Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Rabu, 7 Disember 2011

Vietnam | 4: Selera Halal Saigon dan Bombay Indian Restaurant

Mencari makanan halal, berkhasiat dan enak bukanlah sukar di kota Saigon ini. Restoren yang saya kunjungi ini ialah Halal Saigon. Letaknya di hadapan Masjid Jamik Indian Muslim di Jalan Dong Du. Restoren ini menyediakan pelbagai masakan Vietnam dan Malaysia. Tauke restoren ini orang Malaysia yang berkahwin dengan orang Vietnam. Namanya Dr Shimi. Restorennya bersih, cantik, dihiasi dengan gambar-gambar lama dalam warna sephia, mengimbau kembali cara makanan dihidang dan dihantar di kota ini. Ada tandas bersih di tingkat atas.


Halal Saigon letaknya betul-betul di hadapan Masjid Jamik.
    

Masjid Jamek ini  hanya di seberang jalan di hadapan restoren Halal Saigon.


Megahnya Masjid Jamek ini di tengah-tengah kota Saigon. Megahnya saya sebagai orang Islam.

 

Satu ketika  dulu gerai-gerai makan dibuka di kawasan masjid ini tetapi sekarang sudah diarahkan berhenti. 


Nasi goreng Vietnam sarat dengan sayur, ayam dan udang.



Pho (fur) seperti bakso adalah makanan kegemaran orang Vietnam. Kini jadi kegemaran saya.

 

Lempeng beras (rice pancake) dimakan dengan ulam dan sos. Rasanya juga enak. Sesuai dengan tekak saya. 

 

Nasi lemak. 


 

Puding dihidang sebagai pencuci mulut. Ia dihidang tanpa dipesan.

 

Sebenarnya kawan yang bawa saya ke sini yang namanya Sayang tu, sempat bergaduh dengan penyelia Halal Saigon ni. Bergaduh? Bergaduh pasal kawan saya nak bayar harga makan malam ni tetapi katanya Dr Shimi tuan milik Halal Saigon kata jangan bayar, dia belanja. Tapi kawan saya berkeras nak bayar juga. Katanya tiap kali makan kat sini je Dr Shimi bagi makan free. Ketika ini Dr Shimi berada di Singapura. Jadi penyelia tu sekejap-sekejap telefon Dr Shimi. Dia kata Dr Shimi tak terima bayaran daripada kawan saya ni. Tapi kawan saya ni nak juga bayar.

Bergaduh punya bergaduh...jalan penyelesaiannya -- bayar separuh harga....nak gelak pun ada.:) Malupun ada..ha ha ha...kalau orang tak faham dia ingat kita bergaduh pasal tak mahu bayar..tapi ini bergaduh sebab nak sangat bayar..tapi tauke tak kasi bayar.:D


Bombay juga adalah restoren Halal. Letakknya bersebelahan dengan Halal Saigon. Kalau rindu stail  makanan mamak, inilah tempatnya.


Untuk anda yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang Halal Saigon ini, sila klik:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.