Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini



Selasa, 1 Mac 2016

#Jipangi: Makanan Pelik Yang Trendy

Pada cuti baru-baru ini saya dan keluarga pergi jalan-jalan, shopping-shopping dan makan-makan di sebuah shopping mallShopping mall ini baru dibuka, iaitu AEON Mall Ipoh Klebang.

Yang menariknya, kami ternampak sejenis makanan pelik yang dijual di situ. Makanan itu digantung dengan banyak di atas tengah-tengah sebuah gerai kecil. Gerai kecil itu letaknya di tengah-tengah tingkat 2, tidak berjauhan dengan food court yang ada di situ.

Apakah makanan yang tergantung di atas tengah-tengah gerai?

Penuh dengan tanda tanya, kamipun mendekatinya. Ia adalah makanan Korea bernama #Jipangi.

Anak saya yang bongsu pula ternampak minuman kegemarannya yang pernah dibelinya di Korea.

"Hei,  Banana Flavoured Milk!" jerita anak saya kegembiraan. Tak sabar-sabar dia hendak membelinya,

Kami melihat-lihat keliling gerai, merenung ke dalam peti sejuk dan membaca maklumat yang terdapat di situ. Sampel makanan yang ditunjukkan nampak menarik. Ia berbentuk J. Macam tongkat pun ada, macam kaki payung pun ada. Ia dibuat daripada snek jagung dan dimakan dengan ais krim. Ais krimnya lembut dan ada macam-macam flavour: vanilla, cokolat, strawberi, pisang, teh hijau....

"Eh! Ada Halal JAKIM!"

Keinginan untuk mencuba #Jipangi meluap-luap apabila kami nampak logo halal dipamerkan.

Minuman Korea kegemaran anak saya dijual di sini. Logo halal JAKIM diletakkan di atas peti sejuk

Apa lagi...kamipun membeli makanan pelik itu. Nak tahu mengapa ia pelik?  Hah.. cuba skrol ke bawah...dan anda pasti setuju dengan saya yang ianya pelik...


Ais krim dipamkan ke dalam #Jipangi menggunakan mesin

Pelik, kan?
Nah! #Jipangi awak!

Kami membayar RM7.00 sebatang. Dengan bentuknya yang pelik kami memakannya dengan seronok bercampur gelihati.

Boleh letak ais krim perasa campuran kalau suka. Pelik kan bentuknya?

Rasanya? 

"Macam Honey Star cereal!," kata anak bongsu saya.

"Aaah..lah...cuma tambah ais krim aje!" kata anak saya seorang lagi.

Tak sampai 10 minit #Jipangi pun habis kami makan.

Dengan Korean Wave (hallyu) yang melanda dunia, khabarnya #Jipangi menjadi trendy sekarang ini.

Pernahkah anda memakan #Jipangi? Kalau anda pernah memakannya kongsilah pengalaman anda di sini. 

14 ulasan:

  1. jipangi yg delicious yet agak obscene sikit, hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zool,...pasal tu ia trendy...he..he..he..

      Padam
  2. Nekcik pun x pernah makan....kat sana x berani nak beli
    Banana milk tu mmglah feveret anak anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba Nekcik...sedap juga.
      Banana milk tu lemak-lemak manis, kan?

      Padam
  3. Macam pelik je aiskrimnya...tapi nampak macam sodap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bentuknya pelik kan? Sodap jugak...Bolehlah Mie cuba rasa nanti... di Sunway Pyramid pun ada.

      Padam
  4. Yang pelik tu yang nak try tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahimah memang orang yang berani mencuba :)

      Padam
  5. wah..kena berani cuba..nampak macam sedap sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena berani cuba...mungkin sesuai dengan selera MKL :)

      Padam
  6. entry yang sangat menarik terutama makanan yang belum pernah kita lihat atau tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kini makanan yang baru bagi kita, sudah berada dekat dengan rumah kita. Pada masa-masa akan datang mungkin ada banyak lagi makanan yang tak pernah kita lihat sebelum ini muncul di pasaran Malaysia.

      Padam
  7. hihi tak penah makan.. tp mmg da lama sejak 2011 nmpk mende ni kat korea masa gi sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya negara kita dah dilanda makanan Korea. Malaysia truly Asia :)

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...