Lembaga tak berkepala? Di mana? Betulkah?
Lembaga tak berkepala ada di sini. Terkejutkah? Tentunya tidak kerana ini adalah kesenian arca orang Arab di Abu Dhabi. Arca ini dapat dilihat di Pusat Asas Kebudayaan dan Warisan Abu Dhabi, letaknya di tengah-tengah kota Abu Dhabi. Tidak jauh. Saya cuma berjalan kaki dari hotel saya ke sini.
|
Arca tak berkepala |
Arca ini dipamerkan di galeri dalam bangunan ini. Arca ukiran tempatan ini menarik minat saya kerana ia tidak berkepala. Inilah arca hasil ukiran orang Islam. Anda boleh agak mengapa ia tak berkepala?
|
Pusat Asas Kebudayaan Abu Dhabi |
Bagi saya yang mengembara keseorangan melawat Pusat Asas Kebudayaan Abu Dhabi ini bagaikan membawa saya ke zaman silam dalam hikayat termasyur Alfu Laila Wal Laila (Hikayat 1001 Malam).
|
Bangunannya diukir dengan kesenian Islam yang terserlah pada pintu gerbangnya. |
|
Ia dibina dengan lepaan simen dan mozaik warna biru, merah, kuning dan putih |
Di dalamnya terdapat Perpustakaan Negara, Arkib Negara, galeri arca, ruang pameran, teater, bilik mesyuarat, bilik kuliah dan kedai kopi.
Di ruang legarnya dipamerkan kesenian dan khazanah Arab.
Ada juga cenderahati dari Thailand, Jepun dan Afrika.
Inilah pejabat kerajaan yang pertama saya lihat yang boleh dimasuki sesiapa sahaja tanpa ragu-ragu dan pada masa yang sama adalah galeri seni. Sambil menyaksikan hasil seni yang dipamerkan, saya dapat mendengar petikan piano yang dimainkan oleh seorang wanita di tepi tangga.
Diusahakan pertama kali pada tahun 2006, Pusat Penguasa Kebudayaan dan Warisan Abu Dhabi menyajikan Pameran Kesenian di Pusat Asas Kebudayaan Abu Dhabi.
Dengan motto “Seratus Peratus Emirat, Seratus Peratus Kraftangan,” tujuan projek ini adalah untuk mengekalkan dan menjaga kesenian Emirat.
Wanita-wanita Arab dengan memakai abaya (jubah hitam) dan borga (topeng) boleh kita lihat menganyam sado (benang kapas, bulu biri-biri), teli (sulaman), daun palma dan mengecat inai.
|
Selama ini saya hanya menyaksikan suasana ini di dalam filem. |
|
Perabut ruang tamu ini juga dapat dilihat di Pusat Kebudayaan Abu Dhabi. |
|
Kerusi jati ini diukir dengan meletalkan butiran
sempua pada tempat duduk dan penyandar. Cenderahati dari China untuk
kerajaan Abu Dhabi |
|
Pinggan-pinggan ini adalah hasil orang ramai yang dipertandingkan. |
|
Katil lama dipamerkan di ruang legar Perpustakaan Negara. |
|
Al Shasha—bot tradisional yang dibuat daripada daun palma. Ia diikat dan dianyam tanpa menggunakan paku. |
|
Restoren ini terdapat di dalam bangunan Penguasa Kebudayaan dan Warisan Abu Dhabi ini. |
|
Kita boleh memilih untuk duduk di bahagian luar atau duduk di dalam bilik. Sungguh tenang dan damai di sini.
|
|
Penat berjalan-jalan saya pun bersarapan. Sup cendawan panas, cappuccino panas dan roti bakar panas menjadi habuan saya. |
...bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.