Tahukah anda ada sebuah taman baru di Penang yang suka dikunjungi orang? Taman itu adalah Escape Park. Salah seorang pembaca blog ini iaitu Safwan telah berpeluang ke sana dan ingin berkongsi keseronokannya. Apa yang seronok tu? Kita ikuti pengalaman Safwan melalui tulisannya di bawah ini:
ESCAPE PARK: KEGILAAN TERBARU
Oleh: Muhamad Safwan Bin Fadzil
Terletak kira-kira 27km dari susur keluar Jambatan Pulau
Pinang, Escape Park di 828 Jalan Teluk Bahang, Pulau
Pinang kini menjadi tarikan terbaru pelancong.
Menawarkan aktiviti-aktiviti lasak dan menggunakan fizikal sepenuhnya, Escape
Park ternyata menjadi kegilaan baru kepada penggemar aktiviti lasak.
Permainan-permainan di taman ini tidak menawarkan permainan tipikal taman tema seperti “roller coaster” dan “ferris wheel” sebaliknya taman tema ini menawarkan permainan yang diinspirasikan daripada permainan tradisional seperti galah panjang, tarik upih dan konda-kondi.
Pengasasnya, Sim Choo Kheng yang dibesarkan dalam suasana kampung menyedari nilai kenangan bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan dalam suasana aman damai kampung. Oleh itu, apabila tender terbuka diiklankan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 untuk membina tempat tarikan terbaru di Pulau Pinang, beliau lantas menyertai persaingan tender tersebut menerusi syarikatnya, Sim Leisure dan berjaya memenangi tender itu.
Pengasasnya, Sim Choo Kheng yang dibesarkan dalam suasana kampung menyedari nilai kenangan bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan dalam suasana aman damai kampung. Oleh itu, apabila tender terbuka diiklankan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 untuk membina tempat tarikan terbaru di Pulau Pinang, beliau lantas menyertai persaingan tender tersebut menerusi syarikatnya, Sim Leisure dan berjaya memenangi tender itu.
Teruja dengan Aktiviti Lasak
Pada
23 November 2014 penulis telah berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman
keseronokan aktiviti lasak yang disediakan taman tema ini bersama lima rakan
yang lain. Saat pertama kali melihat pemandangan pintu Escape Park, hati
penulis telah teruja untuk menerokanya. Hal ini kerana, dekorasi yang disajikan
oleh ESCAPE sangat berunsurkan kampung dan penulis seperti berada di dalam
filem “Journey To The Earth” lakonan Dwayne Johnson apabila melihat
permainan-permainan dalam taman itu.
Penulis
tiba di sana pada jam 10 pagi setelah memulakan perjalanan selama kira-kira 45
minit dari Universiti Sains Malaysia. Tiket yang dikenakan bagi setiap kategori
adalah berbeza-beza. Bagi kategori dewasa, RM68.00 dikenakan dan bagi
kanak-kanak pula, mereka dikenakan bayaran RM48.00.
Ia beroperasi
pada setiap hari Selasa hingga Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Hari Isnin taman tema ini ditutup dan hanya akan dibuka jika ada cuti umum
sahaja. Apabila berkunjung ke sini, pihak pengurusan taman menggalakkan
pengunjungnya untuk memakai pakaian yang bersesuaian iaitu, berkasut sukan,
berpakaian sukan dan juga bertopi bersesuaian dengan aktiviti “outdoor” di
sini.
Satu nasihat penulis kepada pengunjung baharu ialah, makan terlebih dahulu di luar atau di rumah sebelum ke taman tema ini. Hal ini kerana makanan dan minuman mahupun botol air adalah tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam. Walaupun makanan dan minuman ada disediakan di dalam, namun harga yang dikenakan agak mahal bagi penulis dan sangat tidak berbaloi.
Gelang tangan yang disediakan untuk memasuki Escape Park |
Satu nasihat penulis kepada pengunjung baharu ialah, makan terlebih dahulu di luar atau di rumah sebelum ke taman tema ini. Hal ini kerana makanan dan minuman mahupun botol air adalah tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam. Walaupun makanan dan minuman ada disediakan di dalam, namun harga yang dikenakan agak mahal bagi penulis dan sangat tidak berbaloi.
Selain itu, kemudahan lain yang disediakan kepada
pengunjung ialah loker untuk menyimpan barang dan harga loker ini ialah RM10.00
bagi satu loker. Tandas, bilik mandi, bilik menukar pakaian dan juga surau
turut disediakan kepada pengunjung. Namun surau yang disediakan agak kecil bagi
penulis dan perlu dilakukan penambahbaikan oleh pihak taman tema ini bagi
memberi lebih lagi keselesaan kepada pengunjung Muslim.
Gayat dan Tinggi
Meniti batang kayu ke atas pokok tinggi menguji keberanian |
Antara aktiviti yang disediakan di sini adalah “Monkey Business”, “Zoom Bug”, “Gecko Tower”, “Atan’s Leap”, Tubby Racer”, “Tarzan Rope” dan pelbagai lagi permainan menarik. Setiap aktiviti yang disediakan mempunyai keunikan dan memberikan pengalaman yang tersendiri kepada pengunjung. Namun bagi pengunjung yang takutkan ketinggian dan gayat, permainan di sini agak kurang sesuai kepada mereka.
‘Monkey Business’ adalah permainan pertama yang dicuba
oleh penulis dan permainan ini sememangnya menjadi “signature” kepada taman
tema ini. Mempunyai 3 tahap ketinggian, pengunjung boleh memilih tahap pertama
yang mempunyai ketinggian 5 meter, 8 meter bagi tahap kedua dan 15 meter bagi
tahap ketiga. Penulis telah mencuba pada tahap 3 dan sememangnya, aktiviti ini
sangat mencabar fizikal dan minda penulis.
Penulis mencuba permainan "Monkey Business" |
Pelbagai halangan terpaksa dilalui oleh penulis untuk
sampai ke hujung permainan. Antaranya, penulis terpaksa berjalan di atas seutas
tali sejauh 15 meter. Ketika melalui tali ini, penulis hampir tergelincir dan
terjatuh. Mujurlah tali yang di ikat pada badan penulis berjaya menyelamatkan
penulis dari terjatuh.
Permainan kedua yang telah dicuba oleh penulis ialah
‘Gecko Tower’. Dalam permainan ini, ia menguji kepantasan penulis untuk
memanjat dinding berhalangan. Bentuk halangan pada dinding itu adalah seperti
paip air, jaring besi dan juga kotak pendingin hawa.
‘Gecko Tower’ perlu dimainkan bersama pasangan kerana
objektif permainan ini menguji skil memanjat dan kepantasan memanjat. Penulis
telah mencuba permainan ini bersama rakan penulis. Masa yang dicatatkan oleh
penulis ialah 19 saat untuk sampai ke puncak.
Aktiviti Terakhir
Jika inginkan
pengalaman bermain tarik upih, penulis menyarankan pengunjung untuk mencuba
permainan “Tubby Racer”. Penulis sempat mencuba permainan ini bersama
rakan-rakan penulis. Aktiviti ini juga memerlukan tenaga fizikal yang banyak
kerana penulis terpaksa menarik pelampung untuk sampai ke puncak permulaan
permainan.
Namun ketika di puncak, segala penat lelah terasa
berbaloi kerana pemandangan di atas puncak sangat cantik dan menenangkan.
Permulaan permainan ini, penulis perlu duduk di atas pelampung dan pelampung
itu akan ditolak oleh pekerja mengelongsor turun ke bawah. Semasa mengelongsor
di atas pelampung, penulis berasa sangat teruja melihat pemandangan indah alam
sekeliling.
Penulis dan rakan-rakan selepas menamatkan permainan "Tubby Racer" |
“Tubby Racer” menjadi permainan terkhir yang dicuba penulis kerana terlalu penat. Walaupun masih belum mencuba semua permainan yang disediakan, penulis terpaksa akur tubuh penulis terlalu penat untuk meneruskan aktiviti seterusnya. Namun, hati penulis berasa sangat puas dengan segala permainan yang disajikan taman tema ini.
Soal keselamatan bagi taman ini tidak harus dipersoalkan
kerana semua pekerja yang mengendalikan permainan adalah terlatih dan
professional selain berpengalaman. Bantuan perubatan juga turut disediakan bagi
pengunjung yang tercedera ketika bermain.
Kesimpulannya,
bagi yang dahagakan aktiviti lasak, penulis boleh katakan Escape Park merupakan
salah satu taman tema yang wajib dilawati oleh mereka jika melancong ke Pulau
Pinang. Permainan yang disajikan di sini ternyata berbeza daripada taman tema
yang lain.
Tidak pernah tahu yang ada taman ni.. ruginya saya
BalasPadamTaman ini baru lagi, ramai yang tak tahu...nanti Siti terjahlah taman ni dan mainlah puas-puas :)
Padammenarik rupenya....
BalasPadamMenarik dan sesuai untuk mereka yang tahan lasak.
PadamThanks kerana menyiarkan entri yang sungguh menarik
BalasPadamHujung minggu nanti ajaklah Cinta ke sini :)
PadamJom pergi jangan tak pergi..rugi
BalasPadamRamai-ramai pergi lebih seronok :)
PadamCT daaa pegi juga yeay.. tapi tak main semua. monkey bisnes main smpai level 2 je.. bnyk games x sesuai utk org slip disc macam CT.. nak tnggu waterpark bukak..
BalasPadamWow cekapnya :D
PadamOtai macam saya tengok je... :)
xkan tengok saja Acik Prof ? masuk mahal tuu.. hihi..
PadamTengok pun jadilah. Kalau otai main panjat-panjat tu, nanti cedera lagi kena bayar mahal.
Padamlawat blog balik...insyallah akan eprgi....
BalasPadamNanti cerita dalam blog ya :)
PadamKebanyakan aktiviti di situ sudah tidak sesuai untuk saya...
BalasPadamTaman ni patut buat mainan untuk otai.
PadamKalau bawa anak-anak tentu mereka seronok. Tinggalkan mereka di situ dan kitapun merondalah ke tempat lain...
BalasPadamini kelakar.. haaa tinggalkan korang buatlah apa nak buat.. deddy n mammy pergi dating tempat lain..
PadamMummy and Daddy "monkey business" di tempat lain ..he.. he.. he..
PadamKalau en Khairuddin rasanya boleh lagi sebab dia slim melim orangnya...
BalasPadamDia dengan Cinta boleh main Monkey Business atau Tubby Racer. Banyak kalipun tak apa.
PadamBagus ye ada tpt boleh buat activity macam ni.. boding time..
BalasPadamBonding time dengan anak-anak kan...
PadamSaya dah beberapa kali duduk tercongok kat luar Escape. Hati meronta nak masuk. Tapi bila ada si kecik ni maka jadilah dengan tengok jer orang dok buat aktiviti kat dalam tu hehehe.
BalasPadamNampaknya taman ni pun kena buat mainan untuk si kecik pulak :D
PadamOhmai bestnya ! Definitely will go there one day !
BalasPadamMainan mana yang Alia paling suka? Mesti Alia orang yang berani...kan?
PadamSaya dah lama tak pergi Penang. Tengok monkey business tu memang confirm saya akan naik tapi kena pergi dengan travel partner saya yang lasak sikit. Kalau dengan kawan-kawan biasa mesti saya sorang saja yang naik hrmm.
BalasPadamJadi Rahimah pun lasak jugalah kan... :)
Padam