Apakah yang boleh kita lakukan di kota mewah ini? Saya pilih untuk merayau-rayau sekeliling kota, menjamu mata melihat bangunan di sekitarnya. Saya kagum dengan senibina Arab ini. Cantik. Mewah. Eksklusif.
|
Tempat tinggal mewah begini letaknya di tengah-tengah kota Abu Dhabi. |
|
Rumah-rumah di sini bergaya aparment dan villa. |
|
Ia di kelilingi tembok tinggi lambang privasi bagi penghuninya. |
Kereta-kereta Jepun, Eropah dan Korea menjadi pilihan. Awas apabila nak melintas jalan, keretanya dipandu di sebelah kiri!
|
Apartment bertingkat tinggi begini menjadi pilihan. |
|
Awal pagi di kota Abu Dhabi |
Kereta dipandu dengan laju di sini. Parkir juga dibuat secara double parking. Keadaan di jalanraya belum lagi sesak kerana masih awal pagi.
|
Pusat membeli-belah letaknya di tengah-tengah kota. |
|
Jalan Hamdan, Abu Dhabi |
Pelbagai jenis manusia ada. Kebanyakannya pendatang yang bekerja di sini. Kebanyakannya orang Pakistan, Filipina dan Indonesia.
|
Panggung wayang |
Kalau cuaca panas masuk saja ke dalam shopping complex. Boleh menonton wayang kalau mahu.
|
Siling pusat membeli-belah yang cantik |
Atau melihat-lihat sahaja lampu pada siling pusat membeli-belah.
|
Lihat double parking di sini. |
Atau singgah di kedai-kedai membeli sebotol dua air atau gula-gula.
|
Pesisir pantai di Abu Dhabi |
Berjalan-jalan di kota Abu Dhabi pada musim sejuk begitu nyaman. Lebih-lebih lagi di sekitar pantainya yang indah dihiasi bunga gebra dan pohon selasih. Memang banyak sekali pohon selasih di taman ini.
Kita boleh berjoging dan mengayuh basikal. Saya pilih untuk berjalan kaki.
|
Taman |
Kalau lenguh mendongakkan kepala melihat bangunan tinggi, duduk saja di bangku taman yang dibina bawah pohon kurma rendang sambil melihat pancutan air. Atau pulang ke hotel untuk mandi dan berehat.
|
Inilah ruang dalam hotel tempat saya menginap: Howard Johson Diplomat Hotel. Dapur disediakan sekiranya ingin memasak. |
|
Bilik Hotel Howard Johnson Diplomat yang luas |
Ruang bilik tidur yang luas dan selesa. Kalau di Malaysia hotel begini kita boleh sewa RM200-250.00 satu malam, tapi yang ini saya perlu bayar RM600.00. Harga hotel di Abu Dhabi mahal kerana kurang persaingan dengan hotel-hotel lain.
|
Keadaan bilik mandi Howard Johson Diplomat Hotel. |
|
Tandasnya dua jenis |
|
Bahagian luar bangunan Howard Johson Diplomat Hotel tempat saya menginap selama di Abu Dhabi.
|
|
Ruang lobi Howard Johson Diplomat Hotel. |
|
Hotel Sheraton, hotel 5 bintang terletak tidak jauh dari Howard Johson Diplomat Hotel. Ia terletak di pinggir pantai. |
|
Hospital ini pula berdekatan dengan Sheraton Hotel. |
...bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.