Ini adalah koleksi fridge magnet (FM) yang saya perolehi semasa ke Vietnam. Setiap FM mempunyai cerita.
Ini ialah peta Vietnam. Kelihatan tiga bandar utama Vietnam diletakkan pada peta ini iaitu Saigon, Hue dan Hanoi. Hanoi adalah ibu negeri Vietnam namun orang ramai lebih tertumpu pada Saigon kerana ia memberi peluang pekerjaan kepada kebanyakan orang Vietnam.
Pada FM ini kelihatan juga gadis Vietnam yang memakai pakaian tradisional mereka iaitu blaus labuh dan seluar panjang (seakan-akan jubah seluar). Mereka juga memakai topi terendak dan ada juga yang memakai lilitan di kepala. Terendak ini sudah menjadi sebahagian daripada pakaian tradisi mereka sehingga ke hari ini. Baju ini kelihatan begitu cantik dipakai oleh gadis-gadis remaja kerana ia mengikut bentuk badan mereka yang kebanyakannya kurus langsing.
Meriam ini seakan-akan meriam yagn terdapat di Fort Cornwalis, Padang Kota, Penang. Mungkin ia ada cerita/sejarah yang hampir sama. Maklumlah Vietnam pernah dibawah pengaruh Peranchis suatu ketika dahulu.
Ini adalah pakaian tradisional Vietnam Ao Dai. Ia jadi kebanggaan kepada masyarakat Vietnam. Ia dibuat daripada kain kapas, sutera atau sintetik mengikut bentuk tubuh sipemakai. Blausnya dibuat labuh dan mempunyai belahan di tepi sehingalah ke pinggang. Kaki seluarnya juga labuh hingga ke bawah buku lali.
Ao Dai berasal dari istana sejak 1930an dan menjadi fesyen yang popular pada tahun 1950an. Pakaian ini masih dipakai di Vietnam hari ini untuk acara formal dan sebagai pakaian seragam sekolah. Ia sering juga dipakai oleh peniaga kedai dan pekerja pejabat. Pertama kali aku lihat wanita Vietnam yang memakai pakaian ini ialah ketika aku mula-mula sampai di lapangan terbang Hoh Chi Minh. Memang nampak anggun, bergaya dan sopan.
Inilah buah-buahan tempatan Vietnam yang biasa dilihat di pasar-pasar sekitar Hoh Chi Minh.
Bangunan pada FM ini pula adalah rumah kecil untuk berehat yang terdapat dalam sebuah taman.
FM bentuk buah peach dalam bakul ini aku beli di kedai yang letaknya bersebelahan dengan tempat penginapanku.
Pasar Ben Than ini letaknya di tengah-tengah bandar HCM. Pasar ini menjual macam-macam barang, pakaian, buah-buahan, bunga-bungaan dan makanan. Di pasar inilah aku membeli FM ini.
Bangunan di tengah-tengah kolam memang cantik dan indah di pandang mata. Ia letaknya di Hanoi. Taman-taman di Vietnam memang sering dikunjungi kerana penduduk Vietnam sukakan kawasan yang lapang berbanding dengan keadaan rumah mereka yang sempit.
Teluk Ha Long letaknya di Timurlaut Vietnam. Ia mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai khazanah dunia kerana batu-batu yang terdapat di teluk ini. Batu-batu ini telah terbentuk sejak beribu-ribu tahun lalu dan unik disebabkan cuaca tropika dan fenomena alam.
Anggur juga ada ditanam di Vietnam, mungkin di kawasan utara kerana cuacanya yang sejuk.
Ini adalah istana kediaman Norodom ( reunification palace), mercu tanda bandar Hoh Chi Minh. Ia mempunyai ciri-ciri senibina Peranchis. Ia dibina pada tahun 1962 dan siap pada 1966.
Dalam FM ini kelihatan seorang penjaja yang menjaja barang-barang jualan dengan cara mengandar. Cara begini masih diamalkan di Vietnam.
Pada fridge magnet ini tertulis Sapa. Apa itu Sapa? Semasa saya membeli fridge magnet ni saya tak tahu apa itu Sapa. Saya membelinya kerana saya tertarik dengan bentuknya. Tekstur lukisannya juga berkelar-kelar. Ia dibuat dengan teliti.
Kemudian barulah saya tahu: Sapa adalah nama tempat. Letaknya di utara Vietnam berdekatan dengan China. Kedudukannya di tanah tinggi bergunungan kelihatan dalam lukisan pada fridge magnet ini. Jadi kelaran-kelaran itu adalah teres-teres di lereng bukit. Sapa mempunyai cuaca yang agak sejuk dan penduduknya terdiri daripada golongan minoriti.
FM sawah padi ini adalah pemberian Sayang, sahabat saya yang tinggal di Vietnam 5 tahun.
Ini adalah pemandangan sawah padi yang terdapat di sekitar kampung. Padi adalah makanan ruji Vietnam. Periuk nasi Vietnam ini letaknya di Delta Mekong. Vietnam adalah antara negara pengeluar beras dunia selepas Thailand.
FM Hard Rock Cafe dari Hoh Chi Minh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.