) Mungkin magnet Haerbin yang di atas ni milik deqna :)

      Moga-moga Deqna dapat mengembara lebih jauh dan lebih menarik daripada saya :)

      Padam
  3. Hebat la Dr. Rohani! Teruja saya! Nak jawab juga boleh? hehehe..
    (tak apa la, bagi pembaca lain pula menang, saya dah dapat hadiah awal lagi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fishah teruja? Nak jawap pun boleh, apa salahnya. Betul juga ya, Fishah dah dapat hadiah awal-awal lagi sejak tahun lepas, rasa-rasa saya Fishah orang pertama dapat hadiah dari Beijing. Eloklah kita bagi orang lain hadiah dalam entri ni kan?

      Padam
  4. Jawapan:
    a) 9 bulan
    b) Universiti komunikasi china
    c) great wall of china! ;)

    wahhhh ingat peminat akak kita nih! awesome! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Henry Fox aka Danny aka John aka Kaki Berangan,
      Mestilah akak ingat Danny. Danny selalu baca entri akak dan respons. Dan antara yang pertama join blog ni.

      Nasib baik Danny jawap soalan ni cepat, kalau tidak peluang nak dapat hadiah ini akan terlepas. Tapi tunggu keputusannya dulu ya, lepas Jumaat ni.

      Padam
  5. A. 9 bulan
    B. Universiti Komunikasi China
    C. Tembok Besar China@Great Wall of China

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fazliaton Mohd Noor pun jawap cepat, tapi betul ke tidak jawapan ini akan saya beritahu nanti selepas tarikh tutup :)

      Padam
  6. Salam prof..sempat x sy dpt hadiah ni..hahaha..

    a) 9 bulan
    b) Universiti Komunikasi China
    c) Tembok Besar China

    Harap2 dpt la hadiah...hahaha

    ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. lambatnya ari Jumaat..heehe..tak sabar rasanya

      Padam
    2. Salam kembali Zila,
      Zila orang ke-6 jawap. Peluang untuk dapat hadiah ni cerah. Hari Jumaat tak lama lagi. Lepas itu baru saya bagi keputusan :).

      Padam
    3. berkaca2 mata saya bila baca statement prof..hahaha

      Padam
    4. Salah satu hadiah di atas itu, kemungkinan akan berada di peti sejuk Zila :)

      Padam
  7. Klu sy xdpt hadia pun xpe..magnet kasut ski harbin tu jual ngan sy ble? Klu ada lebih..sy bru blik harbin last januari..xjumpa pun magnet ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fazliaton,
      Magnet kasut ski Harbin tu tinggal satu ini saja. Masa ke Harbin hari itu saya tak beli banyak magnet.

      Padam
    2. Fazliaton Mohd Noor21 Mac 2013 pada 3:05 PTG

      Nampaknya saya kena pergi Harbin lagi...

      Padam
    3. Di Harbin nanti beli banyak-banyak magnet. Yang kasut ski itu dijual di dalam Sun Island. Mereka letak dalam almari kaca macam ketul emas he he he. Menyesal pulak saya tak beli banyak-banyak hari itu.

      Padam
  8. A. 9 bulan
    B. Universiti Komunikasi China
    C. Tembok Besar China@Great Wall of China

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fazliaton,
      Nampak kesungguhan Fazliaton untuk menjawab soalan dan mendapatkan hadiah ni sebab dua kali jawab :).

      Padam
  9. Terima kasih kongsi cerita kembara dan gambar-gambar yang sangat menarik!

    Jawapan Soalan:-
    No. 1 ialah a.9 bulan
    No. 2 ialah d.Universiti Komunikasi China
    No. 3 Nama tempat ini ialah: Tembok Besar China

    ~zellyn hazel~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zellyn jawap dengan ayat penuh. Ini menunjukkan bahawa Zellyn yakin dengan jawapan ini. :)

      Padam
    2. Agaknya terikut-ikut dengan gaya bahasa penulisan Prof Naramas Aman ;D
      Mudah-mudahan jawapan tersebut tepat.

      ~zellyn hazel~

      Padam
    3. Mudah-mudahan jawapan ini tepat :)

      Padam
  10. A. 9 Bulan
    B. Universiti Komunikasi China
    c. Tembok besar China

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummu-razy cepat juga jawap, tapi keputusannya akan diumumkan pada hari Sabtu ini, insyaAllah.

      Padam
  11. Slm doc
    Jwpn saya:
    1. 9 bulan
    2. Universiti Komunikasi China
    3. The Great Wall of China

    Lin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Lin,
      Semua orang jawap sama macam Lin jawap. Tapi betul ke? Nanti saya beritahu jawapan yang betul setelah tutup penyertaan.

      Padam
  12. As salam
    Ni jawapan saya
    1) 9 bulan
    2) Universiti Komunikasi China
    3)Tembok Besar China

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Azmatun,
      Terima kasih kerana mencuba jawap soalan ini. Keputusannya akan diberitahu Sabtu ini, insyaAllah.

      Padam
  13. Arghhhhh tidakkkkkkkkk.... no patbelas dahh????? huuu sob. sob.....

    Tapi jawab jugaklah sebab dah studi sebelum buka komen2 ni tadi....

    1. 9 bulan
    2. Univeristi Komunikasi China
    3. Tembok Besar China

    Tahniah Prof, dah setahun ya berblogging.. Keep it up!!! Saya suka :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. a. 9 Bulan
      b. Universiti Komunikasi China, Beijing
      c .Great Wall of China [Tembok Besar China] :)

      Padam
    2. @MasMz,
      Nombor 14? he he he..tak apa jawab juga kan, manalah tahu ada rezeki dapatlah.

      Terima kasih dengan ucapan itu. Ya, dah setahun berblogging.

      @Dyanz amir,
      Nampaknya semua orang beri jawapan sama ni. Tapi betul ke tidak? Tunggulah keputusannya Sabtu ni ya :)

      Padam
  14. Salam Yong

    alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......keme tertinggal keretapi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
    nak jawab jugak..tak kira.....
    1. a.
    2. d
    3. Tembok Besor Chine

    Nak hadiah jugek....*wink*....



    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Kwang...kwang...kwang...ngapa Yong tertinggal keretapi :(? Tak pe tak pe jawab je he he he :)

      Padam
    2. macam mana boleh tertinggal ketapi juga sama dgn kak Yong ASP ni ahaha
      walaupun macam tak ada harapan nak jawab juga huhu, setelah penyelidikan mendalam dilakukan, ni jawapan saya:

      1. 9 bulan
      2. universiti komunikasi China
      3. mestila tembok besar cina

      p/s: confident,konpem betul ni hehe \(^^,)/

      Padam
    3. Alamak tertinggal jugak :P

      "Penyelidikan mendalam" telah dilakukan. Ini betul-betul serious :)

      Jawapan nombor 3 tu, bukankah di World Park? Di World Park pun ada Tembok Besar China. Hah macama mana? :D

      Padam
  15. nampaknya xde peluang nak menang, so saya tak sertakan jawapan, sbb jawapan pun sama aje mcm kat atas. hehe

    apa2pun selamat kembali ke tanah malaya tercinta!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PM,
      Mana tahu ada peluang menang. PM yakinkah jawapan orang lain itu betul?

      Terima kasih dengan ucapan selamat itu :)

      Padam
  16. Assalam NA,

    Saya pun rasanya tak berpeluang walaupun memang tahu jawapannya. Entah macam mana saya boleh ter miss entry ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Mie,
      Alamak kenapa Mie lambat? Bukankah selalunya Mie antara orang paling awal respons apabila saya pos entri? Mula-mula saya ingatkan Mie sudah ke Shanghai, jadi sebab itu tak respons.

      Padam
  17. Ini jawapan saya:
    1. 9 bulan
    2. Universiti Komunikasi China
    3. World Park - Nampak baju sama pada sebahagian foto di sana. Tembok besar tu pun nampak macam nipis je... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk nombor 3 tu memang saya pakai baju yang sama ke World Park dan ke tempat lain sebab saya tak bawa banyak baju ke Beijing, tapi cuba tengok tudung, yang di World Park tudung hijau, tapi yang ini tudung coklat. Hah macam mana? Di World Park atau Tembok Besar? Cuba tengok pula Tembok Besar ini di tanah tinggi atau tanah rendah? Saya pula banyak kali ke Tembok Besar sebab ahli keluarga dan kawan-kawan selalu datang melawat saya, jadi saya selalu bawa mereka ke tempat ini.

      Padam
    2. Huhu... tak ada rezeki nampaknya. Tak apa nanti saya hadiahkan untuk diri sendiri... minggu depan je...

      Padam
    3. Minggu depan ke Shanghai ya, tentu seronok kan? Mie boleh pilih sendiri nak beli hadiah apa. Semoga selamat dalam perjalanan :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.