Bercuti di Dubai selalu dikaitkan dengan shopping. Bagi saya yang telah sampai ke sana, ada 2 cara untuk shopping:
1. Shopping gaya mewah dan
2. Shopping gaya sempoi.
Mula-mula saya nak cerita pasal shopping gaya mewah.
Mall yang mewah ini dipanggil Souk Madinat Jumeirah. Warisan Arab dapat dilihat melalui binaan indah dan mewah di mall ini. Di sini kita boleh membeli-belah secara ekslusif. Bersebelahan dengan mall ini terdapat hotel mewah yang sewa hariannya boleh mencecah ribuan ringgit. Terdapat tasik buatan dan terusan di sekeliling mall ini. Amat indah sekali.
|
Souk Madinat Jumeirah, mall yang berlanskap menarik dengan terusan, pokok kurma dan Burj Al-Arab. |
Pohon kurma tetap menghiasi taman di pusat membeli-belah ini. Kelihatan di belakang sana Burj al-Arab sebuah hotel 7 bintang dan ia telah menjadi mercu tanda Dubai. Saya tangkap gambar ini dengan kamera digital saya yang harganya tidaklah seberapa tetapi gambar yang saya dapat hmmm memuaskan hati saya.
|
Tongkang ini dapat dilihat berlabuh di terusan di sisi Souk Madinat Jumeirah. |
|
Inilah keadaan Souk Madinat Jumeirah apabila saya pergi ke belakangnya. |
|
Terdapat pelbagai barangan antik, lampu-lampu dan pakaian dijual di sini. |
|
Barangan kenang-kenangan banyak dijual. Antaranya ialah kotak barangan
kemas dan botol minyak wangi yang bertatahkan butiran batu. |
|
Cinnabon |
Banyak restoren franchaise terdapat di sini. Kalau makan di restoren franchise Cinnabon ini pilihannya agak terhad. Jangan bimbang kalau tak tahu berbahasa Arab. Restoren begini dilayan oleh orang keturunan Filipina yang peramah dan fasih berbahasa Inggeris.
|
Cinnamon roll di Cinnabon |
Saya pilih roti cinnamon roll yang disira dengan caramel dan kacang pecan. Minum pula Coffee Mocha. Harga hidangan ini mencecah 20 dirham (RM18).
|
Bangunan seperti kota lama ini dibina dalam
terusan air biru akua. Pulau Kecil di tengah air biru ini boleh
diseberangi dengan sebuah jambatan. |
|
Makan-makan dan hisap shisha |
Enaknya dapat makan shish dan kofta tambahan pula ditemani rakan. Kita boleh lihat orang-orang Arab tak kira lelaki dan perempuan menghisap shisha sesudah mengisi perut.
|
Shawarma |
Sehidang shawarma berserta air jus buah-buahan campuran begini melesapkan duit saya sehingga 67 dirham (RM65). Makanan Arab ini diperbuat daripada daging panggang seperti kebab. Ia dimakan bersama cip kentang, bawang bakar, roti labenon, tairu, jeruk zaitun, lobak merah, cili dan sayur-sayuran mentah.
|
Kereta mewah di kawasan pakir |
Kereta Lamborgini, Mercedes dan Porsche boleh diletakkan dengan selamat di pakir.
...bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.