Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Khamis, 7 Mac 2013

Backpack Solo ke Shanghai (6): Menyeberangi Sungai Huangpu dan Melihat Ketinggian Menara


S uatu petang, selepas menyaksikan Taman Yuyuan saya berjalan kaki menuju ke Sungai Huangpu lagi. Saya berjalan lebih kurang 20 minit. Sayapun sampai di tebing Sungai Huangpu dan melihat keindahan sungai itu dikala petang pula.



Ketika itu saya terlihat dua orang berjalan kaki: seorang lelaki dan seorang wanita. Saya lalu menegur mereka. Akhirnya kami berkenalan dan mengetahui bahawa mereka berasal dari Surabaya, Indonesia. Dina ke Shanghai menemani suaminya Malik yang bertugas selama setahun dengan syarikat Gajah Tunggal yang mempunyai pejabat di Shanghai. 



Menyeberangi Sungai Huangpu

 


Dina dan Malik kemudiannya mengajak saya menyeberangi Sungai Huangpu menaiki feri dan melihat menara-menara di seberang sungai. Malik yang bayar tambang feri itu. Harga tambangnya cuma 2 yuan (RM1) sahaja. Murah, kan?



Kamipun menaiki feri ke seberang. Tidaklah lama. Kira-kira 15 minit sahaja. Orang terlalu ramai. Saya kena tinjau meninjau untuk mengambil gambar. Ketika itu hampir senja. Dapatlah saya melihat matahari terbenam dari dalam feri.

Sesampainya kami di seberang, kami berjalan kaki sambil itu berbual-bual dan makan sate di kaki lima. Malik dan Dina yang belanja saya makan sate ini. Kamipun berjalan-jalan lagi melihat pemuzik jalanan, bangunan-bangunan tinggi, orang lalu-lalang dan suasana senja di seberang Sungai Huangpu. Kemesraan terjalin antara kami bertiga. Itulah istimewanya mengembara solo kerana kita mudah dapat kawan baru.

 

 

Menara Tinggi Shanghai Pada Waktu Malam


Dalam entri yang lalu saya ada sebutkan yang saya sudah melihat Oriental Pearl TV Tower tetapi tidak dapat merakamkan gambar kerana ketika itu saya menaiki bas yang bergerak dan hari pula sudah gelap. Oriental Pearl TV Tower adalah simbol kemodenan Shanghai. Ia terletak di seberang Sungai Huangpu. Saya datang lagi ke sini kerana terkesima melihat keindahan dan ketinggian bangunan-bangunan yang terdapat di sini.

Selain daripada Oriental Pearl TV Tower terdapat banyak bangunan pencakar langit lain di sini seperti menara Jinmao, Pusat Kewangan Dunia Shanghai, Super Brand Mall dan Shanghai Ocean Aquarium.

Saya menaiki jejantas yang merentasi jalan-jalan dan simpang di Lujiazui. Orang ramai datang dan bukan saya seorang sahaja yang bawa kamera. Orang China, Mat Salleh dan manusia dari mana entah mengambil peluang mencacakkan tripod mengambil gambar di situ. Melihatkan keindahan lampu-lampunya yang bergemerlapan pada waktu malam membuatkan dagu saya jatuh dan ternganga menyebut, "WOW!"

Saya merakamkan beberapa syot gambar dengan kamera saya yang koman ini. Inilah hasil gambar yang saya rakamkan itu.








...bersambung


14 ulasan:

  1. salam kak

    mmg berkabus ya di waktu malam di sana

    i love night photography

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Rezeki,
      Waktu malamnya selalu berkabus kerana ketika itu musim sejuk.

      Rezeki tentu dapat hasil yang menarik dan memuaskan kalau shoot di sini pada waktu malam sebab kamera Rezeki canggih :)

      Padam
  2. SAYA PUN MEMBACA SAMBI TERNGANGA WOW!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Nieda? Jangan masuk dek lalat sudahlah ya he he he :D

      Padam
  3. Alhamdulillah jumpa blog akak ni.. Dari cerita akak mcm tak susah nk cari makanan halal dan kawasan muslim di Shanghai.. mmg kebetulan InsyaAllah.. saya pun akan backpack secara solo ke Shanghai...terlalu byk feedback negatif yg saya dapat selama ni.. tp travelog akak ni bagi saya sedikit semangat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nanz,
      Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan maklumbalas yang memberangsangkan.

      Sebenarnya tak susah cari makanan halal di Shanghai. Ada banyak di sekitar Shanghai Old Street dan tempat-tempat lain. Yang penting kita boleh mengenali tanda halal dalam tulisan China atau Arab dan mengenali orang Islam. Saya ada tuliskan tentang ini dalam entri "Panduan untuk Orang Islam di Beijing" di dalam blog ini. Nanz boleh klik di situ untuk keterangan lanjut.

      Wah, tentu seronok travel solo, kan? InsyaAllah Nanz selamat di sana. Jangan risau :)

      Padam
  4. Salam Yong

    aisehmen....Yong pun bertitanic jugak.....
    tak leh jadi ni...kena cari kapal gak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Yong ASP,
      He he he bertitanic...U jump I jump :)

      Padam
  5. Wah murahnya tambang feri tu, boleh ulang alik sepuluh kali ni.

    Kena banyak guna tenaga untuk berjalan ni nampaknya. Tak pe lah kot sebab ada banyak gerai jual sate, makan 12 cucuk tentu boleh tambah stamina... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mie,
      Ya, boleh ulang 10 kali naik sampai mabuk he he. Gerai jual sate tepi jalan ada di seberang sana, bolehlah beli 12 cucuk ha ha ha...tapi kami makan 1 cucuk je sebab tak sedap :P

      Padam
  6. Baru nak berbloging kak blog akak ni.. best betul pengembaraan akak.. murah rezeki akak dpt berjalan byk tempat.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Segala-galanya daripadaNya.

      Janganlah serik singgah di blog saya ni ya.

      Padam
  7. Bestnya......tak sabar ni ke shanghai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menara tinggi ni Muhammad Khairuddin kena pergi tengok. Inilah mercu tanda kemodenan Shanghai. Amat mudah untuk ke sini.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...