Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Ahad, 11 Disember 2011

Abu Dhabi: Masjid di Celah-celah Kota

Menarik untuk saya kongsi bersama ialah masjid yang terdapat di sekitar kota Abu Dhabi. 

Masjid ini letaknya di celah-celah kota, di sekitar jalan raya yang sibuk.
Masjid ini juga letaknya di celah-celah kota Abu Dhabi berdekatan dengan Istana Hosn.
Masjid ini dibina dengan indah dengan seni bina Islam. Warna lembut, cerah dan sedondon adalah ciri-ciri yang digemari.


Kedudukan di antara sebuah masjid dengan sebuah masjid yang lain adalah amat berdekatan.
Jarak masjid amat berdekatan di antara satu sama lain.
Lagi masjid di kota Abu Dhabi

Ketika saya mendengar azan berkumandang dari sebuah masjid terdengar pula azan berkumandang di masjid lain yang letaknya di seberang jalan sahaja.
Masjid ini dibina di sebelah terminal bas dan di depan Abu Dhabi Mall.
Masjid di tengah kota Abu Dhabi

Begitu banyaknya masjid di kota mewah ini. Amat mudah untuk kita solat.

Masjid di kota Abu Dhabi pada waktu senja
Di celah-celah pusat komersial, ada masjid
Di celah-celah kompleks membeli-belah ini masjid dibina. Lampu yang menghiasi menara masjid ini kelihatan indah apabila matahari terbenam.
Masjid yang tersengam indah ini adalah masjid yang terbesar di Abu Dhabi. Inilah masjid yang ingin sekali saya kunjungi di Abu Dhabi.



Masjid Syeikh Zayed

Masjid Syeikh Zayed

Masjid Syeikh Zayed dilancarkan pada tahun 1998 adalah antara masjid yang terbesar di dunia. Ia terletak berdekatan dengan jambatan Musaffah Abu Dhabi.


Lantainya mamar dari Itali. Permaidaninya dari Parsi dianyam oleh wanita-wanita Iran. 


Masjid Syeikh Zayed
Masjid Syeikh Zayed




Ketika saya berkunjung ke sini, dikatakan pembinaannya akan siap sepenuhnya pada tahun ini. Kini  dua tahun sudah berlalu. Pastinya masjid ini sudah siap pembinaannya


Sheikh Zayed bin Sultan al-Nahayan adalah presiden UAE yang pertama. Beliau mangkat pada 2004 dan dimakamkan bersebelahan dengan masjid ini. Masjid ini dapat memuatkan sehingga 40,000 jemaah. Oleh kerana binaannya di atas bukit saya dapat melihatnya dari jauh.
Saya mengambil gambar ini dari teksi yang saya naiki dalam perjalanan ke Dubai dari Abu Dhabi.

Di padang pasir juga masjid tetap dibina. Ini ialah padang pasir di antara Abu Dhabi dan Dubai.

Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah dia mengerjakan solat (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk." (Bukhari)

...bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.