Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Isnin, 11 April 2016

Movie Animation Park Studio |MAPS akan dibuka di Ipoh

T aman tema filem animasi pertama di  Malaysia akan dibuka tak lama lagi di Ipoh, Perak. Khabarnya ia akan mula dibuka pada pertengahan tahun ini. Taman yang dinamakan Movie Animation Park Studio atau MAPS ini akan mempunyai macam-macam jenis ride, roller-coaster, drop tower, persembahan lagak ngeri, dunia kartun, dunia fantasi, dunia permainan, dunia pengembaraan dan banyak lagi.

Tentu anda akan berasa gayat dan seram sejuk menaiki Megamind yang tinggi dan laju, kecut perut menyaksikan persembahan lagak ngeri kereta secara langsung (live-action stunt car), sesat-marat dalam Fantasy Forest Zone, kembali ke zaman kanak-kanak  bersama Woody dan Buzz Light Year dalam Toy Story, memasuki rumah Red Indian dalam Indys Hq, menjelajah gua di dalam Cave Walk, menyeberangi jambatan dan sungai dan macam-macam lagi adventure.

Semua ride ini direka mengikut cuaca panas sepanjang tahun di Malaysia. Jadi cuaca begini menjadi satu keisitmewaan bagi Malaysia kerana taman tema ini boleh dibuka sepanjang tahun sebagaimana Studio Disney di Florida, Amerika Syarikat kerana cuaca di Florida juga panas sepanjang tahun. Tidak seperti taman-taman tema di negara-negara yang mempunyai 4 musim; misalnya Luna Park di Melbourne, Australia dan Kings Island di Cincinnati, Ohio hanya dibuka pada musim bunga dan panas.

Tetapi adakah taman tema ini sudah siap dan bersedia menerima kunjungan ramai?

Minggu lepas saya ke Ipoh dan berkesempatan mengambil beberapa syot dari taman tema itu. Saya mengambil gambar-gambar itu dari dalam kereta yang bergerak di atas jalanraya. Hasilnya ialah seperti yang di bawah ini

Taman Studio Animasi ini masih dalam pembinaan. Terdapat 40 ride yang bakal menghiburkan anda. 

Taman Studio Animasi yang dikatakan Asia's First ini mempunyai animasi dari DreamWorks. Animasi tempatan BoBoiBoy juga bakal berada di sini. 

Movie Animation Park Studio ini letaknya tidak berjauhan dengan Perhentian Amanjaya dan Mydin Mall Meru. Tanah yang masih kosong ini mungkin akan dihiasi dengan pokok-pokok bunga

Pintu masuk MAPS yang bakal diserbu orang ramai tak lama lagi. Ia dijangka menjadi tarikan pelancong.

Gerbang MAPS masih belum dibuka untuk orang ramai.  Dengan slogan Live Your Dreams, MAPS ingin menggapai impian anda

MAPS  ~ Live Your Dreams, benar-benarkah akan merealisasikan impian anda? Sama-samalah kita nantikan.


8 ulasan:

  1. wow! menariknya... cam best je kalo dah bukak ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah kita sama-sama cuba nanti :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Bolehlah MKL bawa Cinta dan Dr Nassier main-main di sini :)

      Padam
  3. Macam-macam taman tema ada kat Malaysia sekarang ni... yang penting temanya berlainan walaupun permainannya lebih kurang sama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak taman tema di bahagian selatan. Bahagian utara pun hendak juga. Untuk elakkan persamaan kenalah mereka buat tema yang berlainan.

      Padam
  4. Wah meriaah dah Ipoh ni ye...macam macam ada dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah siap nanti, bolehlah main di sini. :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...