Tagline

A Blog About Traveling Around The World From The Lens and Eyes of A Malaysian-Muslim Woman

Select Your Preferred Language


Select Your Preferred Language
BAHASA MELAYU | ENGLISH

Jadilah Rakan Kembara Naramas Aman ~ Sila daftar di sini

Adsense



Jumaat, 26 September 2014

Backpacker Ciput Main Redah di Jepun (15): Tinggal Bersama Tuan Rumah di Guesthouse Caminoro, Osaka

R umah untuk bermalam. Itulah pencarian kami petang itu di Mikuni, Osaka. Dengan menggalas dan mengheret beg, kami teruskan pencarian. Pekan Mikuni tidak sibuk. Tak ada seorang pun pelancong. Cuma kami dua beranak sahaja 'makhluk asing'. 

Rumah yang kami cari belum jumpa. Kata yanushi (tuan rumah) di dalam emelnya kepada kami, rumahnya terletak di kompleks kedai berbumbung berdekatan pejabat pos. Kami sudah jauh berjalan melepasi deretan kedai di sebelah kanan stesen keretapi Mikuni. Tetapi masih tidak menemui kompleks kedai berbumbung berdekatan pejabat pos. Arahan yang diberikan kurang jelas, jadi kami sesat sekejap. Kamipun berpatah balik.

Hanya penduduk tempatan di pekan kecil Mikuni 

Sempat juga kami bertanya pada seorang budak sekolah menengah. Kami cakap Inggeris sebab tak tahu cakap Jepun. Pelajar itu pula tak tahu cakap Inggeris, tetapi dia boleh faham bahasa Inggeris kami.

Walaupun dia cakap Jepun kami dapat menangkap maksudnya sebab bahasa isyarat dan bahasa tubuhnya universal. Anak saya kaki manga dan permainan Jepun, jadi dia faham beberapa perkataan Jepun.  

Kamipun mengubah hala pencarian sehinggalah kami bertemu rumah-rumah dan kompleks kedai yang berbumbung. Rumah yang kami cari berada di kompleks ini. Kami melalui kedai buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian, dobi, kedai makan dan macam-macam lagi.

Kami ternampak buah epal yang besar-besar, merah dan segar di kedai. Teringin memakannya. Tetapi perkara penting ~ masuk ke rumah dan meletakkan barang ~ mesti diselesaikan dahulu. Kami bercadang untuk keluar semula setelah pendaftaran masuk rumah selesai.

Kedai buah-buahan ini terletak di kompleks kedai berbumbung di Mikuni
Buah epal besar, merah dan segar  ini teringin kami makan. Tapi check in dulu. Nanti datang balik.

Hari sudah semakin lewat petang. Kami sudah menghampiri rumah yang kami cari. Perasaan kami lega. Ia bertambah lega apabila tiba-tiba seorang lelaki menghampiri kami. Lelaki ini tahu kami sedang mencari rumah itu dan tanpa bertanya terus membawa kami ke pintu rumah. Guesthouse Caminoro jelas terpampang di luar pintu. Di sebelahnya kedai dobi.

Inilah pintu Guesthouse Caminoro, sebuah rumah di atas kedai

Kamipun memicit loceng rumah. Tak berapa lama kemudian, yanushi pun keluar dan menyambut kami. Yanushi kami sangat peramah. Mereka suami, isteri dan seorang anak ~ Koji, Taeko dan Moka. Mereka fasih berbahasa Inggeris. Yanushi membantu kami mengangkat beg kerana rumah mereka di atas kedai dan perlu menaiki tangga yang tinggi.

Kami mendaftar masuk hampir 6 petang. Kaunter ini terdapat di tingkat tengah
Maklumat tentang kadar sewa bilik, waktu kaunter dibuka dan nama tuan rumah terdapat di dinding rumah  
Koji (suami), Taeko (isteri), Moka (anak) ~ tuan rumah inapan yang peramah. https://www.facebook.com/caminoro/info?ref=page_internal

Kamipun mendaftar masuk dan membayar baki sewa rumah itu JP¥10,208.00 (RM304.56) untuk dua hari (10% kami sudah bayar pada hostelworld.com). Kaunter terletak di ruang tamu di tingkat tengah. Di ruang tamu terdapat kerusi, bangku, meja, komputer dan skrin televisyen pipih. Di sebelah ruang tamu ada ruang dapur. Ini rumah Jepun yang modern dan rekabentuknya tidak sama seperti rumah tradisional Jepun yang kami inapi sebelum ini.

Ruang tamu
Di sebelah ruang tamu ialah ruang dapur
Boleh duduk berehat di sini dan menggunakan komputer

Yanushi kemudiannya membawa kami ke dalam bilik di tingkat atas. Lantai rumah ini ada yang diperbuat daripada papan dan ada juga tatami tiruan. Bilik dan rumah ini bersih. Kami rasa amat selesa. Bilik ini dihiasi kesenian Jepun modern, dilengkapi dengan alat pendingin hawa, kipas dan penyangkut baju. Katilnya rendah meniru ciri-ciri tradisional Jepun dan dilengkapi dengan gebar gebu, bantal dan tilam yang empuk.

Katil rendah Jepun kami yang selesa
Bilik tidur kami
Hiasan dinding di dalam bilik
Laluan untuk ke bilik tidur

Apabila kami lapar, kami turun ke dapur dan memasak. Semua alat-alat di dapur boleh digunakan termasuklah garam, gula, teh dan kopi. Namun kami membawa sendiri peralatan memasak kami supaya terjaga kehalalan makanan kami.

Ruang dapur
Dapur gas ini kami gunakan untuk memasak
Peti sejuk ada dua. Satu untuk tetamu dan satu lagi untuk tuan rumah
Tong sampah kitar semula dilabelkan dan diasingkan

Bilik air di rumah ini ada dua iaitu di tingkat atas dan di tingkat bawah. Bilik air lelaki di tingkat atas. Untuk menjaga privasi bagi tetamu wanita, bilik airnya diletakkan di tingkat bawah dan dikunci. Untuk membukanya tetamu wanita perlu menekan kata laluan pada pintu.

Yang menyenangkan kami ialah tandas rumah ini sesuai untuk beristinjak kerana disediakan pancutan air di mangkuk tandas.

Bilik air ini untuk lelaki dan diletakkan di tingkat atas
Bilik air ini untuk wanita dan terletak di tingkat bawah. Untuk membukanya, perlu menekan kata laluan pada pintu
Tangga ke bilik air wanita di tingkat bawah
Tandas ini amat sesuai untuk orang Islam kerana disediakan pancutan air untuk beristinjak. Punat-punat di sebelah kanan tandas ini perlu ditekan untuk membenarkan air dipancut dari bawah mangkuk tandas.

Apabila kami selesai mandi dan makan pada kira-kira pukul 8.30 malam, kami keluar berjalan-jalan di sekitar rumah kedai itu. Kami teringin makan epal besar, merah dan segar yang kami lihat petang tadi. Tetapi kedai buah-buahan itu sudah tutup. 

Tidak banyak yang dapat kami lihat kerana kedai-kedai di situ tutup awal dan orang ramai pun mula pulang ke rumah. Cuma ada sebuah kedai buku dan kedai 100 yen sahaja yang masih di buka dan letaknya di stesen keretapi. Menariknya semua barang-barang di kedai 100 yen berharga 100 yen. Murah! Jadi dapatlah kami membeli-belah sedikit.

(Nota: Video tentang kedai 100 yen akan saya kongsikan dalam entri akan datang)

8.30 malam pada musim panas di Mikuni, orang ramai meninggalkan kompleks kedai berbumbung ini
Inilah suasana di luar rumah inapan kami di Mikuni pada waktu malam. Kedai-kedai sudah ditutup.

Kami masuk semula ke dalam rumah dan merancang untuk berjalan-jalan di Osaka pada keesokan harinya. Ke manakah kami akan pergi? Untuk mengetahuinya, ikutilah entri saya yang akan muncul tak lama lagi.

...bersambung                                                                                    ...baca entri akan datang di sini



Baca kisah sebelumnya di bawah ini:

38 ulasan:

  1. wahhh menariknya stay di guesthouse tu. One day kalo sayapun berkesempatan ke Japan..saya plan nak stay kat guesthouse.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik duduk di guesthouse sebab kita dapat rasa kehidupan orang Jepun dengan lebih dekat. Kalau Zila ke Jepun nanti, duduklah di guesthouse.

      Padam
    2. next trip kalau ke jepun nk duduk macam prof... best...

      Padam
    3. Saffuan boleh ikut macam saya. Seronok duduk di rumah ni.

      Padam
  2. Mesti jumpa rumah tu...

    Kalau di Nippon buah yang paling saya suka ialah buah peach. Senang nak makan, cuma siat kulitnya. Satu lagi ialah buah nashi pear... bentuknya seakan epal tapi rasanya seperti pear...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ha ha pandai Mie teka.

      Masa kami ke Jepun nampak buah peach, nashi, epal, pear tapi tak sempat membelinya. Tentu sedap buah-buahan itu, kan. Hanya sempat membeli pisang di kiosk di stesen Osaka je.

      Nashi pear tu buah lai, kan?

      Padam
  3. yeahhh dh baca ..
    tak sbr baca yg seterusnye ...
    dan akan terus bersabar ..
    bestnye mengharungi kehidupan seperti org tempatan di jepun ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Eda. Seronok juga sesekali mendekati kehidupan orang tempatan.

      Padam
  4. Bestnyaaaa...kedai 100 yen. Beberapa tahun lepas suami saya membeli bantal berbentuk silinder yang dalamnya di isi biji-bijian. Sangat selesa....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam ada di kedai 100 yen tu seperti biskut, pinggan manguk, minuman, dsb.

      Bantal yang di dalamnya berisi biji-bijian saya pernah guna semasa tinggal di Beijing. Memang sangat selesa, tetapi semasa balik Malaysia, saya bagi pada orang sebab berat nak bawa naik kapal terbang. Rindu pula saya pada bantal tu bila Aziela sebut-sebut.

      Padam
  5. Balasan
    1. Memang bersih rumah-rumah inapan di Jepun. Di dalam bersih, di luar pun bersih.

      Padam
  6. Oooh..kedai mereka tutup awal ya prof..?
    Bersih sungguh guesthousenya ya... bilik pon agak bsr juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai mereka tutup awal 8.00-8.30 malam dah tutup :(

      Rumahnya bersih sangat, tersusun dan penuh peraturan. Nak kotorkan pun tak berani, Bilik air dan tandas pun bersih.

      Padam
  7. Rumah yang bersih dan Yanushi yang bahagia dan peramah tentu membuat Bu Prof Nara senang banget tinggal di rumah itu. Oh ya Bu, ngak berat kah bawa alat-alat masak-memasak itu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kami senang banget tinggal di rumah itu kerana yanushi yang baik hati, peramah dan rumahnya bersih. Kami bebas memasak dan menggunakan dapur seperti di rumah sendiri. Saya tidak membawa banyak alat memasak cuma sebuah periuk yang ringan, 2 batang sudu kayu dan dua batang penyepit kayu. Bekas mengisi makanan kesemuanya dibuat daripada plastik. Jadi ngak berat.

      Padam
  8. bestnya prof..tak sabar rasenya nak menerjah ke next month ni...tumpang refer blog prof ya utk susun itinerary adn info ttg osaka , Japan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ishatin pun nak ke Osaka juga? Tentu Osaka cantik sebab sudah masuk musim luruh. Boleh tengok daun-daun berwarna warni. Silakan merujuk blog ini sebagai panduan. Semoga mendapat manafaat.

      Padam
  9. Balasan
    1. Tak cuba. Tak sempat. Lagipun di rumah itu pun ada bilik laundry.

      Padam
  10. Pernah tak prof guna dua ayat ni di Jepun..
    "SUMIMASEN GA, BUTANIKU WA TABEREMASEN"
    "SUMIMASEN GA, OSAKE WA NOMEMASEN"
    # homestay tu munkin bertaraf 5* di Malaysia dari segi kecanggihan teknologi yang digunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya pernah guna ayat itu semasa mula-mula beli nasi bungkus di 7 Eleven di Nara. Siap tunjuk pada cashier tu kamus elektronik Jepun. Rupa-rupanya, dia pandai bahasa Inggeris. Terus dia beritahu saya nasi yang boleh saya makan. Nasi yang ada Ikan, telur dan sayur saja ditunjukkan pada saya.

      Homestay itu mungkin bertaraf 4*. Tetapi harganya 3*.

      Padam
  11. Prof bawak rive cooker kecik tu eh
    kebanyakan guesthouse dan hostel di jepun mmg bersih..murah tu Prof RM300++ tuk 2 mlm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya bawa periuk rice cooker kecil, tetapi badan rice cooker (bahagian luarnya) saya tinggalkan. Saya cuma bawa periuk aluminium sahaja. Saya masak guna tungku dapur gas (gas stove). Periuk itu ringan dan boleh digunakan untuk memasak macam-macam. Gambar periuk itu ada saya tunjukkan dalam entri pasal Small World Guesthouse di Kyoto.
      http://nota-kembara.blogspot.com/2014/07/backpacker-ciput-main-redah-di-jepun-9.html#comments

      RM300 untuk dua malam memang murah sebab itu bayaran untuk berdua. Tempatnya bersih, selesa dan tenang.

      Padam
  12. Balasan
    1. Kalau seorang cuma RM150 untuk dua malam. Bagus, kan?

      Padam
  13. Facility yang cukup lengkap.Kat Mesia mana ada guest house yang ada cukup lengkap macam ni.Habis lah di tuduh suka bandingkan Mesia ngan Jepun.Tapi serius berbaloi.Harga pun sangat murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi dengan kemudahan lengkap begitu. Kalau ke Osaka lagi, saya mungkin akan menginap di sini lagi.

      Padam
  14. wow menarik guesthouse ti ..epal tu mmg menarik.hihi.Makanan kami gak kat sana dulu.Senang ngap je..Ciku pernah duk ngan famili jepun masa di nagano hakuba dulu.mmg best boleh lebih mengenali cara hidup kekeluargaan mereka.xsabo nak baca entry seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guesthouse ini selesa dan best! Epal tu sebenarnya dua kali ganda besarnya daripada yang biasa kita lihat di Malaysia. Tinggal dengan famili Jepun di Nagano mesti best sebab anak saya pernah tinggal dengan keluarga angkat di sebuah kampung di Yamagata, Nagano. Dia kata best!

      Padam
  15. Bestnya. Satu alternatif untuk tempat tinggal. Sangat murah & nmpk selesa. Thank you for your info!

    btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Terima kasih ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah The Travelling 30 nanti menginap di sini.

      Ok, insya Allah akan saya lawat blog The Travelling 30. Tentu menarik backpack di New Zealand, kan.

      Padam
  16. Bagus sekali guesthouse-nya. Macam homestay di rumah keluarga Jepun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benar Mas Indra. Bagus sekali guesthouse-nya. Kalau Mas menginap di sini, pasti senang kerna Mas bisa bebas seperti di rumah sendiri.

      Padam
  17. wow memng bagus kali.. sbab tinggal mcm ni memng alternatif yg baik..menjimatkan.. fasiliti lengkap..
    boleh blajar colture... 300 semalam..memang ok sangatlah la..nak bandingkan dgn kos pnginapan kat sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sobri, tak mahal mana pun. Berbaloi le.

      Padam
  18. bersih dan kemas guesthouse ni.cnfirm akn stay guesthouse jgk bila ke jepun nanti, jimat banyak kot

    ala...ingatkan ad aksi prof gigit epal cam snow white tu...hehe;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guesthouse di Jepun bersih-bersih, selesa dan menjimatkan.

      Gigi pun tak ada macam mana nak gigit epal... ha ha ha... :D

      Padam

Kini giliran anda pula untuk memberi pandangan/ulasan.

Ulasan tanpa nama akan dipadamkan.