A
pabila sampai di Mekah dari Madinah, hari sudah malam. Sudah masuk waktu isyak. Ada yang sudah solat jamak dalam perjalanan tadi, tapi ada juga yang menjamakkannya di Mekah.
Tarikh kami sampai di Mekah ialah 28 Januari 2019.
Cuaca di Mekah ketika itu sangat baik. Walaupun masih dalam Musim Sejuk, ia tak panas, tak sejuk. Waktu tengaharinya macam cuaca petang di Malaysia. Jadi kalau anda sukakan cuaca begini, eloklah buat umrah pada hujung bulan Januari hingga awal bulan Februari.
Hotel Al Shohadah
Semua jemaah dalam rombongan telah diberi kunci bilik. Beg masing-masing dihantar terus ke bilik oleh pekerja hotel. Setiap ahli keluarga kami duduk sebilik berdua.
Bilik saya dan suami mempunyai dua katil, menghadap jalan dan mempunyai tingkap yang boleh dibuka. Kalau menjenguk keluar memang nampak jemaah berjalan ulang alik ke Masjidil Haram. Nampak jelas, setesen bas dan Menara Jam yang berdiri kukuh di seberang jalan. Azan dari Masjidil Haram teramat jelas kedengaran di dalam bilik.
Televisyen, kerusi, meja, cerek elektrik, peti sejuk, pengering rambut dan kemudahan lain disediakan. Lantainya berkarpet dan bersih.
Bilik Al Shohada Hotel untuk dua orang |
|
Sarapan pagi, tengahari dan malam disediakan di dewan makan dengan menu masakan Melayu, Indonesia dan Arab. Menunya sama setiap hari. Rasanya sederhana sedap.
Hotel Al Shohada menyediakan teh Arab dan kurma percuma kepada penghuninya di pintu masuk |
Teh Arab dan kurma ini diberi percuma kepada saya. Saya menikmatinya di lobi hotel. Campuran teh yang sedikit kelat dan kurma yang manis menjadikannya enak diminum. |
Setelah berehat sebentar di hotel kami sekeluarga pun berjalan menuju ke Masjidil Haram. Kami sudah beritahu mutawwif kami supaya tidak menunggu kami kerana kami hendak melakukan umrah sekeluarga bersendirian. Ini disebabkan kami sudah berulang kali mengerjakan umrah sebelum ini, jadi tak perlu perkhidmatam mutawwif untuk itu.
Hotel Al Shohada letaknya 300 meter dari Masjidil Haram. Berjalan kaki ke Masjidil Haram memakan masa lebih kurang 20 minit, bagi orang yang berjalan perlahan. Tetapi kalau orang muda, berjalan lebih laju, mungkin boleh sampai dalam 10 minit. Sepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram terdapat hotel, kedai, stesen bas dan sekolah.
Sebagaimana sebelum ini, hati tetap berdebar-debar dan teruja untuk melihat Kaabah lagi. Lebih-lebih lagi anak bongsu saya yang baru pertama kali ke tanah suci.
Hotel Al Shohada letaknya 300 meter dari Masjidil Haram. Berjalan kaki ke Masjidil Haram memakan masa lebih kurang 20 minit, bagi orang yang berjalan perlahan. Tetapi kalau orang muda, berjalan lebih laju, mungkin boleh sampai dalam 10 minit. Sepanjang jalan menuju ke Masjidil Haram terdapat hotel, kedai, stesen bas dan sekolah.
Kedai-kedai dan hotel-hotel yang berdekatan dengan Hotel Al Shohada |
Sebagaimana sebelum ini, hati tetap berdebar-debar dan teruja untuk melihat Kaabah lagi. Lebih-lebih lagi anak bongsu saya yang baru pertama kali ke tanah suci.
Masjidil Haram dan Kaabah
Kawasan muslimah di dalam Masjidil Haram |
Jemaah lelaki sedang beriktikaf di dalam Masjidil Haram |
Syukur alhamdulillah kami dipanggil lagi dan dapat melihat Kaabah dan beribadat. Kami mengangkat tangan berdoa melihat Kaabah.
Orang terlalu ramai mengelilingi Kaabah. Saya menunjukkan kepada anak bongsu saya bahagian-bahagian Kaabah seperti tempat permulaan tawaf, Hajarul Aswad, Hijr Ismail dan Rukun Yamani supaya dia dapat melakukan tawaf dengan betul.
Kami berjanji untuk berjumpa di bawah lampu hijau tempat permulaan tawaf sekiranya terpisah dalam jemaah yang ramai. Kami pun berniat tawaf, bergerak menghampiri Kaabah menuju penjuru Hajarul Aswad yang sentiasa dikerumuni manusia, beristilam dan memulakan tawaf. Kami sekeluarga berjalan rapat-rapat dan memegang di antara satu sama lain supaya tak terpisah.
Zikir, doa dan ayat-ayat Al-Quran dibaca semasa tawaf. Zikir, doa dan ayat-ayat yang dibaca telah dirancang oleh suami saya sejak di tanahair lagi dan kami sama-sama bersetuju membaca zikir yang sama pada setiap pusingan. Antaranya "Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar," "Robbana atina fi dunia hasanah wa fil akhirati hasanah wakina azabannar," dan "3 Qul."
Pelbagai bangsa, warna kulit dan usia berkumpul di sini mengelilingi Kaabah. Di sebelah kiri kami, kami nampak seorang lelaki buta menggunakan tongkat tawaf bersendirian dan seorang lelaki yang tidak berkaki tawaf bersendirian tanpa menggunakan kerusi roda tapi hanya menggunakan tangannya sebagai ganti kakinya yang tiada. Kami kagum dengan kegigihan mereka mengelilingi Kaabah walaupun tidak sempurna anggota badan serta deria.
Kawasan yang sesuai untuk solat sunat selepas tawaf ialah di belakang makam Nabi Ibrahim A.S. |
Setelah habis mengelilingi Kaabah 7 kali, kami solat sunat di belakang Makam Nabi Ibrahim dan menghadap Kaabah. Kami solat berdekatan.
Setelah solat, kami minum air zam-zam yang terdapat di dalam tong air di dalam masjid menuju jalan ke Bukit Safa.
Bukit Safa dan Marwa
Jemaah sedang Saie, iaitu berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa |
Setelah itu kami mengerjakan saie dengan berulang-alik dari Safa ke Marwa. Bacaan kami juga sama.
Cabaran dihadapi setiap kali mengerjakan umrah dan saie. Kali ini ada yang terbatal wudhu. Ada yang tiba-tiba semput dan terpaksa berjalan perlahan-lahan. Maklumlah ahli keluarga kami ada yang muda remaja, ada yang sudah mencecah 6 series. Jadi terpaksalah menunggu dan mengikut rentak setiap ahli supaya dapat melakukannya bersama-sama.
Setelah selesai saie, kamipun menggunting sendiri rambut di Bukit Marwa. Maka, selesailah umrah kami. Kami sangat bersyukur kerana telah dapat menyelesaikan satu umrah. Umrah yang seterusnya akan kami lakukan pada hari lain.
Pakej TH Travel menyediakan 2 kali umrah tambahan dengan bermiqatkan Hudaibiyah dan Jaaranah. Manakala untuk menambah umrah lagi, kami perlu pergi sendiri ke miqat dengan menaiki teksi atau bas. Miqat yang terdekat ialah Tanaim.
Kami singgah makan ais krim setelah selesai umrah dan saie |
Renovasi Masjidil Haram
Orang terlalu ramai. Masjidil Haram pula masih melakukan renovasi dan banyak laluan disekat dan laluan sehala. Jadi kalau masuk satu haluan belum tentu dapat keluar mengikut laluan yang sama. Kadang-kadang terpaksa mengikut laluan 'maze' yang jauh. Ini sangat memenatkan.
Renovasi di dalam Masjidil Haram masih dilakukan |
Belalang dan Cengkerik Hitam
Oleh kerana musim sejuk, banyak belalang dan cengkerik hitam migrasi ke Mekah. Cengkerik dan belalang itu datang dalam kumpulan yang banyak. Penuh di luar Masjidil Haram itu dengan serangga ini. Oleh kerana jemaah juga terlalu ramai, maka tak kurang juga serangga ini mati terpijak. Cengkerik yang berterbangan dan merayap pula tidaklah membahayakan jemaah, lagipun pekerja di masjdil Haram sentiasa menyapu bersih serangga itu.
Oleh kerana musim sejuk, banyak belalang dan cengkerik hitam migrasi ke Mekah. Cengkerik dan belalang itu datang dalam kumpulan yang banyak. Penuh di luar Masjidil Haram itu dengan serangga ini. Oleh kerana jemaah juga terlalu ramai, maka tak kurang juga serangga ini mati terpijak. Cengkerik yang berterbangan dan merayap pula tidaklah membahayakan jemaah, lagipun pekerja di masjdil Haram sentiasa menyapu bersih serangga itu.
Kita jumpa lagi dalam entri akan datang.
...bersambung
Baca sambungannya:
Umrah 2019 (Bhg. 4) : Ziarah Mekah, Membeli-belah dan Makan-makan
Baca kisah sebelumnya:
Umrah 2019 (Bhg. 2): Ziarah Madinah Musim Sejuk
...bersambung
Baca sambungannya:
Umrah 2019 (Bhg. 4) : Ziarah Mekah, Membeli-belah dan Makan-makan
Baca kisah sebelumnya:
Umrah 2019 (Bhg. 2): Ziarah Madinah Musim Sejuk