Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Selasa, 13 Disember 2011

Abu Dhabi: Makanan Mahal atau Murah?

Untuk memilih makan pagi, tengahari atau malam saya mencari makanan yang sesuai dengan selera saya. Restoren yang terdapat di kota Abu Dhabi ini kebanyakannya adalah milik orang keturunan Pakistan. Jadi untuk sarapan saya memilih untuk makan roti prata berkuah kurma kambing atau kadang-kadang puri berkuahkan kari ayam serta segelas teh susu. Teh susu di sini dihidang dengan gelas yang separuh penuh. Sehidang sarapan begini berharga 4 dirham.

Pernah juga saya mencuba makan nasi beriani di sebuah restoren orang Pakistan dengan lauk ayam. Tapi saya tak habis memakannya kerana terlalu banyak, ia sesuai untuk makan dua atau tiga orang. Habislah duit poket saya 18 dirham dengan secawan teh.


Kedai macam ini banyak di sekitar hotel tempat saya duduk tu. Kedai ini tak berapa jauh dengan pesisir pantai dan tak jauh juga dengan Hotel Sheraton, hotel mewah tu.
Abu Dhabi Breakfast
 

Tengoklah gambar di atas. Inilah yang saya makan untuk sarapan pagi pada hari pertama saya di sana. Ini namanya Abu Dhabi Breakfast. Punyalah mahal. Selepas ini saya tidaklah makan makanan ni lagi..mula-mula tu saja nak cuba.

Nasi Beriani Pakistan


Nasi Beriani Pakistan selalu saya makan bersama ayam, tairu dan sayur. Nasi ini saya beli di kedai nasi beriani. Sedap memang sedap..tapi mak oii...punyle banyak...tak habis saya makan seorang. Saya tapau bawa balik.

Pizza Hut

Kalau nak makan makanan segera Amerika, boleh saja. Ada di mana-mana.

Cinnabon

Cinnabon yang selalu ada roti cinnamon roll yang sedap itu pun ada di sini. Tapi ni gerenti mahal. Kalau tak ada 40-50 dirham jangan masuk.

atau KFC
Kedai ni kedai orang Pakistan. Inilah tempat saya sarapan dan makan tengahari

Tapi saya tak suka sangat makan makanan omputih tu. Tekak saya tekak kari, tekak pedas jugak. 

Kedai kecil milik Pakistanlah tempat saya sarapan dan makan tengahari. Letaknya tak jauh dari hotel saya duduk tu.  Sebab ini kedai Pakistan, jadi tentulah nasi beriani, roti canai dan roti prata dihidangkan. Memang sedap. Sentiasa ada orang makan di sini. Tapi masa saya tangkap gambar ni orang tak ada. Sebab tulah saya tangkap gambar ni. Sebab saya segan jugaklah kalau ambil gambar orang depan-depan tanpa kebenaran. Takut dia orang marah kat saya. 

Jadi makan di kedai Pakistan murah berbanding dengan tempat lain. Sekali makan kita bayar 4-6 dirham.

Makanan mahal atau murah di Abu Dhabi itu bolehlah dipilih mengikut selera dan bajet masing-masing.

...bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.