Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Sabtu, 9 Mac 2013

Backpack Solo ke Shanghai (7): Kota Metropolitan Yang Tidak Habis Dijelajahi


H ari berlalu dengan pantas. Sedangkan banyak lagi tempat di Shanghai yang belum saya teroka.


Naza Youth Hotel, hotel bajet selama saya di Shanghai
Nasi goreng halal, enak, mengenyangkan ini dimakan dengan sup



Pada pagi musim sejuk Januari 2013 itu saya check-out hotel dan terus mengambil sarapan di restoren halal berdekatan. Menu saya hanyalah nasi goreng. Simple tapi enak ya amat!

Di restoren itu ada seorang budak yang berusia kira-kira 9 tahun masuk dari arah dapur menuju ke arah bapanya yang sedang duduk menyiang sayur di sebuah meja. Dia lalu mengucapkan syahadah dan selawat kepada Rasulullah SAW di hadapan bapanya. Barangkali inilah rutin yang dilakukan oleh budak ini setiap pagi. Saya memuji kepandaian budak ini lalu menyuruhnya membaca Al-Fatihah. Namun budak itu tidak tahu. Dia lalu membuat kerja sekolahnya di sebelah saya. Jadi saya dapatlah melihat perkara yang ditulisnya. Dia sedang menyalin ayat di dalam bahasa Inggeris dan di sebelah ayat itu ada terjemahannya dalam bahasa China. Saya lalu menyuruh dia membaca ayat bahasa Inggeris itu. Diapun membacanya dengan baik.

Di China sudah mula ada kesedaran untuk belajar bahasa Inggeris. Kebanyakan kanak-kanak sudah diperkenalkan dengan bahasa Inggeris di sekolah rendah. Jadi kalau saya ingin bertanya arah jalan dalam bahasa Inggeris saya selalu tanyakan budak-budak sekolah. Biasanya mereka tahu bertutur dalam bahasa Inggeris.


Pulang ke Beijing dengan Menaiki Keretapi Berkelajuan Tinggi 

 

Platform keretapi berkelajuan tinggi di stesen keretapi Shanghai Hongqiao


Saya kemudiannya menaiki keretapi bawah tanah menuju ke stesen Keretapi Shanghai Hongqiao untuk ke Beijing. Perjalanan yang pantas ini memakan masa 5 jam. Tidaklah lama. Di dalam keretapi ada ramai penumpang. Di sebelah saya ada seorang gadis yang peramah. Dia mahu pulang ke kampungnya di Bengbu untuk menyambut Tahun Baru China dan sekaligus akan mengadakan majlis perkahwinan. Di dalam gerabak itu terdapat ramai penumpang. Kesemuanya hendak pulang ke kampung menyambut hari besar dan penting bagi orang China itu.

Ramai penumpang turun di sebuah stesen dan meninggalkan gerabak kosong

Kira-kira dua jam setengah perjalanan, keretapi itupun sampai di sebuah stesen. Nama stesen itu Bengbu Selatan. Ramai yang turun, malahan hampir semua orang di gerabak itu turun. Jadi gerabak itu hampir kosong. Tinggallah dua tiga orang sahaja.

Menurut gadis itu tadi, ramai orang tidak mampu menaiki keretapi berkelajuan tinggi ini kerana tambangnya mahal. Ramai yang memilih keretapi biasa yang jauh lebih murah walaupun terpaksa berdiri atau duduk di atas lantai. Memang mahalpun bagi penduduk China. Tambang yang saya bayar dari Shanghai ke Beijing ialah 553 yuan (RM276.50). Tetapi bagi saya ia berbaloi kerana keadaan di dalam keretapi dan perkhidmatan yang diberikan memuaskan hati saya.

Keadaan tandas yang bersih di dalam keretapi

Lama kelamaan sedikit demi sedikit penumpang turun dan tidak ada penumpang baru yang masuk. Dalam perjalanan pulang ke Beijing iaitu kira-kira 2.5 jam lagi, gerabak itu KOSONG! Inilah pertama kali saya naik keretapi di China yang kosong! KOSONG KOSONG OOO! (sambil menyanyi lagu Najwa Latif). Seronoknya! Senangnya dalam hati! Semua kerusi di dalam gerabak itu "ana yang empunya" (nyanyi lagu Madu Tiga pulak he he he). Sekejap saya duduk di kerusi ini, sekejap lagi duduk di kerusi itu. Saya bebas di dalam gerabak itu tanpa ada penumpang. Saya lalu menghabiskan masa saya mengambil gambar pemandangan luar dan dalam keretapi termasuklah di dalam tandas. Kalau ada orang segan juga ambil gambar tandas, kan? Nanti ada yang gelakkan kita.

Gambar-gambar di bawah ini saya rakamkan dari jendela keretapi berkelajuan tinggi dengan kelajuan 305 km/jam:

Pemandangan indah dan tenang dalam perjalanan dari Shanghai ke Beijing.




Kolam-kolam untuk pertanian dan ternakan


Bot pun lalu di sungai ini


Kampung pertanian yang mewah dengan air

Sampai di Beijing

  

Salji mula kelihatan di ladang-ladang menandakan keretapi sudah berada di kawasan utara China


Saya sampai di Beijing pada pukul 5.30 petang/malam dengan perasaan gembira kerana telah berjaya menjelajah tempat-tempat utama Shanghai dengan selamat dan penuh ilmu. Masih ada banyak lagi tempat untuk saya jelajah di Shanghai dan sekitarnya. Tapi tak habis. Nampak gayanya saya kena ke Shanghai lagi.



28 ulasan:

  1. Nasi goreng tu macam nasi goreng kampung, tentulah sedap.

    Jom ke Shanghai lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mie, nasi goreng tu sebijik macam nasi goreng kita, memang sesuai dengan selera.

      Mie ajak saya ke Shanghai hujung bulan ni? Terima kasih Mie. Tapi saya dah balik Malaysia dan dah mula kerja balik di Malaysia. InsyaAlah lain kali lain kali kot.

      Padam
  2. lawak laaa akak nyanyi lagu Kosong~ Kosong~ kekeke. best sungguh kalo naik gerabak yg ade orang. nak melalak dalam tu pn takde org kisah kan. yela 5 jam perjalanan pun bukannya sekejap. ade tv x dlm tu akak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekekeke...memang enjoy duduk dalam gerabak sesorang, nak melalak pun tak siapa peduli. Flat screen tv ada 6-7 buah untuk satu gerabak, tapi depa pasang lagu China je, dengar sekejap boleh le...

      Padam
    2. owhhh ingatkan ade tayangan filem2 org putih ke ape. best la jugak mcm naik kapal terbang. heheh

      Padam
    3. Tak usah mimpi cerita orang putih ke cerita hindi ke di China ni. Kalau nak tengok cerita yang kita suka kena bawa sendirilah tengok kat laptop atau hp. Kalau tidak kita dipaksa tengok cerita yang entah apa-apa.

      Padam
  3. Balasan
    1. Salam Murni,
      Terima kasih kerana sudi baca blog ini. Harap-harap Murni boleh mendapat faedah dan kebaikan dari sini.

      Padam
  4. cantik2 nya.. kalau dr hong kong ke shanghai pun boleh naik keretapi kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Puan Yan,
      Ya, dari Hong Kong ke Shanghai naik keretapi pun boleh, tapi perjalanannya agak lama lebih kurang 18 jam 36 min. Tapi mungkin dapat melihat pemandangan yang cantik.

      Padam
  5. Salam Yong

    Gerabak itew aku punye...best nyer....
    Yong....tak buat nari hindustan ke kat dalam gerabak tu ?...caiya caiya caiya caiya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      Kah kah kah ketawa dulu :D

      Macam mana nak caiya caiya caiya, pasangannya i.e Ritik Roshan tak mandang hu hu hu. Kalau ada boleh le salin baju 7-8 kali :P

      Padam
  6. Salam perkenalan..

    Tertarik saya dengan pengembaraan solo anda di China.. mmg ingin benar ke China mejelajahi dan melihat sendiri peningalan sejarah islam disana..

    Azi- Germany

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Azi,
      Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan meninggalkan ulasan. Di China terdapat banyak peninggalan sejarah Islam terutama sekali di Jalan-jalan Sutera. Penempatan Islam, restoren halal dan masjid terdapat banyak di merata-rata tempat. Bilangan orang Islam di China sebenarnya lebih ramai daripada penduduk Malaysia. Sekiranya Azi mempunyai kesempatan cubalah jelajah China. Saya percaya Azi boleh menimba banyak pengetahuan di sana.

      Padam
  7. saya suka baca bloq u, keberanian u yang suka travel secara solo.. saya suka travel tp belum ada keberanian untuk travel solo... saya suka pengalaman u.. nak follow u bleh tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama,
      Terima kasih kerana suka baca blog saya yang tak seberapa ni.

      Tak tahu nak panggil apa ni...???Lelaki ke perempuan ni? Silalah perkenalkan diri :) Tanpa Nama nak follow blog kembara saya ke nak follow saya travel ni?

      Padam
  8. salam kak

    tu baru real nasi goreng cina pasalyang masak berbangsa cina hehehe

    Beijing - Shanghai tak jauh kak, boleh repeat balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Rezeki,
      Betul tu, Nasi Goreng Cina kita dimasak oleh orang Melayu, kan? Jadi mana realnya? He he he

      Beijing-Shanghai tak jauh, 5 jam dah sampai, tapi sekarang kedua-duanya jauh sebab saya dah balik Malaysia :(

      Padam
  9. saya rasa naik keretapi laju ni last year.. memang sangat awesome... teruja sangat dapat naik ni... and hopefully, peluang sebegitu akan datang lagi next time.. tak puas jalan2 China lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lavender,
      Saya dah baca blog Lavender yang naik keretapi dari Vietnam ke China. Wow very interesting!

      China ni negara yang luas, kita tak boleh jelajah habis dalam masa yang singkat. Kena selalu keluar masuklah, kan?

      Padam
  10. Tq kerana entri anda..dpt idea sudah...terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Muhammad Khairuddin sebab dah khatam semua entri tentang Shanghai saya. Jemputlah singgah lagi. Ada banya entri lain yang menarik.

      Semoga bergembira di Shanghai. Dah pergi nanti, ceritakanlah pada saya hasilnya, ya.

      Padam
  11. Ciku teringin nak pegi beijing gak..jom kak nara..hihi.ciku tak secukup berani travel solo.huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak tempat sejarah di Beijing. Budayanya pun berbeza. Kalau travel solo agak susah di Beijing kerana ramai yang tidak tahu bahasa Inggeris. Tetapi kalau sudah biasa di Beijing, ia tidak lagi menjadi masalah. Ciku bawalah kawan bersama. Ikutlah panduan yang saya berikan dalam blog ini. Buat masa ini, saya belum lagi hendak ke Beijing.

      Padam
  12. Prof sudah pernah tinggal di Beijing 北京 di dalam bahasa Cina bermaksud Ibukota Utara. Nanjing 南京 pula bermaksud Ibukota Selatan.

    Menarik jika Prof dapat berkunjung ke Nanjing memandangkan tempat ini cuma satu setengah jam perjalanan dari Shanghai guna bullet train.

    Tempat2 tarikan di Nanjing adalah seperti Menara Tinjau Yuejiang Nanjing 阅江楼, Yifeng City Gate 仪凤门, Nanjing Yangtze River Bridge, Masjid Jingjue 净觉寺, Xuanwu Lake Park 明城墙遗址公园 dan lain2 tempat menarik. Tempat2 ini mudah access dekat stesen subway dengan perjalanan dalam kota Nanjing guna Metro Subway system.

    Tentu sangat menarik jika Prof dapat kongsikan bersama melalui Nota Kembara pengalaman berkunjung ke Nanjing.

    P.S. Terima kasih kerana Nota Kembara jadi rujukan ramai orang kerana catatan perjalanan yang lengkap dan praktikal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu Bob Bei bermaksud utara, Nan pula bermaksud selatan. Orang China banyak menggunakan utara, selatan, timur, barat dalam menunjukkan arah dan tempat dalam kehidupan seharian mereka. Rumah saya di Beijing juga terletak di jalan utara yang disebut Beilu :)

      Nanjing juga belum sempat saya kunjungi. China adalah negara yang menarik untuk dijelajahi dan amat luas. Amat beruntunglah sesiapa yang dapat menjelajahi dan menimba ilmu di sana.

      Terima kasih kerana membaca blog saya dan menghargainya.

      Padam
  13. alhamdulilahh..
    akhirnya dapat gak tgk gambar2 di sini.
    baru puas hati sis..
    nnt kalau nak ke sana. i will refer again to yr blog..
    nice sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar dulu masuk dalam host lain...entah macam mana semuanya hilang...maklumlah free. Mujurlah Puan Azian tegur, kalau tidak tak perasan gambar tu dah tak ada.

      Thank you for reading it.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...