S
ebenarnya agak sukar untuk saya menulis entri kali ini. Kalau ditulis lebih-lebih ia boleh menimbulkan riak. Saya ingin sekali mengelakkan perasaan itu. Namun memberi gambaran pengalaman berada di hadapan Kaabah boleh dijadikan panduan kepada mereka yang belum pernah ke sini tetapi mempunyai cita-cita untuk ke sini. Begitu juga kepada mereka yang pernah ke sini, tentu ada pengalaman yang hampir sama atau berbeza yang boleh dikongsi bersama. Saya harap entri kali ini tidak menimbulkan perasaan negatif terhadap saya. Ambillah perkara yang baik dari entri ini.
Liza dan keluarganya berkelah di ladang Syeikh Toriq di Jeddah. Syeikh Toriq memakai ketayap putih |
Hajarul Aswad oh Hajarul Aswad
Di Masjid al-Haram saya berzikir, solat dan baca Quran. Saya juga berdoa mohon keampunan daripada segala dosa saya. Air mata tidak berhenti-henti menitis membasahi pipi. Saya merenung dan merenung Kaabah tanpa jemu-jemu. Mengenang kejahilan dulu air mata tidak dapat dibendung lagi. Saya malu pada Allah dengan kejahilan dan dosa-dosa saya terutama di zaman remaja saya. "Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku sama ada yang kecil, yang besar, yang nyata dan yang tersembunyi." Berhamburan air mata saya lagi. Tanpa saya sedari gelagat saya diperhatikan. Seorang jemaah lelaki dari Pakisan yang berada hampir dengan saya menghulurkan tisu kepada saya. Saya menyambutnya dan mengesat pipi saya yang bercucuran air mata.
Kadang-kadang ada juga jemaah
berbual-bual dengan saya dan meminta saya membacakan Quran untuk mereka dengar. Walaupun saya tidak fasih membaca Quran, saya baca juga dan mengharapkan mereka menegur kesilapan bacaan saya. Ada yang datang dari Turki. Ada dari Iran. Ada
dari Pakistan. Saya kemudian duduk di tangga menghadap pintu Kaabah.
Ketika saya merenung Kaabah saya melihat ribuan manusia mengelilinginya.
Saya masih tidak nampak Hajarul Aswad. Dan tertanya-tanya di dalam
hati, "Di mana Hajarul Aswad? Kenapa aku tak nampak? Mungkin Tuhan marah
padaku kerana dosa-dosaku yang terlalu banyak? Ya Allah ampunilah
dosaku. Ya, Allah berilah aku dapat melihat Hajarul Aswad." Saya
merintih.
Tiba-tiba
datang seorang wanita lalu duduk di atas anak tangga masjid
bersebelahan saya. Katanya dia dari Pahang dan telah ke sini beberapa
kali. Saya belajar sesuatu daripada wanita ini. Dia memberitahu saya
bahagian-bahagian Kabaah seperti Multazam, Rukun Yamani, Hijir Ismail
dan perkara-perkara lain tentang umrah. Saya mengambil kesempatan ini
untuk bertanya kepadanya, "Mana Hajarul Aswad? Saya tak
nampak?" Beliau memberi tahu saya, "Tu dekat dengan yang pakai uniform, yang berdiri pegang tali tu!" Dia menunding jari ke arah polis beruniform yang sedang memukul beberapa jemaah dengan tali pintalnya disebabkan mereka
berebut-rebut untuk menyentuh Hajarul Aswad. Ada juga yang memanjat
Hajarul Aswad. Dia memberitahu saya, "Mana nak nampak. Hajarul Aswad itu sentiasa ramai orang!" Barulah saya memahaminya. Saya
tidak dapat melihat Hajarul Aswad disebabkan ia tidak pernah lepas
daripada dikerumuni orang ramai.
Pengetahuan
saya tentang haji dan umrah sudah terlalu lapuk iaitu semasa saya
bersekolah menengah dulu. Beberapa bulan sebelum mengerjakan umrah saya cuma
membaca buku, membaca di internet, mendengar CD dan memanggil guru
Tajwid saya datang ke rumah untuk memberitahu saya cara-cara mengerjakan
umrah. Tetapi hari ini saya dapat teori dan amali sekaligus. Barulah
saya sedar banyak lagi hal-hal umrah yang masih cetek dari pengetahuan
saya.
Masuk ke Hijir Ismail
Setelah itu saya berjalan masuk ke Hijir Ismail. Alangkah gembiranya saya kerana dapat masuk ke situ. Ini ialah bahagian dalam Kaabah. Saya mencari tempat kosong di dalam Hijir Ismail yang sempit itu. Ia dipenuhi ramai jemaah. Semua berhimpit-himpit. Saya mencari dan mencari tempat untuk solat. Tetapi tidak ada. Semua dipenuhi manusia. Saya hanya mampu berdoa sahaja ketika itu. Tetapi tiba-tiba saya terlihat ada ruang yang kecil untuk saya solat. Saya segera solat dan berdoa. Ketika saya menadah tangan memohon doa dan mengangkat muka saya ke atas saya terlihat pancuran emas yang terdapat pada dinding Kaabah tepat di atas muka saya.
Saya memohon semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya
dan meminta dijauhi dari api neraka. Berulang-ulang kali. "Allahuma ajirna minan nar. Allahuma ajirna minan nar." Saya menangis terisak-isak.
Entah mengapa air mata terlalu murah ketika itu.
Hingga Ke Malam
Beriktikaf di Masjid al-Haram dari pagi hingga ke malam membuatkan saya merasa amat tenang. Saya sempat melakukan ibadat-ibadat lain, menyaksikan sendiri kehebatan Allah, mengenang sejarah pembinaan Kaabah dan memerhati umat Islam dari pelbagai pelusuk dunia. Saya juga tidak jemu-jemu merenung Kaabah dan dapat menyaksikan keadaannya setiap waktu.
Kaabah semakin sesak menjelang senja dan hari Jumaat. Ramai yang mengambil peluang berbuka puasa dan solat jemaah. Imam tersohor seperti Sheikh Dr AbdurRahman bin Abdil Aziz al-Sudais dan Sheikh Mahir bin Hamd al-Mu'aiqli biasanya menjadi imam pada solat Maghrib dan Isya. MasyaAllah! Bacaan imam-imam ini amatlah bagus! Hati-hati mereka terlalu lembut! Imam-imam ini dengan mudah terharu dan menangis terisak-isak apabila membaca ayat-ayat suci Allah. Bergenang air mata saya mendengarkan bacaan mereka ini. Saya amat bersyukur kerana dapat menjadi makmum kepada imam-imam ini yang sebelum ini saya dengar suaranya dari CD sahaja.
Jemaah semakin bertambah ketika menunggu waktu Maghrib |
Mereka yang berpuasa bersedia untuk berbuka |
Beriktikaf di Masjid al-Haram (Tingkat 1) pada waktu malam |
Pada malam Jumaat lebih ramai orang datang |
Menyentuh Hajarul Aswad
Melihatkan orang ramai sentiasa mengerumuni Hajarul Aswad, saya merasakan ia agak mustahil bagi saya menyentuhnya. Tambahan pula kaum lelaki yang lebih mendominasi kawasan itu dan lebih berpeluang. Kekuatan tenaga mereka membuatkan mereka berjaya berasak-asak, menepis orang ramai dan menyentuhnya. Sebagai orang perempuan untuk berasak-asak di tempat itu tentu menggerunkan dan lebih menyusahkan diri sendiri.
Namun kuasa Allah kesemua kemustahilan itu boleh ditepis oleh-Nya. Sekiranya Allah menghendaki sesuatu itu berlaku maka ia akan terjadi. "Kun fayakun".
Keesokan harinya saya bersama
anak Liza berjalan menghampiri Kaabah dengan tujuan untuk menyentuh Hajarul Aswad. Ketika itu hampir 3 petang. Orang
terlalu ramai. Berdekatan dengan sudut Hajarul Aswad hanya ada orang lelaki. Polis dengan tali pintal di tangan berdiri di tepi Hajarul Aswad bersedia untuk memukul orang lelaki yang memanjat dan memijak Hajarul Aswad. Ada juga lelaki yang memanjat bahu-bahu jemaah dijadikan titi menuju ke Hajarul Aswad lalu berdiri di atas kepungan Hajarul Aswad itu. Jemah-jemaah yang dipijaki bahunya itu menjerit-jerit kemarahan dan mengucapkan kata-kata yang tidak sedap didengar kepada sipemanjat itu. Apalagi polis yang mengawal Hajarul Aswad itupun memalu-malu sipemanjat itu tadi dengan tali pintalnya. Namun sipemanjat itu berdegil tidak mahu turun.
Kami datang menghampir Hajarul Aswad dengan berjalan merapati sisi Kaabah. Pengawal itu melihat saya hampir ke situ. Melihatkan perempuan beliau lalu meminta orang lelaki ke tepi sedikit supaya memberi laluan kepada saya. Semua orang lelaki yang perasan saya perempuan terus ke tepi sedikit dan memberi laluan. Anak Liza pergi dahulu, saya mengekorinya. Tidak kami sangka dalam keadaan kaum lelaki penuh sesak mengerumuni Hajarul Aswad, kami berkesempatan menyentuh dan mengucup Hajarul Aswad. Batu kecil itu terletak agak jauh ke dalam. Ia diletakkan di dalam kepungan berbentuk bujur. Saya menyentuh batu itu dengan tangan saya. Untuk mengucupnya saya perlu menjengkek sedikit kerana kedudukannya agak tinggi. Sentuhan dan kucupan itu saya lakukan dalam masa yang pantas dan singkat. Ketika itu kami sudah berada di dalam kepungan orang ramai yang menanti giliran untuk menyentuh Hajarul Aswad selepas kami. Setelah berada di dalam kepungan orang ramai yang menanti giliran, tentunya sukar untuk keluar. Melihatkan saya terperangkap anak Liza menarik tangan saya keluar dari kepungan itu. Kamipun berjaya keluar. Sebaik-baik sahaja kami keluar orang ramai yang sudah menanti kami tadi menerpa ke arah Hajarul Aswad. Hilanglah Hajarul Aswad dari pandangan mata kami akibat terpaan orang ramai itu.
Kedua-dua kami tersenyum gembira kerana berjaya menyentuh dan mengucup batu yang didatangkan dari syurga itu. Kesemuanya ini atas izin Allah. Syukur Alhamdulillah.
Kami datang menghampir Hajarul Aswad dengan berjalan merapati sisi Kaabah. Pengawal itu melihat saya hampir ke situ. Melihatkan perempuan beliau lalu meminta orang lelaki ke tepi sedikit supaya memberi laluan kepada saya. Semua orang lelaki yang perasan saya perempuan terus ke tepi sedikit dan memberi laluan. Anak Liza pergi dahulu, saya mengekorinya. Tidak kami sangka dalam keadaan kaum lelaki penuh sesak mengerumuni Hajarul Aswad, kami berkesempatan menyentuh dan mengucup Hajarul Aswad. Batu kecil itu terletak agak jauh ke dalam. Ia diletakkan di dalam kepungan berbentuk bujur. Saya menyentuh batu itu dengan tangan saya. Untuk mengucupnya saya perlu menjengkek sedikit kerana kedudukannya agak tinggi. Sentuhan dan kucupan itu saya lakukan dalam masa yang pantas dan singkat. Ketika itu kami sudah berada di dalam kepungan orang ramai yang menanti giliran untuk menyentuh Hajarul Aswad selepas kami. Setelah berada di dalam kepungan orang ramai yang menanti giliran, tentunya sukar untuk keluar. Melihatkan saya terperangkap anak Liza menarik tangan saya keluar dari kepungan itu. Kamipun berjaya keluar. Sebaik-baik sahaja kami keluar orang ramai yang sudah menanti kami tadi menerpa ke arah Hajarul Aswad. Hilanglah Hajarul Aswad dari pandangan mata kami akibat terpaan orang ramai itu.
Kedua-dua kami tersenyum gembira kerana berjaya menyentuh dan mengucup batu yang didatangkan dari syurga itu. Kesemuanya ini atas izin Allah. Syukur Alhamdulillah.
Umrah Lagi
Mengambil van untuk ke Tanaim |
Tapak kelahiran Nabi Muhammad SAW yang sentiasa dikunjungi |
Pada hari lain kami mengerjakan umrah lagi. Kalau sebelum ini miqatnya ialah di Bir Ali, kali ini ia terletak kira-kira 5 km dari kota Mekah iaitu Tanaim. Inilah miqat yang paling dekat. Untuk ke sana kami menahan van yang terdapat di kaki bukit, berhampiran dengan rumah kelahiran Rasulullah s.a.w. Terdapat beberapa buah van yang sudah sedia menunggu penumpang. Kamipun menghampiri mereka dan meminta dibawakan ke Tanaim. Sudah tentulah Zahari yang fasih berbahasa Arab Hami yang melakukan urusan dengan mereka. Setelah tawar-menawar kamipun naik. Tambangnya tidaklah mahal, kira-kira 5 rial seorang pergi balik.
Perjalanan tidaklah jauh. Kira-kira 20 minit kamipun sampai. Pemandunya berjanji untuk menunggu kami di luar Masjid Tanaim untuk mengambil kami pulang.
Kamipun masuk ke Masjid Tanaim. Orang ramai di dalam masjid tetapi masih ada banyak ruang untuk solat. Setelah solat kamipun berniat ihram.
Setelah itu kami pergi mencari van yang berjanji menanti kami tadi. Banyak van terdapat di tepi jalan yang menyebut "Haram"! "Haram!" Tentu ada yang menyangka pemandu itu tidak membenarkan orang menaiki vannya. Yang sebenarnya ia bermaksud mereka hendak ke Masjid al-Haram.
Kamipun masuk ke Masjid Tanaim. Orang ramai di dalam masjid tetapi masih ada banyak ruang untuk solat. Setelah solat kamipun berniat ihram.
Setelah itu kami pergi mencari van yang berjanji menanti kami tadi. Banyak van terdapat di tepi jalan yang menyebut "Haram"! "Haram!" Tentu ada yang menyangka pemandu itu tidak membenarkan orang menaiki vannya. Yang sebenarnya ia bermaksud mereka hendak ke Masjid al-Haram.
Tidak lama kemudian kamipun berjumpa dengan van yang kami naiki tadi. Kami menaiki bersama penumpang lain. Antaranya ialah beberapa orang Bangladesh yang bekerja di Mekah dan pernah juga bekerja di Malaysia. Mereka bercakap Melayu dengan kami.
Berjalan dari Safa ke Marwa |
Menuruni Bukit Marwa |
Berlari-lari anak bagi lelaki apabila sampai di kawasan berlampu hijau. Orang perempuan tidak perlu berlari-lari anak. |
Berjalan ke Bukit Safa |
Tidak ramai orang di tingkat atas kawasan saie |
Berdoa di atas batu di Bukit Marwa sambil menghadap Qiblat. |
Sabda
Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih
daripada Aisyah r.a. katanya: Aku berkata: "Wahai Rasullah, apakah
wanita wajib berjihad?" Sabda Baginda: "Ya, jihad yang tiada peperangan
padanya iaitu haji dan umrah".
...bersambung
Salam ziarah...Nota Kembara mengembalikan nostalgia saya di Tanah Suci tahun lepas apabila mengerjakan rukun kelima dan umrah pada tahun 2000 tetapi walaupun sudah dua kali ke sana tidak dapat menghampiri Hajarul Aswad, mungkin tidak bersungguh-sungguh memohon daripada Allah SWT. Syabas kerana bukan ramai orang boleh ber'backpack' ke tanah suci seperti apa yang puan lakukan :)
BalasPadamAssalamualaikum naniasda,
PadamSungguh bertuah puan dapat mengerjakan haji dan umrah dan menjadi tetamu Allah beberapa kali. Alhamdulillah. Tidak dapat menyentuh Hajarul Aswad tidaklah mengapa kerana ia sunat sahaja. Kalau keadaan penuh sesak dan membahayakan diri tak payahlah dicuba. Cukuplah beristilam sahaja.
Saya bersyukur kerana dapat pengalaman backpack ke Mekah. Sebenarnya, ramai juga orang yang backpack ke Mekah terutamanya mereka yang belajar di Arab Saudi, orang yang bekerja di Arab Saudi dan yang mempunyai saudara-mara di sana.
bila lea teman nak sampai sini yea..
BalasPadamdone follow sini no. 213
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)
http://tengkubutang@gmail.com/
dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Tenku butang,
PadamSelamat berkenalan. Terima kasih follow yang ke 213 :)
Semoga cita-cita untuk ke tanah suci termakbul. Amin.
Seronok baca pengalaman kak NA di Masjidil Haram.
BalasPadamJanggel/Rain,
PadamTerima kasih kerana menghayatinya.