Pemilik restoren ini adalah orang Malaysia yang telah menetap di sana. Pelayan-pelayan di sini fasih berbahasa Melayu. Mereka tidak perlu ke Malaysia untuk belajar Bahasa Melayu, cukup dengan berkomunikasi dengan pengunjung restoren ini yang rata-rata orang Malaysia, sudah membolehkan mereka fasih. Sambil makan kita dihiburkan dengan lagu-lagu Melayu popular.
Walaupun restoren ini bernama Satay House ini tak bermakna ia hanya menghidang satay. Makanan lain juga ada.
Keropok udang ini dimakan dengan kerabu sayur dan sos. Menjadi makanan kegemaran saya. Lasi mangga ini juga sedap rasanya.
Inilah cara keropok udang dan kerabu sayur disediakan sebelum dimakan. Membuatkan saya rindukan Vietnam kerana ini.
Ikan Tiga Rasa, bendi goreng dan daging goreng enak dimakan bersama nasi.
Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Satay House sila klik: http://www.zabihah.com/d/Phu-Nhuan-Ward+7870+Satay-House-Malaysia/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.