Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Khamis, 22 Oktober 2015

Malaysia Airlines: Apa Ada Di Golden Lounge dan Business Class?

Baru-baru ini saya bertugas di luar kota iaitu di Kuala Lumpur. Saya menaiki kapal terbang MAS dari Pulau Pinang. Oleh kerana tugas saya ini penting kepada negara, saya diberi keistimewaan. Segala-galanya ditaja oleh pihak agensi yang mengelola tugas saya itu.

Di lapangan terbang Pulau Pinang, saya diberi tempat menunggu yang amat selesa iaitu di Golden Lounge. Keistimewaan ini jarang saya dapati. Golden Lounge ini boleh dimasuki hanya apabila kita memiliki tiket kelas Bisnes atau kelas Pertama.

Sekiranya kita menaiki kelas Ekonomi, kita hanya boleh dapat memasuki Golden Lounge ini jika kita memiliki kad keahlian Enrich dengan pengumpulan mata ganjaran yang telah ditetapkan.



Golden Lounge Penang International Airport


Apakah yang ada di Golden Lounge itu? Mari ikut saya meneliti gambar-gambar di bawah ini.

Golden Lounge di Penang International Airport memiliki tempat duduk yang selesa. Kita boleh memilih untuk duduk di kerusi tinggi dengan meja tinggi yang melekat di dinding. Atau duduk di kerusi sederhana tinggi dengan meja makan. Atau duduk di kerusi rendah dengan meja kopi. 
Makanan boleh dipilih di atas meja buffet. Pelayan sentiasa ada di sini untuk membantu

Burrito disajikan kepada penumpang di Golden Lounge Penang
Terdapat Green Vegetable Noodle (bihun sup) disediakan di meja buffet
Roti, donut dan muffin juga disediakan untuk mengisi perut yang kosong
Buah-buahan sebagai pencuci mulut beralaskan daun pisang juga disajikan 
Saya memilih untuk memakan buah-buahan dan duduk di kerusi tinggi dengan meja tinggi yang melekat di dinding sambil membaca majalah. Sambil membaca saya boleh mengecas bateri telefon saya dengan menggunakan soket yang disediakan.

Tandas, bilik mandi dan sinki di dalam bilik air yang luas juga disediakan untuk kemudahan penumpang
Golden Lounge ini lengkap dengan bilik solat

Kelas Bisnes


Di dalam kapal terbang, saya diberi tempat duduk di Kelas Bisnes. Saya jarang-jarang menaiki Kelas Bisnes kerana saya tidak mampu. Saya hanya berpeluang menaiki Kelas Bisnes apabila perjalanan saya ditaja.  Ini membuatkan saya senyum dan mood saya bertambah baik.

Apakah yang istimewanya Kelas Bisnes ini?

Saya dapat duduk di kerusi yang luas di tepi tingkap baris hadapan dan melunjurkan kaki dengan selesa
Saya boleh menonton skrin tv yang digantungkan di bahagian atas hadapan saya
Saya dilayani oleh pramugari dengan minuman jus oren. Tuala suam diberi untuk menyegarkan muka dan tangan saya.
Saya dihidangkan dengan satay dan cokolat Lindor

Perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hanya memakan masa lebih kurang 50 minit sahaja. Jadi perkhidmatan Golden Lounge dan kelas Bisnes dalam perjalanan yang singkat ini amatlah memberi keselesaan kepada saya.


Golden Lounge KLIA


Apabila saya sudah selesai menjalankan tugas di Kuala Lumpur, saya pun kembali semula ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal terbang MAS. Di KLIA saya memasuki Golden Lounge yang terdapat di sana.

Sebagaimana  Pulau Pinang, Golden Lounge di KLIA juga mempunyai ruang menunggu yang luas, tempat duduk yang selesa, makanan dan minuman yang sesuai dan banyak pilihan, bilik air yang bersih dan lain-lain keperluan.

Walau bagaimanapun Golden Lounge di KLIA lebih besar berbanding dengan Golden Lounge di Pulau Pinang. Orang pula lebih ramai di KLIA berbanding dengan di Pulau Pinang.

Kita boleh mengambil minuman sejuk atau panas lalu duduk berehat di kerusi di Golden Lounge KLIA.
Kek, sandwich, tart dan dim sum disajikan di atas meja buffet dan kita boleh memilihnya mengikut kesukaan kita.
Saya memilih mee kari kerana perut saya berkeroncong
Sambil menunggu kapal terbang mendarat kita boleh duduk makan-makan, menyendiri atau pun membaca
Tempat wuduk dan bilik solat yang luas disediakan di dalam Golden Lounge KLIA
Sinki yang banyak dan bilik air yang luas disediakan

Pernahkah anda memasuki Golden Lounge dan menaiki kapal terbang Kelas Bisnes? Kongsilah pengalaman ada di sini.

24 ulasan:

  1. selamat pagi NA
    wah bestnya bisnis kelas ni kalau utk perjalanan jauh mmg selesa sngt, tpi kaknoor mmg tk mampu lah
    pergi Uk pun hanya mampu kelas 3 saja kesian kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nooriah,
      Saya pun tak mampu. Kalau tak ada siapa yang taja, sampai bila-bila pun saya tak merasa.

      Padam
  2. Assalam Prof
    Sama la kita..naik business class MAS bila ada tajaan saja....haha
    Saya dulu naik dari Kl ke Singapore...
    Rasa macam businesswoman sekejap...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam...sesekali rasa mcm orang kaya...best, kan?

      Padam
  3. assalamualaikum Prof. lama betul menyepi.

    bestnya dpt naik bisnes class dan masuk golden lounge tu. tu pun antara wishlist sy jugak. kalau blh nk naik yg long haul punya. hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam John KB...memang best lebih2 lagi kalau long journey...saya pernah merasa naik business class utk long journey masa balik dari USA ke Malaysia...tajaan JPA sebab habis study...

      Padam
  4. Sy pernah msuk golden lounge domestic dan international di klia...mmg syiokkk sgt kak...mknnn je la semua yg adaaa....best!lg layanan istimewa pramugara dlm flight...terbaek!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tang makan tu memang best...tapi sayang perut tak cukup besar utk sumbat semua he he he

      Padam
  5. Semuanya nampak best sebab bajetnya juga best... tapi saya memang tak mampu...tapi kalau ditaja memang tak akan menolak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak mampu...Rezeki jangan ditolak, kan?

      Padam
  6. best je semuanya...dah lama menyepi..teman pun sama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang semuanya best...sangat selesa...menyepi kerana terlalu sibuk dengan kerja.

      Padam
  7. Assalam
    Prof tk bgtau beza harga antara biz class dan Y class. Nk juga teman tau nya!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Bezanya dari segi keluasan tempat duduk, pilihan makanan dan kemudahan yang disediakan. Menyeronokkan.

      Padam
  8. Saya dah a few times merasa naik biz class.. tajaan suami :-) n sbb saya ada platinum card, saya boleh guna kemudahan di Platinum Lounge.. lagi best kak.. ni link gambar2 dlm platinum lounge http://whereisfatboy.blogspot.my/2014/07/malaysia-airlines-platinum-lounge-klia.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow memang lagi best Platinum Lounge...lagi luas, lagi cantik, majalah pun banyak, makanan pun banyak :) Beruntungnya Kyno.

      Padam
  9. Salam Prof;

    Sewaktu saya berkhidmat dengan Syarikat Minyak Negara kita, saya selalu ke luar negeri di atas urusan rasmi.

    Memang seronok memasuki business lounge ... dan saya juga pernah memasuki business lounge First Class di KLIA.

    Oleh sebab dah seronok, saya juga ada melanggan apps di mana pabila kita berada di sesuatu airport, kita di beri informasi lounge lounge mana yang boleh kita beli walaupun menaiki kelas Ekonomi.

    Dari pemerhatian saya, andainya kita travel seorang, memang berbaloi untuk membeli perkhidmatan ini kerana ianya menyediakan kemudahan makan dan minum , tempat isitirehat yang luas, dan ada juga yang menyediakan perkhidmatan shower ...

    Memang berbaloi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Encik Ghazali,
      Wow seronoknya saya dengar :) Perkhidmatan begini memang berbaloi kalau 'travel long distance' kan?

      Terima kasih kerana maklumat ini.

      Padam
  10. Assalam.. Hehe adid pernah rasa kat golden lounge kuching,mase tu kebetulan guna waran kelas ekonomi gov,klu tak memang tak merasa la..hehe macam teruja sgt mase tu. Promo pun dh tak ada kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Memang patut kita teruja sebab peluang ini bukannya selalu kita dapat :)

      Padam
  11. Assalammualaikum,

    prof kalau kte dalam golden lounge , waktu boarding nnti staff akan panggil atau kita kena alert ye ? Bulan 3 nnti sy akan naik penerbangan bussines class . Takut pulak kalau kena tinggal . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Miss Alya. Ya, staf MAS akan panggil kita kalau dah tiba masa untuk boarding.

      Padam
  12. Assalam admin.. saya nak tanya memandangkan saya ni first time naik business class.. after check-in, macam mana nk masuk golden lounge ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selepas check-in, sila ke bilik Golden Lounge yang terletak tidak jauh dari pintu masuk untuk berlepas. Terdapat kaunter di pintu masuk. Tunjukkan boarding pass kepada pegawai yang berada di kaunter. Lepas itu mereka akan mempelawa Sher untuk duduk di mana-mana kerusi.

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...