Di Beijing terlalu banyak tempat untuk shopping. Dari barang antik, murah, sederhana, ekslusif hinggalah barang-barang yang tak terfikir pun boleh didapati. Anda boleh shopping sakan dari subuh-subuh sepie sehinggalah ke malam.
Tetapi di manakah tempat paling syok shopping di Beijing?
Kalau anda datang dengan agensi pelancongan pasti agensi itu akan membawa anda shopping di tempat-tempat yang bukannya menjadi buruan anda. Tentu anda rasa terpaksa, kan?
Sebagai Beijinger, saya telah merayau-rayau di banyak tempat di Beijing dan telah menimbang-tara kedai-kedai yang patut anda serbu apabila datang ke Beijing.
Untuk kaki shopping, di sini saya senaraikan tempat shopping sakan di Beijing dari perspektif seorang Beijinger.

1. Pekan Antik Liulichang - Kedainya Antik, Barangnya pun Antik
Kedai-kedai lama di Liuliachang. Gambar ini saya ambil pada waktu petang selepas hujan pada musim panas. |
Liulichang adalah bangunan-bangunan lama yang terletak di Dashilar. Bangunannya telah dibina sejak zaman Dinasti Ming dan Qing. Pada zaman Dinasti Qing, tempat ini adalah tumpuan penyair-penyair dan cendiakawan China.
Pastikan anda tidak tertinggal untuk ke sini apabila sudah berada di Beijing.
Di sini anda boleh mencuba minum teh China di kedai-kedai teh yang terdapat di sini. Sekiranya anda meminati barangan antik anda boleh singgah di kedai-kedai lamanya yang menjual teko seramik, pinggan mangkuk porcelin, tulisan kaligrafi, lukisan, berus menulis, dakwat, kertas, kipas tangan, syiling lama, buku-buku lama, tanglung, barang-barang kemas dan macam-macam lagi koleksi antik.

Selain dari membeli-belah anda juga boleh menaiki lanca yang ditarik orang, menaiki beca atau menunggang basikal sewa.
Kalau lapar, berhenti sahaja makan makanan halal yang terdapat banyak di kawasan ini. Masjid lama iaitu Masjid Qianmen yang sudah berusia 500 tahun juga terletak di kawasan ini.
Anda juga berpeluang melalui lorong-lorong di dalam hutong (kawasan perumahan lama di bandar) dan mempelajari sejarah China.

Gerbang untuk sebuah bangunan lama di Liulichang |
Apa yang saya beli di sini?
Saya sudah ke sini 3 kali. Di sini saya cuma membeli chopstick. Saya lebih gemar berjalan-jalan memasuki lorong-lorong hutong yang sempit dan bersimpang-siur, memasuki masjidnya dan makan lam mien (mee tarik) halal.
Saya pernah menulis tentang pekan ini dalam blog ini. Untuk membaca ceritanya dengan lebih lanjut sila KLIK DI SINI.
Kalau nak jamu mata saja, boleh naik beca atau lanca yang ditarik orang |
Alamat
和平门
Hepingmenwai, Xuanwu District
Hepingmenwai, Xuanwu District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 8.30-18.00
Subway
Laluan: 2
Stesen: Hepingmen (exit C), berjalan lebih kurang 5 minit ke Dashilar. Atau turun di stesen Qianmen (exit B atau C), berjalan kaki kira-kira 10 minit ke kawasan Dashilar, melalui pasar Qianmen.
Stesen: Hepingmen (exit C), berjalan lebih kurang 5 minit ke Dashilar. Atau turun di stesen Qianmen (exit B atau C), berjalan kaki kira-kira 10 minit ke kawasan Dashilar, melalui pasar Qianmen.
Pasar Antik Panjiayuan ini adalah pasar antik yang terbesar di China malahan ada yang mengatakan ia terbesar di Asia. Mendengarkan status ini tentu kita dapat bayangkan betapa besar dan banyaknya barang-barang antik dijual di sini. Memang betul! Memang terlalu banyak barang-barang dijual di sini. Dari duit syiling lama, dacing lama, radiogram lama, mesin jahit lama, tembikar lama, lampu lama, permainan lama, buku lama, jam lama, lukisan lama, patung wayang kulit lama, alat muzik lama, pakaian lama, senjata lama, kamera lama, hinggalah kepada perabut-perabut lama boleh didapati di sini.
Orang sentiasa ramai di pasar ini. Kedai-kedai dan gerai-gerai juga banyak sampai tak terhabiskan memasukinya.
Ada juga peniaga yang lambakkan barang antik ini di atas tikar. Bangku disediakan untuk kita duduk meneliti barangan antik yang kita minati itu. Namun begitu kita perlulah menawar barang-barang itu.
Barang-barang antik dilambakkan dan pengunjung meneliti barangan yang diminati |
Apa yang saya beli di sini?
Saya sudah tiga kali ke pasar ini kerana suka melihat barang-barang lama yang sudah tidak ada lagi dalam simpanan saya.
Saya tidaklah membeli sangat disebabkan peniaga di sini meletakkan harga barang dengan harga yang tinggi dan hati saya kena kering ketika menawarnya. Kebanyakan peniaganya tidak tahu berbahasa Inggeris. Susah juga untuk tawar-menawar kalau mereka asyik menggunakan kalkulator. Lagipun barangan antik yang saya minati adalah besar-besar dan ini merupakan masalah bagi saya untuk mengangkutnya ke Malaysia.
Yang telah saya dan keluarga beli di sini ialah jam leher lama dan sarung tangan besi.

Lampu-lampu antik |
Alamat
潘家园旧货市场
东城区潘家园路华威里18号
Huaweili 18, Panjiayuanlu, Dongcheng DistrictWaktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 8.30-5.30 (Isnin-Jumaat), 4.40-5.50 (hujung minggu)
Subway
Laluan: 10
Stesen: Panjiayuan (exit B), berjalan kaki kira-kira 2 minit ke kawasan Panjiayuan
Stesen: Panjiayuan (exit B), berjalan kaki kira-kira 2 minit ke kawasan Panjiayuan
3. Joy City Mall di Chaoyang Beilu
Joy City adalah gedung beli-belah yang besar di Chaoyang |
Kalau anda meminati suasana membeli-belah gaya modern dan ekslusif serta jauh dari tumpuan pelancong, pergilah ke Joy City Mall yang letaknya di Chaoyang Beilu. Di Mall ini pelbagai pilihan disediakan untuk anda yang kaki shopping.
Terdapat pasaraya, kedai-kedai kosmetik, farmasi, restoren, cafe, butik, restoren makanan segera dan rangkaian francaise terkenal di sini. Jenama popular termasuklah Hugo Boss, Coach, Brooks Brother, MaxMara, H&M, Miss Sixty, Sephora, Calvin Klein dan Ochirly.
Pawagam dengan cerita-cerita terbaru juga boleh ditonton di sini.
Barang-barang kosmetik dijual di Joy City |
Apa yang saya beli di sini?
Di sini saya membeli barang keperluan dapur seperti cerek elektrik, alat-alat memotong dan barang keperluan mandian.
Saya nampak durian dijual di pasaraya di sini. Tapi saya tak beli.
Saya pernah menulis tentang pasaraya ini dalam blog ini. Untuk membacanya sila KLIK DI SINI.
Subway juga ada di Joy City |
Alamat
朝阳大悦城
101 Chaoyang Beilu (Qingnianlu), Chaoyang District
101 Chaoyang Beilu (Qingnianlu), Chaoyang District
Waktu Perniagaan
Mall buka pada pukul 10.00-22.00
Subway
Laluan: 6
Stesen: Qingnialu (exit B), berjalan kaki kira-kira 2 minit ke kawasan
Stesen: Qingnialu (exit B), berjalan kaki kira-kira 2 minit ke kawasan
Xidan adalah sebuah bandar di Beijing yang mempunyai banyak gedung membeli-belah. Bangunannya tinggi-tinggi dan disambungkan di antara satu sama lain dengan jejantas. Macam-macam barang dan pakaian boleh didapati di sini. Di sinilah penduduk tempatan membeli-belah.
Di sini juga terdapat gedung beli-belah Joy City sebagaimana di Chaoyang yang telah saya ceritakan di atas.
Di bahagian utara jalan "Xidan Beidajie" terdapat banyak kedai-kedai kecil, pasar dan gedung beli-belah. Anda mungkin terperangkap seharian di sini kerana terlalu banyak kedai yang boleh anda masuki, sehingga ke malam pun masih ada lagi kedai-kedai yang masih tertinggal. Wah! Tentu anda syok shopping sakan sehingga ke malam. Namun begitu jangan lupa menawar sekiranya anda ke pasar-pasar.
Sekiranya anda ingin membeli-belah gaya ekslusif, bolehlah cuba Grand Pacific yang terletak di barat Xidan Beidajie.

Pakaian untuk gadis remaja |
Alamat
西单
西城区横二条59号(西单明珠商城)
Xidan Bright Pearl MarketHengertiao 59, Xicheng District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 09:00-21:00
Subway
Laluan: 1 & 4
Stesen: Xidan (exit A), berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke kawasan Xidan
Stesen: Xidan (exit A), berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke kawasan Xidan
5. Ginza Mall
Pintu masuk ke Ginza Mall |
Ginza Mall adalah gedung membeli-belah lima tingkat yang mempunyai kedai-kedai, pasaraya-pasaraya, butik-butik, farmasi-farmasi, kafe-kafe dan restoren. Anda boleh membeli pakaian, pakaian bayi, kosmetik, minyak wangi, makanan organik, produk kesihatan, beg tangan, kasut, aksesori dan macam-macam lagi.
Kebanyakan kedai-kedai pakaian di mall ini menjual pakaian untuk golongan muda berusia 25 hingga 35 tahun. Jenama terkenal ialah Levi's, Fornarina, Folli Follie, Artini, Bossini, Vero Moda, Jack & Jones, Only, Very, Hiroshima dan Ole.
Kalau anda hendak membeli biskut empatsegi Julie dari Malaysia, anda boleh dapati ia di pasaraya Ole.
Berada di sini terasa macam shopping queen sebab suasananya selesa: dekorasi dalaman kedai-kedai juga tampak menarik dan ekslusif. Pengunjung di Mall ini pula kelihatan bergaya dan stailo.

Kedai pakaian di dalam Ginza Mall |
Kalau penat berjalan, boleh minum-minum di kafe dan sambung shopping lagi |
Apa yang saya beli di sini?
Di sini saya hanya window shopping dan makan di Another Boston : Malaysian Restaurant bersama dengan kawan-kawan iaitu pelajar-pelajar Malaysia yang berlajar di universiti di Beijing.
Saya dan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Beijing makan malam dengan masakan Malaysia di Another Boston, Beijing |
Alamat
东城区东直门外大街48号
48 Dongzhimenwai Street, Dongcheng District
48 Dongzhimenwai Street, Dongcheng District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 8.30-18.00
Subway
Laluan: 2 & 13
Stesen: Dongzhimen, (exit D)
Stesen: Dongzhimen, (exit D)
6. Zhongguancun E-Plaza - Electricity Mall
Zhongguancun adalah sebuah bandar di Beijing yang juga dipanggil "China Silicon Valley" disebabkan banyaknya syarikat berasaskan IT dan universiti di situ. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan elektronik dan komputer di kedai-kedai besar di bandar ini samada yang baru atau yang sudah terpakai dan jarak semua kedainya adalah dalam jarak berjalan kaki.
Salah sebuah Mall elektronik yang besar di bandar ini ialah Zhongguancun E-Plaza. Ia terletak di pusat "Silicon Valley" Beijing ini.
Di bahagian pintu masuk di tingkat bawah terdapat ruangan pameran komputer dan telefon bimbit. Di tingkat dua dan tiga terdapat kedai-kedai kamera, jam dan macam-macam lagi barang-barang digital. Di tingkat paling atas adalah tempat untuk anda memperbaiki alat-alat elektronik dan komputer yang rosak. Anda juga boleh menawar barang yang dijual di sini.
Kalau perut berkeroncong, pergi saja makan di sebuah restoren halal yang terdapat di seberang jalan.

Komputer, telefon pintar dan barangan elektronik dijual di sini |
Apakah yang saya beli di sini?
Alamat
中关村
海淀区中关村
Zhongguancun, Haidian District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 9.00-18.30
Subway
Laluan: 4
Stesen: Zhongguancun, (exit D)7. Liangmaqiao - Kawasan Beli-belah untuk Expatriate
Liangmaqioa ialah kawasan kedutaan. Jadi kedai-kedai, pasaraya-pasaraya, kafe-kafe dan restoren-restoren di sini banyak yang dibuka untuk orang asing yang bekerja atau tinggal di Beijing. Produk yang diimport mudah dicari di sini.
Tempat yang saya cadangkan ini bukanlah sesuai untuk pelancong tetapi sesuai bagi mereka yang tinggal lama di Beijing. Kalau anda ingin memasak masakan Malaysia dan menghadapi masalah mencari bahan-bahannya kerana pasar-pasar di Beijing tidak menjual produk untuk masakan kita, maka inilah tempat yang patut anda tuju. Di sini saya hanya nyatakan dua pasar sahaja.
a) Sanyuanli Market - Pasar Produk Import dari Asia Tenggara dan Barat
Pasar basah Sanyuanli di Liangmaqiao |
Pasar Sanyuanli adalah pasar basah yang menjual ikan, ketam, sotong, lobster, kepah, ayam, daging (juga ada daging halal), sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan-bahan memasak yang sukar didapati di pasar-pasar biasa di Beijing. Jadi di sini kita boleh menjumpai serai, lengkuas, daun selasih, bayam merah, mangga, manggis, keju dan produk-produk yang diimport dari Thailand, Malaysia dan Eropah.
Oleh kerana kedudukannya berdekatan dengan pejabat-pejabat kedutaan, maka peniaga-peniaganya ada yang boleh berbahasa Inggeris.
Terdapat daging dan ikan segar di pasar Sanyuanli. Daging halal pun ada. |
Apakah yang saya beli di sini?
Alamat
中关村
海淀区中关村
8, Zuojiazhuang Xi Jie, Chaoyang District
Waktu Perniagaan
Pasar ini buka pada pukul 5.00-19.00
Subway
Laluan: 10
Stesen: Liangmaqiao, (exit B), perlu berjalan kaki lebih kurang 15-20 minitb) Qi Yuan Market - Pasar Rempah
Kedai ini menjual produk dari India, Timur Tengah, Malaysia dan Indonesia |
Pasar Qi Yuan ini hanyalah sebuah kedai kecil namun apabila kita memasukinya terdapat banyak barang-barang makanan dari luar negara termasuklah dari India, Timur Tengah, Malaysia dan Indonesia. Antara barang-barang yang dijual ialah rempah ratus dari India, roti, biskut, susu, aiskerim, tepung, produk makanan segar dan macam-macam lagi.
Apakah yang saya beli di sini?
Saya hanya ke sini sekali kerana dibawa oleh dua orang pelajar yang berasal dari Iraq yang saya kenali semasa ke pasar Sanyuanli.
Di sini saya membeli mee Maggie, Indomie, roti dan biskut. (Disebabkan semua barang ini diimport, harganya mahal dua kali ganda berbanding dengan harga yang kita dapati di Malaysia).
Alamat
三里屯南路 41号
41, Sanlitun Nanlu, Chaoyang District
41, Sanlitun Nanlu, Chaoyang District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 9.00-18.30
Subway
Laluan: 10
Stesen: Tuanjiehu, perlu berjalan kaki ke barat melalui Sanlitun Village, belok kanan ke jalan di antara Sanlitun Village dan Yashow Market
8. Dingfuzhuang Dongjie - Pasar Untuk Orang Tempatan
Peniaga buah-buahan di tepi jalan di Dingfuzhuang Dongjie tersenyum malu apabila saya menangkap gambarnya |
Tempat yang saya sering membeli-belah ialah di Dingfuzhuang Dongjie iaitu kedai-kedai biasa yang terdapat di kawasan perumahan saya yang bersebelahan dengan Universiti Komunikasi China. Peniaga-peniaganya juga peramah.
Di sini anda dapat bergaul dengan orang tempatan dan mereka mudah menegur anda.
Kedai-kedai menjual barang keperluan harian terdapat di Dingfuzhuang Dongjie |
Apakah yang saya beli di sini?
Di sini saya boleh mendapatkan barang keperluan rumah seperti pinggan, mangkuk, bantal, selimut, barang-barang dapur, restoren makanan halal dan macam-macam lagi.
Saya pernah menulis tentang pasar ini dalam blog ini. Untuk membacanya sila KLIK DI SINI.
Restoren halal juga terdapat di Dingfuzhuang Dongjie |
Alamat
定福庄东街
Dingfuzhuang Dongjie, Chaoyang District
Dingfuzhuang Dongjie, Chaoyang District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 9.00-18.30
Subway
Laluan: Batong
Stesen: Communication University of China, (exit A), perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit
9. Niujie - Pekan Untuk Orang Islam
Niujie Muslim Supermarket ini letaknya di tepi jalan Niujie |
Niujie adalah pekan yang mempunyai banyak kedai yang dimiliki oleh orang Islam. Terdapat restoren makanan halal, pasaraya untuk orang Islam, kedai daging halal dan kedai kek halal yang memudahkan orang Islam. Barang keperluan untuk orang Islam seperti sejadah, quran, tasbih, pakaian juga boleh didapati dengan mudah.
Masjid Niujie iaitu antara masjid tertua di Beijing juga letaknya di sini. Anda bolehlah mengunjunginya ketika berada di Niujie.
Makan halal banyak dijual di medan selera di dalam Niu Jie Supermarket |
Apakah yang saya beli di sini?
Oleh kerana di sini syurga membeli-belah untuk orang Islam, saya selalu ke sini untuk membeli barang-barang keperluan memasak yang halal seperti daging, kuih-muih, coklat, biskut, minyak masak, susu, mee, ubat gigi dan pakaian.
Saya pernah menulis tentang pasar ini dalam blog ini. Untuk membacanya sila KLIK DI SINI dan SINI.
Kekacang, kismis, biskut dan kek halal boleh didapati di Niujie Musilm Supermarket |
Alamat
牛街
Niujie, Xuanwu District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 8.30-21.00
Subway
Laluan: 2
Stesen: Changchunjie, (exit C1), perlu berjalan kaki lebih kurang 1.5km je Niujie. Atau keluar ikut Exit A dan ambil bas 10 dan berhenti di hentian ke-4 (pengumuman dalam Bahasa Inggeris dan Arab)
10. Wangfujing - Tempat Beli-belah Yang Happening
Orang ramai mengunjungi lorong pejalan kaki di Wangfujing |
Wangfujing adalah kawasan membeli-belah yang popular dan menarik. Anda pasti menyetujui kata-kata saya ini apabila anda ke sana.
Ini disebabkan terdapat ramai orang yang berjalan kaki di lorong pejalan kaki yang terbentang luas dan di sekelilingnya terdapat pelbagai gerai pinggir jalan, kedai-kedai, kafe, restoren, pasaraya, plaza dan kedai buku.
Di sini anda boleh membeli pakaian rekaan fesyen, barangan kemas, kosmetik, teh, souvenir, minuman, makanan dan macam-macam lagi.
Oriental Plaza adalah gedung beli-belah yang besar di sini dan dikatakan antara yang terbesar di Asia.
Di bahagian barat Wangfujing, terdapat snack street (XioChi Jie) yang menjual snek, makanan dan minuman serta barangan souvenir. Jangan terkejut sekiranya anda mendapati terdapat peniaga gerai yang menjual sate kala jengking, belalang, kumbang, lipan dan makanan-makanan pelik. Jangan terkejut juga sekiranya anda terjumpa peniaga bertegang leher dengan pembeli! (Untuk pengetahuan anda, suasana bergaduh di khalayak ramai adalah perkara yang saya saksikan hampir setiap hari di Beijing)
Perlu diingatkan di sini bukanlah tempat untuk tawar-menawar, namun apa salahnya kalau mencuba.
Pakaian mengikut musim dijual di plaza di Wangfujing |
Apakah yang saya beli di sini?
Di sini saya membeli kasut, sweater, blaus dan mug. Mug ini dicetak dengan gambar muka sendiri dan siap dalam masa 10 minit.
Saya pernah menulis tentang pasar ini dalam blog ini. Untuk membacanya sila KLIK DI SINI.
Makanan eksotik juga didapati di sini |
Alamat
王府井大街
Wangfujing Dajie, Dongcheng District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 9.30-21.00
Subway
Laluan: 1
Stesen: Wangfujing (exit A), berjalan kaki kira-kira 5 minit ke kawasan Wangfujing
Stesen: Wangfujing (exit A), berjalan kaki kira-kira 5 minit ke kawasan Wangfujing
11. Qianmen - Lorong Pejalan Kaki Terkenal di Beijing
Bauran lama dan baru di Qianmen. Kedai jam jenama terkenal juga ada di Qianmen |
Qianmen adalah lorong pejalan kaki yang popular di Beijing. Kedai-kedai di sini ada yang telah dibuka sejak abad ke-18. Di sinilah asalnya daerah komersil di Beijing.
Setelah bangunan-bangunan lama ini direnovasi pada tahun 2008 suasana di sini kelihatan amat cantik dengan bauran lama dan baru: lorong-lorongnya dihiasi dengan lampu-lampu jalan dan tanglung-tanglung yang unik seninya, bangku-bangku batunya berbentuk gendang China, pasu-pasu bunganya diukir dengan kesenian China yang indah dan lorong pejalan kakinya diturap dengan batu-batu leper. Terdapat juga tram lama yang beroperasi untuk jarak dekat di sepanjang lorong pejalan kaki utamanya.
Terdapat pelbagai pilihan di sini bagi mereka yang minat mengumpul barang souvenir, kain sutera ela, pakaian, teh, kamera, jaket, kasut, jam tangan dan macam-macam lagi. Bagi anda yang tidak suka tawar-menawar, ini adalah tempat shopping sakan yang pasti anda gemari kerana tag harga barangnya dipamerkan dan telah ditetapkan oleh peniaga.
Sekiranya lapar, anda boleh singgah di mana-mana restoren halal yang terdapat banyak di sini.

Kedai kain sutera di Qianmen ini telah dibuka sejak tahun 1862 |
Apa yang saya beli di sini?
Saya sudah 3 kali ke sini. Yang saya beli ialah jaket untuk musim luruh, jaket musim sejuk, blaus dan sate kambing halal.
Kedai-kedai dan lorong di Qianmen |
Alamat
前门
Qianmen Jie, Xuanwu DistrictWaktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 05:30-21:00
Subway
Laluan: 2
Stesen: Qianmeni (exit B atau C), berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke pasar ini
Stesen: Qianmeni (exit B atau C), berjalan kaki lebih kurang 5 minit ke pasar ini
12. Pasar Sutera dan Mutiara di Yonganli
Membeli pakaian sutera amat seronok di Yonganli. |
Pasar Sutera di Yonganli sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan letaknya di sebuah pasaraya yang bertingkat-tingkat.
Pelbagai barang dijual di sini dari kain sutera, mutiara, souvenir, jam, cermin mata, pakaian, teh, barang elektronik, kasut, beg, dan macam-macam lagi.
Peniaga di sini semuanya suka mendesak pembeli untuk membeli dan anda hendaklah menawar gila-gila dengan berhati kering. Oleh kerana pelancong suka ke sini, kebanyakan peniaga boleh berbahasa Inggeris sedikit dan berbahasa Melayu.
Tawar-menawar perlu dilakukan apabila membeli barang-barang di sini |
Apakah yang saya beli di sini?
Saya telah banyak kali ke sini (kira-kira 10x), sebab ia letaknya dekat dengan rumah saya di Chaoyang.
Di sini saya membeli fridge magnet, teko teh seramik, beg tangan, cadar, alas meja, pembalut kotak tisu, sarung kusyen, kain sutera, cermin mata, pembuka surat, teh, sepit, t-shirt, jam tangan, kerongsang dan baju.
Saya pernah menulis tentang pasar ini dalam blog ini. Untuk membacanya dengan lebih lanjut sila KLIK DI SINI.
Ini bukan lensa kamera tapi cawan! |
Alamat
秀水街商场
朝阳区建国门外大街秀水东街8号
8, Xiushui Dong Jie
Jianguomenwai Dajie, Choayangmen District
Waktu Perniagaan
Kebanyakan kedai buka pada pukul 05:30-21:00
Subway
Laluan: 1
Stesen: Yonganli (exit A), psaraya ini sebumbung dengan stesen subway, berjalan kaki lebih kurang 2 minit ke pasaraya ini
Stesen: Yonganli (exit A), psaraya ini sebumbung dengan stesen subway, berjalan kaki lebih kurang 2 minit ke pasaraya ini
****
Itulah 12 tempat shopping sakan yang boleh anda serbu apabila berada di Beijing.
Bagaimana? Yang mana satu anda hendak serbu dulu? Kalau serbu tu jangan lupa ajak saya, ya? Saya beli, anda bayar...boleh? :)
Nota: Untuk panduan mendapatkan makanan halal di Beijing sila KLIK DI SINI.