S
elepas mabit di Arafah, Muzdalifah dan Mina saya pulang semula ke Mekah. Terasa lega bila dapat pulang semula ke dalam bilik hotel kerana tiada lagi masalah bilik air. Sayapun mandi dengan puas kerana tiga hari di Mina saya tidak mandi.
Ketika dalam ihram saya hanya menyiram air sahaja ke atas kepala tanpa menggosoknya. Ini disebabkan saya takut rambut saya gugur dan melanggar pantang-larang ihram. Kini ihram saya telah selesai, saya menyampu rambut dan menggosok kepala saya
dengan sepuas-puasnya.
Namun begitu saya menghadapi sembelit kerana tidak buang air besar selama tiga hari dan kurang minum. Untuk menghilangkan sembelit itu saya minum air banyak, memakan laban (sejenis dadih Arab) dan pisang yang dijual di luar hotel.
Tawaf Haji
|
Tawaf keliling Kaabah |
Sayapun segera melakukan tawaf haji dan selesailah kerja ibadat haji saya. Syukur alhamdulillah.
|
Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam AS. dan Hawa |
Selepas itu saya batuk, selsema dan demam selama dua hari. Selama dua hari itu saya hanya tidur di bilik dan tidak dapat ke Masjidil Haram kerana terlalu lemah. Begitu juga saya tidak dapat mengikuti rombongan saya mendaki Jabal Rahmah dan Jabal Thur. Sakit yang saya alami di sana adalah juga kerana kifarat dosa yang telah saya lakukan selama ini. Saya redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah ini.
"Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya,
melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang
menggugurkan daunnya." (Hadis riwayat Bukhari-Muslim)
|
Kekuatan ukwah sesama ummah kelihatan dari susunan saf ini. Keutuhan jemaah inilah yang amat digusari oleh orang kafir. (Gambar ihsan Anwar Fadzil)
|
|
Keadaan di Masjidil Haram dan sekeliling Kaabah adalah terlalu sendat selepas kembali dari Mina. Di Masjidil Haram, saya boleh mendengar jemaah batuk-batuk ketika solat jemaah. Boleh dikatakan ramai jemaah yang sakit selepas balik dari Mina. Ramai juga yang meninggal dan setiap selepas solat fardhu pasti sahaja diiringi dengan solat jenazah. Salah seorang jemaah haji dari kumpulan kami juga meninggal semasa di sana. Beliau meninggal dengan mudah iaitu ketika tidur selepas pulang daripada mengerjakan tawaf sunat.
Umrah dan Miqat
Selepas mengerjakan tawaf haji, barulah saya boleh mengerjakan umrah. Jadi bas rombongan kami telah pergi ke
Tanaim iaitu sempadan tanah haram untuk berniat umrah. Namun keadaan di Tanaim amatlah sesak. Tidak seperti semasa musim umrah, kita boleh turun dan solat di masjid. Tetapi pada musim haji, kami hanya berniat di dalam bas dan tidak berpeluang turun. Ketika itu kami nampak sebuah bas rombongan yang menurut mutawif kami mereka datang dari Malaysia hanya dengan menaiki bas, hanya mengikuti jalan darat.
|
Masjid Hudaibiyah |
Pada hari lain kami dibawa ke
Hudaibiyah untuk berniat umrah. Hudaibiyah letaknya 30 km dari Mekah. Ia adalah miqat yang pernah dikunjungi Rasulullah SAW. Di Hudaibiyah kami dapat melihat Masjid Hudaibiyah dan batu tinggalan. Di sinilah Nabi Muhammad SAW mengadakan Perjanjian Hudaibiyah dengan pihak Quaraisy. Perjanjian ini dilakukan ketika Rasulullah SAW hendak mengerjakan haji di Mekah pada tahun 6 Hijrah. Melalui perjanjian ini, Rasulullah SAW dibenarkan untuk mengerjakan haji pada tahun berikutnya.
Perjanjian Hudaibiyah mempunyai hikmah, antaranya:
- keamanan berlaku kerana genjatan senjata selama 10 tahun dimeterai dalam perjanjian itu,
- perjanjian ini juga menunjukkan pengiktirafan Madinah sebagai kerajaan Islam,
- menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan orang kafir,
- dakwah Islam semakin tersebar dan akhirnya menjadikan orang kafir lemah.
|
Masjid Jakranah |
Selain daripada Tanaim dan Hudaibiyah,
Jikranah (Jakranah) juga adalah sempadan tanah haram dan kita juga boleh berniat umrah di sini. Ia letaknya 25 km dari kota Mekah. Rasulullah SAW pernah bermiqat di sini. Terdapat masjid di sini yang dinamakan Masjid Jakranah. Ia sangat popular dan sentiasa dikunjungi ramai.
Kursus
Selain daripada mengerjakan umrah, tawaf sunat dan beribadat di Masjidil Haram, jemaah lelaki belajar memakai serban. Menurut Ustaz Mat memakai serban adalah sunnah dan mendapat ganjaran pahala yang banyak apabila memakainya.
Disamping itu juga kami mengikuti kursus yang diadakan pada waktu duha seperti kursus tawaf wada dan adab menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah.
|
Belajar memakai serban |
Ziarah Muzium
Kami juga dibawa oleh pakej haji kami melawat Muzium Kaabah.
|
Barang-barang yang dipamerkan di dalam Muzium Kaabah |
|
Demonstrasi menenun di dalam Muzium Kaabah |
Melawat Ladang Unta
Melawat ladang unta dan meminum susu unta segar adalah pengalaman yang tidak ditinggalkan di Mekah. Susu unta mempunyai banyak khasiat, antaranya:
- kaya dengan vitamin C dan mineral,
- lebih berkhasiat daripada susu lembu dan kambing,
- penawar untuk luka dalaman,
- rendah lemak,
- penawar sesak nafas dan asma,
- pembersih muka
Unta juga ialah binatang yang disayangi Rasulullah SAW. Unta telah dijadikan kenderaan baginda SAW. Unta mempunyai ketahanan daripada lapar dan dahaga di padang pasir dalam jangkamasa yang lama. Ketika baginda SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah untalah yang menentukan tempat Rasulullah berhenti dan membina rumah serta Masjidil Nabawi. Unta adalah binatang yang pemalu dan sopan: ketika mengawan ia melakukannya tanpa sesiapa yang melihatnya dan bersembunyi. Unta juga mempunyai ingatan yang kuat.
|
Ladang unta di Mekah |
"Tidakkah mereka memperhatikan unta, bagaimana ia dijadikan?" (Al Ghasiyah: 17)
Membeli-belah
Saya juga berpeluang membeli-belah di sekitar Masjidil Haram dan pasar-pasar yang terdapat berdekatan dengan Mekah.
|
Kekacang dan buah-buahan kering ini dijual di hadapan Masjid Hudaibiyah |
|
Kedai runcit ini menjual rempah ratus, teh, kopi dan herba |
|
Daging segar dan kurma segar boleh didapati di kedai-kedai ini |
|
Buah-buahan segar di pasar Kakiah |
|
Kurma di pasar Kakiah |
|
Pakaian didapati dengan banyak di pusat membeli-belah di hadapan Masjidil Haram |
|
Hati-hati supaya jubah tidak tersangkut di eskalator |
|
Kalau hendak keluarkan wang dari akaun Tabung Haji, Lembaga Tabung Haji menyediakan kaunter Simpanan dan Pengeluaran. (Gambar ihsan Anwar Fadzil) |
|
Kalau beli banyak di Mekah, boleh hantar ke Malaysia melalui pos. (Gambar ihsan Anwar Fadzil) |
Begitulah saya menghabiskan masa selama 40 hari di Mekah. Hari terakhir berada di Mekah pada musim haji adalah saat yang sayu dan menyedihkan. Selepas melakukan tawaf wada saya berdoa kepada Allah semoga kunjungan saya ini bukanlah kunjungan yang terakhir dan memohon semoga Allah mengurniakan haji mabrur kepada saya. Sejurus selepas itu saya dan rombongan saya menaiki bas dan meninggalkan kota suci Mekah untuk ke Madinah pula.
...bersambung
Assalamualaikum wr.wb..salam perkenalan..pertama kali respon di blog prof walaupun kerap mengambil info di blog ini...terima kasih.
BalasPadamMembaca di blog prof mgingatkn saya memori 2002 & 2012..ketika menginap di 'hotel paling mahal di dunia' di mina... bgaimn prjlnn mina - mekah sampai 6 jam, tandas smntara d arafah & lagi....
Moga kita sentiasa di prmudahkn utk k sana lagi & lagi...
Wasalam.
Waalaikumusalam wbt, salam perkenalanan. Terima kasih kerana sudi baca dan tinggalkan respons di blog ini.
PadamHajah Nasa memanggil Mina sebagai 'hotel paling mahal di dunia?" Saya setuju, sebab bukan mudah untuk dapat menginap di situ. Bukan semua dijemput ke situ, kan?
Walaupun jarak Mina dengan Mekah bukannya jauh tetapi disebabkan banyak kenderaan dan jemaah haji maka ia melambatkan perjalananan. Maka sebab itulah ada yang suka berjalan kaki sahaja.
Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dijemput lagi ke sana oleh-Nya.
Assalaimulaikum.
PadamMohon Maaf tumpang mencelah disini.
Setelah membaca entri pasal MINA ini dan mendengar cerita orang yang telah bermalam di Mina, memang rasa seronok. pelbagai keadaan dan ragam bila sudah ramai umat manusia dan perbagai negara lagi.
Saya juga ada mendengar ceramah oleh satu ustaz, jemaah haji yang sedang berada di Arafah atau Mina di bolehkan balik bermalam di hotel mereka. Bagi Jemaah Malaysia, tentulah hotel mereka di Mekah sekita kaabah. di kira logiknya, jemaah haji perlu 'Mabit' pada masa tertentu dan erti mabit di jelaskan oleh prof di atas. Bila kita telah melakukan wajib haji ini secara singgah tentulah kita boleh bermalam atau tidur di tempat lain. (Saya tak ingat samaada ustaz itu ada atau tidak memberikan dalilnya.)
Persoalan saya, kalaulah benar ceramah yang saya pernah dengar itu, kenapa tiada jemaah yg di ketahuai yang balik ke hotel masing-masing. Juga kalau benar boleh balik, mana yang lebih afdal bermalam di Mina atau balik bermalam di hotel. Mohon pencerapan Prof atau yang sudi bagi yg faham akan wajib haji ini.
Terima kasih.
Waalaikumusalam Encik Abdullah,
PadamMabit di Mina bererti berada di bumi Mina sepanjang malam hingga pagi atau berada di bumi Mina lebih daripada setengah malam, waktu mabit pula ialah pada 11, 12, & 13 Zulhijjah. Tetapi kita boleh pilih untuk bermalam 2 malam (11 &12 Zulhijjah), dinamakan Nafar Awal. Atau kita boleh pilih untuk bermalam 3 malam (11, 12, 13 Zulhijjah), dinamakan Nafar Thani. Namun begitu mabit juga ada pengecualian jika uzur atau sebab-sebab lain seperti takut terancam dan sebagainya.
Dalam perkara ini ada jemaah daripada kumpulan saya yang balik ke hotel mereka di Mekah selepas melontar di Jamrah Kubro pada 10 Zulhijjah. Pada 11 Zulhijjah mereka datang ke Mina semula untuk mendapatkan mabit (bermalam) dan melontar pada 11, 12, 13 Zulhijjah dan balik ke Mekah semula pada 13 Zulhijjah. Mereka jalan kaki dari Mina ke Mekah dan Mekah ke Mina. 4 jam mereka jalan kaki. Ini disebabkan traffic jam. Ini boleh dilakukan dan mereka sentiasa merujuk cara ini dengan ustaz kami. Rasulullah s.a.w pernah lakukan Nafar Awal. Walaubagaimanapun sila rujuk ustaz yang mengiringi Encik nanti.
Ketemu kembali...
BalasPadamIstilah hotel mahal di dunia diberikan oleh penceramah pakej kami...sebab bayangkan untuk menginap di 'hotel'tu..jemaah hanya diperuntukkan saiz 1.5m x 2m..saiz badan kita sebagai tempat tidur..nak menginap di Mina Jamrah kena tambahan ribuan ringgit sebab masa tu kami hanya 200m dari jamrah....ni sebagai selingan ceramah saje..
Cerita fasal Tanah Suci memang panjang....boleh ceritakan peristiwa yang paling menabjubkan Prof. semasa di sana...
Wasallam.
Barulah saya faham maksud Hajah Nasa. Betul tu, 'hotel' tu muat-muat badan kita saja..Patutlah mahal.
PadamMemang banyak boleh diceritakan pasal tanah suci ni tapi di ruangan terhad ini tidaklah dapat saya menceritakan segala-galanya.
baru tahu pasal unta itu pemalu.. :-)
BalasPadamYa, begitulah yang ustaz saya beritahu. :) Sejak saya tahu tentang ini barulah saya faham sebabnya orang beri nama anaknya - Jamal. Jamal ertinya unta.
Padam