Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Ahad, 13 Oktober 2019

Umrah 2019 (Bhg. 4) | Ziarah Mekah, Membeli-belah dan Makan-makan


A  pakah yang dilakukan selama berada di Mekah? Selain melakukan solat, berzikir dan beriktikaf di masjidil Haram, kami  mengerjakan umrah lagi, menziarahi kota Mekah dan membeli-belah.




Ziarah Mekah


Kami menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah dan Mina. Dalam perjalanan kami dapat melihat bangunan dan pemandangan kota Mekah. Kali ini, tanah di Mekah nampak hijau dan kurang gersang.


Kehijauan di sekitar Mekah

Bangunan yang dibina sepanjang jalan di Mekah


Arafah dan Mina

Bas kami melalui Arafah yang padangnya terbentang luas. Kelihatan banyak khemah-khemah dibina di atas padang Arafah. Tetapi tiada sesiapapun di situ. Ia sunyi kerana khemah-khemah ini digunakan pada musim haji sahaja. 

Ketika ini saya teringatkan sembilan tahun lalu, saya pernah berada di sini ketika mengerjakan haji tahun 2010.  Pada 9 Zulhijjah tahun itu saya sudahpun berada di sini bersama jemaah-jemaah lain. Kami berkumpul di sini dan bermalam di dalam khemah. Aktiviti ini dipanggil berwukuf. Di sini kami melakukan ibadat seperti solat, berdoa dan berzikir. 


Khemah di Mina.  Kawasan khemah ini akan dibanjiri manusia pada Musim Haji

Mina adalah tempat jemaah haji melontar jamrah pada 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

"Pada musim haji, tempat ini penuh dengan manusia. Tempat ini hanya sesak 3 hari sahaja dalam setahun," cerita saya pada anak-anak saya.

Saya pernah berada di Mina pada tahun 2010 mengerjakan haji. Ketika itu terlalu ramai jemaah membanjiri Mina untuk melontar jamrah. Saya tidak lupa berjalan kaki melalui terowong-terowong di waktu malam menuju ke Jamrah yang berada kira-kira 3 km jauhnya. BACA kisah saya itu di entri yang lalu DI SINI.

Ketika kami melalui Mina pada musim sejuk 2019 ini, kami lihat khemah itu masih berdiri kukuh. Khemah-khemah itu kosong dan tiada sesiapa pun di situ kerana di luar musim haji.



Jabal Rahmah 


Sebuah lagi tempat yang kami pergi ialah Jabal Rahmah. Jabal Rahmah adalah sebahagian daripada tanah Arafah.

Jabal Rahmah adalah tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan Siti Hawa. Ramai orang menaiki Jabal Rahmah melalui anak-anak tangga yang dibina ke puncak. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk memohon kepada Allah mendapat jodoh yang baik di sini.


Jabal Rahmah 




Membeli-belah di kaki Jabal Rahmah


Di kaki bukit terdapat ramai peniaga berniaga pakaian, tudung, sejadah dan tasbih. Harganya amat murah berbanding dengan tempat lain. Suami saya membeli 40 helai sejadah di sini dengan harga 10SR. Sejadah itu kemudiannya dihadiahkan kepada semua jemaah yang ada di dalam bas rombongan kami. Semua jemaah sangat gembira mendapat hadiah yang tak diduga itu.


Pembeli mengerumuni penjual di kaki Jabal Rahmah untuk membeli tudung yang dilambakkan

Miqat


Sebagai jemaah kami boleh melakukan umrah berulang kali. Untuk melakukannya, kami perlu keluar dari tanah haram (kota Mekah) dan pergi ke kawasan miqat yang terletak di tanah halal untuk berniat umrah. Kemudian masuk semula ke tanah haram (kota Mekah) dan mengerjakan tawaf, saie dan tahalul. Antara miqat itu ialah Bir Ali (Zul Hulaifah), Tanaim, Hudaibiyah, Jaaranah, Qanul Manazil, Yalamlam dan Al Juhfah.

Sebagaimana tahun lalu, pakej umrah TH Travel memberi dua tambahan umrah kepada jemaah. Untuk melakukan umrah tambahan ini TH Travel membawa kami ke dua miqat: Jaaranah dan Hudaibiyah untuk memasang niat umrah.


Miqat 1- Jaaranah


Jaaranah terletak kira-kira 26  km dari kota Mekah dan memakan masa 30-60 minit perjalanan bas.

Di Jaaranah terdapat sebuah masjid yang berwarna putih. Di situ jemaah mengambil wudhu, memakai ihram, solat sunat ihram dan berniat ihram. Ketika musim Haji, jemaah terlalu ramai, jadi perlu kesabaran untuk menunggu giliran menggunakan bilik air dan solat. Tetapi ketika musim umrah, jemaah tidaklah terlalu ramai.


Di luar Masjid Jaaranah

Membeli-belah di Jaaranah


Di luar kawasan masjid terdapat ramai peniaga yang berniaga pakaian, buah-buahan segar, buah-buahan kering, kekacang dan peralatan sembahyang. Harga di sini jauh lebih murah berbanding dengan harga di kota Mekah atau yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Jadi saya mengambil peluang ini untuk membeli buah kurma segar sebanyak satu karton besar dengan harga 25 SR. Kalau di Mekah, harganya dua kali ganda.


Kurma banyak dijual di luar Masjid Jaranaah. Di sinilah kami membeli kurma segar yang murah harganya

Kekacang, buah-buahan kering dan segar di perkarangan Masjid Jaaranah lebih murah harganya berbanding di Mekah


Miqat 2- Hudaibiyah


Untuk umrah tambahan kedua, TH Travel membawa kami ke Hudaibiyah. Di sini, jemaah boleh memakai ihram, solat sunat ihram dan berniat ihram untuk mengerjakan umrah. Ia terletak lebih jauh dari Jaaranah.  Lebih kurang 45 minit menaiki bas.

Hudaibiyah mempunyai sejarah yang mana Rasulullah S A W. Melakukan perjanjian Hudibiyah dengan kaum Quraish. Dalam perjanjian itu Rasulullah tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun itu dan banyak syarat- syarat ke atas umat Islam dikenakan yang menunjukkan Rasulullah lebih banyak mengalah. Walaubagaimanapun perjanjian itu membawa kebaikan kepada umat Islam selepas itu kerana genjatan senjata yang dikenakan kepada kaum Muslimin menyebabkan ramai orang memeluk agama Islam.

Di Hudaibiyah kami dapat melihat bangunan lama yang didirikan semasa perjanjian Hudaibiyah.

Masjid di Hudaibiyah

Membeli-belah di Hudaibiyah


Terdapat sebuah masjid di situ dan peniaga berniaga di situ. Antara barangan yang dijual ialah hiasan dinding, sejadah, tasbih, key chain, fridge magnet dan lain-lain lagi. Saya sempat membeli 10 helai sejadah yang tebal dan berkualiti dengan harga 15 SR sehelai. Yang menggembirakan saya ialah saya dapat membeli sejadah kosong, yang tidak ada gambar atau corak. Sejadah kosong ini sudah lama saya cari. Baru kini saya menjumpainya.

Saya dapati banyak kawasan solat di Masjidil Haram yang tidak berkarpet, masih bersimen kerana masih direnovasi. Ramai juga jemaah yang solat atas simen. Memandangkan Islam menggalakkan kebersihan ketika solat  sejadah-sejadah itu saya sedekahkan kepada jemaah yang solat di Masjidil Haram tanpa sejadah.

Suami saya pula sempat merembat 2 dozen key chain unta yang comel dan beg isi pensil bergambar bangunan di Mekah untuk diberikan hadiah kepada cucu-cucu saudara. Harganya jauh lebih murah berbanding dengan Mekah.

Peniaga di perkarangan Masjid Hudaibiyah tersenyum apabila saya membeli 10 helai sejadah daripadanya.


Makan-makan di Mekah


Kami sekeluarga memang suka makan. Ketika di Mekah kami gemar makan buah-buahan segar, jus manga, jus delima, laban, kerepek kentang, gula-gula, ais krim dan nasi Arab. Kami membelinya di kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel atau di gedung beli-belah di hadapan Masjidil Haram.

Kami berhenti makan di sebuah medan selera yang terletak di sebuah Mall di hadapan Masjidil Haram. Kami makan nasi  berlaukkan daging kofta, ikan dan satu- sayuran. Sangat sedap rasanya, sehinggakan habis semuanya.

Kebab dimakan dengan nasi

...bersambung.
Baca sambungannya:  (akan disiarkan tak lama lagi)


10 ulasan:

  1. Salam NA... Saya menyepi sebentar sebab mendapat jemputanNya selama 41 hari. Lagipun memang tak ada trip lain untuk diblogkan...

    Rindu mengundang bila baca kisah umrah NA ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Haji Mie. Saya dah agak Mie naik haji tahun ni. Alhamdulillah Haji Mie dapat menunaikan Haji dan selamat kembali. Semoga mendapat haji yang mabrur. Aaamiin. Siapa yang tak rindu tanah suci, kan? Semoga Haji Mie dijemputNya lagi.

      Padam
  2. Alhamdulillah puan, saya pun baru saja balik dr Umrah. Pengalaman yg sangat berhrga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Ren dijemput lagi ke tanah suci. Pengalaman yang berharga tu ngapa tak dikongsikan?

      Padam
  3. Salam.. Rindu sangat saat umrah, rindu Mekah dan Madinah.. Terima kasih atas perkongsian ni..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dapat selalu ke sana. Tak ramai yang nak share cerita kat sana.Bergantung pada seseorang sama ada simpan atau nak share cerita pada orang ramai sebagai persiapan sebelum hendak kesana.Apa pun betulkan niat sebelum share.Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita,pengubat rindu bila dapat dengar cerita terbaru dari sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu, apa yang kita lakukan mesti berpandukan pada niat. Hanya Allah S.W.T yang mengetahuinya.

      Padam
  5. Terima kasih kerana berkongsi dengan terperinci...Boleh ambil nota dan maklumat yang penting sebagai persiapan

    BalasPadam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.