Berada di kota Hoh Chi Minh pertama kali membuat saya terkesima dengan banyaknya motorsikal di jalanraya. Motorsikal adalah kenderaan utama di sini. Sudah tentu karbon monoksida berkepul-kepul memenuhi ruangan udara kota Saigon ini. Maka ramailah penunggang yang memakai topeng supaya udara kotor itu tidak menyesakkan hidung dan paru-paru.
Berbagai-bagai jenis motorsikal buatan Jepun dan China memecut di jalanraya. Saya diberitahu bahawa untuk membeli sebuah motorsikal perlu membayar dengan tunai kerana di sini tiada sistem hutang atau bayar secara ansuran.
Kepada pejalan kaki, berhati-hati ketika melintas jalan kerana motorsikal boleh datang dari mana-mana arah. Saya pernah melihat seorang perempuan mat salleh yang terjatuh di tepi jalan kerana dilanggar motorsikal. Tapi tiada siapa peduli.
Pakai topi keledar sudah jadi kemestian. Undang-undang pemakaian topi keledar ini berkuatkasa pada 15 Disember 2007. Yang tak pakai akan didenda 1juta dong atau motosikal dirampas. Kalau nak bayar denda murah, boleh, tapi ambil masa 30 hari untuk menuntutnya.
Motosikal dijadikan teksi untuk mengangkut penumpang
.
Apa saja boleh dilakukan dengan motorsikal,termasuklah memindah barang. Saya pernah melihat peti sejuk diletakkan diatas motosikal dengan selambanya. Tapi sayang tidak sempat merakamnya.Kereta tidak banyak digunakan kerana masalah tempat letak kereta termasuklah di kawasan perumahan. Ruangan tanah yang sempit dan sewa parkir yang mahal membuat penghuni di kota ini tidak mampu memiliki kereta. Motorsikallah menjadi pilihan.
Pada waktu kemuncak kesesakan berlaku dengan teruk. Berserabut dan berselirat.
Keadaan sesak ini berlaku kerana kurang pengurusan trafik dan kurang anggota polis.
Tengok ni satu famili naik motor.
Membonceng motorsikal sehingga 3-4 orang perkara biasa di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.
Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.