Saya backpack lagi. Kali ini di bahagian paling utara China iaitu Haerbin (Harbin) yang terkenal dengan panggilan “Kota Ais” @ Ice City. Ini disebabkan Haerbin terlalu sejuk dan suhu di sana lebih sejuk dari Beijing.
Pada entri yang lalu saya ada menceritakan tentang betapa sejuk dan deritanya saya tinggal di Beijing dalam musim sejuk yang melampau. Di Beijing suhu mencecah sehingga -17°C dan saya kata saya tidak tahan dengan kesejukannya, namun di Haerbin suhunya LAGI SEJUK. Nak tahu berapa? Suhu di Haerbin ialah -30°C. Hah bagaimana? Tak percaya?
-30°C bukan mustahil. Pada
mulanya saya tidak yakin, apakah saya boleh bertahan dalam suasana suhu dingin
yang melampau ini?
Di China
orang membuat gurauan tentang Herbin disebabkan kesejukkannya:
“Di Haerbin hingus kita akan keluar meleleh dari lubang hidung dan terus membeku menjadi ais batu serta merta di atas kumis/bibir.”
Kelakar bunyinya, kan? Tetapi kelakar begini menakutkan. Jadi, buat apalah saya ke sana sedangkan kesejukan di Beijing yang -17°C pun saya sudah menderita?
Di Haerbin
ada keindahan. Kotanya cantik pada musim sejuk dan salji sentiasa ada di sana.
Pertunjukan kemahiran mengukir skulptur dan arca atau binaan daripada ais batu
telah lama menambat hati saya untuk melihat kesenian itu. Ini membuatkan saya
bersemangat untuk pergi.
Saya backpack
dengan seorang kawan. Yanie nama kawan saya ini. Saya kenal Yanie melalui blog
ini. Yanie selalu mengikuti blog saya ini dan sering berhubung dengan saya melalui
emel dan facebook saya. Setelah berhubungan, barulah kami mendapat tahu yang kami sama-sama tinggal di Beijing. Yanie seorang siswi pasca-siswazah di
Universiti Perhutanan (Forestry University) di Beijing. Kami bercadang untuk ke
Haerbin bersama-sama. Lama kelamaan kamipun bertemu. Pertemuan diadakan di Universiti
Komunikasi China, Chaoyang, Beijing iaitu tempat saya bertugas.
|
Setelah berbincang, kamipun membuat keputusan untuk pergi tulat: 3 hari lagi. Kamipun terus ke pejabat jualan tiket yang berdekatan dengan Universiti Komunikasi China. Kami dapat tiket pergi-balik. Alangkah gembiranya kami kerana berjaya
mendapatkan tiket itu kerana kami risau tiket itu kehabisan. Kami akan menaiki keretapi berkelajuan tinggi (high-speed train) dan
perjalanan akan memakan masa 8 jam.
Harga tiketnya ialah 306.50 yuan (RM 153. 25) untuk satu hala.
Setelah
memperolehi tiket pergi-balik, kamipun membuat tempahan hotel. Yanie yang
lakukan tempahan hotel ini melalui agoda.com. Saya setuju sahaja dengan pilihan
hotel yang dilakukan oleh Yanie. Kami juga membuat penyelidikan tentang Haerbin
melalui internet dan buku Lonely Planet.
Selain daripada itu kami juga bertanya kawan-kawan China tentang Haerbin. Salah seorang pelajar China yang saya kenali di sini pula orang Haerbin, jadi banyak jugalah yang saya tanya padanya terutama sekali nama-nama tempat untuk dilawati, memintanya menuliskan dalam tulisan China dan juga cara-cara menaiki keretapi. Yanie juga tidak kurang membuat penyelidikan dan bertanya kawan-kawannya yang pernah ke sana. Jadi kami sudah buat persediaan yang cukup. “Two heads are better than one, isn’t it?"
Selain daripada itu kami juga bertanya kawan-kawan China tentang Haerbin. Salah seorang pelajar China yang saya kenali di sini pula orang Haerbin, jadi banyak jugalah yang saya tanya padanya terutama sekali nama-nama tempat untuk dilawati, memintanya menuliskan dalam tulisan China dan juga cara-cara menaiki keretapi. Yanie juga tidak kurang membuat penyelidikan dan bertanya kawan-kawannya yang pernah ke sana. Jadi kami sudah buat persediaan yang cukup. “Two heads are better than one, isn’t it?"
Menaiki Keretapi Berkelajuan Tinggi (High-Speed Train) dari Beijing Zhan (Stesen Keretapi
Beijing) ke Haerbin Xi (Haerbin Barat)
Awal-awal lagi kami sudah berada di stesen keretapi
Beijing Zhan atau dalam
bahasa Melayunya Stesen Keretapi Beijing. Ia terletak di laluan 2. Subuh-subuh sapei lagi kami sudah keluar dan
ambil teksi. Pada pukul 5.30 pagi kami sudah terpacak di stesen itu kerana kami
tidak mahu ketinggalan. Oleh kerana waktu solat subuh masuk pada pukul 6.00 pagi, kamipun solat di stesen itu.
Di stesen
Beijing, orang ramai. Kami duduk menunggu. Setelah dipanggil kami pun masuk ke
dalam perut keretapi. Tepat pukul 7.00 pagi Keretapi Berkelajuan Tinggi itupun bergerak meninggalkan Beijing. Kami menaiki kelas 2. Ia amat selesa. Di
kelas 2 ini setiap baris mempunyai 3 kerusi. Kalau kelas 1, ada 2 buah kerusi
sebaris. Keadaan di dalam keretapi sangat bersih. Sentiasa ada pencuci yang
mencuci lantai. Tandas juga bersih!
Gerabak Kelas Kedua Keretapi Berkelajuan Tinggi yang saya naiki ke Haerbin |
Pada mulanya Keretapi Berkelajuan Tinggi
ini bergerak dalam kelajuan 35km/jam, kemudian bertambah ke 90km/jam dan
akhirnya bertambah kepada 193km/jam. Suhu di dalam dan di luar keretapi juga
dipaparkan pada skrin. Suhu di luar semakin lama semakin menurun daripada -4°C sehinggalah ke -20°C. Oleh kerana suhu di dalam keretapi boleh dikawal, maka ia ditetapkan pada 24°C.
Saya duduk di kerusi 6A tepi tingkap |
Perjalanan
yang panjang ini saya habisi dengan melihat pemandangan di luar jendela
keretapi. Amat indah. Salji meliputi permukaan bumi. Saya dapat melihat salji putih itu menyelimuti kampung-kampung, ladang-ladang, kilang-kilang dan bumbung-bumbung rumah. Mula-mula salji itu kelihatan nipis tetapi lama kelamaan ia semakin tebal. Semakin jauh perjalanan kami semakin tebal salji itu menyelimuti bumi utara China ini. Ini menunjukkan bahawa perjalanan kami semakin ke utara. Dan sudah pasti suhunya semakin dingin. Sungai-sungai pula beku. Ketika itu saya amat terharu dengan keindahan
mukabumi utara China ini. Subhanallah. Saya rasa amat bertuah dapat menyaksikan
keindahan yang tidak pernah saya temui ini.
Di dalam
keretapi, sentiasa ada pekerja keretapi yang menolak troli yang mengandungi
minuman dan kudapan untuk dibeli. Pemeriksa tiket juga datang hanya sekali
memeriksa tiket. Keretapi ini berhenti di beberapa setesen.
Yanie dapat tempat
yang jauh sedikit daripada saya. Penumpang di sebelah saya adalah seorang
lelaki yang sudah berumur, usianya sekitar 60an, namun yang mencelikkan mata
saya dia mempunyai gadget yang
canggih. Dia kemudiannya membuka laptopnya dan membuat design dalam bangunan. Barangkali dia seorang akitek atau pereka dalaman (interior designer). Tetapi dia
tidak tahu bahasa Inggeris. Jadi kuranglah komunikasi saya dengannya.
Sepanjang
perjalanan itu juga saya tidak henti-henti menyapu losyen ke tangan saya
yang kering dek cuaca musim sejuk yang kering itu sehingga aktikek itu hairan dengan gelagat saya lalu bercakap-cakap tentang
saya sambil menunjuk-nunjuk losyen saya itu pada kawannya. Perbuatan saya itu
membuatkan mereka bertanya dalam bahasa China yang saya ini
orang mana. Apabila saya memberitahu saya orang Malaysia barulah mereka berkata,
“Ooo patutlah.”
|
Di dalam
keretapi juga disediakan air panas. Jadi apabila waktu tengahari dan saya
lapar, sayapun merendam mee segera halal yang telah diberikan kepada saya oleh
seorang kawan China. Apabila waktu solat tiba, saya pun mengambil wudu di dalam
bilik air yang kecil (seperti bilik tandas dalam kapalterbang MAS) tetapi
bersih lalu solat jamak di dalam gerabak. Selain daripada itu saya tidur lena
di kerusi.
Penumpang yang duduk berdekatan penulis |
Sampai di Kota Ais Haerbin
Keretapi Berkelajuan Tinggi ini sampai tepat pada waktu yang dijangkakan iaitu pada pukul 3.00 petang dan tidak ada kelewatan. Ini membuatkan saya kagum. Kami amat gembira kerana telah sampai ke destinasi. Apalagi acara wajib-tangkap-gambar pun diadakan bagi melambangkan kegembiraan dan kejakunan kami.
Setelah itu kami
terus beratur di tempat mengambil teksi. Orang terlalu ramai dan teksi pula
tidak banyak. Kami perlu menunggu kira-kira 30 minit sehingga teksi berikutnya
sampai.
Beratur menunggu teksi |
Yanie yang tahu sedikit cakap Chinapun menunjukkan alamat hotel kami itu kepada pemandu teksi itu.
Pemandu teksi itu tidak tahu tempatnya dan diapun bertanya-tanya orang di sana.
Kemudian kamipun naik teksi itu ke hotel. Kemudian Yanie menelefon hotel dan
minta pegawai di hotel itu menjelaskan kedudukan hotel yang akan kami inapi
itu.
Suasana dingin dan kabus semasa kami sampai di Haerbin |
Tidak lama kemudian kamipun sampai. Hotel yang kami inapi itu bernama Green Tea Hotel. Kami bayar 175 yuan (RM 87.50) semalam untuk satu bilik. Hotel itu dilengkapi dengan 2 buah katil bujang, pemanas (heater), PC dan internet, televisyen (flat screen), cerek elektrik, selipar, sinki dan bilik mandi berkaca.
Semasa check-in kami tanyakan tentang restoren halal di situ. Pada mulanya kami amat risau
kerana menurut kawan-kawan China saya, restoren halal susah untuk dicari di
Haerbin berbanding dengan di Beijing. Kami juga telah membekalkan makanan
sendiri seperti nasi impit, serunding, mee segera dan roti untuk bekalan kami sebagai persediaan.
Tetapi Alhamdulillah orang-orang di hotel itu memberitahu kami yang restoren
halal letaknya di lorong sebelah
kiri hotel itu sahaja.
2 katil bujang yang selesa. Pemanas (heater) berfungsi dengan baik |
Sinki dan bilik mandi berkaca Hotel Green Tea. |
Restoren Halal dan Cuba-cuba Jalan di Kota Ais Haerbin
Setelah
check-in dan menyimpan barang-barang di dalam bilik, kamipun keluar makan malam
di restoren halal itu. Peniaga restoren itu adalah sebuah keluarga, mereka
sangat peramah dengan kami dan gembira menerima kami di situ.
|
Anak-anak pemilik restoren halal ini membantunya memotong dan menghiris sayur-sayuran |
Khalimah toyyibah di dalam restoren halal di Haerbin |
Nasi goreng telur sebagai makan malam kami yang pertama di Haerbin |
Nasi yang ringkas hanya berlaukkan telur cukup mengenyangkan kami.
Semasa berjalan-jalan menuju ke restoren halal ini tadi, keadaan jalan amat licin kerana salji sudah beku dan menjadi ais. Kasut boot yang saya beli di Beijing nampaknya tidak sesuai dipakai di Haerbin.
Semasa berjalan-jalan menuju ke restoren halal ini tadi, keadaan jalan amat licin kerana salji sudah beku dan menjadi ais. Kasut boot yang saya beli di Beijing nampaknya tidak sesuai dipakai di Haerbin.
Setelah makan, kami ke kedai kasut dan melihat-lihat kasut
boot yang sesuai untuk dipakai. Pekedai di situ peramah-peramah belaka. Mereka
gembira melihat kami. Mereka menyelak kaki seluar kami dan melihatkan yang kami
masih memakai kurang lapisan seluar thermal. Mereka menasihati kami supaya
memakai lebih banyak lapisan thermal sambil menyelakkan seluar thermal mereka dan menunjukkan yang
mereka sendiri memakai 3 lapisan.
Sayapun
membeli sepasang kasut boot yang mempunyai tapak menggerutu dan mencengkam
kuat serta di dalamnya ada bulu biri-biri yang boleh menahan kaki saya daripada
kesejukan. Kasut boot itu berharga 280 yuan (RM140). Setelah memakainya, saya
rasa ia selesa dan saya boleh berjalan tanpa risau tergelincir di atas salji dan ais di
jalanan.
Suhu malam itu sangat dingin: -30°C. Kami
kemudiannya cuba-cuba berjalan berdekatan dengan hotel kami. Kamipun pergi melihat
skulptur ais yang diukir dan dipamerkan di tepi-tepi jalan dan taman. Amat
indah kerana ia adalah bongkah-bongkah ais batu yang telah diukir dengan usaha yang tekun, berbentuk lutsinar dan diterangi dengan lampu berwarna-warni.
Skulptur ais yang diukir menjadi pasu dan gerbang |
Pasu dan gerbang ais ini dipamerkan sepanjang musim sejuk di Haerbin |
Pasu dan gerbang ais ini semakin indah apabila disinari lampu |
Skulptur ais yang diukir berbentuk bangunan, pintu gerbang dan pasu dipamerkan di tepi jalan di Haerbin |
Setelah
berjalan-jalan di waktu dingin di Herbin pada malam hari pertama kami di sana, kami sudah dapat mengagak tahap ketahanan badan kami pada suhu -30°C. Daripada situ kami dapat membuat persediaan untuk keesokan harinya. Esok
kami akan melawat Sun Island dan Ice and Snow World, iaitu tempat tumpuan ramai dan yang ingin
sekali kami pergi.
Jadi ikuti
Naramas Aman backpack ke Haerbin dan saksikan kejutan yang kami alami selama
berada di Kota Ais yang suhunya sejuk melampau iaitu -30°C. Tahankah kami
pada kesejukan tahap melampau itu? Nantikan kemunculan backpack kami ini yang
pasti memancing minat anda untuk turut mengikuti jejak langkah kami.
...bersambung
Baca sambungannya "Backpack ke Kota Ais Haerbin" (2) DI SINI
Baca kembara sebelumnya KEMBARA JALAN SUTERA ( BHG 1) DI SINI
Baca kisah sebelumnya KEMBARA JALAN SUTERA (BHG 2) DI SINI