H
ujung tahun lepas saya ikut suami saya. Naik
kereta, jalan-jalan, makan angin. Bukannya jauh, cuma di tempat sendiri – Kuala
Kangsar ke Taiping. Selalu juga kami buat begini.
Kereta yang kami naiki itu bukanlah kereta baru, cermin tingkapnya pun gelap dan tintednya sedikit tercalar, jadi tak dapat saya tengok pemandangan dengan jelas. Tetapi kereta itu ada air-cond, jadi tidaklah lemas kami di dalamnya.
Tak lama kemudian kami sampai di pekan Betong. Pekan Betong ini kecil. Terdapat juga kereta Myvi di situ. Komuniti di sini bercampur di antara orang Melayu, Cina dan Siam.
“Kita ke Betong?” ajak suami saya tiba-tiba.
Walaupun terkejut kerana tidak membuat
persediaan apa-apa, saya setuju. Sehelai sepinggang sahaja saya.
Pasport ada dalam kereta. Cuma passport
suami saya akan tamat tempoh kurang dari 6 bulan. Tapi itu tidak menjadi
masalah kalau masuk ke Thailand melalui Betong. Imigresen tak kisah soal itu.
Betong, kalau menyebut tempat ini orang
akan membayangkan sebuah pekan di sempadan Thailand-Perak bersebelahan dengan Pengkalan
Hulu (Gerik).
Perjalanan ke sempadan memakan masa tidak
sampai 2 jam kerana kami bertolak dari Kuala Kangsar. Ketika itu sudah 6
petang.
Kereta kami letakkan di sebuah tempat letak
kereta yang berdekatan dengan kawasan imigresen bahagian Malaysia. Lalu kami masuk ke sempadan Thailand dengan menaiki sebuah kereta sapu milik orang Malaysia. Kereta sapu ini kemudian berpatah balik ke sempadan Malaysia setelah selesai menghantar kami ke imigresen pandu lalu Malaysia.
Kemudian kami berjalan kaki sedikit menuju kompleks imigresen Thailand. Di kawasan imigresen itu tiada ramai orang. Kami sahaja orang yang beratur di kaunter untuk mengecop pasport. Jadi urusan mengecop pasport dibuat sekelip mata sahaja.
Kami singgah sebentar untuk buang air di tandas dalam kompleks imigresen Thailand itu. Tapi malangnya, bekalan air tiada. Susah juga kami hendak mencari air untuk beristinjak. Mujurlah ada sedikit titisan air dari paip sebelah tandas lelaki. Kami pun kongsi air yang tak sampai setengah botol dengan beberapa orang di situ.
Kereta sapu yang membawa kami ke imigresen |

Laluan masuk kompleks Imigresen Betong |
Setelah mengecop passport, kami pun melepasi
sempadan Thailand dengan mudah. Pemandu-pemandu kereta sapu Thai sudah menunggu di sempadan. Kami
memberitahu mereka yang kami hendak ke Betong kemudian ke Yala dan Pattani. Seorang lelaki
Melayu Thai yang muda menerima kami dan membawa kami ke destinasi kami setelah
berunding dengan harganya. Harga yang dirunding ialah RM350 untuk perjalanan
pergi dan balik: Betong - Yala - Pattani.
Dua kali mengunjungi Betong, belum lagi saya bosan. Ada saja hal baru yang saya dapat dalam setiap perjalanan. Sepuluh tahun dulu, saya dengan 4 keluarga saya ke Betong untuk bercuti. Kami menginap di chalet di Pengkalan Hulu. Salah satu agendanya adalah mandi air panas dan shopping di sempadan Thai. Pada masa itu sempadan Thai di sini ada kawasan bebas cukai yang seronok untuk membeli-belah, tetapi siapa sangka sekarang tidak lagi. Sunyi. Inilah yang saya rasakan apabila melalui kompleks beli-belah itu di sebelah sempadan Siam.
Kereta yang kami naiki itu bukanlah kereta baru, cermin tingkapnya pun gelap dan tintednya sedikit tercalar, jadi tak dapat saya tengok pemandangan dengan jelas. Tetapi kereta itu ada air-cond, jadi tidaklah lemas kami di dalamnya.
Tak lama kemudian kami sampai di pekan Betong. Pekan Betong ini kecil. Terdapat juga kereta Myvi di situ. Komuniti di sini bercampur di antara orang Melayu, Cina dan Siam.
Kami hendak tukar ringgit ke Bhat.
Pemandu itu membawa kami ke sebuah kedai runcit untuk menukar wang. Tuan punya
kedai itu orang Cina dan dia bercakap
dialek Hokkien. Apabila kami masuk ke dalam kedai, kedai itu gelap ~ tidak berlampu. Kenapa?
Black-out rupa-rupanya! Tiada bekalan elektrik pada hari itu. Kami mendapat tahu bahawa ada kejadian pengeboman sebuah bas di Betong pada hari itu. Pengeboman itu membuatkan seluruh Betong ketiadaan bekalan elektrik. Jadi mereka sudah bergelap sejak semalam. Salah timing, rupanya kami ni. Kejadian pengemboman sering berlaku di Selatan Thailand, pengeboman paling muktahir baru sahaja berlaku semalam!
Duit seribu ringgit jadi 7500 baht bila dah ditukar! Terasa sangat ringgit jatuh merundum! Tak bolehlah nak shopping sakan di sini sebab harga barang-barang pun saya tengok lebih kurang sama dengan harga di Malaysia.

Setelah melepasi pekan Betong, kami menuju
ke Yala. Perjalanan kami melalui jalan-jalan yang berliku-liku dan turun-naik kerana banyak gunung. Banyak
kampung-kampung, hutan-hutan kecil dan kebun-kebun getah.
Kadang-kadang melalui pekan-pekan kecil.
Terdapat tentera-tentera beruniform di pos kawalan tepi jalan dan membuat sekatan. Mereka memegang rifle M-16 dengan berpakaian celoreng. Menengokkan mereka berpakaian begitu, perasaan takut pun ada, nak tangkap gambar mereka apa lagi. Kereta kami berhenti pada sekatan itu. Perasaan bimbang menghantui saya. Adakah kami orang luar akan disoal siasat? Tentera yang menahan bertanya pada pemandu kami dalam bahasa Thai dan kemudian membenarkan kami meneruskan perjalanan. Saya dan suami langsung tak disoal siasat. Pasport kami pun langsung tak diminta tengok.
Banyak juga sekatan tentera ini sepanjang perjalanan dari Betong ke Yala. Boleh dikatakan pada setiap 6-10 km terdapat pos kawalan dan sekatan ini. Berpuluh-puluh pos kawalan kami lalui sehingga membuat kami tertanya-tanya. Menurut pemandu kami, mereka sedang mencari penjenayah. Gambar penjenayah itu terpampang di tepi-tepi jalan. Penjenayah itu orang Islam, orang Melayu Thai. Mungkin mereka ini gerakan pemisah Pattani yang telah beroperasi lama sejak 2004.

.
Kami berbua-bual dengan pemandu kami itu.
Katanya dia berasal dari Pattani, bekerja sebagai pemandu kereta dan menurutnya
ramai orang Melayu Siam di situ dicari oleh tentera kerana dianggap penjenayah.
Tetapi penjenayah itu sukar ditemui kerana mereka bersembunyi di
kampung-kampung dan dilindungi oleh orang kampung.
Kami melalui jalan yang dikatakan tempat
bas dibakar itu iaitu di jalan Ban Kasod di daerah Banang Sata (Benang Setar).
Jalannya agak sunyi, besebelahan dengan kebun-kebun getah.
Di pekan Benang Setar kami melihat ada beberapa sekolah.
"Inilah sekolah saya," kata pemandu kereta kami sambil menunding jarinya ke arah sebuah sekolah Tahfiz.
Perjalanan 140 km dari Betong ke Yala itu
mengambil masa hampir 3 jam. Kami sampai di Yala pada pukul 9 malam. Terus kami
check-in hotel. Hotel Yala Rama yang kami pilih. Kami berjanji dengan pemandu kami
untuk ke Pattani pagi esoknya. Dia lalu mencari bilik kawannya untuk menginap yang tidak
berjauhan dari situ.
Hotel kami ini berharga 180 ringgit semalam. Hotel itu ok ok saja. Sempoi sangat. Keadaan dalam hotel tu bagi saya tak padan dengan harganya.
Sebenarnya kami ada seorang kenalan orang Thailand yang sudah berkahwin dengan orang Kuala Kangsar, tetapi pulang sebentar ke Yala untuk melihat ibunya yang sakit. Kami panggil dia Kak Nah. Kak Nah kemudiannya datang dengan anak lelakinya menaiki motorsikalnya mencari kami di hotel. Kak Nah menganggap kami berani kerana datang ke Yala ketika kejadian pengemboman. "Berani betul datang Betong time ni," katanya.
Kami kemudiannya keluar makan bersama. Oleh kerana sudah malam, kedai sudah tutup. Cuma terdapat beberapa buah kedai makan sahaja yang buka.
Yala Rama Hotel di pekan Yala |
Bilik yang sempoi, tapi mahal |
Harga bilik hotel di Yala yang tidak padan dengan kemudahan yang diberikan |
Sebenarnya kami ada seorang kenalan orang Thailand yang sudah berkahwin dengan orang Kuala Kangsar, tetapi pulang sebentar ke Yala untuk melihat ibunya yang sakit. Kami panggil dia Kak Nah. Kak Nah kemudiannya datang dengan anak lelakinya menaiki motorsikalnya mencari kami di hotel. Kak Nah menganggap kami berani kerana datang ke Yala ketika kejadian pengemboman. "Berani betul datang Betong time ni," katanya.
Pekan Yala |
Kami kemudiannya keluar makan bersama. Oleh kerana sudah malam, kedai sudah tutup. Cuma terdapat beberapa buah kedai makan sahaja yang buka.
Kamipun menjamu selera dengan masakan asli
Thailand: Tomyam putih, telur dadar, sambal belacan dengan timun, dan masak petai. Sungguh enak masakannya.
Setelah berbual-bual panjang dengan Kak Nah dan anak lelakinya, kamipun pulang ke hotel. Kak Nah pula pulang ke rumahnya di Pattani. Esok pagi dia hendak bawa kami jalan-jalan di Pattani.
...bersambung
Baca sambungan cerita ini DI SINI
Baca juga:
Merentas Sempadan Thailand ke Danok
Makan malam kami di Yala |
Kami makan malam dengan masakan Thai bersama Kak Nah di sebuah kedai makan di Yala |
Setelah berbual-bual panjang dengan Kak Nah dan anak lelakinya, kamipun pulang ke hotel. Kak Nah pula pulang ke rumahnya di Pattani. Esok pagi dia hendak bawa kami jalan-jalan di Pattani.
...bersambung
Baca sambungan cerita ini DI SINI
Baca juga:
Merentas Sempadan Thailand ke Danok
Kadang-kadang perjalanan tanpa perancangan ni jadi seronok kalau semuanya berjalan lancar. Maknanya kena shopping bajulah di sana...
BalasPadamTak rasa gerun ke bila tau ada kes pengeboman di sana...
Untunglah ada kenalan kat sana...
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun tanpa perancangan. Tak shopping baju pun sebab pergi sehari je..
PadamKalau tahu awal-awal ada pengeboman mungkin tak ke sana.
Untung ada kenalan, mudah nak ke mana-mana. Student saya pun ada dari sini tapi tak sempat contact.
Selalu nya hotel di Thai murah berbanding harga makanannya
PadamTapi berlainan pula di Yala, hotelnya agak mahal.
PadamDi kawasan Thai mana hotelnya murah berbanding makanan, Hasnidar?
Salam...boleh x saya dptkn no driver tu?
BalasPadamBwk je kreta sndr Adilla, lg Jimat. Awk beli simkad internet bila dh lpas imegresen. pastu guna google maps.
PadamAdila, saya tak simpan nombor driver tu. Boleh je ambil mana-mana driver yang menunggu penumpang di sempadan.
PadamBaru pergi tadi.. masuk dengan kerata sendiri..diorg tak tahan pun..kami sekua takde borderpass atau passport..tapi kami ronda-ronda je lala pekan betong tu hehe
BalasPadamBeraninya.
Padamgoogle je.. lps imegresen cr kdai jual simkad internet. google maps jln. Naik kereta sndri je, lg jimat.
BalasPadam